Thursday, October 9, 2014

Suasana Hari Raya Aidiladha /2014.

Ahad, 5/10/2014. 
Lokasi:
1. Rumah Cik BB @ Senawang.
2. Rumah K.Inda @ Nilai.
Selamat Hari Raya semua..
# Lambatnye aku upload gambar raya. Harap korang tak peliks..hehe. Actually aku dah terlupa kewujudan gambar2 ni.
1. Anis (adik) & suaminya, Haiqarl sedondon berbaju kelabu.
2. Mak - baju kurung gold.
3. Cik BB - baju kurung hijau turquoise.
4. Kek Rainbow hasil tangan Cik BB - belajar dari sepupu
aku Maryam (toke kek, biskut, roti).
5. Pelbagai juadah:-
- Rendang ayam, rendang daging.
- Ketupat daun palas.
- Nasi impit.
- Kuah kacang.
- Mee sup, dll.
* Tu belum sepupu aku, Hassan & wife (Syaz) datang
bawak food lagi.
Mama just selfie dengan Ajik.
Abe takmo - dia layan main lagi best

Semua pakat dok tarik Tok Ayah
(Paksu aku @ suami Cik BB)


Wednesday, October 8, 2014

Wordless Wednesday.

12 - 7pm
Time to go back & rest.


Berat sangat ke 'Title' korang tu?

     Sape yang rasa dia orang yang aku maksudkan, please take note & please change, orait! Sape yang biasa baca entries or comments aku tentu tahu aku ni jenis 'direct' bab-bab berkaitan salahlaku or sivik ni. Bab-bab lain aku ok je, kan..kan..kan.. Aku ni baik sebenarnye,  except bab yang aku sebut kat atas, memang 'sorry naik lori' memang aku susah nak tolerate. Sebab aku bukan jenis macam tu. Tak kesahlah kau muda ke or tua dari aku - ko kenelah semaikan sifat respect kat orang lain. Jangan ingat ko ada 'Title' kat pangkal nama ko dah 'besar sangat', ok.
     Benda dah selalu jadi sebenarnye. Aku bagi contoh kisah semalam masa aku bawak husband ke Serdang (Sorry, aku bukan pi Selayang. Typo) Hospital ~ Husband accident. Asben aku kan on wheelchair. Die dah pulak besar. Susah gila aku nak tolak masuk bilik doktor. Nasib baik WC tu function well, so taklah tersekat2 aku nak tolak. Pintu bilik tu kan kecik..muat2 je. Ko, as doctor kalau nampak tak boleh nak tolong pegangkan pintu ke.  Apa berat sangat Title ko tu sampai tak boleh nak bangun dari kerusi? Helloooo, aku kat klinik aku even lagi ramai dari korang yang kerja syif masih boleh bangun pegangkan pintu untuk patient yang on WC, yang pakai tongkat, dll. Kalau patient tu buta ke aku siap panggil staf papah dia keluar. Dulu working hours kitorang kat hospital lagi lama, ok - kalau oncall sampai 36 Hours kitorang keje! Apelah sangat compare ngan korang.

PLEASE USE COMMON SENSE, OKEY!! Berapa banyak ok, daaaa?

Sambung balik...
Aku ni tengah terkial2 ni. Ada 2 doctor dalam tu tapi buat dek je. Aku nak pinjam kerusi untuk sendal pintu then baru nak tolak husband aku. Lepas tu Dr lelaki tu pandang semacam kat aku & kate lah aku kene jumpa Dr pompuan depan dia, bukan dia. Aku nak pinjam kerusi je kott. Dah pulak badan tegap tapi x reti2 nak tolong. Memang x gentleman langsung.

Sampai depan doc pompuan:
" Nanti you explain in Medical ye, sebab I pun MO (Medical Officer). "Owhh.." Aku cakap dengan penuh sopan. Nasib baik doctor lelaki tu tak menyampuk, kalau tak memang aku nak bahasakan macam ni - "Dah kenapa kalau aku doctor. Aku kan manusia. Patients lain pun manusia jugak!" Damn! Haaa..garang tak aku?

Take home message :
~ Buat kerja tu biar ikhlas. Bukan sebab makan gaji. Ko ingat HALAL KE GAJI KO KALAU kerja macam tu?

Lovely Readers September/14.

Salam semua,
     Semoga menjadi tatapan di hari Rabu nan indah. Aku tak dapat berkata panjang kerana banyak yang difikirkan especially tentang insiden semalam.
** Terima kasih yang tidak terhingga pada semua readers yang tidak jemu-jemu bertandang ke sini. Tanpa kalian, tak mungkin aku akan terus aktif di alam maya ni. Terkadang rasa nak rehat dari blogging tapi rasa rindu pada kalian especially yang slalu bagi komen yang membina, mencuit hati, dll. Thanks for making me smile when I'm in sorrow. Thanks a thousand :)
Related topic:

Tuesday, October 7, 2014

Husband accident - Deep laceration wound Right foot...

      Pagi ni masa baru nak bersiap-siap gi keje, tetiba aku dapat panggilan dari no. tak dikenali. Rupanya tu orang yang tolong husband aku. Kenapa dengan husband aku? Dia accident superbike dengan superbike lain + kete + bus. Dia tak sedarkan diri kejap - terkejut sebab bas betul2 depan muka dia. Kaki kene gilis dengan tayar bas. Rider superbike lagi sorang katenye teruk tak sedarkan diri. Mashaallah. Aku harap dia takde pape. Ada 2 orang pemandu prihatin kol aku. Second adalah driver kete yang involved sama dalam accident. Dia inform yang ambulance dah datang nak bawak husband aku ke Hospital Serdang. 
     Aku, ayah, & 2 orang adik aku (Anchik & Dik Wan, terus ke tempat kejadian - depan sikit dari R&R Serdang. Ayah tunggu kat motor. Sementara aku drive ke hospital (guna GPS - bukan tau jalan) dengan adik-adik aku. Alhamdulillah suami aku stable. Tapi kaki berdarah-darah + bengkak & jari last+second last terkulai. Diagnosis :-

1. Deep L/W right foot.
2. Open # distal phalanx Rt 5th toe with bone loss.
3.?Open #/ subluxation middle phalanx Rt 4th toe.
4. Close # head of 3rd metatarsal bone of Rt foot. 
5. Close # distal end Rt fibula.
6. Cerebral concussion. 
Dalam bahasa mudah..
Kaki kanan -> terkoyak, jari last & tengah patah, tulang jari second last lari. Tulang betis bahagian bawah pun patah.
* Diagnosis ke-4 & 5 tu tak perasan masa kat hospital. Dalam kete, masa ayah aku pulak drive, saje aku tengok lagi skali... Lorr, ade bonus.

