Tuesday, October 14, 2014

Busy Monday.

     Dengar tajuk konon2 macam aku busy kat klinik kan? Well, tak lah. Actually aku balik rumah sat sebab nak setelkan semua kerja-kerja yang tertangguh. Banyak pulak tu. Konon nak siap cepat, tapi at last lama jugak masa yang diambil.

     Apa yang aku buat busy sangat tu?
1. First of all,  aku update myCPD online aku yang tak pernah update since awal tahun. Tahun2 lepas memang aku sentiasa update myCPD aku tapi tahun ni hancus. Aku ni kalau sekali dah ada 'gangguan' yang buat aku tak boleh focus pada certain things tu memang payah lah nak 'tune balik'. Aktiviti harian macam kerja memang buat cam biasa. Tapi, yang nak update2 ni yang interrupted. Jenuhlah aku godek2 rak buku cari semua sijil kursus & bengkel untuk fill-up.

2. Lepas tu dah lama tak semak transaction history kat m2u aku. Setiap bulan memang banyak gile komitmen aku. Especially credit card - semua keperluan rumah, keperluan anak-anak & minyak kete memang aku pakai credit card. Syiok sbb boleh redeem. Kadang2 lupa nak bayar sampai bank kol. Aku ni jenis tak suka buat standing instruction.

3. Update documentation untuk kes LINUS aku...kes budak-budak 'slow learner'. Kalau ikutkan, benda boleh setel cepat. Tapi, biasalah depa ni sokmo taknak ikut prosedur yang ditetapkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia & Kementerian Pendidikan Malaysia itself, tu yang banyak benda 'tergantung' tengah jalan. Susah aku nak buat diagnosis tau. Dah pulak LINUS ni libatkan borang OKU skali. Berat ni..

4. Update semua cuti, EL & MC aku. EL kene isi borang pink (dulu merah). Dah pulak tak ingat mana aku catit cuti segala bagai. Macam aku cakap kt point no.1 kat atas, nilah yang jadi kalau aku hilang fokus. Kalau ikutkan, aku ni jarang cuti, except raya. Selalunya EL sebab jaga anak sakit. MC pulak..aku amek kat private. Meaning, MC aku setahun x banyak mana pun (Kalau MC Govt max 90 hari, kan?)

Kenapa doktor amek MC luar?
     Well, kalau korang nak tau, doktor Govt lah umat paling susah nak dapat MC, tapi, paling banyak keluarkan MC!!! Selalu jugak geram ngan patient - migrain nak MC, selsema nak MC, batuk keceh-keceh sikit nak MC, morning sickness nak MC, sakit badan sebab travel kerja nak MC.... and macam-macam lagi. Buat pengetahuan patients yang sikit2 nak MC, kami pun lalui perkara yang sama macam anda. In fact, aku dah pernah rasa semua penyakit yang aku sebut kat atas..tapi aku & doctors yang lain TAKKAN DAPAT MC UNTUK PENYAKIT2 TU, okey. Time slip pun x dapat!  Ni patient, aku bagi ubat lepas tu baik hati bagi time slip 4 jam pun dorang tetap x puas hati. Bersyukurlah...
Ada yang datang gelak2 tapi mengadu sakit itu-ini. Pernah je aku tanya, ni sakit betul2 ke buat2 sebab nak MC ni? Haaa..direct gitu.

31 comments:

  1. huahua.. nasib la kan.. sesuka je nak mc... macam adik sha kekadang manjakan sangat badan sampai nak mc... dah parent sha marah..... banyak sangat mc.... syiok le kalau gitu...

    ReplyDelete
  2. tp kan doc, klo migrain bkn ke mmg ptt dpt mc? sb klo pegi keje pn xblh buat keje.sb sy sndiri pesakit migrain..kalo migrain serang.mmg xblh buat ape..smpi nk buka mata pn xblh,hntuk kepala kt dinding pn x jd ape.. huhuhu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau macam Mila betul2 migrain nampak muka sakit memang boleh dapat MC. Tapi, kitorang sendiri (doc, nurses, dll staf) memang susah nak dapat MC. Kitorang just telan painkiller lepas tu smbg keje.
      Yang geram tu sebab ramai yang ambik kesempatan sakit kepala sikit je. Blood pressure pun x naik..muka nampak x sakit langsung..tapi tetap nak MC.

