Showing posts with label Mama. Show all posts
Showing posts with label Mama. Show all posts

Friday, April 25, 2014

Sume anakku men'demam'

Ermmm...berturut-turut anak aku demam.
Mujur at first tu Abe aka Adam Hadif tak demam. Kalau skali ngan Iri memang naya sebab die berdua ni macam twin. Both kalau xsihat.. memang lembik beb.

Knape pulak ade bende betampal kat dahi tu?
Ni aku tengah check temperature dorang. Aku advise each parents yang ade anak kecik supaya beli bende alah ni. Murah je - RM10 (aku beli kat Alpro Pharmacy - jadi member dapat RM8) 
Kalau 37.4 C tu xkire demam lagi babe.
37.5 C tu baru low-grade fever.
High-grade fever by definition is fever with T >40C.
Walaubagaimanapun, kalau dah 38 or 39C tu hati-hati lah jugak ..kire tinggi jugak babe.
Jangan lupe tepid sponging (Lap badan). Nak mandikan lagi bagus.. Cepat sejuk.
Beware of Febrile Fit ok (Sawan demam) - senang nak kene budak kecik.
Kalau banyak kali kene febrile fit ni boleh terencat otak anak, beb !!

Suhu Iri 39C.
Suhu Ajik 38.5C.
Mase 2 baby ni demam ,mama EL 2 hari.
Baby demam 8 hari tau. Ajik pulak 4 hari.
Sebab panas sangat tu yang mama risau.
Alhamdulillah, lepas amek darah FBC (full blood count) just Viral Fever je.
Bukan DF (dengue fever).

Suhu Abe - 39C.
Sehari lagi aku EL. Sebab Abe pulak demam. Pun, suhu tinggi.
Nasib baik 3 hari dah sihat.

P/s : Kalau nak bagi dorang lena tido malam, sumbat Supp Voren.
- Gi je beli kat Private Clinic (jangan lupe bgtau Berat Badan ank ye..pasal nak kire dosage seswai).
Supp Voren lagi kuat dari Supp PCM okes. Gune bila perlu sangat je. Jangan asik sup je..sakit bontot anak korang tau!!.

************

I got presents for you !!


          Bila terkenangkan anak-anak happy…Mama tentunya happy sekali. Parents mana yang tak sayang anak Cik Jemah oiii…(tibe2 pulak aku sebut name ni…Memang takde kene mengena langsung arr kan?)
          Tiap-tiap kali aku beli sesuatu kat anak-anak aku, sure aku akan cakap.. "Saaayang, mama ade surprise untuk awak.” or “Saaayang, mama ada hadiah untuk awak.” And dorang memanglah terlalu happy sesangat. Slalunya aku beli buku kat dorang. Walaupun buku tu sangat murah – berharga RM2.90….Dorg tetap akan terlompat2 gembira. Aku ni memang kalau boleh tak nak ajar anak aku beli barang yang mahal2 & aku nak dorang appreciate every single thing yang dorang dapat.
          Selain buku2… barang2 lain yang comel …yang ade gambar cartoon or barang yang colourful macam hanger baju saiz kecil pun aku kategorikan sebagai hadiah. Don’t be surprise…dorang tetap sangat happy & tanye macam2. Eg: mama, ni ape ni mama. Colour ape ni? Untuk buat ape mama? Nak sangkut kat mane mana? Their brains start working with all sorts of Q’s (sometimes unexpected Q’s for their age).
Tumbler pon hadiah..Pyjamas pun hadiah..
Apetah lagi Happy Meal dengan hadiah kecik2 yang comel tu.
          Perangai aku..aku tak suka layan kalau anak aku mintak mainan itu ini. Nanti die mengada-ngada. Nak tu dapat…Nak ni dapat. Biar dia learn yang tak semua benda yang kita nak, kita akan dapat dengan mudah. Semua kene usahakan. Alhamdulillah, budak-budak ni tak pernah pun mengamuk macam anak orang lain bile sampai row yang ade mainan kat shopping mall or hypermarket tu. Memang dorang mintak…but in a nice way. “Mama, boleh tak kalau mama belikan Abe mainan tu. Abe sukalah. Abe ade tengok dalam tv.” Dan aku akan jawab..” Kan mama dah beli, so and so tadi..Ni kene tunggu mama kumpul duit dululah. Nanti mama kerja simpan duit dulu. Okey?” “ Orait mama”. Cakap je elok-elok.. Takyah nak cakap bahasa kasar-kasar. They will understand. Bukan xde duit. Ajar anak jangan boros sgt. Nanti biase sampai ke besar.
           Tapi sekarang, aku pulak yang melebih-lebih. Tiap kali aku kuar beli barang, aku pulak yang belikan macam-macam mainan kat dorang. Belian bulan ni jerr :
 #Just a little sharing..
1.  Inflatable Pool - RM190 (including postage + FREE electric pump).
Bought online from Facebook Mujahidah Kan.
Sent using Skynet.

