Tuesday, January 6, 2015

Budak belasan tahun langgan perempuan.

Nama & butir peribadi dirahsiakan.
 
     Sorang budak lelaki umur 16 tahun
 datang jumpa aku mengadu sakit tempat kencing. Sepatutnya, soalan seterusnya adalah - Sudah berapa lama sakit tu? Tapi, Dr. Shikin (aku ler..) & her colleague (an Indian male doctor), tanya....

Dr P: U ada buat nakal ke?
Aku: Ermmm...ada keluar apa-apa discaj dari tempat kencing @ tempat private?
Budak: Ada. Bla..bla..bla...

See....dah tau kan apa yang aku cuba sampaikan?
     Secara ringkasnya, budak ni langgan CSW (commercial sex worker a.k.a prostitute ler sebenarnye) kat hotel dekat pekan Seremban tu. Kalau tak salah, dia bayar RM30 untuk khidmat sex dari sorang pompuan cina dalam 2 minggu lepas. Ni bukan first time. Dia dapat info khidmat sex tu dari kawan-kawan dia. Ni aku tengah imagine..macamanalah budak tak cukup umur tu main ek. Alahai...muda sesangat lah adik oiii dah pandai buat kerja camni.
     Masa main tu dia pakai kondom. Pandai pulak pakai barrier method. Tapi, camne dapat simptom yang aku sebut tadi? So, maksudnya dia buat oral sex jugak.
"Gonococcal infection usually follows mucosal inoculation during vaginal, anal, or oral sexual contact or perinatally."

     Kira nasib dia tak baiklah. Tak pasal-pasal dah dapat penyakit kelamin (STD - Sexual transmitted disease). Buat test memang positive bacteria ni -> Neisseria Gonorrhea
    Tapi, kerja doktor bukan setakat tu saje. Nak kena notify case, fill up MSA form, bagi treatment (injection & ubat makan), buat semua ujian darah yang perlu seperti HIV rapid test, HIV1&2, Hepatitis B&C, VDRL, Urethral swab C&S, UFEME. Lepas tu kena bagi appointment semula (lagi 3minggu) untuk ulangan check darah (Gram Stain sahaja) & review semua results. Nampak tak betapa seriusnya penyakit ni? 
     At this level tau pulak dia takut. Macam-macam soalan dia tanya aku.. Huhu..tawakkal jelah,dik. Banyakkan berdoa kat Allah je.
Aku: Lepas ni nak buat lagi tak? 
* Sempat je aku takutkan dia lagi.

Monday, January 5, 2015

AEON , Seremban 2 - Part 2.

Ahad, 4/1/2015.
AEON (formerly known as Jaya Jusco), Seremban 2.

     Tadi pi kenduri Cik Salmah, ex-neighbour mak & merangkap patient aku.
Siapa Batman yang akan terpilih ke peringkat akhir?
    Lepas tu bawak anak jalan-jalan kat Jusco. Hajat utama nak cari magnetic sheet tapi fail lagi - puas cari kat Popular Bookshop, MPH & bahagian stationary AEON. Pekerja dalam kedai pun semua tak tau benda hape tu. Susah betul nak carik benda alah ni kat Seremban. Semalam pun ada cari kat SINI tetap takde rezeki.
     Jalan-jalan lagi dalam tu... jumpa macam-macam peralatan dapur (bermacam jenis mixer & blender). Rasa nak je sambar 1. Anak pun mintak beli. Nak snap gambar, tapi malu pulak sebab depa letak tepi cashier. 3 items ni je yang berjaya di'snap'.
Ice Shaver - RM89.90
Fruits Ice Maker - RM159.90
     Then, jumpa Booth Fancy Pantsy ni pulak. Depa jual skirts - semuanya cantik-cantik. Harga around RM50-78. Aku beli satu dengan corak bermotifkan flora. Kain very soft. Penjual kat booth tiga-tiga peramah.
Bermacam-macam corak skirt ada dijual kat sini.
Sape agaknya yang sudi nak belanja aku ek?
Sila angkat tangan laju-laju. He2.

      Jalan depan sikit jumpa booth yang jual durian crepe pulak. Ada Happy Hour Durian Crepe.
Durian Crepe - 4pcs RM10.
Memang sedap sangat sebab aku memang suka makan durian..
Chocolate Indulgence Cake - ni request dari Abe.
Dia buat muka mintak simpati, so mama terpaksalah beli walaupun semalam pun baru beli 2 bekas.
1 = RM10
2= RM15
     Siap dapat belon sorang satu. Dah macam kembar 3 dah anak-anak aku ni. Pi mana-mana mesti orang pandang lama-lama. Yang bertanya tu usah cakaplah - Malay, Chinese, Indian :) #Feeling blessed.

Related topics:
- Mr. DIY, Tesco Seremban 2.
- AEON, Seremban 2 - Part 2.
- DIY fridge magnet.
- Silap tengok harga.
- Dinner with my boys.
- Jamuan Hari Raya di lorong gelap.
- Apa makna CINTA? Apa makna SAYANG?
- Konflik interpersonal.