Percutian keluarga di Cameron Highlands.
Bersempena Cuti Chinese New Year.
* Berjam-jam nak update entri ni sebab WIFI YES aku macam siput pulang petang di pukul 2-4.30pagi.
Jumaat, 18/2/2015.
11malam.
Bertolak dari rumah kat Seremban - EMS sebagai pak supir. Berhenti rehat kat R&R Rawang - konon sekejap, rupenye membuta sampai Subuh. Alang-alang terus Solat Subuh ikut turn sebab anak tido lagi dalam kete.
Sabtu, 19/2/2015.
7pagi.
Aku sambung drive (PLUS Highway) & exit Tol Simpang Pulai. Trafik berjalan lancar walaupun kereta banyak jugaklah. Lepas tu lalu jalan naik bukit & berselekoh-selekoh. Dalam halfway aku rasa cam tak larat dah so mintak EMS continue drive - lalu Tringkap, then Brinchang. Destinasi ke puncak di Brinchang tercapai. Hoyehh ....
Tempat dilawati -
1. Strawberry Souvenir Centre.
|
Atas - Pintu masuk.
Bawah kiri - Bermacam-macam pokok bunga yang cantik & menawan hati.
Aku tak beli sebab tak terjaga - nanti mati pulak pokok tu.
Bawah kanan - Abe bergambar depan rak coklat, jem, teh dll. Sempat grab 1 coklat strawberi je. |
2. Taman Rama-Rama / Butterfly Farm
|
Parking sangat terhad. Biasalah kat Cameron memang kawasannya sempit. Nasib baik EMS dapat parking depan kedai (kereta silver belah kiri tu kete aku). Aku keluar dengan Abe & Ajik. Iri tido dengan pak supir dalam kete. |
|
1. Ticket Counter - Bayaran ..
Dewasa RM3, Kanak-kanak RM2.
Pintu masuk - ada anak tangga tinggi menurun ke bawah.
2 & 3. Depan kedai :
Aneka jenis kaktus - comel2, eeeee geram tengok.
Bunga (taktau nama) - ni real tau, bukan plastik.
4. 'Kaktus gemuk' - bak kata Abe. |
|
Bergambar dalam taman / farm.
1. Bunga kekwa yang kembang mekar - sooo colourful.
2. Masuk dalam sangkar rama-rama.
Banyak betul rama-rama berterbangan - cer perati betul2.
AMARAN - Tak boleh tangkap. Tapi, ada je yang buat ni :(
3. Rama-rama semua cantik & jinak-jinak. 'Tak lari' eventhough kita snap pic dekat2.
4. Juga ada macam-macam haiwan & serangga lain dalam kurungan kaca. Cth: - Spider, beetle, mengkarung, ular, landak dll. Suggested place to visit untuk anak-anak yang sukakan flora & fauna. |
3. Green Farm
|
Terletak opposite to Butterfly Farm.
Aku tak nampak pulak farm nye kat mane. Huhu.
Ada pokok-pokok dalam pasu - tapi tak begitu menarik. |
|
Bahagian ni je yang nampak menarik.
Suka sangat si Abe & Ajik. Siap tanya nama pokok setiap satu - erkkk...macamlah mama tau. Yang paling mencuit hati dia - " Ada cili gemuklah, mama. " Pastu die gelak-gelak sebab suka.
Aku tak sempat snap pic sebab awasi anak-anak.
Kedai ni cam tak berapa selamat sebab kalau anak jatuh kat tangga boleh tergolek terus ke jalanraya. |
4. Sorry sangat aku tak ingat name tempat ni.
(Puas Google pun tak jumpa. Ada sesape tau tak?)
|
Tempat ni penuh dengan bunga2 yang cantik. Sekali lagi nak kena jawab soklan bertubi2 Abe & Ajik. Hehehe. |
|
Yang tak bestnya, toke kedai pi letak mainan token ni. Anak aku tak kesah tak masukkan token, tapi masalahnya dorang asik turun-naik benda tu - aku risaulah ada apa2 injury karang. Huhu. |
|
Nampak nor kebuluran. Ada small bakery dalam kedai.