2.  Music Baby Walker - RM115 (RP : RM129).
Beli dari HAPPY SHOP
@ Kawasan Perindustrian Nilai 3, Putra Nilai.

3.  Scooter - RM49.
Pandangan sisi.
Sesuai untuk umur 3+.
Scooter - Pandangan atas
Screw untuk laras -> bende alah ni foldable.
Screw untuk laras ketinggian -> boleh tinggikan kalau anak korang 
dah meninggi.
Yang Nampak cam cangkuk warna hitam tu untuk hold handle
time dah abes main.

Friday, February 21, 2014

I am happy.. I am not...I am happy.. I am not

     1 month passed.  But I still cannot say whether I am happy or not with this new environment. In addition,  I feel that sometimes I cannot think properly a.k.a not focus. Why all this happened? Maybe part of the answers are because of the sins that I did. That I realized.. but haven't take any action to improve. Yeah..why la I am like this?
     Readers, there must be 1001 things in your mind at this moment, right? Biarlah rahsia. I won't reveal ok. So sorry. The only hint I can give is that I keep on hurting d feeling of someone I love. Hurting heart of someone that loved me with all his heart...and someone who promised to take care of me for my entire life whatever the circumstances. I love you, sayang. But I am addicted to do what I already did.
     What I did?
 Whatever laaa..
I tried to change.. But everything seem futile. Erggghhh..

Wednesday, January 22, 2014

Bersyukurlah.

Allah Maha Besar...Allahuakbar!

Rezeki Allah itu amatlah luas. Meliputi segala apa yang di langit & di bumi. Dan Allah berhak memberi rezeki pada sesiapa yang dikehendakinya.
For most people, they tend to misunderstood yang rezeki tu pada skop wang & harta benda sahaja. Walhal, makna rezeki tu amatlah luas. Kat sini, aku mmg bukan orang yang arif untuk membahaskan soal agama & aku sememangnya xde tujuan nak berbahas langsung. I just want to share whatever that I knew so that other people will get the benefits.
Okeylah...
Dalam sedar x sedar...
1. Bila kowrang dikurniakan anak oleh Allah -itukan rezeki. Ade orang, miscarriage . Ada yang anak mati dalam perut dekat2 nak melahirkan (stillbirth).
2. Kowrang dapat anak yang sempurna - itu rezeki.
VS yang dapat anak cacat penglihatan, tak cukup anggota badan, berpenyakit serius (cth: jantung berlubang).
3. Anak yang sihat sepanjang pembesarannya VS anak yang sering sakit (demam dsb)
4. Anak yang bijak/ soleh/ taat ibubapa.
Tu baru sikit ttg anak jerr pun...
Camne dlm aspek family pulak?
1. Kowrang ada family bahagia VS porak-peranda.
2. Suami yg baik VS yang kaki botol/kaki betina/yang selalu sepak terajang/penampar segala bagai penderaan.
3. Isteri yang baik..tiap hari jaga mkn pakai kowrang, siap hidang depan muka tggl x suap je lagi (Aku? Suami aku yg suke menyuap aku sbb aku ni nk mkn pun malas tu yg kurus keding.)
Kerja?
1. Kowrang ada kerja yang halal VS PENCURI/PERAGUT/PEROMPAK yang hidupnye x tenteram Sbb bile2 masa blh kena tangkap/ kene tembak waktu buat jahat. Sewaktu kowrang berkhidmat kpd masyarakat, kowrang boleh dpt pahala.
Byk lagi..yg aku dan kowrang tak terpikir. Betul tak?
So, bile Allah tak bagi kowrang harta benda yg byk, jgn pula kowrang berburuk sangka dgn Allah. Sesungguhnya perancangan Allah xde sape yg tahu. Slalunye bile susah, kowrang akan dok bertafakur atas sejadah lebih lama. Mane tau bile dah jadi kaya-raya kowrang dah xnmpk tikar sembahyang..asik nmpk client, customer, dsb. Dan, pleaseeee jgn kate Allah x sayang kowrang bila Die bagi banyak dugaan & kesempitan hidup kat kowrang. Sedangkan Rasulullah, Nabi Muhammmad S.A.W , KEKASIH ALLAH diberi dugaan yg sangat hebat berbanding sesiapun di muka bumi ni.
Bersyukurlah di atas segala nikmat yang ALLAH berikan.
Jangan kowrang jadi kufur nikmat.
Dan, kalau kowrang dapat 'segalanya'..jangan pula kowrang bongkak & takbur serta berpaling dari tali ALLAH.
Sekian, dari aku hamba ALLAH yang hina-dina.
Semoga mendapat manfaat walaupun cipuuutt sangat..




