Wednesday, February 11, 2015

Malaysian & tasty food.

Malaysian ni tak boleh dipisahkan dengan roti canai, nasi lemak & teh tarik. Padahal tau je semua makanan tu mengundang penyakit. Bukan nak kata old people je. My friends yang muda-mudi pun sama.

Another thing kalau lunch time kan selalu makan kedai. Masa tu kita makan kan dah heavy, so kenapa nak order air manis lagi? Pagi-pagi datang kerja dah minum manis, then tengahari manis lagi?

Makanan heavy yang berunsurkan nasi & mee tu everything akan convert jadi gula kompleks dalam badan. Air-air manis pun akan naikkan gula dalam badan. Just imagine berapa cepat organ pancreas u olzzz akan rosak dengan food macam ni. Kalau pancreas dah rosak, macamana ia nak hasilkan hormon insulin yang fungsinya untuk tukarkan gula kepada tenaga?

Then, kalau makan kat luar tu, jangan biasakan asik nak order air manis. Biasakan minum air putih suam jugak ye. Janganlah malu pulak kalau nak order air putih suam kat kedai makan. Kalau tuan kedai banyak cakap. Tanye dia, " Kalau I sakit, u nak tanggung kos penyakit I ke? "

Dulu masa sesama asben kerja kat PD, kengkadang kitorang ada lunch luar. Asben akan jemput aku dari kem IPDA. Masa tu baru aku order air manis. Biasanya pun aku minum half je - tak abis. Tapi, kalau makan kat kantin klinik aku just minum air putih suam. Aku ni jenis tak minum air terus lepas makan - selalunya lepas 30min baru minum. Better for digestion.

Ermmm...another hazard pulak, restoran makanan memang pelbagai & wujud bak cendawan lepas hujan sekarang ni. Tak pergi oversea pun kita dah boleh taste any types of food from all over the world. Toksah kata restoran lah, gerai goreng pisang & whatsoever pun berderet tepi jalan. Just name it.

Memang tak salah nak makan sedap-sedap, tapi pepandai control tau. Jangan lupa selalu check darah & tekanan darah untuk monitor tahap kesihatan dalam badan. Untuk yang dah berumur 35 tahun ke atas, can go to the nearest KK (Klinik Kesihatan) for CVD Screening. Dengan kata mudah - just datang klinik & cakap, " Saya nak check keseluruhan ".

Kenapa aku up kan entri ni? Sebab ni adalah scenario biasa orang kita. Entah bilalah nak berubah. Pesakit yang datang makin ramai dari golongan muda pulak tu. Takut tak dengar ramai umur 40 je dah dapat sudden death? Bila buat post-mortem je found out kene heart attack.

Yang lawaknya, tadi patient aku sorang pakcik ni datang.

Pakcik: Dr, tolonglah check pakcik ni. Lama dah ritu pakcik check kesihatan kat 1 kem kesihatan ni. Tapi, baru ni pakcik datang.
Aku: Owh apa results yang pakcik dapat?

Pakcik: Dia kata gula & kolesterol pakcik tinggi. Pakcik tak datang check pun. Tapi semalam kawan pakcik yang sama2 gi check dgn pakcik tu dah admit ward sebab sakit jantung. Tu yang pakcik cepat-cepat datang hari ni tu. Pakcik takutlah.
Aku: [Hahaha..tak beragak aku gelakkan pakcik tu]. Tu nasib baik ada contoh barulah pakcik datang ye..[Hahaha..aku gelak lagi].
Pakcik tu okay je dia pun gelak2 jugak.

Guys, lifestyle ni kita kena ubah. Jangan sebab nak up-to-date diri sendiri yang kena tanggung akibatnye. Sedarlah sebelum terlambat.

78 comments:

  1. Zumal pun kena jaga-jaga dalam pemilihan menu makanan ^-^

    ReplyDelete
  2. tq atas nasihat puan doktor..hihi.. betul tu apa yg akak cakap.. saya tabiat air manis masa lunch xdapat dipisahkan.. kena plak teh ais.. ummphhh, like sangat.. tapi pagi2 ngan malam saya akan skip minum manis n dah kurangkan makan nasi sebab nasi kan gula tinggi(betoi x)..

    ReplyDelete
  3. Hahaha. alwaklahh pak cik tu. kawan dah kena admit baru dia nak datang. adehhh :)

    ReplyDelete
  4. Kadang2 heran juga sesetengah orang pukul 1 pagi pun masih berkerumun di kedai makan. Lepas makan terus tidur... kesian perut, tak sempat berehat...

    ReplyDelete
  5. rasa takut pula baca entri ni. mulai hari ni nak barubah. makan tengah hari teguk air kosong je. tak nak minum air manis dah. takut kena kencing manis.

    ReplyDelete
  6. Malaysia ni mmg mewah sgt dgn mknn. Saya sendiri pun asyik tergoda dgn mknn. Haha

    ReplyDelete
  7. garam dlm makanan pun kena jaga kann :) risiko darah tinggi

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalu tertelan air laut darah tinggi tak?