      Delete
    2. itulah mslhnye pekerja2 ni...dorg suka2 je nak mc kan..sy ni kalo skt pon rsa malu nak mtk mc kt doc..kalo doc x offer, mmg sy diam jer walaupon rsa bdn cm xlrt.hehe...

      tulah kesian doc kan..skt2 pn still kne keje...apelah nasib..hehe..meh la tukar skim..ekekeke

      Delete
  3. memang hosp gov susah sgt nak bagi MC, jadi bila dpt MC dari hospital, HR tak banyak tanya...

    http://butikgebugebu.blogspot.com/2014/10/halangan-untuk-hamil.html

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau tak layak MC memang kami tak bagi.
      Ada patient pandai..disebabkan dia tau dia x layak dapat MC, kejenye asik datang klinik mtk time slip.
      So, bolehlah dia masuk keje lambat.
      Cuba die pikir, halal tak gaji tu nak bagi makan kat family?

      Delete
  4. Tulah, diorang tu tak rasa bersalah ke tipu mc.sakit betul - betul kang baru tau

    ReplyDelete
  5. macam orang macam ragamnya...rasanya doc lagi banyak jumpa ragamnya kan...saya jarang MC...kalau dah tak larat sangat baru MC...EL selalunya jaga anak sakit...tak pun ibubapa @ mentua yang tak sihat...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tu lah...saya pun slalu EL sebab jaga ahli keluarga yang sakit.
      In-charge kadang2 marah kat kitorang.
      Bukan kita sengaja, kan?

      Delete
  6. tettttt...ha..wat wat sakit nak mc tu ish

    ReplyDelete
  7. woww banyaknyee keje akak buat. dulu time praktikal kat serendah CT kena masuk jugak kelas LINUS tapi sekali dua saja sebab bukan major. tapi memang pening pun. bebudak dah besar tapi kita nak kena mind setkan jadi macam umur bebudak lagi ayoyoyo.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Akak pun fenin jugak LINUS ni.
      Yang MyCPD akak tu fenin jugak nak update. Beria-ia akak buat. Rupanya doc lain x buat pun lagi.

      Delete
    2. den cikgu tapi den tak sanggup LINUS kak oooi. kena org yang kuat sabar and jantung kuat nak berdepan studs hahaha

      Delete
  8. peh banyaknyaa kak.. bz sgt nii.. mcm2 jenis ekk org nak mc.. sebab mnjekn sakit tuu .. sgt paham doctor memang susa nak dpt mc seperti akak sepupu kite.. alahai sbr ye kak

    #ekceli kite dah edit balik segmen HH tuu dah msokkan link.. thanks kak :)

    #novel akak byk ekk.. cer akak pegi kt blog ni.. beliau tgh crik sponsor utk ga ..
    http://officalmissyana.blogspot.com/2014/10/pencarian-sponsor-untuk-mini-giveaway.html

    ReplyDelete
  9. Sib baik Nadyya memahami situasi akak.
    Akak sepupu ada cite, ye?
    Thanks for info sponsor tu tau:)

    ReplyDelete
  10. Saya pon sama macam kak shikin. Kalau hilang fokus memang jadi bertimbun kerja nak buat. Sabo jela :)

    ReplyDelete
  11. hahaha... direct kau kena.. adoi. tu lah, lagi2 student... sampaikan ada certain klinik di black list sebab banyak sangat bagi MC. salah siapa? x tahulah.. hmm


    busy betul akak hari Isnin ye... semoga semuanya berjalan dengan lancar ^^,

    ReplyDelete
  12. Haaa...lawak betul baca...tapi memang banyaknya macam tu pun...hari isnin mesti ramai datang klinik heheheh...

    ReplyDelete
  13. Hehe... Sungguh dah... Biasa sy mc sbb ank je... Tpi kt swasta la... Tpi mc swasta mmg terhad utk cikgu...

    ReplyDelete
  14. mmg ada yg salah gunakan mc kak. padahal sakit perut je.

    ReplyDelete
  15. Wah, busy buat 'housekeeping' rupanya. Update itu ini :)
    Kesian doktor susah nak MC,..

    ReplyDelete
  16. Zumal kalau dah tak sihat sangat nak pergi klinik pun tak mampu. Jadi sekadar EL je, dah kurang sakit baru pergi check. Time tu dah kerja pun...

    ReplyDelete
  17. Jarang dapat MC kerajaan.. selalunya klu dapat MC, memang sakit sangat la tuh.. kekadang EL jer klu dah tak larat nak ke klinik.. sian shikin, busy sesangat dan susah nak dapat MC..

    ReplyDelete
  18. kdg2 tak faham dengan org yg suka2 g amik mc, alasan senggugut.. huhuuu,

    ReplyDelete

Enjoy your reading.
And please come again next time.
~ Dr. Shikin @ Nazeck ~