Gambar last - Nampak tak sebalik jaring tu ada apa? Ada mak & anak-anak itik plastik tengah berenang2 dalam air. Langsung takmo tengok benda lain dok leka mengadap sang itik ;p |
5. Kedai souvenir.
(Sebelah kedai no.4)
|
Penuh pilihan souvenir yang menarik kat sini.
' Aksi ngangkung ' Hehehe...
Macam biasa, mama akan beli anak patung je sebab tahan lama - Angry Birds merah & biru, plus Minion.
Kalau beli mainan lain memang cepat rosak - tak sempat 24jam.
Careful bawak anak-anak sebab banyak barang 'fragile' dalam ni.
Harga dapat 'less'. |
6. Hasil tuaian shopping.
Dibeli dari - Night Market/ Pasar Malam di Brinchang , Kedai tepi jalan OTW menurun balik jalan selekoh2.
|
Night Market :
Sempat beli keychain2 yang comel untuk rakan bloggers - tak sure lagi nak buat GA/Segmen dll.
Fridge magnet banyak tapi kalau beli, nanti kantoi pulak bila guna rate pos biasa (ada yang tak faham ke :p ?)
Tak lupe T-shirt putih (sesuai dipakai time2 panas ni).
T Kanak2 Saiz S & M - RM5, Saiz L & XL - RM8.
T Dewasa - putih RM10, berwarna RM18 (kalo xsilap).
Kedai hasil rotan & buluh (tepi jalan menurun balik) :
Macam2 ada - nyiru, bakul, bangku, rak bertingkat, alat muzik, perhiasan dll. Made by Orang Asli.
Aku beli 3 pistol kayu - RM10/pc untuk 3 anok jate. |
|
# My new buchuk - Bantal bear pakai topi stoberi.
1 for me, another 1 for someone - sape ea? Tengahari nanti aku akan poskan kat sorang akak blogger tu :)
# Baju tido hitam corak stoberi x6 pasang untuk anak + anak buah.
(Cth baju - macam yang Iri pakai tu). |
Sekian sahaja entri kali ni. Ni kali ke-3 aku ke CH. Actually banyak lagi tempat-tempat menarik yang ada kat sini tapi aku sorang memang tak sempat bawak anak2 (kekangan masa & tenaga).
Tiba masa aku drive balik. Highway jem gila. Aku stop kat R&R Tapah untuk mandikan anak-anak dan makan kat Restoran Pak Tam.
Then, stop kat R&R ? (amnesia pulak) untuk solat Jamak Ta'khir Asar&Zuhur. Then, makan kat KFC.
Entri perjalanan pulang kat
SINI.
bestnya g CH, seronok tengok iri dengan bantal bearnya... dapat rada scone sedap tak? dah memanggil- manggil bau aroma teh CH...heheee
ReplyDeleteCS, ermmm... scone tu ape?
DeleteTu bukan bantal Iri..die pinjam bantal mama :D
scone...mcm puff...mkn ngn jem & cream or butter...smbil hirup teh pns di CH....ohhh...
DeleteWah bestnya dapat pegi ke Taman rama-rama ...
ReplyDeleteHuhuuu kalau pegi sana waktu cuti, mesti jem giler kan Dr.
Boleh tahan jemnya. Especially kawasan pasar malam Brinchang.
Deletebestnya..tahun ni tak pegi la cameron..makan strawberry yang dap dap tu..akak tak pegi cameron lavender ke? yang bunga banyak banyak tu warna warni :)
ReplyDeleteSuke stoberi ea? Akak suka kalau manis je or dip with choc.
DeleteKali ni xsempat pi Lavender.