      Delete
    2. telan skit ok lagi SS.. kalau banyak maunya tinggi darah tuh.. hehehe..

      Delete
    3. hahhaa soklan mu SS...
      tapi nak taw jgk la...

      Delete
    4. itu bukan darah tinggi tapi DARAH MASIN hehehehe

      Delete
    5. Ikan hari2 kat laut... Tak kena darah tinggi pon...

      Delete
    6. Jawapan sis JM ti tepattt sangat hihihi

      Delete
  8. amalkan puasa sunat isnin khamis ... baik utk kesihatan .

    ReplyDelete
  9. Replies
    1. Nak takut nape? Semut ari2 makan manis.. Tak kencing manis pon... Pernah tengok semut kencing? He He He..

      Delete
    2. semut xkencing xberak kot... xpernah nmpk pon air dan tahi dia

      Delete
    3. tapi kan ada semut mati kerna gula hhihhi

      Delete
    4. ya ka.. slalu taw semut mati kena spare

      Delete
    5. yang pasti jangan makan semut..

      Delete
  10. saya pon biasakan diri kalau pegi mna2 wajib bawak air sebotol..air kosong la

    ReplyDelete
    Replies
    1. saja bawak.. asal ada botol ja..

      Delete
    2. botol kosong ke air kosong...ada ke air kosong...selalu air teh ke kopi ke..ke air mineral ahaha....marah di ZF nanti

      Delete
    3. ishhh..air masak la senang..hihi

      Delete
    4. Najwa latip boleh jawap... Sebab manjang kosonggg...

      Delete
    5. kooosong kosoong kooosong..

      Delete
  11. betul semua tuh mengundang pelbagai penyakit.. akak kalau ke kedai minum air manis nih, tapi mintak kurang gula atau tanpa gula.. contoh macam milo memang akak mintak tanpa gula dan susu.. lain2 air minuman memang mintak kurang gula.. kalau kat umah atau opis, memang akak minum air masak jer..

    ReplyDelete
  12. mencegah lebih baik dari merawat

    ReplyDelete
  13. Dr Shikin, tk untuk entri ni. kat msia mmg mewah dengan makanan. kalau ikut napsu, memang rasa nak makan semua huhu. saya pun jenis yg jarang minum air manis. tak larat nak minum kalo air manis sangat. so, minuman saya (selain air suam), semua kurang manis belaka. sampai anak2 pun komplen hehe

    bagus pakcik (patient Dr.) tu, nak juga dia buat check up. Ramai orang in denial, kadang2 dah sakit teruk pun, xmo jumpa doktor. hmm..

    ReplyDelete
  14. betul lah tu dr..kebanyakan dr kita, orang malaysia,penyakit datang dari pemakanan,kan dr?kena ubah pemakanan sebelum terlambat.

    ReplyDelete
  15. Terbaik sekali ...
    selalu kat rumah mmg jarang Nad minum air manis...air kosong je banyak...tambah dah duduk rumah ni...mmg everyday masak..lagi la jarang teguk air manis...

    cuma risauka anak je...sebab dalam peti ais byk sgt air vitagen la bagai...kadang kita tak bagi org lain bagi

    ReplyDelete
  16. yups...n kena didik anak2 kita juga banyakkan minum air putih

    ReplyDelete
  17. Tu dia bila Dr Shikin bercerita tntang Kesihatan. hehehe Typical Malay mmg mcm tu tgk org sakit baru gelabah nak cari ubat. hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Budaya makan org kita memang bahaya kan sebenarnya. Itu nasib baik skrg dah byk exposure. Terpulang pd kita nak ikut atau tidak.

      Delete
  18. assalam dr shikin..maaf lama x bw sini..sibuk dan kurang sihat sikit..rindu nak jenguk blog kawan2.. :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wana dah sihat? Jg diri baik2. Sekarang mmg musim sakit.

      Delete
  19. wana suka makan roti canai dan minum teh tarik ni..hihi..sekarang ni kalau order dah pandai order air suam atau chinese tea..baru sedar betapa pentingnya hidup sihat tanpa penyakit..sebab wana ada sejarah keluarga penyakit kencing manis dan darah tinggi..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Samalah kita Wana. Bila ada history kena extra berjaga2 kan. Akak incharge makan kat rumah..semua kena makan nasi beras herba foni. Klu kat luar tu masing2 kena pandai2 beringatlah.

      Delete
    2. CT ada history jugak.. tapi memang usually tak makan la kari ke gulai ke roti canai memang tak minat.. air yang manis2 pun x sngt lah.. tapi minum la kang kata tak minum tipu plak =P

      Delete
  20. ish takut plak rasa...sy masa taun lps ke 2taun lps kolesterol melebihi had gak..tp lebih sikitttt je..sepatutnya kena check blk lepas 6bulan tp sy x check pon.hehehe

    ReplyDelete
  21. Memang hairan jugak kan...tgk time lunch kalau di kedai2 makan...
    Dah lam masing2 makan nasi menimbun, lauk menimbun..
    Minum teh tarik! Minum teh ais!

