Saturday, January 3, 2015

Matawang Vietnam (VND).

     Patutnye yang ni cerita awal-awal, tapi, biasalah..entri aku semua dah kelam-kabut. FYI kat Vietnam ni boleh guna Ringgit Malaysia, US Dollar & Vietnam Dong sendiri. Korang tak perlu tukar kepada VND banyak sangat memandangkan semua urusan jual beli boleh gunakan Ringgit. Ni berdasarkan pengalaman aku sendiri. Everytime Malaysians nak berjual-beli, peniaga Vietnamese ni akan tanya, "Ringgit or Dong?" Untuk memudahkan, better guna Ringgit. Korang just tukar duit untuk teksi bermeter, cth :Vinasun or kalau terpaksa pergi supermarket.
Inilah rupabentuk matawang dong (VND).
Dari atas, note: 
200.000
100.000
20.000
10.000
5.000
1.000

     Kat bawah ni nilai tukaran Dong ke Ringgit berdasarkan tarikh 17/12/14 yang lepas. Nilai ni akan berubah-ubah dari semasa ke semasa. Cth: VND 100.00 = RM16. Semasa urusan jual-beli benda ni memang akan memeningkan kalau asik nak bukak calculator je kan (aku ni bab kira-kira ni lembss sikit). Nak tau macamana peniaga ni convert dengan cepat?

Cara-cara:
1. Jika seratus ribu dong (VND 100.000), depa tak sebut 100 ribu. Depa sebut 100 dong (ribu tu di silentkan).
2. Depa ambik mudah, yang mana 100 dong disamakan dengan RM15.
3. Maka, kalau nak convert dong ke ringgit, atau sebaliknya, depa just darab 6.5 ATAU bahagi 6.5.

CTH:
VND 100.000 bahagi 6.5 = RM15.
RM15 darab 6.5 = VND 100.000 (dorang bundarkan dari 97.5).
Patutlah cepat je depa kira. Just simple Maths can kill. Erghhh...malam last baru tau benda alah ni.

Klinik Kesihatan ada Perkhidmatan Ultrasound?

     Minggu ni aku oncall (oncall klinik xsama hospital tau). So, aku kena review all blood results daily. Penting untuk identify yang ada masalah & perlu urgent treatment.

30/12/14:
     Results Kidney Function sorang pakcik umo 58 tahun ni teruk sangat - urea 27 & creatinine 273 723. Dia ni ada gout - selalu datang klinik sejak 2012 untuk rawatan gout tu. Reading uric acid memang tak pernah kurang 600. Dah banyak painkiller (NSAIDs & Paracetamol) dia dah telan.
* Kalau nak compare - Creatinine lama just 151 (Ogos 2013).

2/1/14:
     Aku repeat test untuk pastikan tiada kesilapan. Korang rasa apa results pakcik ni? Ermmmm..lebihkurang sama je. Ujian kencing (UFEME) menunjukkan ada darah 2+ (patutnya tiada darah). So, aku discuss dengan bos - dia soh aku kol HTJS for urgent USG KUB (ultrasound kidney-ureter-bladder) untuk tengok samada ada obstruction tak. Pukul 1.30 aku kol (spoken to Radiology MO, Dr. Chong - Tup..tup..aku dapat terus appointment pukul 3.30pm).

## Aku terus kol Pakcik R DAN TERANGKAN DALAM BAHASA MUDAH (TAK GUNA MEDICAL TERM), "Pakcik, saya Dr. Shikin dari KK dot..dot..dot. Saya Dr yang rawat pakcik tadi. Saya nak mintak pakcik datang klinik & ambil form dari saya. Kemudian pakcik bawak form tu ke HTJS untuk buat scan."

Till 2.35pm:
     Tunggu punya tunggu tak mai mai jugak. Aku dah nak balik (post-call balik awal), so aku pesan kat staff aku apa yang patut. Aku pun pi surau dulu untuk solat sebelum balik. Lepas solat, aku dengar staff aku yang lain bercerita - Ada pakcik datang tanya, " Kat klinik ni ada buat ultrasound ke?" Staff aku kata, " Takda pakcik. Kat hospital ja buat tu." Adehhhh...miscommunication.

Take home message:
- Don't blame patient. They are unfamiliar with clinic procedures.
- Don't give too much information to patient, especially elderly at 1 time.
- Ask patient back to make sure they understand what should be done.

Related topics:
On-call .
Waktu operasi Klinik Kesihatan di Malaysia .
~ Gouty arthritis .
~ Banyak penyakit berpunca dari perut .
~ Anatomy abdomen .
~ Bukan hospital .
~ Ageing process #1.
~ Ageing process #2.
Keje goyang kaki .