Friday, January 23, 2015

Maybelline.

8mlm, 22/1/2015
Rumah Mak Cik
Aku, mak, ayah & anak-anak pi rumah makcik kat Taman Desa Orkid, Senawang sebab melawat Pak Su yang tak sihat.

Tiba-tiba, buka backpack ..
(Sekarang dah tak pakai handbag pi kerja - tukar selera).
Alamak.. alatok..alanek...alatan mekap tertinggal kat surau klinik tadi. Kalut sangat that's why jadi cenggitu. So, camne nak mekap pi kerja esok pagi? Ekelleh takdelah blusher, compact powder ke hape - yang tertinggal tu eyeshadow yang dah berusia 2 tahun & eyeliner je pun. Eyeshadow tertinggal aku tak kesah. Tapiiiii...kalau eyeliner memang WAJIB ! Aku boleh meroyan kalau benda alah ni hilang tau.

So, alang-alang dah dekat ngan Taipan, Senawang -
Drive lah pegi singgah Watsons Nyambek dengan niat yang satu .. alpaham-paham je lah ea..

Yang aku plan & unplan beli:-

1. Maybelline crayonliner.
- Harga RM12.90
* Eyeliner aku suka jenis pencil sebab mata dia soft & warna pekat.
* Kalau eyeliner jenis stick, aku kene tekan kuat untuk nampak pekat. Sakit bijik mata ahkak ok.
* Kalau eyeliner yang liquid-based pulak ahkak tak reti nak control masa apply tu. Ambik masa lama pulak nak adjust kat mata.
->Apepun, depends pada keselesaan masing2.


2. Maybelline the Rocket Volume Express Mascara.
- Revolutionary Ultra-Sonic Brush
- Explosive Volume that extends, clump-free
- Harga asal RM39.90
- Harga promosi RM31.90
* Biasalah aku kan, plan 1 item, tapi balik ada lebih dari 1 item.
* Aku pilih ni sebab dia kata tak water-proof. So, takdelah susah payah aku nak tenyeh mata masa wudhu'. Aku mana pakai make-up remover dah sekarang sebab malas.

3. Maybelline Brush Set.
- FOC hasil beli 2 items ni.
- Ada 6 brushes with different sizes.
* Aku tak pakai pun sebab x reti. Tapi, Watson dah bagi free kan. So, just shut-up, Shikin & ambik je.

Alah..apa susah. Kalau ada function & nak mekap, aku akan contact blogger Scha Nazri je sebab dia kan dok area Seremban. So, harga boleh kowtim ye, Scha ? Hehe..

NOTE:
Watson ada member card kalau nak apply k.
(Tapi, aku x apply pun. Malas lah nak collect2 point ni. Ishhh...berapa banyak malas daa...)

10 cerita hadis pilihan.

Salam Jumaat semua.
Aku tau ramai yang suka story-mory buku cerita kat anak kan? Aku ni je yang baru nak belajar2 buat camtu. So, aku just nak share 1 buku yang best ni yang aku baru rembat dari Popular, AEON S2 last Sunday. Mana tau ada yang interested.

Details:-
Tajuk buku: Mari Kenali 10 Cerita Hadis Pilihan.
Jumlah mukasurat: 324.
Diterbitkan oleh: Darul Mughni.
Diedarkan oleh: Edukid Distributors Sdn. Bhd.
BUY ONLINE : www.edukidbooks.com
Harga: RM29.90.
Ahad, 18/1/2015 @ AEON Seremban 2.
Dah kenapa beratur kat cermin Popular tu?
Ohh..dok usha patung kambing Hari Raya Cina.
Minat sangat..
Karang balik mama beli sekor kambing bawak balik, nak?
Kanan atas: 10 Kandungan buku - berdasarkan setiap hadis.
Kiri atas: Abe tengah breakfast untuk pi sekolah.
Bawah: Masih khusyuk tengok buku walaupun dah nak kena masuk kelas pukul 7.15pg.



Senarai Kandungan Hadis:
1. Senyum itu 1 sedekah.
2. Jika kamu menyayangi saudara lelaki & perempuan kamu, seharusnya kamu memberitahu mereka.
3. Manusia yang kuat bukanlah yang hebat beradu tenaga, tetapi yang dapat mengawal kemarahannya.
4. Allah sayang akan mereka yang memberi pertolongan.
5. Berilah hadiah kerana ini dapat mencambahkan lagi kasih-sayang.
6. Ziarahi orang yang sakit.
7. Jika kamu bersabar dengan perkara yang kamu tidak sukai, kamu akan memperoleh perkara yang kamu sukai.
8. Tangan yang memberi lebih baik daripada tangan yang menerima.
9. Allah Maha Bersih & Dia mencintai kebersihan.
10.Kejujuran membawa kepada kebaikan.
 
Buku ni sampai buat anak2 & mama jatuh hati sebab:-
 ~ Cerita tak heavy. Sesuai sangat untuk kanak-kanak 3 tahun ke atas.
~ Penceritaan bergambar pada setiap helaian mukasurat - mudahkan pemahaman anak-anak.
~ Ada unsur-unsur Islam. **Banyak sebut tentang Nabi Muhammad SAW.
~ Banyak nilai2 murni yang diterapkan yang bagus untuk pembentukan sahsiah anak-anak.

