Friday, January 16, 2015

Bengkak usus #2.

Kes ni lebih kurang sama entri #Bengkak usus. Tapi, ni berlaku kat lady umo 60 tahun. Sama jugak, sakit kat belah kiri perut. Tapi yang ni secara spesifik nya kat bahagian Left Lumbar region - rujuk #Anatomy abdomen.

Lady ni pulak buang air besar 2-3 kali sehari. Tapi keluar sikit2 je. Buang angin (kentut) takde hal. And, memang takde masalah2 lain.

Dia kurang minum air, plus kurang makan fibre (sayuran & fruits).

Hasil pemeriksaan perut, sakit sikit kat Left Lumbar bila press. Bowel sound - sluggish (Bunyi angin dalam perut kurang lancar).

Aku terus order AXR. Results tengok bawah.
XRay abdomen this lady.
Square hijau - faecal loaded
(means najis semua penuh kat situ).
Bulat merah - distended bowel/Usus bengkak.
Warna hitam - gas in large bowel
(gas yang terkepung dalam usus besar).

Bengkak usus.

17/Malay/girl.
Mengadu selalu sakit bahagian kiri perut (secara spesifik ialah di LIF rujuk # Anatomy abdomen.)

Dah 4 tahun dia mengidap sakit ni. Period pulak memang ada masalah sejak umo 13 tahun. Buang air besar pulak tak berapa lawas. Buang angin die kate no problem. Buang air kecil takde hal.

Hasil pemeriksaan, memang rasa sakit bila press di bahagian yang dinyatakan. Tapi, takde penemuan lain.

Aku suspek, samada masalah kencing kotor atau masalah sakit puan.

Check urine -> Normal.
Mintak tolong Dr yang in-charge ibu mengandung tolong scan -> takde fibroid/ ovarian cyst. Tapi yang nampak 'usus bengkak'.

Aku proceed with AXR (abdominal XRay)

Jeng..jeng..jeng...
XRay abdomen patient aku.
Square hijau - faecal loaded
(means najis semua penuh kat situ).
Bulat merah - distended bowel/Usus bengkak.
Warna hitam - gas in large bowel
(gas yang terkepung dalam usus besar).
Related topics:
Intestinal obstruction.

Thursday, January 15, 2015

Alzheimer.

     A Chinese man who I used to see before came to see me back today. Last time, I met him at other room. But today at another room. Maybe because of that he didn't recognize me.

     Today, he brought up the same topic - regarding his TIA (Transient ischaemic attack). Basically he asked all the same Qs he already asked during the previous visits. So that I gave him same answers. Aku rasa uncle ni dah Alzheimer (penyakit lupa) but it's really difficult to sort out because he always comes alone. Macamanalah nak tanya keadaan dia kat rumah kan.

     Dia tak abis2 condemn doctor last yang rawat dia. Aku layankan je..
- Doktor tak faham penyakit dia.
- Doktor tak check dia.
- Doktor tak order blood untuk dia.
- Doktor tak review blood results dia yang dah lepas.
- Doktor tak bagi rawatan yang bagus untuk dia.
Bla...bla...bla...

Aku: Uncle, Dr tu dah buat those things for you. Maybe you forgot.
Sambil tu aku explain balik semua benda yang previous doctor dah explain kat dia. But that uncle still not satisfied. Still condemn.

Lama-kelamaan..cam never ending story je..

Aku: The last doctor that saw you was me.
Uncle: I cannot remember.
Aku: Yes uncle. It was me.
Uncle: What's your name, doctor?
Aku: Am Dr. Shikin.
Uncle: I still can't remember.
~§§+$[¥=?!]§=~=^§€





Muslimah peluk KPOP - dengan keizinan Allah?

Sumber - YouTube.
 Quote :
" Mereka berada di atas pentas dengan keizinan Allah sebab dalam hidup ni Allah bagi kita 1 perkara iaitu pilihan iaitu kita nak pergi atau tidak, buat sesuatu tu dalam sedar atau tidak, dan mereka memilih untuk pergi, dan Allah izinkan mereka untuk pergi.... "

" Allah mengizinkan mereka berada di atas stage... "

" Di sebalik keizinan Allah nak jadikan benda ni viral adalah sebab kerana Allah nak uji kita..."

