Friday, February 13, 2015

Sebak melihat pemergian Tuan Guru Datuk NAANM.

Hari ni aku cuti - diri sendiri tak sihat & anak bongsu demam panas.

Selama ni banyak khabar angin mengatakan TGNAA sudah meninggal dunia. Malam tadi adik ada bgtau lagi, tapi aku boleh2 taknak percaya. Aku, walau bukan orang kuat PAS (bukan jugak orang kuat BN) tapi kalau TGNAA keluar tv mesti aku berkejar ke depan tv. Sebab aku respect sangat dengan TG.

Rupanya betul TG meninggal dunia malam tadi di rumahnya pada usia 84 tahun (10 Jan 1931-2015) - malam Jumaat - hari penuh barakah, penghulu segala hari. Insyaallah Husnul Khatimah. * Maaf aku tersilap dengar. Sebenarnya Allahyarham menerima rawatan di HUSM, Kubang Kerian Kelantan, bukan meninggal dunia di HUSM.

Alhamdulillah aku berkesempatan menonton sendiri siaran langsung TV Kelantan. Kelihatan puluhan ribu orang yang berada di sepanjang jalan dari rumah ke masjid yang jaraknya lebihkurang 500m. Yang mengusung jenazah Allahyarham hanyalah 5 orang anak lelaki beliau - begitu mudahnya. Maashaallah.
* Mengingatkan aku tentang kebangkitan semula semua makhluk Allah & perhimpunan di Padang Mahsyar sewaktu Hari Perhitungan Amal.

Alhamdulillah 2 tingkat Masjid Tok Guru, Pulau Melaka dipenuhi para Muslimin untuk Solat Jenazah. Pintu masuk ke Tanah Perkuburan Kg. Pulau Melaka, Kota Bharu, Kelantan penuh sesak. Ini merupakan penghormatan terakhir buat Allahyarham, seorang Ulama' yang tersohor. Beliau bukan hanya diiktiraf oleh negara kita Malaysia, malahan beberapa negara lain.

Semasa hayatnya beliau sempat meminta maaf pada seluruh rakyat Kelantan andai beliau gagal sebagai pemimpin negeri Kelantan.

Sayu & sebak rasa hati aku melihat perginya seorang yang hidupnya sangat sederhana & dimulutnya sentiasa basah dengan ayat suci Al-Quran. Sebutlah ayat mana, surah mana beliau tahu. Bagaimana dengan kita? Hafaz Quran atau lirik lagu? Sama-sama kita muhasabah diri kita.

Semoga 10 orang anak yang ditinggalkan - 5 lelaki & 5 perempuan dapat meneruskan ajaran agama Islam sebenar yang beliau perjuangkan selama ini.

Sama-samalah kita sedekahkan Al-Fatihah & berdoa semoga Allah merahmati Allahyarham. Insyaallah Allah lapangkan & terangi kubur Allahyarham.

Aku harap kita dapat ketepikan fahaman politik masing-masing sekarang ni & menghormati Allahyarham & ahli keluarga Allahyarham. Sebab apa? Sebab kita semua ni mempunyai tujuan yang sama - menuju Allah SWT, Pencipta kita. Cuma mungkin kenderaan kita yang berbeza. " Setiap jiwa itu pasti merasai mati... ".

Sambil tengok tv sambil nangis :(

47 comments:

  1. sebak, semoga rohnya dicucuri rahmat..Al- fatihah...

    ReplyDelete
  2. Sedih... Al-Fatihah... Semoga rohnya dicucuri rahmat Allah...

    ReplyDelete
  3. sebak, semoga rohnya dicucuri rahmat..Al- fatihah...

    ReplyDelete
  4. semoga arwah damai di sana. sebak tengok T.T

    ReplyDelete
  5. memang sedih ssangat...tahziah buat keluarganya..

    ReplyDelete
  6. lagi sekali nak nangis.. huhu.. teringin sangat nak jumpa arwah tapi tak sempat.. Innalillah..

    ReplyDelete
  7. tahu xpe doc....sy pg ni dh bape kali menangis ni...rasa sedih yg xtahu dtgnye dri mana.terasa diri ni dekat sgt dgn beliau...sblm ni pemergian org lain sy xde rasa apa.tp bila dia Allahuakbar..nak sebut nama dia pn sy rasa nak nangis da...:-(

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang kita akan rasa autometik sedih.. betul. rasa sedih yang tak tahu datangnya dari mana.. padahal tak pernah bersua muka pun..

      Delete
  8. Siapa pun akan mengalirkan airmata dgn pemergiannya ini.
    Allah bagi beliau rehat utk perjuangan yg panjang
    Al-fatihah..