Wednesday, January 21, 2015

Ayah Fatin Liyana datang klinik aku.

Hari ni awal betul aku datang klinik sebab semalam dah kene sound dengan bos. Ehem..ehem.. Jangan salah paham tau. Bukan aku sorang buat keja salah ni - samelah colleagues yang lain. Wajiblah kena marah. Tapi, kitorang accept dengan hati terbuka & today alhamdulillah ada drastic changes from everyone.

Actually, aku x harap orang lain berubah ikut aku. Memadailah jika aku berubah dulu sebab aku yang in-charge JPL (Jabatan Pesakit Luar) Klinik Kesihatan Ampangan. Kalau kepala ketapi senget, badan ketapi pun tentu ikut menyenget kan? Suka-suka hati aku je kan buat perumpamaan baru.

Okey, bila ada free time... Macam biasa - BLOGGING. Colleagues aku semua memang tau habit aku ni. Siap tanye tajuk latest entri aku. Kitorang ni sama kepala - semua mereng. Haha. Kalau colleagues aku baca ni matiler..

Mana cerita ni? Jauh gila lari tajuk.

Heheh..seawal pagi Dr H dah tanya aku. Masa tu lepak kat meja kantin ngan H.

Dr. H: K.Shikin, Fatin Liyana tu blogger ke?
Aku: Ofkoslah. Blogger femes tu. Dah kenapa awak tanye? Baca blog dia ke?

Dr. H: Taklah. Semalam...bapak dia jumpa saya. Die patient NCD saya. Dielah yang cite, anak dia pun doctor, blogger. Baru bertunang.
Aku: Laaa yeke? (Sambil mata aku terbeliak). Awak ada bagitau tak akak pun blogger? (Nampak tak kegedikan nye di situ? Pantang ada can...)

Dr. H: Alah kak. Mana saya ingat. Saya lebih interested dengan...(Ape tah die borak dgn ayah FL. Sampai hati ko tak cite pasal ahkak :(
Aku: Ayah FL dah sihat ke? Lenkali kalau jumpa pakcik jangan lupa mention nama akak tau:)
Hehe..tak abis2 lagi ngomel ;)

Conversation tu lama lagi, tapi cut short je..
Lepas tu dah masuk klinik nak start kerja.

Bantuan kesihatan oleh Baitul Mal.

Kes bantuan kesihatan yang layak untuk mintak Baitul Mal adalah bagi orang miskin yang kos rawatannya tidak ditanggung oleh kerajaan.

Contoh:
- Perlu beli jarum untuk suntikan insulin.
- Perlu beli glucose strips untuk pemantauan gula dalam darah.
- Wheelchair.
- Crutches (tongkat)
- Walking frame.

* Jika kos rawatan adalah sifar - means ditanggung sepenuhnya oleh kerajaan, maka tak layak untuk bantuan.
** Perlu diingat juga, ini bukan bantuan sara hidup. Itu mungkin kes lain - sila rujuk Baitul Mal semula.
*** Bantuan juga hanya atas saranan doktor, bukan permintaan pesakit.

Doktor tak keluarkan surat sokongan.

Adakah anda tahu bahawa PENGGUNAAN SURAT SOKONGAN BOLEH DIKENAKAN TINDAKAN TATATERTIB?

Okey, we ol baru dimaklumkan oleh YM & FMS yang perkara di atas adalah DILARANG!

Entah berapa banyak dah surat sokongan kitorang buat sebelum ni.
Cth: Anak mintak bagi surat kepada bos untuk sokongan bertukar tempat kerja kerana nak menjaga parents yang sakit.
(Bukan semua betul pun. Ada yang menipu. Aku pernah tangkap sorang).

Alhamdulillah ada pencerahan ni dari bosses. So, lepas ni just boleh bagi SURAT PENGESAHAN KESIHATAN sahaja :)

Ubat free.

Memang lah aku keje klinik kerajaan dapat ubat free kn? Tapi ni bukan nk cerita pasal tu. And bukan nak bagi ubat free kat korang. Hehe..jangan marah tau.

Okey ptg semalam aku dah plan nak pm off sebab nak bawak anak amek neb kat klinik. Dia post-tussive vomiting (batuk disertai muntah) & wheezing (bunyi cam asma tu). Kenapa malam teruk? Sebab malam sejuk sangat kan sekarang ni. Aku pun tido pakai setokin. Si onet ni lagi lah. Sejuk..tapi takmo selimut. Macam kebal je. Bila dah muntah habislah aku yang kena lap muntah dia kat cadar, lap badan dia & tukar baju dia.
************************

Pagi:
Aku datang keje cam biasa. Start tengok patient. Dalam 14 patient kot lepas tu tiba-tiba perut aku start sakit memulas + diarrhoea. Aku inform bos nak EL. Aku mana reti nak mintak MC dari boss. Segan weyyy..Tawun lepas aku ada sejumlah 8 MC - tapi, aku just ambik dari private. Tapi boss tetap kata nak examine aku & bagi MC. Cuma aku kena stay kat klinik sebab ada meeting pukul 12.30pm. Meaning, petang takyahlah aku ambik off gitu.