** Aku mintak maaf kalau ape yang aku quote ni ada sedikit keciciran perkatan, sebab video aku loading tadi. But i've tried my best to listen carefully to every single word.

Sumber - YouTube.
 Ape pendapat korang?
     Pendapat aku, apa yang this girl cakap memang banyak betulnya. Korang please dengar the whole video selama 5:43 minit ni.

     Cuma the earliest part tu je yang salah konsep. That one bagi aku, tak bolehlah cakap 'dengan keizinan Allah' memandangkan masa tu perkara maksiat yang dilakukan. Allah bagi kita nikmat islam & iman. Tapi, mengapa kita memilih nafsu serta memberi kemenangan kepada syaitan & iblis. Di saat kalian melangkah masuk ke tempat konsert tu pun syaitan & iblis dah bersorak & berparti. Betul x apa aku cakap?

     Jadi, marilah kita sama-sama berdoa agar Allah sentiasa memelihara iman kita hingga Malaikat Izrail datang menjemput kita. Alangkah ruginya jika nyawa kita dicabut ketika kita sedang melakukan perkara maksiat.

     Aku malas nak cakap banyak sebab takmo tambah kontroversi. Memadailah aku cakap, kejarlah akhirat, insyaallah dunia pun kita dapat. Kalau dunia je yang dikejar, takut akhirat tak dapat langsung. Wallahua'lam.

Related topics:
~ Kenangan zaman sekolah..
~ Mukmin yang kuat lebih dikasihi Allah
~ Bahasa syurga
~ Pasang-surut iman
~ Hidayah Allah

*****************************
Lawak KJ :)
(Dato' Khairy Jamaluddin).
~ Sape rasa KJ lagi handsome dari KPOP sila angkat tangan laju2. Tengok..aku dah angkat tangan dulu.

Wednesday, January 14, 2015

Wordless Wednesday #14/1/15

Mama 3 Adams... 

Saman Polis.

     Entah macamana teringat ada saman polis belum bayar. Saman ni kena pasal husband aku parking tempat drop passenger kat KLIA2 masa datang jemput kitorang balik dari Vietnam 15/12/14 ritu - kira dah sebulan lepas. Saman tu just RM10. Sekarang mesti dah berkali-kali ganda. Isau tau. Asben aku dah buat salah guna kete aku tapi tak remind aku langsung pasal saman ni :(

     Cari punya cari memang tak jumpa kertas saman. Mujur ingat nak search cara semak secara online/SMS. Aku prefer yang SMS. Kalau caj pun just RM0.20 je per SMS.

Semak saman trafik melalui SMS
Taip : POLIS SAMAN [No KP atau kenderaan]
Contoh : POLIS SAMAN 830114XXXXXX atau POLIS SAMAN NCWXXXX
Hantar SMS ke 32728 atau 15888.

Kalau nak saman terperinci taip ni:
POLIS SAMAN [No KP atau kenderaan] [emel]
Contoh : POLIS SAMAN 830114XXXXXX shikin1401@gmail.com
Hantar SMS ke 15888.

Lepas tu, buka emel & akan keluar macam kat bawah ni ...
 
      Ternyata ada 1 saman berjumlah RM150 (Memang terbeliak jap mata ..RM10 -> RM150). Nasib baik colleague aku, Dr. P baik ngan sorang polis ni. Aku pun pernah jumpa patient ni. Dia boleh tolong kasi diskaun baik punya. Harap bolehlah bayar RM10 je sebab memang tak ingat.

******************************************
Tambahan:
Semak saman JPJ melalui SMS
Taip: JPJ Saman [No. KP atau kenderaan]
Hantar SMS ke 15888.

On my birthday.

     Mesti korang ingat aku nak cerita pasal birthday celebration aku, kan. Korang tak payah nak pikir ke situ lah sebab xde ape2 pun yang akan berlaku hari ni. Asben aku takde, dia pi misi bantuan banjir Pantai Timur. Saje nak balik kampung le tu - Klate. Neway, even if en asben is around pun i dun feel nak celebrate this year.

     Okey, lets chill. Jangan ingat aku nak sedey ke hape. Birthday celebration is nothing. Blogging is my everything - my soul, my life okey. Tahap macam tu sekali. Aku boleh depression kalau sehari tak bukak blog ok.

