Saturday, January 10, 2015

#ipowninaskincare.

     Dah lama aku tak bukak FB kakak cantik ni. Tadi teringin nak bukak, sebab kebetulan ternampak gambar K.Nina kat What's App contact aku macam yang kat bawah ni. Jujurnya kalau aku tengok pun dah melting (haaaa...jangan pikir yang bukan-bukan hokei). Kalau lelaki tengok xtau le cemana, kan para lelaki sekalian :D
K.Nina yang cantik.
     Lepas tu bila bukak FB K.Nina, nampak ada set produk kecantikan baru pulak. Ditambah lagi dengan testimoni dari customer yang dah cun-melecun. Teruslah tergoda. Aku ni kalau kena goda macam ni memang cepat cair. Padahal bulan lepas baru je beli Safi Rania Diamond sebab nak cantik macam K.Ziana Zain - refer SINI. (Nampaknya aku semakin curang pada TABITA jugak. Lagipun set Tabita dah nak licin. Okey..tu cuma alasan aku sebenarnye).

Set IPOW Ninaskincare.
FB: #ipowninaskincare
Set consists of :-
- Black Soap.
- Anti blemish toner.
- Day & Night cream.
- UV Sunblock.



Cara penggunaan IPOW :-
    Laju je tangan aku buat payment untuk 1 set tadi. Sebab tengah free kan. Kalau delay, takut lupa pulak nanti. Sape nak order boleh pm FB Nina Emelyn k.
Ni gambar yang aku send kat K.Nina.
Konon testimoni lepas pakai Oxygen cell Ninaskincare lah. Padahal, gambar 'sebelum' tak amek.
Camner nak jadi testimoni kan.


Related topic -:
- Oxygen Cell Ninaskincare
- Safi Rania Diamond

Jangan lupa bayar Cukai Tanah, Cukai Taksiran & Indah Water.

     Awal pagi aku dah on lappy & bentang semua dokumen bayaran berkaitan rumah yang aku perlu buat kat atas lantai. Ada 6 pembayaran semuanya (3 bayaran x 2 rumah). Fenin dibuatnya sebab aku selalu lupa dateline benda alah ni. Alang-alang lappy kusayang dah function well sekarang so bolehlah buat payment dengan pantas. * Selalunya guna smartphone je.

Sebagai ingatan, tarikh bayaran adalah macam kat bawah ni-:
Cukai Taksiran - Sebelum 28 FEBRUARI / 31 OGOS.
Cukai Tanah - Sebelum 31 MEI.

Untuk Bil Pembentungan Indah Water Konsortium pulak:-
- Bil akan sampai kat korang 4 kali setahun, iaitu bil Jan-Mac, bil April-Jun, bil Julai-Sept & bil Oct-Dis.
- Bayaran sebulan hanya RM8. Maka bayaran setiap bil adalah RM24 (RM8 x3bulan).
Ni contoh cukai taksiran aku.
Contoh: Nilai tahunan RM3240.00
Taksiran tahunan = 396.40

Maka, jumlah perlu dibayar adalah RM198.20
(half year).
Kalau nak tahu lebih lanjut tentang cukai-cukai ni boleh refer entries kat bawah. Aku ada terangkan in details kat situ.
P/S: Zumal, Hidayu Ayumie & Cik Balqis belum bagi details untuk pos barang.

Related topics: