Hai korang. Macamana dengan kerja hari ni? Ok ke tak okey?
Macam aku, ada hari okey & ada yang sangat tak okey. Aku tak ingat samada aku pernah cerita yang dulu aku seorang yang cepat melenting kalau ada patient suka ajar aku management yang sepatutnya aku buat sebab tu dah memang tugas aku. Tapi, makin lama ...dengan meningkatnya usia, aku rasa dah boleh fikir yang argument tu takkan bagi penyelesaian especially untuk patient jenis yang arrogant & stubborn. Buat habis air liur & korang akan sakit kepala serta cepat penat. Apa taknye, habis tenaga bertegang urat.
Alhamdulillah, Allah bagi aku akal untuk berfikir secara waras. Dalam seharian aku bekerja selama 7 tahun ni memang banyak benda baru dalam hidup yang aku belajar. Tentang kesakitan, kesedihan, how does it feel when patient felt thankful for your kindness. Dan tak kurang juga Allah bagi aku jumpa pesakit yang pelbagai ragam yang sering menguji tahap kesabaran aku.
Selalunya, kalau aku cukup tidur..aku akan 'function' well at clinic. Aku ni jenis kalau stress kat rumah, jarang sangat2 terbawa-bawa ke klinik. Being too busy akan buatkan aku lupa segala masalah personal aku. And I loved it this way! Macam semalam, hanya aku & 2 MO bertugas di JPL yang mana pesakit kami pada waktu pagi je dah cecah 201 orang. Tapi, aku chill je & Alhamdulillah semua pesakit yang aku jumpa jenis chillex je & kes yang aku dapat bukanlah yang luar dari biasa.
Macam hari ni, aku tetap chill ke tempat kerja. Tapi, Allah nak uji aku dengan pesakit2 yang bersikap kasar & ada yang biadap tanpa aku tahu puncanya. Padahal aku dah bercakap sehabis lembut & senyum lagi tu. Tapi, Alhamdulillah aku sabar. Thanx Allah kerana memelihara aku dari tipu daya syaitan yang direjam.
Semoga kita semua tergolong sebagai Ahli Jannah. Amin :)
Apabila kita redha atas sesuatu yang mengecewakan hati... maka Allah akan menggantikan kekecewaan itu dengan kegembiraan yang kadang-kadang di luar jangkaan kita :) |
Bukan mudah nak puaskan hati semua orang.
Nad suka sangat quote tu..
ReplyDelete" No need for revenge. Just sit back and wait. Those who hurt you will eventually screw up themselves and if you are lucky God will let you watch"
Be strong Doctor Shikin!
Nad suka singgah sini...banyak sangat Ilmu yang boleh dapat.. keep on sharing ye! hehe
Akak pun suka quote tu. Dgn orang2 begini, lebih elok kita dok diam2 dan 'observe' diorang rosakkan diri sendiri :)
Deletesuka jugak quote tuh..
Deletebetul tu shikin.. tak mudah nak puaskan hati semua orang... kdg2 kita rasa dah buat yang terbaik pun org masin tak puas hati..
ReplyDeletegood vibe doc.. i loike
ReplyDeleteSusah nak didik sabar dalam diri kan. Akak selalu hilang sabar bila anak didik yang remaja2 ni kelentong betul2 depan batang hidung. Tapi gunung berapi meletus dalam hati jelah huhuhu
ReplyDeleteKadang saya pelik zaman sekarang ni.. doktor..cikgu..polis.. any jobs la.. sesetengah masyarakat ada juga nak bersikap biadap..huu.. tapi kalau api bertemu api..memang lagi teruk.. tak pa , sesiapa pun..sebagai seorang yang berilmu, think postif je huu
ReplyDeletenak puaskan hati oramg memang susah, last last kita yg stress..
ReplyDeleteYang penting, lakukan semua pekerjaan dengan niat kerana Allah. InshaAllah Allah bantu kita semua.
ReplyDeleteBetul tu.. setuju sangat dengan positif tu.. haha.. beberapa hari ni busy sangat dengan Jejak A ni.. kononnya nak positif la.. "I'm not stress. It's just that life is too awesome to be enjoyed at this moment." Hahaha..
ReplyDeleteitu semua dugaan..akak pun pernah dalam situasu yg sama..sabar lah ye
ReplyDeletekesabaran yang penting.. betul kalau kita bertekak bukan nak elokkan keadaan malah akan menambahkan ketagangan yang ada.. semoga kita diberikan kesabaran yang tinggi untuk menghadapi pelbagai dugaan yang melanda..
ReplyDeletesemoga dilimpahkan sifat kesabaran yang melimpahruah, agar semua urusan dipermudahkan :)
ReplyDelete