     Pepagi buta aku dah bangun beraktiviti menepek2 Shiseido face mask. Anak-anak semua still tido. Sedap tarik selimut ni sebab cuaca sejuk.
Puas aku edit sebab nak leave the facial part je.
Dah macam floating je kepala aku.
     Ramai dok kate bila nak tanggal mask Shiseido ni sakit & perit. Ada yang sampai nak nangis pun hado. Hehe..aku pun pernah camtu. So, untuk elakkan kejadian macam tu :-
1. Better korang tepek macam dalam gambar. Kalau tak tahan juga, avoid bahagian pipi yang bawah2 sebab kulit situ memang lembut - sakit sangat bila nak peel off sebab mask ni memang melekat kuat macam gam.
2. Jangan tepek kat jerawat yang tengah growing dengan jayanya aktif.

Rajin-rajinlah pakai - twice a week. Mesti comel macam K.Ton model. He3.. ayat promote.

Ni aku tengah tunggu bujang 3 orang entah bila nak bangun. Job dah ade - peel off mask mama.

Tuesday, January 13, 2015

Hadiah Birthday & Top Commentator blog.

     Orait...inilah parcel ke-3 yang aku dapat kat klinik hari ni. Terjawab suda segala persoalan kan? Kalau nak tau, parcel ni yang pertama aku bukak sebab tak sabar nak tau sapa sender nya. Yang lagi 2 memang dah tau :)
Atas: Handmade birthday card.
Bawah kiri: Furoshiki tissue box wrapping (2 pcs) - hadiah top commentator.
Bawah kanan: Aku rasa satin shawl - hadiah birthday.
Macam tau2 je rini aku pakai baju kurung maroon colour. Memang sesuai bebenor ngan warna baju aku.
1.30 pm - Serabut dah shawl aku lepas dok keluar-masuk stetoskop cucuk kat lubang telinga.  
Tadi masa aku datang labuh lagi..Huh.
Meh datang dekat sikit. Cer tengok tulisan sape?
Kad birthday dari K.Farrah. Cantik kan kad ni?
Apa yang aku tau tentang K.Farrah?

- Beliau juga single macam Kak JM. Rujuk SINI. Kalau nak tackle wajib mintak restu Cekebon & Cekengah dulu tau.
- Beliau sangat kreatif. Kalau nak tengok hasil tangan beliau, semuanya ada kat 'Pinterest' yang ada di kanan sidebar blog beliau. Bermacam peralatan yang namanya aku baru dengar hasil penjelajahan aku ke blog beliau. Setiap kali aku tak jumpa barang2 ni kat kedai buku, for sure aku akan message K.Farrah untuk tanya pendapat. And, memang cepat je K.Farrah reply tau.
- Selain tu, beliau juga aktif dalam mencipta chords lagu. Aku tak boleh explain lebih sebab 1 habuk pasal muzik aku tak paham. Hehe.
- Bukan saja kreatif mempelbagaikan hasil kraf menggunakan kertas & mencipta kod muzik, beliau juga suka create her own recipe & share kat blog. Semuanya nampak menyelerakan. Kalau aku dok sebelah rumah K.Farrah, kompom aku dah buat2 mengigau & berjalan ke arah pintu dapur rumah beliau di waktu malam sambil memegang pinggan Tupperware aku kat tangan. Hehe.
- K.Farrah juga sangat peramah & rajin BW.
- Juga pemurah - Beliau siap bagi hadiah untuk birthday Abe, anak sulung aku tau.

Semoga Allah bukakan lagi pintu rezeki K. Farrah.. (sebab nanti high chances aku buleh dapat hadiah lagi. )

Kalau nak kenal K.Farrah dengan lebih lanjut, boleh klik2 SINI - FAMF-TOWER

Selingan...
     Dah dizzy because last night aku tido dalam 1.5 Hr je. But, it's ok. No big problem. Cuma jap lagi dah nak berkuak lentang, kuak kupu-kupu bagai atas tilam. Haha..buruk perangai ...Takdenya aku buat macam tu pun.

     Harap malam ni aku jaga awal untuk blogwalking. Esok kan N.Sembilan cuti so boleh stay-up lagi.

Hadiah dari Korea.

     Dari sehari ke sehari aku plan nak up kan entri ni. Tapi, tak buat-buat juga. So, aku takmo tunggu any longer.