Wednesday, January 15, 2014

Kalau rajin, apepun jadi.

PENGUMUMAN PENTING !!!

Tanggal 14 Januari dalah hari lahirku yang ke-31.
(Bersamaan Hari Keputeraan Yamtuan Negeri Sembilan).

Biasanye, orang akan treat kite mase birthday kite kan?
Tapi, hari ni aku nak celebrate cara lain...aku nak masak baik punye..treat family aku pulak yang selama ni banyak membantu aku.

Sebenarnye ada 6 menu aku nak masak rini. Tapi, hanya 4 yang berjaya. Nape? Sebab pukul 10 lebih baru nak gi beli barang kat Family Store. Kat rumah mmg x banyak barang sebab kitorang jarang dok umah - weekend je. Kol 11.30 baru nak start menyiang ayam, daging, sotong, udang, sayuran & buah2an. Kol 2.30pm baru start makan.

Buat family Along, K.Ta, adik Wani..sori x jemput sbb tau kan Shikin ni sangat lah jarang masak. So, takut 'tak menjadi masakan' tu nanti...maluuuu dgn Along, K.Ta, Adik Wani yang pandai masak. Just jemput mak, Cik BB + P.Su Dan, adik2 je.
Ni laaa 4 menu yang Berjaya dimasak olehku..


Alhamdulillah masakan menjadi. So, next time boleh jemput u ols. Tapi, kene kluar lebih awal untuk beli barang2. Taklah kelam-kabut cam rini.

Abang, thanx belikan kek harijadi. I Like...


Dua boys ni pun sibuk nk potong kek.
Thanx nyanyikan birthday song kat mama.


Monday, January 13, 2014

Muka 'ketat'.

Ni satu lagi cite best tang aku kenakan orang.
Aku ni memang naughty walaupun anak dah berderet.

Time di AEON Seremban 2 ritu,
tetibe aku teringat nak beli kek gulung kegemaranku & anak2.
Alamak... ramai betul yang Q nak bayar bahagian bakery. Lantak lerr. Yang penting dapat beli kek.
Kek ni segulung RM4.50. 3 gulung RM11.90- so, apalagi?

Sesudah membayar, aku U-turn utk keluar..Tang situ mmg tak salah U-turn.
Tapi, kiri kanan sempit pulak. Takkan nak buat2 terlanggar sebab aku tolak stroller baby. Karang baby aku jugak yang tergezut. Jadi, aku pun sabar menanti mereka2 menyedari kehadiranku dan slowly aku cube juga utk lalu.
Tiba2..ade sorang pompuan muda ni. Lingkungan 20-an. Muke dah cantik. Dressing dah cantik ala2 model giteww. Tapi, perangai je tak berape nak cantik.
Dalam keadaan aku 'berusaha' untuk lalu di ruang sempit tu..die pun datang menyempit sekali. Rushing. Muke ketat & tak puas ati sebab aku 'block' tengah2 jalan. Dalam die dok rushing2 tu..aku 'block' je jln tu dgn stroller anakku & tak bergerak se inci pun. Aku tau die takkan 'berhati perut'
untuk memberi seorang ibu yang membawa anak kecik lalu dahulu.
Dalam hati aku tergelak jerr, "Hah, lalu ler kalau boleh. Kui kui kui."
Lepas tu baru aku bagi die lalu dengan menarik sikiiiit jerr stroller anak aku.
Sebaik je die langkah sebelah kaki, aku terus je tolak stroller anakku membuatkan die nak terjatuh.