Need admission to orthopaedic ward untuk operation (wound debridement & exploration). Lepas tu kena letak besi pulak lah (K-wire). Aku mintak tolong Doc sana arrange for transfer to HTJS. But I need to sign for AOR discharge since he is treated at yellow zone only.
     

Alexa ranking.

     Semalam masa dok termenung berpikir sensorang, tiba-tiba rasa nak check Alexa lah. Saje nak tengok progress. Tup..tup memang ada improvement. Thanx pada semua yang sudi support blog aku yang tak seberapa ni. Niat aku memang nak share anything yang memberi manfaat pada semua. Harap niat ni bukan omongan kosong saja.
     Refer sini untuk ranking lepas ~ First time share ranking alexa.

K-A ka ape, mama?

     14 November 2014 ni genap 5 tahun umo Abe. Dia ni dah pandai mandi sendiri sejak umo dekat2 nak masuk 4 tahun. Tapi, kadang2 tu merengek nak mama mandikan. Memandangkan pagi ni nak Mandi Sunat Hari Raya, so mama mandikan lah. Lepas tu ajar dia baca doa Bahasa Melayu.

Dialog dalam bilik air :
Abe: Mama, K-A ka tu ape?
Mama: K-A ka tu...ka.. lah.
Abe: K-A ka tu ka-yu, ka-til. Apa lagi mama?
Mama: ka-sut.
Abe: ka-pal, ka-lut.
Mama: Aaaaa...ka-lut?
Lepas tu sama-sama gelak....

* Mama kalau geram slalu jugak cakap, "Abe ni kalutlah." Ermmm..budak-budak memang cepat mengikut. So, nak plaster mulut mama ke anak mama? Hehe..

Monday, October 6, 2014

Nak masuk syurga.

     Semalam aku ajar abe hafazan. Banyak betul surah die kene baca together with tafsir. Tapi, bila tunjuk back page aku tengok cikgu tanda most surah kat KF - kurang fasih. Salah aku sebab jarang ajar dia baca Quran. Alhamdulillah semalam diberi kelapangan oleh Allah. Si Ajik siap cakap, "Mama, Ajik taknak baca Ko-an (Quran)."

Mama: Okey, kalau Ajik taknak baca pun..Ajik duk diam2 dengar. Nanti Ajik dapat banyak pahala boleh masuk syurga.
Abe: Kat syurga ada apa, mama?
Mama: Ada macam-macam.
Abe: Ada apa mama?

How do i put into words so that my sayang ni boleh paham ea? The first words yang singgah kat kepala aku - bidadari.

Mama: Kat syurga ada banyak bidadari. Bidadari tu cantik tau. Kita mintak apa je nanti bidadari tu bawakkan.
Abe: Lagi ada apa dalam syurga, Mama?
Dia tanya soklan ni berulangkali sampai mama tak dapat nak jawab lagi. Terharu. Speechless. Betapa Mama tak sangka Allah gerakkan hati anak Mama untuk tanya those questions.

Antara jawapan mama lagi:-
Dalam syurga ada macam-macam, kita mintak je. Semua makanan sedap2,  minuman sedap2, baju cantik2. Ada pohon buah-buahan.. kalau kita nak buah tu, kita petik je. Ada air sungai yang mengalir.. kita boleh minum airnya- takyah masak tau. Kita tak payah kerja, cuma rehat je. Bla..bla..bla..

Abe: Abe nak masuk syurgalah, Mama.
Mama: Okey, Abe kene dengar cakap mama..cakap Tok. Tak boleh gaduh-gaduh dengan adik, tak boleh menjerit (dia ni kalau marah, suka menjerit). Kalau buat baik, Allah sayang. Lepas tu baru boleh masuk syurga. Nanti kita masuk syurga sama-sama ye.

Sorry we were late.

     Malam tadi semua ahli keluarga dah berkumpul rumah mak, except family Alang. Dorang dok Johor. Tak dapat nak balik sebab Isnin dorang keje kan. Lagipun last week & week before that dorang dah balik sini.
     Tadi dah makan rendang & ketupat daun palas yang mak masak. Tapi, tiba-tiba Anis & asben dia, Haiqarl nak belanja kitorang Domino's Pizza. Anis mintak aku tolong kol. Puas orang piza tu nak dengar sore aku sebab aku lupa tepon aku ni rosak...bunyi kruk krek kruk krek. Baru ni je jadi. Malas betul aku nak hantar repair. Sebab nanti kene format kan.
     Berbalik pada cerita piza, rider tu cuba kol aku tapi x dapat. Makanye duration dari order ke sending piza tu dah lebih 45min. Kitorang pun tak perasan. Tak kesah pun sebab perut bukan lapar pun. Tapi, dah rider tu bagi ni, kitorang ambik je lah. Whether nak claim tak, lain cite:)
" Sorry we were late. "
Expired date lambat lagi ~ 30/12/14.

Sunday, October 5, 2014

Keahlian Amway.

     Dari dulu, memang ramai yang survey pasal Amway - samada pasal yuran membership/keahlian, cara renew membership, harga supplements, harga facial wash set Artistry, harga mekap, dll. Rujuk entry ni juga ye ~ Website Amway.
     Actually aku ni dah tak active Amway. Just beli barang je. Aku try jawab sebaik boleh ye.
1. Yuran membership tu kalau tak salah masa aku join tahun 2012 = RM90.
2. Kalau nak renew (tahunan) = RM43 (ni masa tawun lepas. Tak sure tahun ni). Boleh renew kat nearest Amway shop or online.
3. Harga barang?
Korang buka je Amway Malaysia.  Kat sana memang ada tunjuk harga setiap satu barang. Cam biasa, customer's price je lah yang kluar. Harga distributor memang tak keluar,unless korang log-in with ID No (nombor keahlian).

Harap menjawab soalan-soalan.
Selamat Menyambut Hari Raya Aidiladha pada semua umat Islam di dunia (macamlah orang negara lain paham apa yang aku type ni kan?)

Debaran audit internal.

    Ni jumaat lepas, YM reminds aku pasal audit internal klinik yang akan dijalankan next week. Mak oii..hari berganti hari, minggu berganti minggu & sekarang dah   berganti bulan. Tibalah masa aku kene buat audit aku sendiri dulu. Bukan taknak buat selama ni. Tapi, memanjang tak cukup doktor. So, macamane aku nak mintak excuse buat benda ni.
     Niii...mmg kena ambik masa juga untuk isi semua folder yang kosong ni. Susah aku nak buat ni atas meja. Dok atas lantai lagi senang. Tengoklah...
Haaa...aku 'bentang' semua atas lantai bilik solat kitorang. 
Doktor yang lain tolong tengok patient ye. Tak ramai pun sebab ramai yang tengah harung traffic jam kat highway.