EMS malas nak stop bila dah terlepas simpang :(
syoknyaaa g jenjalan :D xsampai lagi cameron ni. hehe
ReplyDeletekalo ke CH,pasar malam brinchang tu mmg 'wajib' pegi, boleh dapat bnyk brg tangkapan kt situ hehe
ReplyDeletekalo jenjalan time public holiday, highway mmg sudah 'tak aman' lagi, sesakkk memanjang huhu
Barang tangkapan....
DeleteHehe, lawaklah sayidah..
seronoknyaa akaka bawak anak anak jalan Cameron ^^
ReplyDeleteSonok sangat ;)
Deletebestnya cameron
ReplyDeletesyoknya dpt bercuti... hehehe
ReplyDeleteSelamat berblogging kembali :)
Deletebestnya cameron huhuhuhu.. tapi keluarga ada pengalaman pahit kat sini.. mak pernah tertinggal beg duit kat toilet.. huhuhu duit habis lesap.. huhuhuhu
ReplyDeleteAlamakkk... Tapi, azman takmo bawak gegirls n wife pulak ke?
DeleteTinggal kat mana... Share tempat penginapan....
ReplyDeleteJangan tak percaya..kitorang tidoq dalam kete je. EMS tu xboleh book hotel kompom dia tido je langsung x jalan. Kitorang cam nomad.
DeleteTapi, kalau Bro MKL nak tido sane..book Apartment (bangunan putih) yang menghadap Petronas kat Brinchang tu. Selesa sangat..
Then, turun je terus masuk pasar malam.
nk adiah jugak..ekekke
ReplyDeleteRasanya yg no 4 tu... Macam kat Cactus Point kot...
ReplyDeleteYe ke,SS.
DeleteAcaner lah x tgk nama tempat pulak.
Huhu..
Next time sebelum masuk... Amik gambar dulu... Sebab... Dah masuk mesti dah lupa... He He He...
DeleteHajatnye gitu lah,SS.
DeleteTapi, dok perambat si onet 3 orang ni
.... langsung terlupa.
sempat jugak jln2 masa CNY.. mesti penat kan hadap jem panjang..
ReplyDeletePenat sangat,awak.
Deleteyang nombor 4 tu cactus farm..kecik sangat gambar, tak puas tengok..hehe
ReplyDeleteHehe.. Nanti saya enlarge kan...
DeleteGuna PC.
Owhhh..SS pun btau Cactus Point/ Farm.
Cameron Highlands dah lama bebenor rasanya Mrs. A tak pergi.
ReplyDeleteBila tengok entry ni rasa macam nak pergi la pulak
Apa lagi, Mrs. A?
DeleteJJCM... wink wink..
lame xg sini
ReplyDeletebest nye kak
bile la dpt bawak firash jalan2 naik bukit nie
hhehehe
Firash onet lagi.
DeleteTi dia x tahan sejuk.
Tggu besar sikit tau:)
Dah lama tak pergi cameron
ReplyDeletealaa kak shikin. nak bantal bear tu :p
ReplyDeleteHehe.. Nanti akak belajar buat bantal bear sendiri bagi sayidah n bloggers lain.
DeleteTapi, takot x jadi.
Teringin nak pergi cameron...belum berkesempatan lagi nak jejak kaki kat sana..huhu..bestnye :)
ReplyDeleteSementara single ni senang nak jalan-jalan, Cik Mimie. Banyak tempat boleh jelajah.
DeleteMemang ada niat..insyaAllah, kalau ada rezeki :)
Deletelau xde..honeymoon je la kat sna..haha
Okey jugak tu..tempat sejuk2 ni sedap kalau ada 'papa bear'. Ha3...
Deletewaa best nya kak, kalau ada rezeki boleh lah prgi trip kat sane. btw, kak parcel utk segmen berkenalan tu dh sampai isnin lepas. time kasih :D
ReplyDeleteSama2.
DeleteAkak try cari nama AJ Syah kat senarai pemenang tapi x jumpa..ermmmm sebelum ni guna nama lain ea?
