Monday, January 5, 2015

AEON , Seremban 2 - Part 2.

Ahad, 4/1/2015.
AEON (formerly known as Jaya Jusco), Seremban 2.

     Tadi pi kenduri Cik Salmah, ex-neighbour mak & merangkap patient aku.
Siapa Batman yang akan terpilih ke peringkat akhir?
    Lepas tu bawak anak jalan-jalan kat Jusco. Hajat utama nak cari magnetic sheet tapi fail lagi - puas cari kat Popular Bookshop, MPH & bahagian stationary AEON. Pekerja dalam kedai pun semua tak tau benda hape tu. Susah betul nak carik benda alah ni kat Seremban. Semalam pun ada cari kat SINI tetap takde rezeki.
     Jalan-jalan lagi dalam tu... jumpa macam-macam peralatan dapur (bermacam jenis mixer & blender). Rasa nak je sambar 1. Anak pun mintak beli. Nak snap gambar, tapi malu pulak sebab depa letak tepi cashier. 3 items ni je yang berjaya di'snap'.
Ice Shaver - RM89.90
Fruits Ice Maker - RM159.90
     Then, jumpa Booth Fancy Pantsy ni pulak. Depa jual skirts - semuanya cantik-cantik. Harga around RM50-78. Aku beli satu dengan corak bermotifkan flora. Kain very soft. Penjual kat booth tiga-tiga peramah.
Bermacam-macam corak skirt ada dijual kat sini.
Sape agaknya yang sudi nak belanja aku ek?
Sila angkat tangan laju-laju. He2.

      Jalan depan sikit jumpa booth yang jual durian crepe pulak. Ada Happy Hour Durian Crepe.
Durian Crepe - 4pcs RM10.
Memang sedap sangat sebab aku memang suka makan durian..
Chocolate Indulgence Cake - ni request dari Abe.
Dia buat muka mintak simpati, so mama terpaksalah beli walaupun semalam pun baru beli 2 bekas.
1 = RM10
2= RM15
     Siap dapat belon sorang satu. Dah macam kembar 3 dah anak-anak aku ni. Pi mana-mana mesti orang pandang lama-lama. Yang bertanya tu usah cakaplah - Malay, Chinese, Indian :) #Feeling blessed.

Related topics:
- Mr. DIY, Tesco Seremban 2.
- AEON, Seremban 2 - Part 2.
- DIY fridge magnet.
- Silap tengok harga.
- Dinner with my boys.
- Jamuan Hari Raya di lorong gelap.
- Apa makna CINTA? Apa makna SAYANG?
- Konflik interpersonal.

Sunday, January 4, 2015

Mr. DIY, Tesco Seremban 2.

Sabtu, 3/1/2015.
Mr. DIY, Tesco Seremban 2.

     Mula-mula pi Kedai Gambar H.P.T kat Jalan Tuanku Munawir, Seremban dulu. Nak cuci gambar 4R untuk dibuat fridge magnet. Kalau cuci sekeping gambar saiz 4R- RM1. Semalam aku cuci 10 keping = RM6 (save RM4). * Kedai yang nearby rumah tak terima cuci gambar yang diedit sebab katanya mesin dorang kecik, nanti gambar yang aku edit boleh terpotong.
ATAS: Gambar 4R yang siap dicuci.
BAWAH: Gambar yang siap dipotong. Tinggal nak lekat kat magnet rubber sheet.

     Destinasi seterusnya - Mr. DIY kat Tesco S2. Kedainya besarlah jugak. Ruang nak jalan selesa. Tapi, masa aku datang tu tengah nak extend kedai. Jadi, banyak barang yang berselerak. Pekerja-pekerjanya okeylah - ada few yang tolong aku cari magnetic sheet walaupun dorang tak berapa familiar  dengan benda alah tu. Jenuh juga aku try nak carik. Siap pusing 1 kedai tapi tak rezeki. Magnet sheet yang aku jumpa ritu mahal pulak. Takmo dah beli kat sana. # Refer entri INI . Ikutkan kata Scdha Sein & K.Farrah FAMF-Tower, kalau kat Daiso cuma RM5. Kat Seremban ni macam takde Daiso je aku rasa.
3 anok jate - memang lebih suka dok dalam trolley dari berjalan di atas kaki sendiri. Katenye penat kalau berjalan.
Mama & Ajik,si pemalu.
Saje dia buat muka macam tu.
Antara hasil yang 'berjaya' dibawak balik:
- Suit cover = RM3.90
- Washing bag = RM1.20
- Bekas plastik berpenutup = RM2.30
- Bekas tin = RM1.30““““““““““““““““`“````
Iri dok atas washing bag.
- Senang nak basuh tudung & baju sulam/bermanik dalam washing machine.
So, dapat minimize kerosakan.
Bekas plastik pulak senang untuk bawak travel.
- Boleh jadikan container sudu/garpu atau toothbrush/toothpaste.
Boleh jugak jadikan bekas pen.