Saturday, January 3, 2015

Klinik Kesihatan ada Perkhidmatan Ultrasound?

     Minggu ni aku oncall (oncall klinik xsama hospital tau). So, aku kena review all blood results daily. Penting untuk identify yang ada masalah & perlu urgent treatment.

30/12/14:
     Results Kidney Function sorang pakcik umo 58 tahun ni teruk sangat - urea 27 & creatinine 273 723. Dia ni ada gout - selalu datang klinik sejak 2012 untuk rawatan gout tu. Reading uric acid memang tak pernah kurang 600. Dah banyak painkiller (NSAIDs & Paracetamol) dia dah telan.
* Kalau nak compare - Creatinine lama just 151 (Ogos 2013).

2/1/14:
     Aku repeat test untuk pastikan tiada kesilapan. Korang rasa apa results pakcik ni? Ermmmm..lebihkurang sama je. Ujian kencing (UFEME) menunjukkan ada darah 2+ (patutnya tiada darah). So, aku discuss dengan bos - dia soh aku kol HTJS for urgent USG KUB (ultrasound kidney-ureter-bladder) untuk tengok samada ada obstruction tak. Pukul 1.30 aku kol (spoken to Radiology MO, Dr. Chong - Tup..tup..aku dapat terus appointment pukul 3.30pm).

## Aku terus kol Pakcik R DAN TERANGKAN DALAM BAHASA MUDAH (TAK GUNA MEDICAL TERM), "Pakcik, saya Dr. Shikin dari KK dot..dot..dot. Saya Dr yang rawat pakcik tadi. Saya nak mintak pakcik datang klinik & ambil form dari saya. Kemudian pakcik bawak form tu ke HTJS untuk buat scan."

Till 2.35pm:
     Tunggu punya tunggu tak mai mai jugak. Aku dah nak balik (post-call balik awal), so aku pesan kat staff aku apa yang patut. Aku pun pi surau dulu untuk solat sebelum balik. Lepas solat, aku dengar staff aku yang lain bercerita - Ada pakcik datang tanya, " Kat klinik ni ada buat ultrasound ke?" Staff aku kata, " Takda pakcik. Kat hospital ja buat tu." Adehhhh...miscommunication.

Take home message:
- Don't blame patient. They are unfamiliar with clinic procedures.
- Don't give too much information to patient, especially elderly at 1 time.
- Ask patient back to make sure they understand what should be done.

Related topics:
On-call .
Waktu operasi Klinik Kesihatan di Malaysia .
~ Gouty arthritis .
~ Banyak penyakit berpunca dari perut .
~ Anatomy abdomen .
~ Bukan hospital .
~ Ageing process #1.
~ Ageing process #2.
Keje goyang kaki .

Friday, January 2, 2015

Mini Topup Giveaway by Kapas Putih.

Klik SINI untuk join. 

Syarat senang:

Follow blog kapas-putih.blogspot.com
Buat entry dan letak banner kat atas dan backlink segmen
Tinggalkan URL segmen kat kotak komen
Tolong skroll sampai bawah dan habiskan tayangan video maybank blogbuster N, boleh kan?

1 top referral = topup RM5

1 randomly lucky blogger = topup RM5

Segmen ni berakhir pada bila-bila masa sahaja.. :D

** Tengah BW pelan2 from 1 blog to another. Yang aku x jenguk2 tu jangan risau, nama commentator semua dalam notebook.