## Kui kui kui. Tak langgar pun. Saje acah2. Kui kui kui lagi.
Lain kali nak buat lagi tak?

** MORAL - Beri keutaamaan kepada
1. Orang tua
2. Orang cacat
3. Orang mengandung
4. Orang yang membawa anak kecik
Dan...Jangan pentingkan diri sendiri!

PESANAN KHIDMAT MASYARAKAT !!

Sunday, January 12, 2014

Taktik ketika di 'kesempitan'..

Takut gak nak cerita ni..
Takut ade yang marah or tak puas ati.
But actually takde apepun..

Nak tanye...
Kowrang biase tak pegi beli barang mase SALE? Especially time2 perayaan?
Aku ni even anak berderet memang 'kaki jalan'..'kaki shopping'. Lepas tu ngengade nak pegi mase time2 crowded. Yelah..kalau lambat, melepaslah pulak, kan? Tak gitu?
Cam aku..memang WAJIB bawak stroller + trolley gedabak tu. Utk 'sumbat' askar2 kecik ni. Dah cenggitu memang susah ler bile nak melalui lorong2 sempit (sempit dek mereka yang berhenti membelek barang2..menyervey harga dll).

Kalau jadi cenggini, ape korang akan buat ? Mmg sempit sangat unless orang kat tepi2 tu bagi laluan baru korang blh lalu gitu. Biase orang akan ckp, "Excuse Me/ Tumpang lalu" - betul tak?
Tapi, kalau dah hingar-bingar mane nak dengar kan? Nak pulak suara tu yang halus..yang mulus.

Ape aku buat?

Jeng..jeng..jeng...
Aku buat2 TERLANGGAR DENGAN TROLI GEDABAK TU..Hehe...Jangar mare..
Wehhh, jangan kowrang langgar kuat2 tak pasal2 terjatuh orang tu. Tak baik kan?
Langgar ALA2 MANJA gitu. Berlakon sikit maa. Lepas tu buat muka ala2 comel & cakap...," Oooopppsss sori terlanggar".
Setakat ni ok jerrr..Xde sape marah.

Pandai tak aku? Pandai lah sangat kan tang bagi ajaran sesat !! Haha..

Misi yang tak berapa misi.

Ape punya tajuk daaaa?
Saje je gune perkataan misi tu bersempena cik asben yang sepatutnya beroperasi di Sabah sekarang. Die dapat kebenaran balik sementara ni pun sebab Iri admit spital last week. Apepun, Alhamdulillah syukur dia selamat sampai ke pangkuan keluarga.
Seperti biasa - posing kat dalam kete.
         Rini kami plan survey rege paip sink yang cabang 2 tu & air-cond. Paip tu ingat nak beli yang temporary je. Nanti dah betul2 berkenan + cukup bajet, baru beli yang RM1k ++ tu. Barang sekarang mane ade yang murah, kan?
        Misi hari ini adalah di area Seremban 2.


Khusyuk cik asben membuat survey.
3 tempat kat area Seremban 2 kitorang gi:
Result untuk paip -:
1. Shong Heng (kedai hardware)- Macam2 brand jumpa kat sini : KOSA, MOCHA, abagno, paffoni, dll.
2. AEON, S2 - Sorento
3. SenQ - Item tak wujud.
Mahal pulak. Yang biase sesangat pun mencecah minimum RM300. Baik cancel je beli yang temporary. Esok2 bile jumpe yang best, terus ngaap.
         For air-cond, asben kate 1.0 HP dah cukup untuk bilik kitorang.
Cume specs tu tak sure yang mane paling seswai. Features pulak dah macam2 - Virus Doctor+, Full HD Filter, Turbo cooling lah. And, most mmg jenis Energy Saving. Harga memang tengah SALE!!
Before this aku mmg not keen pakai air-cond sbb aku ade airway hypersensitivity to cold. Which mean anak aku dah ada family history of atopy. Karang dowrang plk jadi mcm aku. Tapi, aku tengok dowrang selamba je tido dengan tak pakai baju-seluar. Tinggal pampers je. Kadang2 malam yang terasa panas tu, dowrang tido cam gelisah je. So, nak tak nak kene lah beli 1.

        Tak beli lagi ni. Survey pon dah pening...




Lake Garden Seremban.