Meletops.

     Biasanya memang pageviews aku sikit ke sederhana banyak je. Tapi, baru ni menjangkau 6++ yang mana aku sangat teruja. Refer entri ni ~ Pageview meningkat.
     Kali ni, pada tarikh 3/10/14 lagi aku teruja bila tetiba perasan pageviews aku mencecah 727. Jom tengok entri mana yang banyak menyumbang pada pageviews ni?
Tajuk-tajuk entri :
Dilema pesakit TB & ahli keluarga.
Ini bukan buasir.. tapi UVP.
Burn.
Google Analytics.
Promosi Aidiladha @ Pearl Haya.
     Thanx pada semua yang rajin singgah sini. Samada yang drop comments atau tak. Hope korang happy singgah sini. Datanglah selalu ke sini tau xD.

Salbutamol lalok.

Keywords kat Nuffnang. 
     Hehe. Lawak betul tau korang. Aku taktau pulak ada orang pikir yang Salbutamol tu boleh buat lalok. 

Haaa..korang tau tak Salbutamol tu ape?
Cuba cari mana-mana pesakit asma a.k.a lelah/ semput & tanya kat dorang. Okey, Salbutamol tu adalah ubat asma (Bronchial Asthma). Salbutamol yang ada kat KK selalunya adalah Asthalin & Ventolin ( most of the time, Ventolin). Cth:- Tab Ventolin, Syrup Ventolin & MDI Ventolin. Kalau yang kene ambik gas tu pulak ialah Neb AVN (Atrovent+Ventolin+Normal Saline). Selalunya ubat untuk Nebulizer tu ialah Combivent - means, dah siap-siap campuran ubat atrovent & salbutamol. Means, tak perlu kita campurkan satu demi satu.

Apa fungsi Salbutamol ni?
Ia adalah bronchodilator. Dalam bahasa mudah, ia akan relax kan otot salur pernafasan pesakit. Bagi bukak sikit salur pernafasan yang tengah sempit tu. 

Apa pulak side effect Salbutamol ni? 
Okey, kalau yang makan ubat (tablet/syrup) & guna Inhaler (MDI), tak pernah lah lagi ada masalah, unless korang overdose. Tapi, kalau yang ambik gas (Nebulizer), some told as having chest discomfort. Actually, dorang akan rasa jantung berdegup laju (palpitation) sangat, but don't worry as that is temporary only. And not all patient will experience this. Beberapa minit lepas tu akan slow back to normal. 

Apa lagi side effect lain Salbutamol?
Please refer kat bawah.
- Korang baca yang most common tu,okey.
- Yang tulis Other symptoms tu memang tak common lah - aku pun tak pernah dapat kes camni.
- Yang tulis Rarely Occurring tu memang rare lah.
*Penting faham word-by-word sebab ramai patient yang very worry sampai taknak ambik certain medications. 

Saturday, October 4, 2014

Segmen + Giveaway Sweet Sour by N|A.

Klik banner untuk join. 
**Ni akak buat sendiri tau.
Tapi x surelah puisi ke tak..

CINTA
Cinta..ohhhh...cinta..
Betapa manis di auditory canal ku
Lantas menusuk tajam ke atrium & ventricle jantungku..
Mengikut arus deras aliran darahku..

Cinta hakiki sepatutnya pada Yang Satu..
Hakikat sebenar namun dipropagandakan..
Menelusuri alam sarwajagat yang nampak indah terbentang dek kaburnya cornea tanpa koreksi..

Cinta itu suatu waktu dulu indah
Namun semakin kelam dek butanya hati juga akal fikiran..
Mungkinkah kerana amnesia menerjah?
Lantaran kepentingan internal & external..
Entahlah..
Hanya kau yang ada jawapan pasti.

GIVEAWAY BIRTHDAY WE ALLS.


Klik banner untuk join. 
1/10/14 - 30/9/15
Birthday - 14 Jan 1983.

Paris Souvenirs Giveaway by JINDRISSKA!!

TAMAT 28 OKTOBER 2014
Ditag oleh Izzeyda.

Saya tag -
Amanina Mads

GiveAway by Gobokita : Aksara Biru.

 1 Oktober - 1 November 2014.
Klik banner untuk join. 
* Sorry AB, saya xde instagram. 

Friday, October 3, 2014

Awak doktor ke?

     Aku terperanjat sikit bila came across keywords ni.
Novel+tak sihat ni+awak doktor ke...
1. Pasal novel tu aku tak sure ada up apa-apa related entry ke idak. Tapi, 1 thing for sure, memang aku dah tak baca novel since start kerja. Takde masa maa..

2. Pasal tak sihat - aku rasa aku dapat teka kot. Maybe sebab ada tunjuk makan Big Apple dll. Ermmn..aku bukan selalu pun makan ni. Kalau beli air manis pun kitorang share anak-beranak. Takdelah sorang 1. Suami aku je yang selalu tukang habis air manis yang kitorang order. Tapi, FYI tiap kali makan luar memang bergelas-gelas air kosong yang dia akan pesan. Ni bergantung pada tempoh masa kitorang 'layan' kat kedai makan tu. Kengkadang sampai 4 gelas air putih dia minum tau. Aku taktau mana dia simpan air yang bergelen-gelen tu. Kalau aku, memang dah ke toilet le gamaknye. And 1 more thing,  korang kene selalu pantau & tahu cara pantau kesihatan korang. Cth: Normal blood sugar level berapa. * Kalau taktau,  please consult doctor at nearby clinic tau.

3. Awak doktor ke..
Ni paling aku suspen. Seyes taktau nape orang tu cari ni. Jawapannye, YES. Tu aje. Nak berkenalan lah tu. Uwekkk..(sila prepare plastic beg depan lappy korang sekarang!) I dah ada anak, okey:)

Unexplained weight loss - Part3.