      Jom tengok kecomelan ole-ole yang aku dapat ni. Ole-ole ni secomel tuan empunya badan yang hadiahkan kat aku.
Ni hadiah aku jadi among top commentator kat blog kak JM. Peratikan ada kad ucapan khas tau.
Antara lain:
- Brooch biru yang comel (sepasang).
- Bookmark / Letter opener.
- Set fork & spoon.
     Bukan aku sorang je yang dapat sobenie dari Korea ni tau. Malahan ramai lagi yang dapat dari K.JM. Pemurah sungguh k.JM ni. Semoga Allah murahkan lagi rezeki k.JM lepas ni (nanti boleh dapat hadiah lagi - mode xreti malu).

Apa yang aku tau tentang k.JM?
- Beliau masih single. Ouchhh..sape nak tackle boleh lagi tu.. :) Jangan mara I gurau je tau ahkak.
- Beliau sangat peramah & rajin BW. Sekali datang tak sah kalau tak bawak bom atom atau bom nuklear.
- Baliau ni suka mengembara. Dah banyak negara yang dilawati. That's why masa aku nak pi Vietnam aku revise blog k.JM dulu tau.
- Bagi aku, beliau adalah antara wanita yang sangat berani & berjiwa kental. Sebab bukan calang-calang orang yang berani mengembara kat negara orang bersama rakan2 traveller yang baru dikenali.
- K.JM jugak suka share tips untuk memantapkan blog. Cth:
1. Tips untuk tingkatkan trafik blog.
2. Tips 'ringankan' blog - so that tak loading sangat.

Kalau nak kenal k.JM dengan lebih mendalam klik SINI tau ~ Jari Manis Travel.

Thanks a lot kaka manis. Labyu so much. Muahh..muah....

3 parcel?

      Sabtu lepas aku ada order IPOW Ninaskincare (Ibu Putih Oxygen White) & Shiseido face mask hitam. So, hari ni dah dapat...
Taraaaaaaa...
     Aikkk..apasal order 2 barang tapi dapat 3 bungkusan? Jom kita rungkaikan persoalan ni.
     So, dah dapat jawapan kan?
Kiri: Shiseido face mask - 70pcs.
Kanan: Set IPOW Ninaskincare.
Tak sabar nyer nak guna dua2 ni. Mask hitam tu dah lama aku tggu stok - tapi, asik sold out je. So, selama ni aku just pakai yang putih. Setakat pengalaman aku, pakai yang hitam lagi syiok tau. Cube ea..jangan tak cube..

     So, parcel ke3 dari siapa? Apa isinya? Tunggu next entri ye:)

     Petangnya aku continue kerja mengemas yang tertunggak semalam. Nampak x meja dah clear? Rak segala macam borang dah tersusun? Atas rak just tinggal CPG booklet & hand sanitizer. Meja berlaci pun dah clear.. Sila buat2 tak nampak pada alas meja yang dah koyak. Rak tu sangat messy semenjak aku start kerja situ Feb/2014. Aku mana reti nak mintak staff tolong kemas sebab aku ada cara sendiri. Dorang pun bukan berani nak touch barang doctor sebab ada doctor yang kepala angin sikit.
     Meja tu pulak previously mmg selalu share dengan colleague aku.  So, sebab sekarang aku dah dok sini sorang, dapatlah aku laksanakan apa yang aku niatkan selama ni - Get rid of messy stuff. Sekian lama baru berkesempatan rini. Alhamdulillah..

Selingan...
Kucing ni comel ke comot?
Ada orang samakan aku dengan kucing ni.
Ada patut ke? :)
Hantarkan undian anda ke 14141.
Setiap SMS akan dikenakan caj RM0.50.

Monday, January 12, 2015

Fashionista.

     Selepas seharian mengerah keringat memerah otak, akhirnya dapat jugalah lah aku berlabuh kat atas kusi empuk ni. Perah otak ler sangat...hehe..padahal rini banyak cold case je, melainkan adik umo 11tahun yang aku check-in kan ke hospital pagi tadi sebab bacaan darah dia dah teruk sangat. Kes denggi!!
- Hematocrit 47 (tak boleh lebih 40)
- Platlet 17
- Tekanan darah 70/50 (rendah sangat)
- Nadi 120 (laju sangat)
* Ada banyak lagi pemeriksaan yg dibuat tapi tak dinyatakan kat sini takut korang fenin. Hehe..