        Hari ni kengkonon pepagi dh nk berjoging. Tapi biasalah, dh anak ramai ni mane dpt nk cepat.
Nak siapkan dorang je dh 'bergaduh' dari pagi. Sorang susah nak mandi, sorang lagi dah masuk bilik air tak reti2 nak kluar. Time baby start nangis nak susu..yang abang2 pun same2 menjerit nak susu..menggamatkan keadaan sedia ada. Macam tulah budak2, ajar jelah sikit2..then, banyak2 berdoa kat Allah semoga mereka membesar sebagai anak yang soleh (solehah tak lagi..).
 
        Lepas sume dah siap & dah masuk dalam kete, tetibe bau macam masam. Rupenye Iri pulak dah poo. Pintu & gril dah dikunci.
Kitorang singgah umah mak jelah basuh & terus mandikan Iri. Lagipun 1 jalan je nak ke Lake Garden Seremban tu. 
Isi minyak dulu.
Jam 08:30
         Haa...dh sampai. Aku & anak2 duduk kat gazebo jerr pon. 'Beristirehat'.
Asben je yang jogging 1 round - dlm 1.6 km jaraknye. Actually, eventhough kitorang ni dok kt Seremban..nilah 1st time kitorang berpijak di sini dari sejak berkahwin 6 tahun yang lalu. Biasalah tu kan.
Macam orang Port Dickson, dowrang tak pegi pun mandi laut. Yang dtg tu mostly orang luar.
         Pemandangan kat sini bolehlah dikatakan saujana mata memandang.
Juga cantik & mendamaikan. Walaupun keadaan tasik buatan yang begitu 'menghijau' tapi, tetap memberi ketenangan.
         Ramai yang beriadah kat sini. Seawal selepas Subuh pun dah ada yg start berjoging.
Tapi, beware pada yang ada anak2 kecik coz  tempat ni tak berapa seswai kerana bentuk muka bumi yang bercerun (cewahhh-ayat Geografi). Takut anak kowrang jatuh tergolek ke dalam tasik (tapi tak penah terjadi lagi kott..)
 
.
Berlatar belakangkan Jabatan Pendidikan Negeri Sembilan.
Medan Selera @ Jalan Dato' Hamzah (kanan JPN).
Medan Selera - Biso Bonar Corner (kiri JPN).
                                                             Ni gambar Tandas Awam MPS jerr (nak tunjuk jugak.)
                                          
                               Parking yang luas.
 
* Selamat Datang Ke Seremban *

Wednesday, January 8, 2014

Ini baru dikatakan perempuan....

Malam tadi kami melawat Yana, anak buah ku yang admit HDU, DEMC di Seksyen 14, Shah Alam. Mase kami visit die dah pukul 1 pagi. So, husband bawak aku & baby tido kat bilik VIP Kem Wardieburn, Setapak (2 boys lagi tggl dgn Tok dowrang). Husband kate leceh nak balik Seremban sbb sok die nak keje.
Esoknye...
Selepas asben abes keje, singgah kat shopping complex baru nearby kem die - KL Festival City Mall.
Hajatnye nak cari cover Sony Experia Z1 & pouch PC Tab ASUS ku.
Z1 tu beli kat SenQ , AEON S2 secara installment - RM2199 (Cash tu ade, tapi...terasa sangat kalau bayar cash.) Warranty setawun bagi non-member, 2 tawun bagi member. Tapi kalo screen pecah mmg x include warranty tau. Then, nak cari cover yang jenis transparent - kat SenQ ni mahal sangat - ade yg RM49 & RM59 je. 
Tengah2 mata melilau cari kedai phone/ kedai computer...
"Bang, ade booth kasut lah. Cam cantik je kasut2 die. Tengok jap ek."
Tapi, biasalah aku...singgah sekejap tu adelah 30 min. Siap bergambar bagai..
Siap tekejut lagi, "Dik, betul ke kasut ni sepasang RM20?" Cam x caye je. Kualiti same je cam kasut Vinci yg aku beli kat AEON,S2. Tapi, yang tu sepasang ada yang RM59.90 & RM49.90 - Beli 2 pasang baru dpt diskaun 20%. Aku ni takdenyer nak beli yg mahal2. Kalau kasut RM10 ade yang cantik aku sebat je. Kalau RM100 mmg tak lah. Kem salam je...
Ni lepas mintak izin Tuan Tanah, "Dik, tumpang amek gambar kat tepi booth adik ye. Nak bagi masuk gambar kasut2 yg cantekss ni." 
Selepas beberapa minit di booth tersebut. Inilah 2 hasil yang ku dapat. Baru habis 40 hengget. Selamat duit aku. Kihkihkih...