    Oh takpa...sangka baik aja lah..Petang karang mereka lari keliling padang 3 km...:P

    ReplyDelete
  22. SS tak ada apa nak komen... Tapi... SS nak tanya... Apa beza naik darah dengan darah naik?

    ReplyDelete
    Replies
    1. naik darah.. naik dulu baru darah...
      darah naik.. darah dulu baru naik..

      Delete
    2. naik darah tu...bila tengah marah...naik darahh..naik sampai ke kepala tapi kalau darah naik tu...biar Dr Shikin yg jawab hihhi

      Delete
    3. Kalu cekik darah plak cemana? Ha Ha Ha...

      Delete
    4. haaaih berdarah hati Kak Shikin bace komen2 uols semua haha

      Delete
    5. Dr Shikin bagi suntikan kat diorang kat atas ni. Rasanya diorang ni tak terkawal darah hahahaha

      Delete
  23. godaan makanan ni di mana2...sbb tu sy tgk org kita mmg susah nk buang tabiat mkn sedap2 sblm dpt penyakit

    ReplyDelete
  24. alamak, dah kena tegur. hehehe. okay Doktor! saya menurut arahan. saya x ley sikit kalau makan xde air. kalau makanan tu sedap, memang saya x pandang air. tapi kalau pedas sangat, saya memang kena minum terus lepas makan. xley tnggu 30 minit. sobs.

    ReplyDelete
  25. Okje ni pun risau gak Nazeck...kalau makan kedai, anak mesti order air manis, risau nengoknya .....
    Nak check takutttt....takut nak hadap result dia sebenarnya cam ne ek?

    ReplyDelete
  26. saya jenis yang kalau makanan heavy mesti nak air suam.sebab saya pagi or petang tak sah kalau tak dapat air manis.tak boleh gula rendah, nanti pening.

    ReplyDelete
    Replies
    1. uish kenot go lah air suam.. nanti perit tekak.. kalo nak sngt pun ais kosong la..
      air panas mmg kenot go..

      Delete
  27. tapi memang betullah, bila dah sakit baru nk menyesal... patutnya kna pupuk sikap .. sihat sebelum sakit,

    ReplyDelete
  28. Betul akak.. tgk kt ofis pg2 dh oder teh tarik. Nasi lemak mkn hari2.. nasib baik bawa bekal.sendiri

    ReplyDelete
  29. itu sbb org ckp malaysia ni syurg makanan..apa yg x ada...semua ada...betul lah cakap shikin nak mkanan arab ade, dari tukey ada, dari indon pun ada..dari korena, japan, pakistan ishh kira around the world semua ada..kalau nk mkn tapi itulah kesan nya...nk makn boleh tapi berpada2 dan jada kesihatan..ni mkn tapi kurang senamana termasuk lah sis JM itu sbb skrg ni cuba kurangkan pengambulan nasi lebih kan buah buahan dan air kososng

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ye , Ros pun sedang berusaha untuk hadkam pengambilam karbohidrat kak Jm...

      Delete
  30. alamak. akak buat kite trliuqqq.. da lme xmkn roti canai..
    sjak ni makan nasi lemak je.. da brlemak2.. seram gak ni ><

    ReplyDelete
  31. saya makan luar,jarang pesan air.. huhu..mmg tak suka jga lepas makan minum air,bwa air botol sendiri ja..jimat jga duit.. kekadang pesan makan,minum xada,waiter jadi pelik.. huhu
    betul tu,agak2 bila nak makan sedap..sedap sekarang esok lusa merana badan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ros pun sama. Kalau minum pun, minum air yang husband punya jer. Malas nak order sebab selalu tak habis...

      Delete
  32. haaa baru tau takut pakcik.. kalo dak mesti tak mai jumpa doc kan..

    ReplyDelete
  33. tapi Kak Shikin.. makanan cemtu semua lah yang sedap onomnom.. hahaha.. makanan malaysia ni apa aje yang tak de kolestrol..

    ReplyDelete
  34. Ros sekarang ni pun cuba kawal pemakanan.. Takut juga..

    ReplyDelete
  35. hehehe.. breakfast roti canai n nasi lemak dh jadi adat. sekrg pakat dok gila pisang goreng cheese n ais krim pasu. makan sekali sekala utk tahu rasa boleh la kn.. kalau hari2 memg stop jantung..huhuhu

    zinziemeewah

    ReplyDelete
  36. yang sedap tu lah yang bawak penyakit. Kalau dah nampak depan mata memang tergoda. Lepas ni kena control.
    Lawak plak pakcik ni. Tau pulak dia takut tu, heheheh

    ReplyDelete
  37. betul tu. tu belum termasuk gerai @cafe dunkin donut, starbuck dan lain lain

    ReplyDelete
  38. Lya klau mkn kat kedai memg jrg minum manis, x suka.slalu minum air msk je..thanks Kak atas nasihatnya

    ReplyDelete

Enjoy your reading.
And please come again next time.
~ Dr. Shikin @ Nazeck ~