Sabau jelah korang sebab aku memang suka selfie.
Dah kenapa onet tengok depan tu?
Hissshhh...rupenye dia tengok si couple depan aku dok berpeluk macam belangkas.
Dah macam adegan panas atas katil.
Tak kuasa maaakkk..
Petang:
Aku bawak anak pi klinik depan rumah mak je. Klinik Keluarga Darul Syifa' konon nak mintak neb (nebulizer) untuk anak aku. Dr. Hashimah ni baik sangat. Masa tu kebetulan anak aku tak coughing & tak wheezing pulak. So, tak perlu neb. Dr. Shimah suruh aku datang malam untuk neb. Dia bagi ubat macam bawah ni. Tapi, satu yang aku segan kalau jumpa dia, semua ubat FOC. Setiap kali aku pergi sana memang semua FOC. Dia bukak klinik untuk sara keluarga, tapi dia tak charge aku. Rasa bersalah sangat. Sobsss.. Dalam hati aku hanya mampu berdoa semoga Allah bagi balasan syurga kat dia.
Kanan - Syrup Salbutamol.
Kiri - Syrup Chlorpheniramine.
Time makan ubat ~ anak aku ni tadah je mulut sebab ubat2 tu sedap. In fact, semua anak aku suka makan ubat - tak sakit pun mintak ubat. Gediksss. Alhamdulillah malam tadi coughing dah kurang & dah x vomit. Tido lena... Bangun senyuman... (lagu Mommy Poko).

Selingan:
Siang semalam sedih sangat sebab tak banyak 'Awaiting Comment ', plus PV rendah sangat. Tiba-tiba bangun pagi ni...
Apekah?? Stalker?? (Abaikan mode perasan nak mampos tu). Blogger picisan cam aku ni dipandang sebelah mata je kot..tu pun kalau ada yang nak pandang.
PV semalam - 1659.
Selalunya PV banyak ni dapat beserta komen yang banyak. Tapi, komen semalam ciput je. Sobsss..

Tuesday, January 20, 2015

Happy Birthday Capricorn.

Friday,16/1/2015. 
Lunch break.
Bilik MO, KKIA.

Yang diraikan - MO yang sambut birthday bulan Jan. Bawak makanan sendiri, lepas tu makan sendiri (plus bagi aku makan jugak). Benda ni last minute, jadi aku x sempat prepare pun. Just prepare perut yang kosong je :D. 

4 Jan - Dr. Farrah.
10 Jan - Dr. Hasry.
14 Jan - ahkak ler tu.
15 Jan - Dr. Masitah.
Kek tu dari pagi dah ada atas meja.
Memang tunggu nak ngap je..
Sponsors:
Big box - Dr. Masitah,  iaitu YM kusayang.
- Maceh, k.mas. Hehe.. Yes yes, berjaya kipas K.Mas mintak belanja maqon.

Red Velvet cake - Dr. Maslina
- She's very good in cooking n baking. Setiap minggu at least once mesti bawak juadah untuk kami yang kuat suka mentekedarah ni. This time, she tried new RV recipe & it was awesome. Lagi sedap dari Secret Recipe hokeyyy. Last bite memang aku berebut ngan Dr. Azwan. Aku dah cop last piece tapi dia nak jugak - terpaksa share. Hehe..macam budak2. Malu kalau anak aku tau. "What, mama berebut kek?" Kalau kat rumah, haruslah berebut dengan anak pulak. Hahaha..
Dari kiri: Dr. Masitah, Dr. Liyana, Dr. Sharina, Dr. Farah, ahkak.
Most right: Dr. Maslina.
Yang lain-sila baca atas semula :)
Happy Tuesday guys..
Have a nice day!!

Renew Amway membership.

Ramai yang survey pasal Amway kat blog aku. Tak kurang juga yang berkunjung sebab nak order barang. Kat sini aku nak mintak maaf sebab aku dah tak aktif buat bisness, just jadi member je sebab senang aku nak beli barang. Sorry tau u olzzz.

1 more thing, Amway ni actually peraturannya tak boleh ambik order online. Distributor sendiri kena jumpa customer & explain barulah jual beli terjadi. That's why korang x pernah jumpa orang jual Amway online kan? Padahal berlambak2 je distributors Amway kat luar sana.

Baru ni aku renew Membership Amway aku. Details:-
 Tempoh renew - setahun sekali.
>At first masa aku join tahun 2011, register member RM90. Then, dalam 2012 & 2013 bila nak renew RM40. Tapi, dah naik RM43 tahun lepas & terbaru RM48 tahun ni.

Cara renew - online or kat Amway shop.
ID No. 7982434.
* Susah betul nak ingat. Huhu..
Related topics:

Monday, January 19, 2015

Bengkak usus #3.