Cantik x ? Biar ler kembang sket. Dah pakai kang hilang ler kembang tu. Tak gitu?

 Kasut kelabu belang2 hijau.
Brand tak penting. Yang penting, sedap dipakai & cantik menawan kau memang de-bom. 
Lepas tu baru jumpe kedai phone. Tu asben tengah survey lah tu. Tapi, hajat x kesampaian lagi.  Katenye..phone baru..so x banyak choice utk cover yang available.

Lepas keluar masuk beberapa kedai, jumpelah kedai kat bawah ni. Alhamdulillah jumpe. Tapi, jenis plastic je. Plastic pun Rm19.90 ke? Sebat jelah. Tu pun yg last stock.

1. Amboi...cik asben ni..die pulak yang senyum lebar ye.
Tu sebab die pun jumpe cover utk Samsung die.
2. Tu aku tgh membebel , "Bang, pastikan gambar ayang tu cantik ok." Tadi, die amek gbr aku blur. Penat aku posing je. Dah pulak org tengok2 minah ni cam poyo. Hehe.
3. Kat tgn aku tu cover yg dimaksudkan..

Lepas tu jumpe jgk pouch ASUS aku. RM30 je. Cantik, kan?
Ni dah nak balik baru aku perasan ada LADIES PARKING. Bagus gitu..


Sunday, January 5, 2014

Bukan kupinta.

Sharing buat para ibu & yang akan jadi ibu one day nanti...

Memang ramai yang sukekan budak2 kan? Especially babies..
Tapi, kalau korang realize..rase suke & sayang tu x sama :
- semasa korang muda vs korang dah berumur cam aku ni.
- mase korang belum kawen vs dah kawen.
- mase korang belum ada anak vs korang dah ada anak.
- mase anak korang baru sorang vs anak korang dah berderet.

Walau apepun..ini cuma pandangan aku jer...

Orang kate..bile kite sayang seseorang /sesuatu, kite tend to give/ do the best we can or we able to do for that particular person. Tapi, tak sume orang cenggitu even orang lain anggap die cenggitu...(harap korang faham what I tried to say here. Faham kot ,kan?)

Example :
1. Aku ni ...tak ajar pon anak aku berdukung..
2. Tak ajar pon berbuai...
Even Papa, Tok & Tok Wan die pon x ajar. Tapi, kami terpaksa. Because..kalau kitorang tak 'turutkan'...die akan nangis sampai muke congested (merah padam) + hilang sore.
So, u guys think kitorang ade any other good choice?
Tok die sabar jelah tiap hari nak jage die...kadang sampai x dapat masak.
Mama pon sabar jelah...mase dalam wad 24 Hours nak berdukung..

Orang sana/I (termasuklah sedare mare) tanye..." Ko ajar anak ko berbuai ke?' [ajarlah sgt kan?].
Aku iakan je...malas nak cakap banyak...
Kowrang.... whatever yang berlaku in our daily live mmg akan di'observe' oleh people around. Kite pon wat bende yang same ,kan? And people can say whatever they want to say.. Biarkan je..tu kan mulut dowrang. Yang penting, kite tabahkan hati melalui liku-liku kehidupan kite.

** FIND THE STRENGHT TO DO WHAT YOU BELIEVE.
  

Saturday, January 4, 2014

Engagement adikku.

23 nov 2013..
Kini Safwan telah bergelar tunangan orang..
 
Kat bawah ni adalah gambar hantaran yang sedang 'dalam proses'.
Gambar hari bertunang x sempat upload (hantaran perempuan : purple-white-silver).
 