     Still ingat tak pasal makcik yang susut berat badan tanpa sebab yang aku ceritakan baru-baru ni? Refer entri ni ~ Unexplained weight loss -Part2. Aku dah refer dia untuk MMG & scope kat GH. Tapi, awaiting appointment lah.
     Actually, aku ada suggest dia check for 'tumour marker' outside. Test ni jarang buat kat government atas sebab tertentu. Lagipun kalau buat memang result lambat - selalunya dalam 5-6 minggu gitu. Apepun, pesanan aku kat korang.. especially yang baru start kerja tu (regardless korang dalam field apepun) - if you give instructions to your client, please give it accordingly, and with explaination. Aku cakap terus-terang, doktor pun ramai yang tak explain betul2 any procedures, etc kat patients. Taktaulah malas ke, takde masa ke? Sian kat patient, ok. Tu semua amanah.. so pepaham.
     Berbalik pada makcik ni. Aku review results dia pagi tadi. Memang dia specifically request nak jumpa aku. Aku memang tak kesah & memang wish dia jumpa aku sebab aku tau apa masalah dia. * Tapi, kalau patient banyak songel especially tak sakit asik datang nak mintak mc..jangan harap aku nak layan ok. Bolayan le jawabnye. Sebelum ni aku dah explain yang tumour markers ni are not specific test for cancer. Kalau readings dia tinggi, boleh jadi cancer dan/atau penyakit lain. Surprisingly, memang readings makcik ni normal. Alhamdulillah. Korang,  please doakan untuk patient aku ye. Hope nothing serious lah.

Masih dipanjangkan usia.

     Alhamdulillah Allah masih beri kita nyawa untuk bersama ahli keluarga & sahabat handai yang kita sayangi. Entah berapa lama lagi sisa hidup kita yang tinggal. Yelah..hidup kita ni makin lama makin singkat. Masih tak cukup rasanya bekal yang nak bawak menghadap Allah tika tiba masanya nanti.
     Macam petang tadi....
Aku menjalankan rutin kerja cam biasa. Ramai juga patient yang nak kene ambik appointment especially yang nak kene repeat blood test. Tempoh masa appointment tu berbeza walaupun penyakit sama - depends banyak faktor.

Aku: Pakcik, nanti lagi 4 bulan pakcik datang ambik darah ye. Nak pantau tahap kolesterol pakcik ye. So, boleh ambik date kat kaunter 1.
Pakcik: Entah ada lagi ke tak, ye doktor?

Aku: Gelak serius..
(ehh camne pulak gelak tu?)
* Takut memikirkan, tapi bersyukur bila ada orang yang sentiasa mengingatkan kita tentang kematian. 

Jabatan Akauntan Negara.

~ Autopublish entry ~
     Info ni buat adik-adik yang bakal start kerja kat government sector or yang baru je start kerja. Sekarang kan banyak perkara dah paperless (penting bagi tujuan penjimatan). Termasuklah dalam urusan penyata gaji korang. Aku kat MOH guna website ni ~ http://www.anm.gov.my
Tak sure Kementerian lain suma sama ke? Sama lah, kan?
Untuk daftar masuk /log-in -
Need IC No. & password. 
Lepas berjaya log-in, page ni akan keluar.
Sini personal details korang - please update tau.
Boleh review :-
1. Penyata Gaji.
2. Penyata Pendapatan Tahunan. 
Aku pilih Penyata Gaji,  so ni yang keluar.
Bolehlah pilih Tahun & Bulan bagi paidslip yang
korang nak tu.

Thursday, October 2, 2014

PTB Contact Tracing.

     Kalau korang perasan, dah banyak aku up entries berkaitan PTB.
Kalau tak jelas, korang refer sini ye ~ Pulmonary tuberculosis (PTB).
~ Dilema pesakit TB & ahli keluarga.

Kenapa aku cakap makin meningkat?
Sebab makin ramai PTB contact yang datang untuk diperiksa setiap hari kat all KK yang aku pernah bekerja. And kalau ikut statistik pun memang ada peningkatan.

Macamana aliran untuk contact screening ni?
Okey, macam ni..once ada patient yang didiagnose TB, notifikasi akan dibuat ke PKD (Pejabat Kesihatan Daerah). Then, IK (Inspektorat Kesihatan) akan membuat penyiasatan terhadap contact (ahli keluarga yang tinggal serumah & rakan sekerja berkaitan). Satu notis akan dikeluarkan. Dalam notis tu ada senarai nama contact yang perlu datang ke klinik kesihatan berhampiran.
Notis Menjalani Pemeriksaan
Pengesahan Penyakit Tibi.
- Ni IK akan isi & bagi pada contact.
Semua nama contact tracing yang tertera kat Notis
tu perlu hadir berjumpa doktor di KK berdekatan. 
Kad pemeriksaan kontak.
- Setiap contact ni akan didaftar &
dibuat pemeriksaan berdasarkan format 
kad ni.
Untuk yang takde simptom, kita akan buat Mantoux Test sahaja (cucuk kat lengan, then datang balik lepas tempoh 72jam dari selepas pemberian suntikan untuk doktor baca).
Ini guidelines untuk Contact Tracing in Adults.
Yang aku circle tu sebab aku nak tunjuk
kalau asymptomatic (tiada simptom) kene
proceed with Mantoux Test. 
Ini pulak guidelines untuk Contact Tracing in Children.
Yang ni aku circle sebab nak emphasize ALL CHILDREN
should undergo Mantoux Test regardless
symptomatic atau asymptomatic.

Wednesday, October 1, 2014

Amanah.

     Aku came across post ni masa buka FB around 2 weeks ago. Ustaz Ismail Che Ku ni ustaz aku masa kat SMAP Kajang dulu. Aku ingat lagi dia akan buat Kuliah Subuh setiap hari Ahad, bertempat di tapak perhimpunan sekolah. Ustaz ICK ni bagi kuliah memang lama sangat sampai kol 9am kot aku rasa. Tak ingat dah. Psstt..tapi cam biasa aku dengar tak habis memang selalunya aku akan tidur 'dengan tenang' walaupun dalam keadaan duduk.
     Bila dah kerja ni terimbau balik kenangan sekolah kan? Jom tengok apa ustaz aku kata?

"Apabila dalam minda penjawat awam
41,44,48,52,54....
Minda orang politik
ADUN, EXCO, MB, MP, TIM MENTERI, MENTERI, TIM PERDANA MENTERI, PM

Di mana AMANAH?"

Comments awaiting moderation.

    Aku ucapkan terima kasih banyak pada semua yang tak jemu-jemu blogwalking kat sini. Aku pun akan terjah balik blog korang tau tapi secara pukal sebab memang tak sempat nak buka banyak blog dalam 1 hari. Kat tempat kerja memang aku tak sempat even nak jeling kat phone pun. Kalau sempat tu maybe ada reason tertentu macam aku sedang pm off ke, or ada sedikit free time masa lunch break. Selalu kitorang sempat makan & solat je. Nak bersantai-santai tu jangan haraplah. Tengok lah kalau ada hari yang bernasib baik.
     Semua yang blogwalking sini memang aku save blog dia kat Notes. Walaupun lambat aku tetap akan muncul di blog korang tau. Don't worry, k.
     Ni masa 28/9/2014 baru ni. Terperanjat aku tengok sat ja dah ada 52 comments. Bagi blogger yang tak fofular cam aku, jumlah tu dah kira 1 pencapaian yang besar. Thanks to all that continously support me:)

Makcik merempit.