Banyak kes sakit perut aku jumpa yang berkaitan tak boleh buang air besar sekarang ni.

Kes hari ni, berlaku pada budak 8 tahun. Kes ni lebih kurang sama je macam kes INI dan INI. Xray findings nye pun sama je macam 2 kes sebelum ni. Medical term ~ Distended large bowel.
Xray abdomen this girl.
Square hijau - faecal loaded
(means najis semua penuh kat situ).
Bulat merah - distended bowel/Usus bengkak.
Warna hitam - gas in large bowel
(gas yang terkepung dalam usus besar).

Goreng Pisang Cheese.

At last ....
Jumpa jugak pisang goreng cheese ni kat tempat aku. Orang lain dah pulun banyak-banyak. Tapi, aku baru merasa. Apalagi, aku tapau banyak-banyak lah.

Lokasi gerai :
Taman Megaway,
Jalan Sikamat,
Seremban.
(berhadapan Kedai Gambar Megawaai)

Spesifikasi Jenis pisang goreng (untuk 5pcs) :
- Biasa RM2.00
- Cheese RM3.50
- Chocolate RM4.00

Erkkkkk...kenyang...alhamdulillah.
*Buruk perangai :D

Saturday, January 17, 2015

SPEECHLESS - Terdelete 'My Birthday Giveaway by Dr. Shikin' .

STICKY POST !!!

Salam semua,
Aku nak mintak maaf sangat sebab aku tak perasan time bila aku terdelete GA yang aku anjurkan baru ni. Memang aku frustrated sangat sebab dah ramai sangat bloggers yang join. 

Cakap banyak pun tak guna. Unless benda tu boleh di undo.

So, bagi sesapa yang baru follow aku sebab join GA - Aku tak kesah kalau korang intend to unfollow me back.

Hadiah dah siap masuk sampul pun. Tinggal nak pos je :(

P/S:
- nayfatimah ->sorry atas kelewatan mengepos hadiah GA Iola kerana masalah yang tak dapat dielakkan.
- pemenang GA Cik Balqis baru 2 orang yang tuntut hadiah dari aku. Diharap 3 orang yang lain dapat beri details sebelum 31/1/2015.

Penjelajahan terakhir di Vietnam - 14/12/14 (Day 5) #2

Ni malam terakhir kitorang kat Vietnam. 
Esok seawal 7 pagi dah nak kene gerak ke airport. 
Malam terakhir pun still nak jalan-jalan kat Ben Thanh Night Market.

Lampu-lampu yang cantik kat salah 1 tapak.
Memang attractive.
Bawah ni adalah hasil menuai shopping malam terakhir.

Kiri atas - Tudung, kotak kayu gambar perempuan Vietnam (RM8) 
* Kawan pesan kotak ni.
Kiri bawah - Pesanan baju kurung manik dari kawan-kawan.
Kanan atas - beg crafty bermanik (RM20/packing) ;kecil 8pcs & besar 4pcs,  
T-shirt Vietnam, Lukisan/Artwork menggunakan shell (RM10).
Kanan bawah - Baju kurung sulam tangan (RM60), Jubah cotton (RM33).

Tudung-tudung yang bakal dipakai sendiri & dijual pun hado.
Dibeli dari kedai yang berbeza.
Beg aku & anak-anak.
Datang dengan 2 beg sebelah kiri.
Balik - tambahan 2 beg sebelah kanan.
Sayonara Vietnam
(Ini entri terakhir aku berkaitan Vietnam).

** Lepas ni mungkin melancong dalam negara je sebab naik flight 1j 55min pun kepala lutut aku dah ketaq.
    
Related topics :
~ HCM, Vietnam 10/12/14 (Day1) - Part 1.
~ HCM, Vietnam 10/12/14 (Day1) - Part 2.
~ HCM, Vietnam 10/12/14 (Day1) - Part 3.
~ HCM, Vietnam 10/12/14 (Day1) - Part 4.
~ Ben Thanh Night Market -11/12/14 (Day 2).
~ Jalan-jalan @ HCMC - 12/12/14 (Day 3) #1
~ Nguyen An Ninh St. - 12/12/14 (Day 3) #2
~ Jalan-jalan @ HCMC - 13/12/14 (Day 4) #1.
Beg & cotton Vietnam murah (Day 4) #2.
Restoran Hjh Basiroh (Day 4) #3.
Saigon Zoo & Botanical Garden - 14/12/14 (Day 5) #1

Saigon Zoo & Botanical Gardens - 14/12/14 (Day 5) #1.

     Ni sambungan pergi Vietnam bulan lepas. Nak cerita pun tak ingat dah. So, apa kata aku belanja gambar je lah ea:)
     Macam biasa, kami naik Vinasun taxi (yang besar) untuk bergerak dari 1 tempat ke 1 tempat yang lain. Driver taxi drop kitorang betul-betul depan pintu zoo. Ramai betul orang yang datang berkunjung ke zoo masa tu. Tengok sume mata sepet. Dari cara cakap macam Viatnamese lah.
Entrance tiket :-
Dewasa : VND 30.000
Kanak-kanak : VND 20.000
Then, dapat pamplet ada peta macam dalam gambar kiri-atas.