Inilah rupa bentuk hantaran tunang adik lelakiku, Safwan. Aku yg buat tau....jangan x caye..Tak sangka at last jadi jgk...
Ni belum siap..saje upload. Siap tagging senarai barang yang akan dibuat hantaran (aku malas nak recall banyak kali. Haaa temporary  tepek je dengan kertas A4)

Sunday, December 22, 2013

AccuWeather.com

Time2 cuti hujung minggu or school holidays ni.... ramalan cuaca memang memainkan peranan yang sangat penting.
Tak kira bagi mereka yang nak balik kampung, shopping, bercuti, family day, sport ke ape ke. Pendek kate, anything that relate to outdoor activities.
As for me, dah plan nak turun KL ngan seniour Rabu ni. Tapi alih2 ramalan cuaca memang tak memberansangkan.
Aku gune AccuWeather -ramalan semalam ngan rini accurate jgk arr kan. Senang aku nk estimate time nak sidai kain. Housewife patut guna app ni tau. Hehe.

 Apepun...rasenye kitorang redah je.....unless senior btau cancel.
Long-term plan tuuuu...since October tau. Korang mesti boleh agak....

Tapi, ni sume ramalan jerr. Allah Maha Mengetahui segalanya.

Bismillahhitawakkaltu a'lallah:)
La haula wala quwwata illabillah hil a'liyul a'zim :)

Sunday, December 8, 2013

Bercuti di kala banjir?

       Sebelum Subuh kami dah bangun. Malam tadi dah tertido sebelum set alarm. Dah nekad nak bangun before 4.30am...seb bek terjage jugak. Nak gi LCCT..bawak budak2 ni jumpe Tok & Tok Wan dorang yang nak gi Terengganu...(dah lame dorang book Air Asia ticket tu). Bangun-bangun terus bersiap-siap. Kejut cik asben suruh die dengar2 budak2 ni sementara aku kat bilik air. Biarlah diorang tido dulu. Aku nak siapkan barang2 diorang cepat2.
      Pukul 5.30am gitu kitorang dah ready nak gerak. Then, Atih (adik laki aku) kol kate nak ikut kitorang same. So, kitorang singgah umah mak untuk ambik die. Rupenye kol 4.30am tu mak, ayah, ancik, acu, shafiq, alang & yana dah gerak....paksu dah datang amek dorang ke LCCT.
      OTW kitorang sesat pulak. Awal2 tak nampak pon signboard LCCT. KLIA adelah. Asben aku pulak seperti biase dengan gaya confident nye. Kalau awal2 cakap dah sesat...senanglah aku on GPS. Disebabkan berpusing2 jalan yang sama...kol 6.30am kot baru kitorang sampai. Mase tu family aku sume dah masuk dalam. Flight kol 7am...(cepat jugak dowrang ni masuk..kire tepat mase lah dorang akan depart). Yang sian budak2 ni... Tak dapat jumpe Tok dorang. Dorang ni very close dgn Tok dorang. Tak jumpe sehari pon boleh meraung... Tapi, alhamdulillah dorang tak menangis tadi.. Maybe sebab diorang takot dengan Mama dorang yang garang ni.
     Takde ape boleh buat...jom balik jelah sayang-sayang mama. Petang karang kite nak keluar lagi, kan? Harap Tok & yang lain-lain tak tersekat dalam banjir.
   

Tuesday, December 3, 2013

I'm a loyal MAXIS customer..

Loyal sangat ke awak ni, Shikin?
Tanyeku pada diri sendiri..
Dah lame pakai no maxis ni (012) - dari zaman students sampailah dah anak 3. Yang sulung pun dah 4 tawun lebey.

The main reason aku takkan terminate line phone 012 ni ialah.....kerana....no nilah yang menemukan JODOH aku ngan cik asben. Yang mane aku start cintan-cintun dengan die dari aku 4th year Medical student UKM. Mase tu aku kire dalam Clinical year lah.
Aku dok dalam. Kat KTDI... kolej tun dr ismail. Kolej aku yang nearby Taman Tasik Permaisuri kat Cheras tu.
Sebelum tu 1st & 2nd year ( preclinical year) dok KTSN - kolej tun syed nasir....nearby Istana Budaya, Pusat Darah Negara & Tasik Titiwangsa. Asik dok tepi tasik je...best tau...senang beriadah...(beriadah sangat ler).

Dengan no nilah kitorang dok ' bergayut ' je. Mujur pass exam. Kalau tak, kempunan lah aku nak letak ' Dr. ' kat pangkal name aku, tak gitu?