30/9/2014.
7.00pm :

     Baru sampai rumah lepas merayap sorang-sorang kat Terminal 1. Hajat awal nak beli kasut sebab stok semua dah lama-lama. Lama gila dah x soping kasut. Ermmm...tapi, biasalah.. dek kerana bila jalan sorang2 tu meaning 'Kebebasan tanpa sempadan', jadi tersoping lah benda lain jugak. Kalau bawak anak jarang dapat 'nikmat' macam ni. Hahaha...Aku perasan yang aku mula menjaga penampilan ni bila umo dah 3-series ni.
     Dulu kat KK lama adalah sorang senior aku asik berfashion je ke klinik - kasut dia banyak, handbag pun sama, baju toksah kate lah. Dalam hati aku cakap, "Nasib baik aku ni tak berapa pandai nak bergaya, kalau tak mestilah duit aku cepat habis sebab dok beli macam-macam." Senior aku tu takpe lah..anak dia sorang je. Aku 3 orang :) Ermmm..tapi sekarang aku memang dah transform macam dia.

8.30pm :
    Asben aku sampai dari Johor. Siang tadi dia pi meeting sana naik superbike je. Kebetulan tiba-tiba ayah mintak aku cuti gambar urgent. So apalagi.. "Bang, jom pegi kedai gambar kat town naik motor abang je lah." Asben aku nyer penat tak hilang lagi. Tapi, terpaksa gak gi sekarang sebab kedai sini bukan cam KL, awal lagi dah tutup.
Selfie depan kedai gambar..
Gediksss...
Belakang tu KFC 24Hr. 
   
10.00pm :
Balik dari merempit.
(Lama tunggu kat kedai)
    Asben aku ni. Macam nak terbang aku rase. Terpaksa peluk kuat-kuat macam dah tertonggek pulak. Helmet full-faced pulak 1 je. Aku pakai helmet biasa. So, helmet tu pun macam nak terbang je. Padahal dia bawak 77-80km/j je. Tapi, maybe sebab lalu jalan biasa. Erghhh..
Depan cermin :
Saja nak tunjuk pakaian yang aku beli kat Nile bari ni.
Refer sini ~ Dah sampai - Nile.com.my
Shawl RM5.90
Sweater RM26.90
Long pants RM16.00

Unexplained weight loss - Part2.

     Sekarang aku sedang merawat sorang makcik yang bermasalah turun berat badan dari 47-36kg since early this year.  And it never goes up back. 11kg tu..banyak, kan? Dulu aku pernah ada masalah ni - turun 2kg in 2-3weeks. Refer SINI ~ Apa nak jadi dengan aku? That's why aku up entry ni pulak afterwards ~ Unexplained weight loss in adults.

     Makcik ni memang takde apa-apa simptom lain. Ni senarai test yang kitorang dah buat untuk dia. Tapi, bukan semua at a time (bergantung pada relevant atau tak.)

1. Fbc (Hb 11.3 means tak rendah sangat)
Related topic ~Anaemia.
** Kalau rendah lagi, aku risau ada penyakit kronik is going on dalam badan dia.
2. Blood sugar (reflo, FBS)

3. Thyroid function test (T4, TSH)
Related topic ~Hyperthyroidism - jangan lupa rawatan.

4. HIV, hepatitis b, hepatitis c
Related topics
~Kajian Pengetahuan HIV/ AIDS.
~Hepatitis B.

5. Chest X-Ray (CXR)
6. UFEME
7. FOBT
8. Pap smear

Tapi, sume negative untuk makcik ni. At last aku plan mammogram (MMG). Pakar minta aku refer SOPD untuk scope (ogds & colonoscope).
Scope ni fibreoptic.
* OGDS -  scope atas (masuk ikut mulut)
* Colonoscope - scope bawah (masuk ikut dubur).
# She is actually highly suspected of having carcinoma (cancer) :(

Trigger finger.

     Kalau nak diikutkan, memang ramai patient yang mengadu tak boleh nak bend/bengkokkan jari. Bila try2..at last boleh bend, tapi masalah masa nak luruskan jari semula - ada rasa 'locking' or 'catching'. Jari tu macam 'snap', tak boleh nak function normally. Ada rasa sakit jugak.

Problem ni slalu involve jari mana?
Boleh jadi kat mana2 jari - ibu jari, jari telunjuk, jari hantu ,jari manis (bukan kak JM ye. Hehe..) atau jari kelingking. And mungkin jadi pada lebih daripada satu jari at a time?

Macamane boleh jadi macam ni?
Sebab penggunaan yang kerap bagi jari tertentu (repetitive forceful use/ repetitive gripping actions). Ini menyebabkan kejadian inflamasi di bahagian dalam lapisan (sheath) yang menyelaputi tendon. So, bahagian ini akan bengkak & kemudian menyempit (cikgu BM jangan marah, bahasa aku teruk kan?). Bila dah sempit tu, maka akan mengganggu pergerakan jari.
Actually gambar ni semuanya sama
- saje letak banyak2 so that korang boleh imagine.
Macamana nak rawat?
Selalunya dengan steroid injection atau minor operation untuk release tandon.

Notes :
2 gambar ni pun menyampaikan mesej yang sama.
- Steroid injection pada lapisan tendon.
Biasanya patient xnak rawatan di atas. Kalau aku pun x nak. Dulu aku kene jugak ni..tapi baru early stage gitu..(banyak menulis kan)... So, aku urut2 jari aku sendiri je. Entah bila masa aku pun x perasan dah ok. Well, aku wassap FMS whether worth it kalau aku hantar fisioterapi dulu. Dia kate boleh..tapi, plus Occupational Therapy jugak. So, aku refer patient kat Unit fisio & OT klinik lain sebab perkhidmatan tu takde kat klinik kitorang. 

Monday, September 29, 2014

Dilema pesakti TB & ahli keluarga.

     Korang tau tak yang pesakit TB ni kind of 'traumatized' once dorang dapat tau yang dorang disahkan berpenyakit TB. Meh aku bagi contoh senang korang nak faham situasi dorang.