Kami naik tram sebab tak larat nak jelajah. Bayaran tram :-
Dewasa : VND 15.000
Kanak-kanak : VND 10.000
Yang tak bestnya, dorang ni sama macam rakyat kita yang suka merempuh masa nak naik tram tu. Aku hadang je cepat-cepat takut anak aku kena langgar.

Pemandangan luar biasa dari Malaysia - Kawasan berumput dipenuhi dengan orang ramai yang berehat bersama keluarga & rakan sebaya. Ramai juga yang siap bentang tikar seolah-olah ber'picnic'.

Ajik ni pemalu - cuba u olzzz tengok cara dia bawak kete. Ada nampak muka dia? Hehehe..
Lepas tu Ajik main kereta ala-ala go-kart ni pulak. Bayaran ialah VND 20.000 - lama juga dapat main. Entah berapa kali pusing aku tak kira pulak. Abe tak berani naik kereta ni.

Dalam zoo tu jugak ada kolam & permainan yang macam selalu kita jumpa kat fun-fair. Tapi, mungkin malam baru beroperasi kot.

Overall, aku kira 'worth it' jalan-jalan dalam zoo ni. 

    
Related topics :
~ HCM, Vietnam 10/12/14 (Day1) - Part 1.
~ HCM, Vietnam 10/12/14 (Day1) - Part 2.
~ HCM, Vietnam 10/12/14 (Day1) - Part 3.
~ HCM, Vietnam 10/12/14 (Day1) - Part 4.
~ Ben Thanh Night Market -11/12/14 (Day 2).
~ Jalan-jalan @ HCMC - 12/12/14 (Day 3) #1
~ Nguyen An Ninh St. - 12/12/14 (Day 3) #2
~ Jalan-jalan @ HCMC - 13/12/14 (Day 4) #1.
Beg & cotton Vietnam murah (Day 4) #2.
Restoran Hjh Basiroh (Day 4) #3.

Restoran Hjh Basiroh - 13/12/14 (Day 4) #3.

Makanan halal kat Vietnam ni mahal. Lagipun aku dah rasa macam was-was so tak bolehlah makan luar. Better kitorang masak nasi sendiri dari bekalan yang dibawa. Ayah je yang rajin ke Restoran Hajah Basiroh ni - dia dah biasa mengeteh. 
Suasana santai dalam Restoran Hajah Basiroh.
- Saiz kedai ni kecil je.
Ada sekali je kitorang makan secara berjemaah. Kitorang order Mee Pho Vietnam 3 mangkuk. Kongsi 1 mangkuk 2 orang sebab banyak, nanti tak habis pulak.

Kat bawah ni menu & harga makanan & minuman kat sini:
Basically, harga ...

  • Nasi Lemak & Nasi Goreng antara VND 40.000 - 70.000
  • Nasi putih & lauk-pauk antara VND 40.000 - 60.000
  • Mee & Koew Tiaw antara VND 50.000 - 60.000
  • Air minuman antara VND 15.000 - 30.000
Rujuk entri # Matawang Vietnam (VND).


Lepas dah kenyang menjamu selera, aku bawak 2 'kembar' ni main kat Taman Rekreasi yang terletak betul-betul depan hotel tempat kitorang menginap. Refer entri INI untuk Song Anh Hotel.

    
Related topics :
~ HCM, Vietnam 10/12/14 (Day1) - Part 1.
~ HCM, Vietnam 10/12/14 (Day1) - Part 2.
~ HCM, Vietnam 10/12/14 (Day1) - Part 3.
~ HCM, Vietnam 10/12/14 (Day1) - Part 4.
~ Ben Thanh Night Market -11/12/14 (Day 2).
~ Jalan-jalan @ HCMC - 12/12/14 (Day 3) #1
~ Nguyen An Ninh St. - 12/12/14 (Day 3) #2
~ Jalan-jalan @ HCMC - 13/12/14 (Day 4) #1.
Beg & cotton Vietnam murah (Day 4) #2.

Tentang hati.

Izinkan aku berjiwang karat di pagi buta ni ye korang. Jom baca BM translation aku ni.
Sumber - Google.
11 Perkara yang menyakitkan:
Which 1 suits you?
(Can be 1 or more)

1. Mengembalikan perasaan/nostalgia lama yang dah belajar untuk dilupakan.
2. Mengenangkan saat-saat indah bersama.
3. Cuba menyembunyikan perasaan sebenar.
4. Menyintai seseorang yang menyintai orang lain.
5. Memberi komitmen pada seseorang walaupun tahu hubungan tu takkan kemana-mana.
6. Menghalang diri untuk mencintai insan lain.
7. Terlalu mencintai seseorang. 
8. Memiliki cinta sejati tapi pada ketika yang salah.
9. Mengambil risiko untuk jatuh cinta lagi.
10. Menerima keadaan yang sesuatu perkara tu takkan mungkin terjadi.
11. " Kalaulah.."