    ReplyDelete
  9. Alfatihah buat TGNA..semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan dikalangan orang2 beriman..

    ReplyDelete
  10. Al-Fatihah kepada Arwah...meninggal di malam jumat subhanallah

    ReplyDelete
  11. memang sebak lihat pemergian allahyarham..semoga rohnya dicucuri rahmat..al-fatihah

    ReplyDelete
  12. takziah buat keluarga dan rakyat Malaysia.ramai yang sedih..moga syurga tempatnya.

    ReplyDelete
  13. Al Fatihah... Moga rohnya dicucuri rahmat...

    ReplyDelete
  14. Assalamualaikum,,

    terasa sunyi bumi kelantan harini :(

    (btw, allahyarham tokguru meninggal di rumah. dibawa pulang ke rumah dr husm pukul 915 , dan sempat sampai ke rumahnya..hembuskan nafas terakhir pukul 940)

    ReplyDelete
  15. sambil baca sambil sebak dgn penulisan shikin nih

    ReplyDelete
  16. Al-Fatihah buat TG,semoga roh arwah di tempatkan di kalangan orang2 yang beriman dan tenang di sana...

    ReplyDelete
  17. Innalillahi wainnalillahi rojiun..sedih dan terkejut masa dapat whatsapp tentang perkhabaran nih malam semalam.. semoga beliau ditempatkan bersama orang yang beriman..

    ReplyDelete
  18. masa dgr berita smlm..terasa sebak sgt...

    ReplyDelete
  19. Rs nyer ramai yg berperasaan mcm ni jg

    ReplyDelete
  20. al-Fatihh..tumpang bersedih jugak.seorang pemimpin hebat, harap dapat diteruskan perjuangan yang belum selesai..

    ReplyDelete
  21. Alfatihah.
    InsyaAllah ditempatkan dikalangan orang2 yang beriman.
    Perginya beliau bersama2 jutaan orang yang mendoakannya bukan sahaja di malaysia :)

    ReplyDelete
  22. sy pon sebak bila dgr pemergian beliau...rasa mcm tak percaya...al fatihah

    ReplyDelete
  23. Al Fatihah. Memang sayu & sebak atas kehilangannya. Mudah2an arwah ditempatkan di sisi kekasih2 Allah.

    ReplyDelete
  24. Al-Fatihah..mmg sebak...setiap kali baca mengenainya,pasti air mata terasa nak mengalir...sedih.. :(

    ReplyDelete
  25. al-fatihah n innalillah pada arwah.

    semoga dr cepat sembuh ya..!

    ReplyDelete
  26. kehilangan besar buat negara dan agama.. tenangla berehat di taman2 syurga..

    ReplyDelete
  27. al fatihah ... smoga ditempatkan dikalangan org2 beriman dan beramal soleh ...

    ReplyDelete
  28. Al Fatihah.. Ros pun sedih sangat masa dapat tahu malam tu.. Tak boleh nak gambarkan kesedihan.. Memang terasa dekat di hati, walau tak pernah bertemu...

    ReplyDelete
  29. ya, kita benar benar kehilangan seorang ulama, pemimpin yang bersih dan sederhana, serta tokoh politik yang tersohor.

    ReplyDelete
  30. meninggal pada hari Jumaat.. hari yg baik

    ReplyDelete
  31. Tengok tv dan post fb berkenaan TG rasa sebak je. Moga ditempatkan dalam kalangan para soleh dan solehin.

    ReplyDelete
  32. betul tu.. saya pun masa kwn inform xnak percaya lg tp bila tengok official statement sedih sgt rasa. sepjg drive pergi kerja laju jer air mata bila dgr bacaan surah yasin kt radio. Insya Allah syurga buat Allahyarham. Kita yg hidup ni tak tau lgi cmna pengakhiran... jom sama2 berubah ke arah kebaikan

    zinziemeewah

    ReplyDelete
  33. al-fatihah buat tok guru . seorang tokoh yang hebat pada semua

    ReplyDelete
  34. Pada mulanya saya dapat info TGNA ni keluar hospital, ingatkan dah ok.
    Rupanya sampai rumahnya arwah hembuskan nafas terakhirnya.
    Sebak, terkejut, pilu, tak percaya semuanya ada.
    Semoga arwah bersama kekasih allah disana

    ReplyDelete
  35. Al-fatihah... walaupun ekin selalu jumpa TGNA masa keje di kelate dulu2 dlm jarak jauh.. terasa sangat kehilangannya hilang ulamak ni...

    ReplyDelete

Enjoy your reading.
And please come again next time.
~ Dr. Shikin @ Nazeck ~