Case 1:
Seorang makcik umo 50 tahun. Bekerja di pejabat Sekolah Tamil. Dia disahkan mendapat jangkitan kuman TB ni tak lama selepas dia balik menunaikan haji. Dia pun memulakan rawatan TB sehinggalah pada satu hari setelah 4 bulan...datang si IK (Inspektorat Kesihatan) berjumpa Guru Besar sekolah tersebut & memberitau beliau adalah pesakit TB. Maka, semua contact perlu menjalani ujian saringan TB. Can you just imagine the misery that she has to face after all this while that she manage to hide her illness.
* Kita dah teach her the precaution that she has to take to avoid the TB germs from being spread & memang she did it.

Case 2:
Seorang makcik umo 60+ datang untuk PTB contact screening. Pesakit ialah suaminya ~ baru didiagnose 2 minggu. Kat rumah mmg pkcik ni batuk teruk tak berenti. He wears face mask at home tapi tetap kene hati-hati sebab ni bukan protection 100%.

Makcik R: Doktor,  macam manalah makcik nak elakkan dari dijangkiti TB ni sebab selama lebih 30tahun berumahtangga ni doktor taulah macam mana kehidupan suami isteri kan?
ĹAku: [mengangguk tanda faham].
- Hidup sebagai suami isteri..duduk serumah, tido sebilik, bermanja-manja, makan semeja, tengok tv sesofa. Semua orang pun buat macam tu kan? So memang senang sangat TB nak berjangkit sebab jangkitan adalah melalui droplet. Refer tajuk ni ~ Pulmonary tuberculosis.

Makcik R: Doktor, kalau makcik duduk jauh-jauh dari dia, tentu dia ingat makcik taknak jaga dia lepas dia dah dapat penyakit ni. Apa makcik nak buat, doktor?
Aku: Saya tau memang susah makcik nak elakkan jangkitan penyakit TB ni. 1 cara yang saya boleh cadangkan ialah, makcik pun sama-sama pakai topeng muka tu. Insyaallah. Kira macam double protection juga lah.

Makcik R: Makcik cuba, doktor. Kalau waktu tidur macamane, doktor? Suami makcik nak kene pakai face mask tu ke? Aku: Ermmm.. Susah pulak kalau nak nafas, kan? Tapi, kalau pakcik kerap batuk masa tidur better pakai.

Makcik R: Macamane pulak kalau air liur pakcik meleleh pada sarung bantal & cadar, doktor?
Aku: Mungkin kena lebih kerap basuh kain tu.

Take home message :
# Guys, theoretically kena faham yang PTB (TB paru-paru) ni tak berjangkit kalau droplet dari salur pernafasan pesakit tak masuk ke salur pernafasan kita (samada melalui hidung atau mulut). Tapi, secara peribadinya memang aku sendiri risau kalau ada ahli keluarga aku yang terkena TB ni. Bukan apa, aku boleh amalkan precaution tapi dorang macamana boleh ke nak pakai face mask most of the time, bla..bla..bla..

Abe volunteer vacuum rumah.

Ahad, 28/9/14.
Tempat Hari Sukan - Padang Awam Taman Desa Rhu.

    Huh..penat betul baru balik dari Hari Sukan Sekolah Tahunan Abe ~ meliputi sekolah-sekolah PASTI seluruh Daerah Seremban. Seperti biasa, aku kalau duduk kat rumah memang macam most housewife lain - nonstop buat kerja. Aku ni kuat mengemas. Memang aku pantang kalau nmpk mainan, buku-buku & baju-baju anak aku bersepah sana-sini. Pinggan-mangkuk dorang pun banyak atas meja..atas lantai. Makan nugget ayam or sosej seketoi pun nak cari mangkuk sorang satu xD.
     Okey, tadi memang aku rasa macam pening-pening (belum pitam lagi). So, aku pun ingat nak landing atas carpet jap. "Mama penatlah. Jangan kacau mama nak rest jap ye." Tapi, tak lama lepas tu aku nampak ada biji-biji gabus putih kat mulut Iri. Aku dah mula nak marah sebab aku dah tau adalah yang bukak Big Bean besar tu. Bila aku toleh...tu diaaaa....penuh atas lantai.
Nampak tak biji-biji halus gabus tu?
Erkk..gabus ke nama dia?
Benda tu kan ringan...asik terbang merata alam.
"Yang lebih tu mama vacuum lah, Abe."
* Abe bertungkus-lumus vacuum rumah.
* Tukang kacau si baju merah beberapa kali OFF suis vacuum
(cubaan menggagalkan kerja pembersihan. Haha..)
* Si pesalah, berbaju biru duduk di kejauhan
lepas kena marah dengan mama.
"Boleh abe vacuum, mama?" "Ermmm..boleh. Meh mama ajar dulu macam ni caranya." [Boleh sesangatlah, Abe. Tengkiu...I labyu.]

Related topics: Dah boleh diharap.

Sunday, September 28, 2014

Burn.

     Baru ni sorang guy umo awal 20-an melecur seluruh tangan kanan akibat minyak panas untuk goreng pisang tiba-tiba meletup. Dia ni penjual pisang goreng. Masa dia jumpa aku memang dah sapu SSD cream. Aku nak tanye lelebih mechanism of injury tak dapat sebab dia tengah mengerang kesakitan. Dah nampak blister (gelembung air) besar timbul. Injury ni kita panggil 'burn'.
     Nak tau sikit pasal burn tak? Best kalau tau lebih sikit kan?

Kategori burn
(ikut kedalaman kulit yang terbakar):

1. Superficial /First degree burns
- libatkan permukaan dasar kulit je.
- blister takde (kalau ada blister, kira dah second-degree burn)

2. Partial-thickness /second-degree burn.
- libatkan permukaan kulit yang lebih dalam + timbul blister.

3. Full-thickness /third-degree burn
- libatkan semua lapisan kulit.

4. Fourth-degree burn
- sehingga libatkan tissue bawah kulit, otot & tulang. Paling teruk!

     Selain kedalaman kulit, berapa luas kawasan kulit yang terbakar pun kene tau ye. Imej bawah ni menggambarkan "Rules of 9".
     "Rules of 9" digunakan untuk assess peratus kawasan kulit (TBSA ~ total body surface area) yang terbakar (burn) bagi orang dewasa. Kalau kanak-kanak lain pulak formulanya (sebab ratio kawasan kepala+leher kanak-kanak jika dibandingkan dengan kawasan anggota tangan+kaki adalah lebih besar berbanding orang dewasa).

Kenapa nak kene tau kedalaman kulit yang terlibat & kawasan kulit yang terbakar ni?
- Sebab management dia berbeza. 
#Minor burns - boleh manage kat rumah (lepas amek ubat kat klinik).
#Moderate burns - Slalunya managed di hospital.
#Major burns - managed by a burn center (perlukan rawatan yang lebih lama)
Kawasan terbakar menurut "Rules of 9" merupakan
salah satu kriteria untuk mengklasifikasikan burn tu samada:
Minor/Moderate/Major.
     Pening ke? Harap x. Lama tau aku ambik masa nak simplify entry ni. Aku up entry ni sebab aku rase tajuk burn ni pun penting untuk share.