Pagi Jumaat tempik orang. Apehal?

     Insidens ni berlaku pagi tadi. Masa aku otw pi kerja. Tapi, aku tetap nak cerita supaya jadi pengajaran buat semua pengguna jalan raya.

      Alkisahnya, kat 1 simpang jalan ni yang memang selalunya busy gila -: Aku naik keta & nak keluar simpang. Aku bawak keta biasa tak tutup tingkap kalau pepagi sebab aku taktahan kena aircond. Okey, aku memang selalu perati betul2 sapa yang tak bagi signal masuk simpang - meaning dia nak go straight lah kan - and meaning aku bolehlah keluar simpang.

    Ada lah sorang mamat ni naik moto laju je macam nak jalan terus, memang aku perati dia tak bagi apa2 signal. So, aku apa lagi, terus nak keluar lah. Aku memang awal-awal dah bagi signal. Tiba2 aku brek mengejut sebab mamat tu belok masuk simpang tu. Masa dia dah belok tu baru dia bagi signal. Mungkin masa tu sel-sel otak dia baru berhubung - kes tak cukup DHA ler tu sebab tak minum susu. Aku dah nak hon.FYI, aku memang suka hon orang kalau kes gila macam ni. Tapi, aku sabarkan hati sebab aku masih waras. Buatnye aku hon, lepas tu dia terkejut..tergolek atas jalan..kene langgar kete. Apa jadi?

Cite belum habis k...

    Mata  aku pun mengikut je mamat tu masuk simpang dengan harapan dia sedar kesalahan dia. Rupanya, dia pulak yang tempik aku sekuat hati sebab tak pueh hati aku yang kononnya tiba2 nak keluar simpang. Boleh pulak dia tempik aku, " Oiiii...sabar lah! " Mamat ni belum kenal aku sapa. Nasib baik kau jalan. Kalau tak, screw driver & spanar aku yang tajam yang sentiasa ada kat pintu belah driver ni bakal tertojah kat tayar moto kau!!

Take home message:
- Tolong patuhi undang-undang jalan raya.
- Tolong hormat pengguna jalanraya yang lain.
- Kalau kau yang salah, tak payah nak lepas geram kat orang pulak.

Related topics:
~ Mama boleh! Jom pi gunting rambut.
~ Orang lain pun pernah accident maa...

RED CARPET GIVEAWAY BERSAMA PAPAGLAMZ.

Klik SINI untuk join.

Mini GA by Ema Hasan.

Klik SINI untuk join.

First and Simple Giveaway oleh Cik Iman.

Klik SINI untuk join.

Saya tag :-

Second Giveaway By Two Seven Zero Six Zero Nine.

Klik SINI untuk join.

Blog ni - S.I.M.P.L.E

Saya tag :-

Segmen Bloglist Sakura Blog Qaseh Ku.

Klik SINI untuk join.

2015 Giveaway "Pencarian 5 Blogger Bertuah".

Klik SINI untuk join.

Saya tag:

Segmen: Pencarian New Bloglist Cikgu Farha Jan-Feb.

Assalamualaikum...
http://www.cikgufarha.com/2015/01/segmen-pencarian-new-bloglist-cikgu.html
Klik banner untuk join :)

Memandangkan semua bloglist CF dah lenyap gara-gara tukar domain tempoh hari, maka CF berhasarat nak cari new bloglist nak tempek semula kat dinding blog CF ni. Insya Allah semua yang sertai CF akan aturkan masuk bloglist CF bagi memudahkan CF bw untuk masa akan datang.


CF akan pilih secara random menggunakan Random.com ye. Jom ramai2 sertai. Takde syarat. Yang penting wajib ada blog hehe. Ikuti langkah kat bawah ni ye :)

Segmen akan tamat pada 20 Jan 2015

Segmen Pencarian Bloglist Feb - Mac 2015.

بِسْÙ…ِ اللَّÙ‡ِ الرَّØ­ْÙ…َÙ†ِ الرَّØ­ِيم 

Segmen ringkas untuk mencari 15 blog untuk disenaraikan dalam bloglist Truly Love. 

Syarat Penyertaan:

1. Follow blog Maria Firdz
2. Follow +Maria Firdz 
3. Buat entry bertajuk "Segmen Pencarian Bloglist Feb - Mac 2015"
4. Copy coding di bawah dan pastekan di ruang HTML new post.
5. Publishkan entry dan tinggalkan URL penyertaan di ruangan komen entry ini sahaja.

Segmen bermula 15 Januari 2015 hingga 30 Januari 2015.
Kesemua pemenang akan dipilih melalui random.org.

1st Mini Cash Giveaway 2015: www.bubblynotes.com

Klik SINI untuk join.

Apa yang saya tau, Farah ni adalah seorang yang happy-go-lucky.
Juga seorang ibu yang penyayang kepada seorang putera bernama Ash.
Kira otai juga ni - mohon beri tunjuk ajar dalam bidang blogging:)

Segmen "Jom Masuk Ke Bloglist Shahril !"

