Monday, February 9, 2015

Origami haiwan.

6ptg.
Sebaik pulang dari kerja.
Belum tukar baju kerja lagi :D

Sambil belek-belek phone, terlintas nak buat origami untuk Abe. Takmo buat untuk Ajik & Iri sebab anak bertuah 2 orang ni selalu jadi tukang koyak.

Search punya search - jumpa website ni..
http://www.dreamstime.com
Banyak contoh cara nak buat origami kat sini. Aku cuba 4 - alhamdulillah hasil macam kat bawah.
Origami kucing.
Guna kertas keras bercorak.
Origami arnab, swan, penguin.
Guna A4 putih jerr.
Better guna kertas yang depan & belakangnya berlainan warna.
Bukan main seronok abe. Siap warnakan setiap origami yang mama buat.

Selamat mencuba.

Sunday, February 8, 2015

Hadiah dari HK, Sarawak & Germany - entri gabungan.

Recently aku dapat hadiah dari 3 bloggers yang sporting abes. Memang best kawan ngan dorang tau. Aku dapat kad & hadiah kalau x silap sempena birthday aku & sebagai top commentator blog dorang.

Hadiah first datang dari Hong Kong.
Beg mekap (I guess. Sorry kalau silap) & kad ucapan dari SS.
Rasenya tau kan sape blogger tu? Sape lagi kalau bukan Scdha Sein. SS ni selalu travel ngan kawan baik die, HH. Bagi aku, dia ni memang havoc tapi otak senget sikit. Haha..mati ler aku kalau SS bace ni. Kompomlah baca kan. Tak sah kalau aku tak gelak bila baca entri2 dia. Kalau dia komen kat entri aku or blogger2 lain pun memang tak pernah takde sense of humour tau. Paling klakar kalau dia bagi nama orang ikut sukahati die - Cth: Chee Laa Kak (ehh..ni macam aku yang reka sendiri. Sorry ye SS). Walaupun nampak bahasa kasar, tapi ok je dengan otak aku. Sebab aku ni korang nampak je lemah-lembut tapi jangan cuba main kasar ko takkan tau akibatnye...Hahaha.

Antara tempat luar yang SS dah travel - Holland, Paris, Australia, Japan, Hong Kong, Shenzhen, Macau, Brunei, Singapore, Thailand, Vietnam, & Indonesia. Kalau nak tau lebih lanjut, terus ke blog SS. # SS, next week saya tunggu kat Bulgogi Brothers, Mid Valley tau :D Nomnomnom...

Key chain - aku letak kat backpack kerja.
Anak-anak aku suka sangat belek sebab comel tergantung.
Kiri : keychain bear from SS, dari HK.
Kanan : keychain kucing from CT Humairah, dari Kuching Sarawak.

Hadiah ke-2 ole-ole dari Sarawak.
Cepat teka sape kasi ? Haaa...tak lain, tak bukan dari adik manis, CT Humairah. CT ni sama macam SS jugak - rajin travel sana-sini. Antara negara yang CT dah travel - Belgium, China & Holand. Kalau dalam Malaysia tu toksah kate lah ...mana-mana pergi pun korang akan jumpa tapak kaki footprint CT. Hehe.. makan kasut pulak karang - buat ayat tak beragak. Hehe..

Walaupun CT ni anak tunggal, tapi dia selalu cakap dia bukan typical anak tunggal yang mintak je... semua dapat.

CT ni pernah jadi cikgu sementara kat MRSM yang dia belajar dulu tau. And students dia sayang sangat kat dia. Dapat imagine kan CT ni macamana orangnye.

And kalau tak silap, CT suka sangat makan Korean food. Correct me if am wrong ye, adik.


Yang ke-3 adalah kad birthday dari blogger yang menetap kat Germany.
Siapa orangnye ye? Hint - blogger ni menetap kat sana bersama suami terchenta :D

Yang aku maksudkan ialah Siti Aisya Ibrahim. SAI study Electrical Engineering kat sana - pernah dia tunjuk fakulti tempat dia belajar. Selalu cerita pasal honeymoon dia kat sana. Sweet couples gituuu..jelles tau. Dah dok oversea mestilah tak lepaskan chances untuk travel kan. Antara tempat yang SAI dah travel - Czech Republic, England, Holand, France & Italy. Yang aku tak boleh lupe masa SAI pergi Rome dia banyak kali kena tipu. Jangan main-main tau kat tempat orang ni...dorang banyak trick. In fact, kat mana-mane pun kita travel banyak kes penipuan. Thanx to all bloggers yang share & alertkan pasal benda ni. Kalau nak tengok gambar-gambar oversea yang cantik2, jangan lupa singgah sini tau.

Dear, 1 more thing akak takleh lupa bila awak cakap kat neighbourhood awak akan senyap sunyi jam 10malam, kan? Tak boleh nak buka music dah waktu cenggitu. Hehe..

Awak selalu cerita rindukan Malaysia kan? Seronok masa jumpa sorang Auntie Indian yang peramah tu.

Bila awak nak habis belajar? Lama lagi, tak? Harap awak & husband berjaya bawa ijazah ke Malaysia. Insyaallah.
Kiri - kad birthday dari Aisya Ibrahim.
Kanan - kad ucapan & sticker kereta 'Jangan lupa tutup aurat'.

Related topics:
Hadiah dari K.Farrah FAMF-Tower
Hadiah dari Korea - from K.JM
Hadiah dari Australia - from Salbiah