Google Analytics.

     Aku terbaca tentang Google Analytics ni kat blog Azhafizah ~ Overview audience blog Sihatimerahjambu. Rasa cam best. So, aku pun try lah. Nak jugak tengok kategori audience aku kan. So, bawah ni results nye. Nak tengok tak?
Korang perasan tak ada something wrong kat sini? Ape maksud aku? I realized that all my results sejibik cam Azhafizah. Ermmm..tak caye? Aku buat betul dah.
Cuba tengok kat atas belah kanan -
kan nama aku.
Ermmm...ada sape lain dah try ni?
Kalau dah try t share dengan aku ea.

Saturday, September 27, 2014

Ni bukan buasir... tapi UVP.

Baru ni ada sorang makcik umo 63 mengadu ada something keluar dari bahagian bawah tempat sulit dia. Dia memang sangat malu nak tunjuk. Orang dulu2 memang terkenal dengan sifat malunya, betul tak?

Makcik N: Dr, makcik memang dah lama ada buasir. Tapi selalunya buasir tu keluar kat belakang..dari tempat buang air besar makcik. Tapi, kali ni buasir tu keluar kat depan pulak.

Aku: (Erkkk..dalam hati je). Ermm..makcik, macam tu bukan buasir. Dah berapa lama makcik menghidap masalah ni? Biar saya check dulu ye.
* Aku dah dapat agak tu UVP sebab itu common diagnosis bagi elderly woman yang mengadu something keluar dari bawah.

Makcik N: Dah 3 bulan. Tapi, makcik memang fikir banyak kali bila nak check ni. Makcik malu. Kalau nak check penyakit lain makcik x kisah.

Aku: Maaf ye, makcik. Saya faham perasaan makcik tu. Biar saya check kejap je.

Lepas check, confirm UVP.
Korang tau ke apa UVP tu? 
Means Uterovaginal prolapse a.k.a 'rahim jatuh'.
Ni gambar rahim yang jatuh jika dilihat dari sisi.
Ada 4 stages - Stage 4 yang paling teruk
(dah nak terkeluar habis..) 
Macamana rahim boleh jatuh?
Senang cakap, sebab ligament yang pegang rahim tu dah longgar & x kuat. Selalunya keadaan ni akan dialami bila dah berumur (Usually umur 40 ke atas).

Apa sebab jadi macam tu?
Selalunya sebab 'difficult birth' & 'multiple birth'. Cth: Susah sangat nak melahirkan anak sampai kene push lama-lama ataupun terlalu banyak kali pregnant so ligament tu dah tak kuat sangat... asik nak 'hold' rahim ibu mengandung.
Dalam keadaan biasa, rahim ni kecik je.
Cuba tengok saiz rahim yang membesar
mengikut tempoh kehamilan.
Take home message :
Penting buat yang tak tau. Please baca ni ye.
     Kan orang tua-tua pesan masa pantang jangan angkat barang berat-berat. Tau tak apa significant nya? Okey, kalau boleh janganlah angkat baby or barang-barang dalam keadaan berdiri masa dalam pantang ni. Sebab ni akan meningkatkan tekanan dalam perut yang seterusnya akan menekan pada rahim korang. Maka, lagilah longgar jadinya. Masa ni patutnya adalah tempoh berehat dari tugas berat. Please bagi masa kat bahagian peranakan korang nak pulih sepenuhnya. Memang masa muda ni korang tak rasa pape. Rasa badan kuat je, boleh buat itu ini. Trust me, if u don't follow my advise most probably u will get this problem bila tua nanti. A lot of woman has this. Why you want to get this too?
     Kalau dapat ni memang azab. Boleh sampai luka-luka (ye lah, organ tu kan patut dok dalam badan, ni dah terkeluar) ,sampai sakit pinggang yang amat, & ada yang sampai tak dapat control urin/ najis. Can u just imagine this? Image sebenar korang Google sendiri ea. Takmo letak sebab takut ada yang fikir serong.

Bookmark mudahkan blogwalking.

     Hai korang, aku tau ramai yang selalu bookmark any webpage yang korang tak sempat nak baca kan? Aku slalu jugak wat camtu. Tapi, aku taktahu mana tersimpannya semua page yang aku bookmark tu. MIA camtu je.
     So, alkisahnya barulah aku nak meraba-raba mencari kat Play Store apps yang sesuai. So, end up aku install apps macam yang aku bintang kan tu.
Antara apps untuk bookmark:
Bookmark sort & backup pro
Bookmark folder
Bookmarks widget (dolphin)
Live bookmarks
Bookmark widget (infolife)

     Bagi aku, bookmark yang aku guna ni memang best. Tapi, aku x reti nak story mory dia punya best. Sapa yang ada guna apps yang best jugak, bolehlah share kat sini.
Tata..titi..tutu..

Paparazzi.

Ni rupenye kerja anak mama, si Abe. Owhhh...suruh mama buat susu, tapi dia candid gambar mama dalam diam.
* Budak kecik ni kalau korang nak tau, banyak tuahnye. Salah 1 cth - nak minum susu kene ikut botol yang dia pilih, kalau tak merungut x renti. Ek eleh..nak minum susu ke nak makan botol? Hahaha..
Sessi membuat susu Abe sejurus lepas balik dari kerja.
 Please spot the difference between these 2 pics. Hehe..saje melawak.

Friday, September 26, 2014

Promosi Aidiladha @ Pearl Haya.

Sape peminat hijab Pearl Haya?
Sini....aku cepat je nak inform korang promosi ni. Kalau nak, biar cepat. Sebab biasanya macam 'pisang goreng panas' (makcik aku lah kate. Aku x penah pi pun).
Ni info yang aku terima dari message pihak PH:
Promosi Aidiladha 
Tempat: Semua cawangan Pearl Haya Galeri.
Tarikh: 26-28 Sept 2014. 
Masa: 10am - 9pm.

Kata-kata semangat.

     Di entri yang lain, aku pernah cakap yang hidup aku penuh dengan kata2.*Tapi, tak hengat pulak entri mana satu. Then, baru ni aku terbaca pulak entri Arz Moha yang ni ~
Kata-kata semangat.
So, comes out lah this entry.
Sorry, Arz sama pulak tajuk.
Orang yang berjaya..
bukanlah orang yang tidak pernah jatuh.
Tetapi, 
Orang yang bangun setiap kali ia jatuh.

