Friday, June 13, 2014

Vaksin untuk bayi ada unsur babi?

Sebagai umat Islam, memang sudah menjadi kewajiban untuk kita meneliti setiap perkara dalam kehidupan harian kita agar tidak bercampur dengan perkara yang haram.
Ini bukan hanya terbatas pada aspek pemakanan. Bahkan pada amalan Perubatan juga. Antara isu yang menjadi perdebatan doktor & pesakit adalah berkaitan vaksin & insulin yang dikatakan dari unsur babi (porcine). Bagi saya, tidak salah berdebat..tapi, biarlah secara professional & berasas. Jangan dengar cakap orang sana-sini tanpa kaji sumbernya kerana takut mendatangkan fitnah. 

Saya baru order ni dari pakar saya semalam.
Baru sempat bace 2 pages tentang insulin.
Alhamdulillah.. Buku ini akan mengupas isu Mitos & Realiti Vaksin untuk bayi anda.

P/S - Tolong jangan sempitkan pemikiran anda.

14 comments:

  1. Replies
    1. Dari apa yang saya faham, selagi kita ada ubatan lain, kita mmg tak bolehlah nak guna Porcine origins. Kalau dah takde alternative langsung & penyakit tu dikhuatiri boleh membawa maut, boleh guna... tapi, semuanya lepas perbincangan dengan Ahli Sunnah Wal Jamaah. Bukan senang2 je nak release ubat macam ni. Sebab akan jadi darah daging.

      Delete
  2. vaksin pneumococol tu ke dr?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Buku belum dapat, Mama SA. T saya info ye.
      ' Sharing is carring '..

      Delete
  3. Share la.. X sbr juga nk tahu isinya..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Okey Maria, after readings nanti..insyaallah saya buat simplified version saya.

      Delete
  4. lebih banyak ilmu.. maka kuranglah jahil..
    hurmmm nak jugak tahu.. kerana ikut pemahaman lama walaupun dna babi sifatnya telah berubah.. ia bukan babi lagi seperti mana halalnya anggur berubah sifat menjadi haram bila menjadi arak.. hurmmm entahlah saya pun jahil jugak..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul pemahaman awak tu, Azman.
      Memang ada diterangkan dalam buku ni.

      Delete
  5. ilmu macam ini memang patut dikongsi.

    ReplyDelete
  6. bila bidang perubatan dikuasai mereka kita memang tak boleh nak kawal.. kalaulah ilmuwan islam menguasai bidang perubatan pasti masalah ubat ini dalam kawalan kita

    ReplyDelete
  7. boleh ke anak tak di vaksinkan?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sepatutnya kena vaksinkan. Sebab, sebelum era vaksin ni bermula memang dah banyak kematian kanak-kanak yang berlaku. Alhamdulillah, bila ada vaksin, morbidity & mortality (penyakit & kematian) akibat penyakit tersebut dah berkurangan secara mendadak. Allah suruh kita ikhtiar. Tapi, ramai yang salah tafsir kan, Azman? Mereka ingat kita nak ubah takdir Allah. Lepas dah ikhtiar, kene lah berdoa mohon Allah jauhi dari segala musibah.

      Delete
  8. apa2 pon ikhtiar , lepas tu doa semoga anak2 kita sihat sejahtera... kalau Tuhan nak uji ..tak kira anak divaksin atau tak... :)

    ReplyDelete

Enjoy your reading.
And please come again next time.
~ Dr. Shikin @ Nazeck ~