Klik SINI untuk join.

#1 GIVEAWAY FROM LANGKAWI BY MISS YANA.

Klik SINI untuk join.

2nd Giveaway Sulaman Lace Heaven - Happy Birthday.

Klik SINI untuk join.

HAPPY BIRTHDAY, K.FUZA.
Semoga sentiasa di dalam keredhaan Allah. Insyaallah.
Sama pulak kita nyer birthday in January kan?
Sambut kat mana agaknye tu:)

Mini Giveaway by izzeyda.


Klik SINI untuk join.

Friday, January 16, 2015

Bengkak usus #2.

Kes ni lebih kurang sama entri #Bengkak usus. Tapi, ni berlaku kat lady umo 60 tahun. Sama jugak, sakit kat belah kiri perut. Tapi yang ni secara spesifik nya kat bahagian Left Lumbar region - rujuk #Anatomy abdomen.

Lady ni pulak buang air besar 2-3 kali sehari. Tapi keluar sikit2 je. Buang angin (kentut) takde hal. And, memang takde masalah2 lain.

Dia kurang minum air, plus kurang makan fibre (sayuran & fruits).

Hasil pemeriksaan perut, sakit sikit kat Left Lumbar bila press. Bowel sound - sluggish (Bunyi angin dalam perut kurang lancar).

Aku terus order AXR. Results tengok bawah.
XRay abdomen this lady.
Square hijau - faecal loaded
(means najis semua penuh kat situ).
Bulat merah - distended bowel/Usus bengkak.
Warna hitam - gas in large bowel
(gas yang terkepung dalam usus besar).

Bengkak usus.

17/Malay/girl.
Mengadu selalu sakit bahagian kiri perut (secara spesifik ialah di LIF rujuk # Anatomy abdomen.)

Dah 4 tahun dia mengidap sakit ni. Period pulak memang ada masalah sejak umo 13 tahun. Buang air besar pulak tak berapa lawas. Buang angin die kate no problem. Buang air kecil takde hal.

Hasil pemeriksaan, memang rasa sakit bila press di bahagian yang dinyatakan. Tapi, takde penemuan lain.

Aku suspek, samada masalah kencing kotor atau masalah sakit puan.

Check urine -> Normal.
Mintak tolong Dr yang in-charge ibu mengandung tolong scan -> takde fibroid/ ovarian cyst. Tapi yang nampak 'usus bengkak'.

Aku proceed with AXR (abdominal XRay)

Jeng..jeng..jeng...
XRay abdomen patient aku.
Square hijau - faecal loaded
(means najis semua penuh kat situ).
Bulat merah - distended bowel/Usus bengkak.
Warna hitam - gas in large bowel
(gas yang terkepung dalam usus besar).
Related topics:
Intestinal obstruction.

Thursday, January 15, 2015

Alzheimer.

     A Chinese man who I used to see before came to see me back today. Last time, I met him at other room. But today at another room. Maybe because of that he didn't recognize me.

     Today, he brought up the same topic - regarding his TIA (Transient ischaemic attack). Basically he asked all the same Qs he already asked during the previous visits. So that I gave him same answers. Aku rasa uncle ni dah Alzheimer (penyakit lupa) but it's really difficult to sort out because he always comes alone. Macamanalah nak tanya keadaan dia kat rumah kan.

     Dia tak abis2 condemn doctor last yang rawat dia. Aku layankan je..
- Doktor tak faham penyakit dia.
- Doktor tak check dia.
- Doktor tak order blood untuk dia.
- Doktor tak review blood results dia yang dah lepas.
- Doktor tak bagi rawatan yang bagus untuk dia.
Bla...bla...bla...

Aku: Uncle, Dr tu dah buat those things for you. Maybe you forgot.
Sambil tu aku explain balik semua benda yang previous doctor dah explain kat dia. But that uncle still not satisfied. Still condemn.

Lama-kelamaan..cam never ending story je..

Aku: The last doctor that saw you was me.
Uncle: I cannot remember.
Aku: Yes uncle. It was me.
Uncle: What's your name, doctor?
Aku: Am Dr. Shikin.
Uncle: I still can't remember.
~§§+$[¥=?!]§=~=^§€





Muslimah peluk KPOP - dengan keizinan Allah?

Sumber - YouTube.
 Quote :
" Mereka berada di atas pentas dengan keizinan Allah sebab dalam hidup ni Allah bagi kita 1 perkara iaitu pilihan iaitu kita nak pergi atau tidak, buat sesuatu tu dalam sedar atau tidak, dan mereka memilih untuk pergi, dan Allah izinkan mereka untuk pergi.... "

" Allah mengizinkan mereka berada di atas stage... "

" Di sebalik keizinan Allah nak jadikan benda ni viral adalah sebab kerana Allah nak uji kita..."

** Aku mintak maaf kalau ape yang aku quote ni ada sedikit keciciran perkatan, sebab video aku loading tadi. But i've tried my best to listen carefully to every single word.