Aku pakai postpaid ni dah lame. Tapi aku tak pakai packet data pon. Phone pon tak smart...i mean...i'm not using smartphone. So, ape2 promosi online dari stor maxis memang aku malas nak ambek kesah. Sekadar bace2 gitu..
Tapi, for those yang berminat dengan promosi gadget offered by Maxis...and kowrang willing nak buat contract 12 / 24 bulan - depends T&C....
Baik kowrang grab this chance. Yelah, kalau compare harga promosi & harga runcit memang beza lebih RM1k...betul tak pendapat aku ni ek? Aku rase betul dah.





 Tengok sini. Memang WOW , kan?
Oppsss ....mulut tu jangan nganga besar sangat ye. Karang masuk lalat pulak...

Monday, December 2, 2013

Hujan.

Hai korang!
Ade yang dah tido ke? Sejuk-sejuk ni sedap je kalau landing baik-baik atas katil...sambil kelubung dalam selimut. Betul tak?
Tang dah balik rumah...tu yang best.
Tang nak drive gi keje pagi tu yang liat.....Betul tak?
Hari ni the whole day hujan.
Even dari malam tadi...mase nak lelap mata pon dah start hujan...
Sampai lerrr pagi tadi mase nak pi keje...
Sampai malam ni mase nak tutup mate balik pon hujan tak renti-renti...
Kalau pepagi dah start hujan...alamatnye jam lah jalan. Pasal jalan kan licin..beranilah nak drive lelaju. Tak pasal2 terbabas pulak. Kalau terbabas sorang tu takpelah.. Tapi, jangan sampai melibatkan nyawa orang lain melayang.
Pandu Cermat..Jiwa Selamat
Ikut Rasa....Binasa!
Ikut Hati.....Mati!
Ingatlah Orang Yang Tersayang.
Ermmm...banyak lagi signboard peringatan yang lain, kan?
Lagi satu, pandangan mata kan dah kelabu...Sekelabu cermin kete time hujan lebat..mane nak nampak jalan kan...Wiper dah halaju maximum pon still tak jelas kan.
Ada kete buka double signal...hazard..Boleh ke tak? Boleh kan? Aku rase boleh. Kadang2 aku pon buka..pasal tak nak orang lain langgar kete aku. Pemandangan waktu hujan lebat kan limited. Camnelah agaknye orang2 yang dah tua drive? Sian dorang kan?
Aku mase kat highway slalu lari 130 time hujan memang takde hal. Ntah knape last week aku drive 80 pon kete aku dah kekiri-kekanan. Dah to the left...to the left...dah. Maybe sebab banyak air bertakung kat highway...Seb bek umo aku panjang lagi..And seb bek takde kete dekat2 aku time tu. Kalau tak, alamatnye.....gedegang!
Hari ni pulak...memang tak larat sangat nak drive. Sebab tak cukup tido. Dari kol 3am kot baby dah bangun. Sampailer ke pagi. Memang tak tido dah pastu.. Tension gak. Alang-alang dah tak boleh tido..aku iron lah baju....stok seminggu. Tinggal tudung je yang tak iron pasal aku tumpang umah mak..x cukup space nak letak.
Ni nak type pon tangan dah weak sesangat tau. Tadi mase sampai keje..orang tanye pon 2-3x aku tanye balik...pasal aku tak blh concentrate. Seb bek tak terlelap mase drive datang & balik keje. Alhamdulillah ALLAH masih beri kekuatan....
Ni saje nak tunjuk aku baru keluar dari simpang umah mak aku
&  tengah Q tunggu traffic light nun jauh kat depan tu. Cantik kan view ni?
 Ni pulak pic traffic light yang aku maksudkan tadi dari jarak dekat. 
Kalau aku dah jauh gile kat belakang tadi..memang tak sempat lerr nak kejar lampu hijau.

Kalau aku dari umah aku..aku akan muncul dari belah kiri...dari arah kem askar.

 Ni pulak Q depan sekolah SKSK (sekolah rendah aku dulu..).
Slalu before 7am kete aku dah terpacak kat sini. Janganler lambat sikit..kompom polis trafik tu jage lalulintas sampai lagi lambat jadi nye.
Kalau polis tu dah berdiri tengah2 jalan tu..aku memang kompom aku akan punch lepas kol 8am.
 Of all the pictures...ni baru gambar sebenar yang amek rini. 
Mase ni renyai-renyai. Aku tengah lepak kat parking sambil dengar radio.
Cantik kan KK PD?

Okesss..Selamat Malam semua.

Ermmmm...macam lah aku dah nak tido kan?
Ni haa nak melayan si baby ni asik meragam je..