Inilah kata2 yang selalu aku pegang masa belajar dulu. Kata-kata yang buat aku kuat semangat semula lepas aku puas nangis (ehhh...aku nangis ke?)

Aku 'hypos'.

     Dah 2-3 minggu kot aku breakfast dengan 1 keping sandwich. Tiap hari macam tu. Lunch ikut mood, kengkadang aku x makan. Kalau aku makan pun memang nasi 1/2 polisterine je.
     So, rini pun aku beli sandwich kat kantin klinik cam biasa. Dah beli, aku masukkan dalam beg. Sampai kat bilik, Dr. Maslina, kawan aku ajak makan kuih apam ayu yang dia buat. Dia ni memang rajin masak. Sedap2 pulak tu. Setiap minggu at least skali mesti dia jamu kitorang makan. Sebab x sempat, aku pun makan sebiji je kuih & terus start tengok patient. Lunch time aku x makan nasi. Aku makan sunkist yang Dr. Maslina bawak je. Lepas tu, jamah sikit jeruk yang Dr. Masitah bawak. Aku x minat sangat jeruk or benda masam.
     Lepas sejam aku terus loya & pening. Rasa banyak sangat angin dalam badan aku. Tak renti burp (macam baby lah pulak). Tangan pun dah ketar. Napelah jadi macam ni? Slalu tu aku x makan lunch ok je. Disebabkan x larat, aku rest lama sikit. Meaning aku dah hypoglycemic.. Maybe bacaan reflo aku dah turun sampai 3 masa tu.
     Dalam kol 3.30pm aku dah ok sket. So, aku decide nak start tengok patient balik. Aku buka beg nak ambik pen. Dan....jeng...jeng...jeng...tau apa aku nampak?



Cuba teka...

Itulah jawapan kenapa aku hypos.

Thursday, September 25, 2014

Kerja sebagai ibadah.

     Well korang.. Aku dah tua2 ni memang dah tak sama macam dulu. Korang jangan terkejut kalau aku cakap dulu aku slalu je being sarcastic dengan patient & provoke patient (I mean yang banyak songel). Tapi, sekarang tak macam dulu. Well, people keep changing rite? And alhamdulillah perubahan aku tu ke arah kebaikan. Alhamdulillah, setiap kali aku datang keje, aku niatkan keje aku tu Allah terima sebagai ibadah. If not, alangkah sia-sianya setiap hari yang aku lalui. Pergi kerja-balik kerja-pergi kerja-balik kerja.... Habuk tarak. Apa aku nak bawak sebagai bekal kat 'sana' nanti. Ibadah khusus dah pulak ciput. So, aku kene ambil berat ibadah umum macam ni.
     Kalau dulu, mostly everyday aku terfikir - macamanalah keadaan patient aku hari ni? Mesti ada  yang problematic (means banyak songeh), teruklah aku. Negative kan? End up..memang akan slalu ada je problem. Tapi sekarang, everytime aku datang kerja aku akan fikir macam ni - Everything is going to be alrite. Takkan ada masalah yang tak sepatutnya timbul. And Insyaallah aku akan membantu merawat patient dengan baik. Nampak tak the difference? End result - alhamdulillah memang everything goes smoothly throughout the day (in most of my days). Aku slalu fikir, kalau kita niat baik..Allah akan tolong, especially dalam memudahkan segala urusan kita & memberi lapang dada kat kita.
     Kadang2 tu datang juga dugaan. Contoh - Sorang pakcik ni nama SK, baru didiagnose TB. Disebabkan bulan ni aku in-charge TB so aku slalulah kene tengokkan pakcik SK ni. Ermmm...dipendekkan cerita, dia ni sangatlah cerewet & demanding. Dia x mo ikut arahan pihak kesihatan, tapi slalu nak kita dengar cakap dia. Dia slalu mengadu macam-macam yang dia tak puas hati kat aku (regarding everything). Aku dengar je & cuba nasihat dia. Setiap kali jumpa dia akan cakap perkara sama, so aku pun akan bagi jawapan yang sama. Kalau aku marah, mesti naik complaint. Aku pun bukannye nak marah. Cuma aku risau, setiap kali dia jumpa aku, dia akan ambil masa yang terlalu lama menyebabkan rawatan patient kat luar delay. So, hanya ada 2 colleague aku lagi yang terpaksa rushing tengok patient lain. And hari ni, dia bagi aku 'ceramah' - nak jadi doktor ni kene memahami, dll. Dan dia maksudkan aku ni memahami (I don't have other choice than trying to understand him, isn't it?). Siap keluarkan falsafah. Aku teruskan mendengar dengan teliti. Aku tau..pakcik ni sebenarnya mengalami mild depression. That's why dia berkelakuan macam tu. Aku hanya doakan yang terbaik, moga dia cepat sembuh & takde apa-apa komplikasi dari rawatan or penyakit TB tu. Insyaallah. Kalau kita dah niat kerja tu sebagai ibadah, memang kita otomatik bersifat positif. Semoga sabar tu sentiasa mengiringi. Kita bantu ringankan beban orang lain, Insyaallah Allah akan bantu kita juga suatu saat kita alami susah nanti.

Double payment sebab page loading.

     Semalam aku happy sangat sebab 2 barang yang aku order online dah dihantar oleh encik poslaju - dari Nile.com.my & Vitamart (Lelong.com) Tapi, harini... Aikkk...kenapa dapat benda yang sama - dari Vitamart? Tak mungkin diorang salah send. Terus aku check online banking aku. Rupanya memang aku bayar item sama 2 kali. 1 guna debit card, & 1 lagi guna credit card. Bila aku recall balik, baru aku teringat, aku memang click payment banyak kali kat page Lelong.com. Punyelah susah nak bayar masa tu. Asik 'hang' je. Tiap kali aku click memang lama sangat loading. But, dia appear as 'unsuccessful payment' on screen. At last, sekali je yang dapat 'successful payment'. Then, kene check email untuk confirm order & transaction, etc. So, xde problem. Masa tu wifi aku memang xde problem. Full bar. No blinking.
     Lepas dah puas hati, aku shopping kat Nile pulak. Dah lama x shopping online sebenarnye. That's why macam gian semacam je aku ni. Alhamdulillah skali click je payment kat Nile terus successful.
     So, apa dah jadi sebenarnye? Rini, aku memang dah gelabah. 1 barang tu RM119 (x masuk postage). So, aku try bukak Gmail semula. Baru aku perasan, aku terima 2 order no. Arghhh....tensionnn..Aku terus call Lelong.com tanya samada aku boleh return barang & minta refund duit aku? Jawapannye - CANNOT! Habis duit aku...HANGUS!! BURN!!