Sumber - YouTube.
 Ape pendapat korang?
     Pendapat aku, apa yang this girl cakap memang banyak betulnya. Korang please dengar the whole video selama 5:43 minit ni.

     Cuma the earliest part tu je yang salah konsep. That one bagi aku, tak bolehlah cakap 'dengan keizinan Allah' memandangkan masa tu perkara maksiat yang dilakukan. Allah bagi kita nikmat islam & iman. Tapi, mengapa kita memilih nafsu serta memberi kemenangan kepada syaitan & iblis. Di saat kalian melangkah masuk ke tempat konsert tu pun syaitan & iblis dah bersorak & berparti. Betul x apa aku cakap?

     Jadi, marilah kita sama-sama berdoa agar Allah sentiasa memelihara iman kita hingga Malaikat Izrail datang menjemput kita. Alangkah ruginya jika nyawa kita dicabut ketika kita sedang melakukan perkara maksiat.

     Aku malas nak cakap banyak sebab takmo tambah kontroversi. Memadailah aku cakap, kejarlah akhirat, insyaallah dunia pun kita dapat. Kalau dunia je yang dikejar, takut akhirat tak dapat langsung. Wallahua'lam.

Related topics:
~ Kenangan zaman sekolah..
~ Mukmin yang kuat lebih dikasihi Allah
~ Bahasa syurga
~ Pasang-surut iman
~ Hidayah Allah

*****************************
Lawak KJ :)
(Dato' Khairy Jamaluddin).
~ Sape rasa KJ lagi handsome dari KPOP sila angkat tangan laju2. Tengok..aku dah angkat tangan dulu.

Wednesday, January 14, 2015

Wordless Wednesday #14/1/15

Mama 3 Adams... 

Saman Polis.

     Entah macamana teringat ada saman polis belum bayar. Saman ni kena pasal husband aku parking tempat drop passenger kat KLIA2 masa datang jemput kitorang balik dari Vietnam 15/12/14 ritu - kira dah sebulan lepas. Saman tu just RM10. Sekarang mesti dah berkali-kali ganda. Isau tau. Asben aku dah buat salah guna kete aku tapi tak remind aku langsung pasal saman ni :(

     Cari punya cari memang tak jumpa kertas saman. Mujur ingat nak search cara semak secara online/SMS. Aku prefer yang SMS. Kalau caj pun just RM0.20 je per SMS.

Semak saman trafik melalui SMS
Taip : POLIS SAMAN [No KP atau kenderaan]
Contoh : POLIS SAMAN 830114XXXXXX atau POLIS SAMAN NCWXXXX
Hantar SMS ke 32728 atau 15888.

Kalau nak saman terperinci taip ni:
POLIS SAMAN [No KP atau kenderaan] [emel]
Contoh : POLIS SAMAN 830114XXXXXX shikin1401@gmail.com
Hantar SMS ke 15888.

Lepas tu, buka emel & akan keluar macam kat bawah ni ...
 
      Ternyata ada 1 saman berjumlah RM150 (Memang terbeliak jap mata ..RM10 -> RM150). Nasib baik colleague aku, Dr. P baik ngan sorang polis ni. Aku pun pernah jumpa patient ni. Dia boleh tolong kasi diskaun baik punya. Harap bolehlah bayar RM10 je sebab memang tak ingat.

******************************************
Tambahan:
Semak saman JPJ melalui SMS
Taip: JPJ Saman [No. KP atau kenderaan]
Hantar SMS ke 15888.

On my birthday.

     Mesti korang ingat aku nak cerita pasal birthday celebration aku, kan. Korang tak payah nak pikir ke situ lah sebab xde ape2 pun yang akan berlaku hari ni. Asben aku takde, dia pi misi bantuan banjir Pantai Timur. Saje nak balik kampung le tu - Klate. Neway, even if en asben is around pun i dun feel nak celebrate this year.

     Okey, lets chill. Jangan ingat aku nak sedey ke hape. Birthday celebration is nothing. Blogging is my everything - my soul, my life okey. Tahap macam tu sekali. Aku boleh depression kalau sehari tak bukak blog ok.

     Pepagi buta aku dah bangun beraktiviti menepek2 Shiseido face mask. Anak-anak semua still tido. Sedap tarik selimut ni sebab cuaca sejuk.
Puas aku edit sebab nak leave the facial part je.
Dah macam floating je kepala aku.
     Ramai dok kate bila nak tanggal mask Shiseido ni sakit & perit. Ada yang sampai nak nangis pun hado. Hehe..aku pun pernah camtu. So, untuk elakkan kejadian macam tu :-
1. Better korang tepek macam dalam gambar. Kalau tak tahan juga, avoid bahagian pipi yang bawah2 sebab kulit situ memang lembut - sakit sangat bila nak peel off sebab mask ni memang melekat kuat macam gam.
2. Jangan tepek kat jerawat yang tengah growing dengan jayanya aktif.

Rajin-rajinlah pakai - twice a week. Mesti comel macam K.Ton model. He3.. ayat promote.

Ni aku tengah tunggu bujang 3 orang entah bila nak bangun. Job dah ade - peel off mask mama.