Sorry kalau tersilap pandang.
patut la menghilang.. hehe. yess nanti mesti ada GA pastu hadiah FM :) hehehe
ReplyDeleteYunk, FM xde.
DeleteKeychain jerr..
Sebab FM tu semua jenis 'fragile'..susah nak pos.
Entry CH lagi...
ReplyDeleteMacam memanggil2 je utk ke sana cuti sekolah ni :)
Panggilan bukit kak (instead of panggilan pulau). Apa lagi, kak :)
Deletebanyaknya hasil tuaian di cameron..murah2 juga ya..rambang mata pilih ni..hihik..best tu..
ReplyDeleteBanyakkkk, Wana.
DeleteSaya ni kalau lagi lama dok sana siap toke kedai boleh cam muka.
tempat yang paling banyak saya pergi selepas Pantai Tanjung Bidara dan Pantai Pengkalan Balak adalah Cameron Highland. Cameron Highland pun dah tak sejuk macam dulu dah. masa saya pergi tahun 2009 sejuk lagi. baru baru ni saya pergi hilang dah sejuk tu.
ReplyDeleteAah..dah x sejuk macam dulu.
DeleteBukit2 pulak dah banyak gondol, pokok sana/i kena tebang..
Takut juga nak pi sana manatau tiba-tiba tanah runtuh.
Mesti kita bertembung kat highway kan Nazeck....
ReplyDeleteMalas nak gi CH cuti cuti ni mesti jem...
Terernya buat scroll up down kat gambar tu...
Tak terror mana pun kak. Hehe..
DeleteNak senangkan readers je supaya xyah scroll jauh ke bawah sangat.
bestnya kak Shikin dapat pi CH.. Ros jugak yang tak sampai -sampai lagi. heee... geramnya tengok bunga-bunga kat sana...
ReplyDeletebila lah sis nak sampai sana ... dah x sabor rasanya ...
ReplyDeletedua kali ke cameron x sampai2 ke tempat nih..sampai di tanah rata je..sampai je tapak pasar malam tu enjin kereta berasap so terpaksa batalkan niat tu
ReplyDeletelastly pergi cameroon masa izzat 6 tahun.. sekarang dah 9 tahun.. 3 tahun dah akak tak ke sana.. lamanya..
ReplyDeleteAkak pun dah lama bebenor tak sampai sana :)
Deletejom kak Farrah kita p.. hehehe..
DeleteAssalam nazeck,
ReplyDeletehe3
iols dah laaaaaaaamaaaaaaaaaaaaa tak pi cameron
last masa honeymoon he3
ni dah ada anak macam tak best pulop pi sana
hubby iols dah banyak kali ajak pi sana balik
tapi iols berat sebab si fayyadh ni kalo cotik soka mandi (pool & beach)
cameron kan sojuk
dok hotel takleh mandi pool sob3
tapi nanti nak kena bawak gak anak teruna tu pi cameron he3
bestnya . lama tak naik cameron
ReplyDeletesy jg laaa yg x penah2 lg smpi CH ni waaaaaa
ReplyDeletesalam dr. hadiah giveaway dah terima (blouse ) terima kasih bebanyak ;)
ReplyDeletesusah betul nak masuk kat sini sebab selalu access denied tension huhuhuuhuhuh sebab tue banyak terlepas peluang nak sertai contest dan GA. apa-apa pu dr. memang terbaik lah
Comelnya aksi the adams kat kedai souveniers tu :)
ReplyDeletepage sebelum ini tak ada le....
ReplyDeleteeeheheh CT pegi cameron semalam hehe..
ReplyDeletenaik balik hari saja.. naik p beli2 buah then turun..
akak.. nape gambar jadi scroll ? alaaa buat aje semua gmbr skali..
scroll tu gmbr jadi kecil..
best nya g CH...sy g ngn adik2...g tgk tmpt org... hihi...tp skg dh x sejuk mcm dolu2 laah..
ReplyDelete