     Petang sebelum balik, terserempak bos. Bos tanya ok tak rini? Maksud bos - keadaan klinik. Aku: Okey je, boss:) Depan boss kena tunjuk kental okey :D Jangan nak mengadu bagai, nampak sangat ko lemah. Hahaha berlakon ke ape? Tak lah... Always do our best kan..Let Allah do the rest.

     Panjangnye intro aku...
Actually cuma nak cakap, boss kalau tengok aku selalu nak senyum2 tau. Nampak tau walaupun boss macam nak sorok. Tau x kenapa? Tengok attire aku... Aku mmg kalau pi klinik macam nak pi jalan atas red carpet - so outrageous. But, what to do. Aku memang macam tu. I like to be different!
     Pernah staf aku, Mizan tanya, " Dr. ni pakai tudung ke serkup je kat kepala? " Mizan ni memang baik, dia selalu tolong belikan setem kat aku untuk pos hadiah blogger. Aku memang tak ambik hati pun sebab dorang ni memang selalu melawak ngan aku. Ape aku jawab? " Mizan, this is fashion, ok! " Hahaha...Fashion lah sangat Shikin oii..

     Aku suka bila datang klinik semua (my colleagues n my nurses) dok tanya macam mana nak pakai shawl, harini doktor pakai kasut warna apa, mana beli itu... ini...bla..bla..bla... Nanti aku btaulah. I like if people follow my style. Huhu...tamat sessi merepek..

Monday blues.

1.30pm
Just finished my last patient.
150 patients for 3 MOs :)
 2 MOs on planned leave.
Another 2 took MC.

Just sit down & chill.
After all mmg x boleh lari mana...ko hadap je lah, Shikin :D

Sense of humour tetap ada rini.
Patient 1: Dr, makcik tggu lama, dah sakit pinggang ni.
Patient 2: Dr, kaki makcik dah cramping. Tak boleh nak bangun sebab lama sangat duduk.

Case 3:
Ni aku sendiri yang buat lawak bengong..
Aku: Okey...harini 9/1, so nanti.....
Patient 3: Dr, harini 12/1.
Aku terus gelak besar lah.
Aku: Alamak...tadi ramai patient datang mengadu demam since Jumaat. So, dalam kepala saya dok set date 9/1 tu lah...:D

Bila doctor dah hypos.. 

Saturday, January 10, 2015

#ipowninaskincare.

     Dah lama aku tak bukak FB kakak cantik ni. Tadi teringin nak bukak, sebab kebetulan ternampak gambar K.Nina kat What's App contact aku macam yang kat bawah ni. Jujurnya kalau aku tengok pun dah melting (haaaa...jangan pikir yang bukan-bukan hokei). Kalau lelaki tengok xtau le cemana, kan para lelaki sekalian :D
K.Nina yang cantik.
     Lepas tu bila bukak FB K.Nina, nampak ada set produk kecantikan baru pulak. Ditambah lagi dengan testimoni dari customer yang dah cun-melecun. Teruslah tergoda. Aku ni kalau kena goda macam ni memang cepat cair. Padahal bulan lepas baru je beli Safi Rania Diamond sebab nak cantik macam K.Ziana Zain - refer SINI. (Nampaknya aku semakin curang pada TABITA jugak. Lagipun set Tabita dah nak licin. Okey..tu cuma alasan aku sebenarnye).

Set IPOW Ninaskincare.
FB: #ipowninaskincare
Set consists of :-
- Black Soap.
- Anti blemish toner.
- Day & Night cream.
- UV Sunblock.



Cara penggunaan IPOW :-
    Laju je tangan aku buat payment untuk 1 set tadi. Sebab tengah free kan. Kalau delay, takut lupa pulak nanti. Sape nak order boleh pm FB Nina Emelyn k.
Ni gambar yang aku send kat K.Nina.
Konon testimoni lepas pakai Oxygen cell Ninaskincare lah. Padahal, gambar 'sebelum' tak amek.
Camner nak jadi testimoni kan.


Related topic -:
- Oxygen Cell Ninaskincare
- Safi Rania Diamond