For everybody's information, plat Caj Rawatan Pesakit Luar ni diletak di Kaunter Pendaftaran Klinik Kesihatan. Maka, sudah jelas siapa yang dikenakan bayaran & berapa jumlah yang perlu dibayar, kan?
Walaubagaimanapun, masih ada pihak yang berkira walaupun hanya dikenakan caj RM1 - untuk pemeriksaan doktor + ujian darah dll + ubat-ubatan yang diterima. Mengapa wujud spesies sebegini? Sama-sama kita doakan mereka pulang ke pangkal jalan sebelum terlambat sedar.
Sama-sama kita jaga hubungan sesama manusia, & pelihara hubungan kita pada Allah Yang Esa. Semoga kita menjadi mukmin & mukminah yang berjaya di dunia & akhirat.
Gambar di snap oleh kawan aku. |
Kategori Perkhidmatan & Caj :
Biasa (Warganegara) - RM1
Biasa (Warga Asing) - RM23
Biasa (UNHCR) - RM11.50
Pakar (Warganegara) - RM5
Pakar (Warga Asing) - RM78
Pakar (UNHCR) - RM39
Pemeriksaan Perubatan Asas
(Pemeriksaan fizikal + XRay + UFEME) - RM20+
Pemeriksaan Perubatan Asas (Swasta)
(Pemeriksaan fizikal + XRay + UFEME) - RM100++
HIV Perkahwinan - RM1
HIV Perkahwinan (Warga Asing) - RM23
Kumpulan Darah - RM10
Hepatitis B - RM30
Hepatitis C - RM30
VDRL - RM30
HIV - RM30
UPT - RM20
Ujian Darah - RM60
Related Topics :-
dah patut bersyukur sebab dapat caj yang murah bagi warganegara..rm1 pun ada yang berkira? isk..isk..ada juga orang macam tu kan dr shikin..
ReplyDeleteuntung sangat rakyat malaysia ni sebenarnya kan..banyak subsidi tu
ReplyDeleteHehe... RM1 pun berkira kan... apalah sangat RM1 untuk check kesihatan diri :)
ReplyDeleteCukup btpatutan dah hrga tu, syukurla jdi warganegara Malaysia
ReplyDeletetakkan rm1 pun nak berkira.. kalau ikutkan bayaran untuk ubatan pun tak lepas tuh.. boleh buat ujian kumpulan darah jugak ya.. teringin nak buat untuk Kimie.. sebab memang tak tau kumpulan darah dia.. takut jugak in case apa2 sebab dia ada G6PD..
ReplyDeletesetuju dengan kak wana. dah murah lahh tuu :)
ReplyDeleteSebab Rm1 tu tau, ada ja staff kat office ai nak claim.. terkesima kejap ai dapat resit tu.. ai tanya banyak kali, betoi nak claim ni.. mana boleh claim..adusss.. rm1 je kot..
ReplyDeletesalamm..berkaitan soalan sis di blog syira...
ReplyDelete> tak perlu right klik..klik je cam biasa dekat mana2 link (left klik) ..
dia akan auto ke new tab
^_^ tq
Bersyukur jadi warganegara Malaysia, cuma RM1 je kena caj..itupun malas nk jumpa doktor jugak..ehehe ..mimi mimi..
ReplyDeleteberapa la sangat duit tu nk dibandingkan dgn ubat dan perkhidmatan yg disediakan.. kalau diorg tau harga sebenar ubat2 tu, mesti x berkira dah.. hehehe
ReplyDeletebaru tau caj rawatannya sebenarnya gini hihi jarang pi klinik kalau pi klinik pon mak kita yg bayaqkan kann hihi
ReplyDeletekadang0kadang kalau gi klinik kesihatan, lupa bawak GL. bayar RM1 je :) hihihi
ReplyDeleteMurah dah tu rm1. Tapi biasanya saya dpt free jer. Hehe. Sebab kerje gomen. Hehe
ReplyDeleteMurahnya rm1 utk hiv kahwin.hehe
ReplyDeletemasa baru mula kerja dulu sayalah antara orang yang claim RM 1 tu balik dengan company.. hik hik hik kedekut gila masa tu..
ReplyDelete6 buln sekali jmpa pakar kenala 5 hengget...huahuahua...ok ler tu, kalau g private sekali consult melayang rm200, itu blum ambil ubat n kos rawatan yg lain lagi
ReplyDeletezinziemeewah
kalau pakai student card free ka.. pernah tgk kt hospital kot masa hantr mmbr...
ReplyDeletehiv kahwin rm 1 jer ... alhamdulillh .
ReplyDeleteCaj yg paling murah
ReplyDeleteDah murah sangat dah tu... Nasi lemak pon mahal...
ReplyDeleteMemang dah murah tu..bersyukur jadi warganegara malaysia.
ReplyDeletesaya rasa rm1 tu tak la banyak mana/mahal sangat.. berpatutan la tu..
ReplyDeleteberbaloi la juga.
murah sangat :) baguslah..
ReplyDeleteRM1 tu dah kira muah dah. Ubat free...
ReplyDeleterm1 sangatlah murah. kalau nak mahal sgt, gi swasta. skian! haha
ReplyDeleteBerkira tak bertempat... Jika untuk beli baju... Beli produk kecantikan srmua sanggup...tanpa nereka sedari.. Kalau tak sihat macam mn nak cantik... Nak lebih cantik...bersih hati dulu..pasti cantik segalanya...
ReplyDeleteoklah tu... berpatutan..
ReplyDeletenk keluarkan duit utk sihat cukup susah tapi sanggup keluarkan/habiskan duit yg banyak utk sakit contoh paling mudah beli rokok...dh tahu ia mengundang penyakit tapi tidak pernah berkira
ReplyDeleteHehe..selalu bila dah sakit teruk baru nampak muka di klinik ...hehe kan sis JM..
Deleteamboi dah kena bayar rm1 pun berkira.. jentik sket orang tu Kak Shikin.. tendang aje kuar klinik. murah yang amat tu toksah la berkira sangat isk..
ReplyDeletesaya pernah baca ni masa selalu pergi hospital dulu... hehe. terima kasih berkongsi ^^
ReplyDeleteMmg ada akak.manusia yg kedekut bakhil ni.. semua benda nk free.
ReplyDeletehiv perkahwinan warga asing kenapa ya lbh mahal berbanding warga tempatan?
ReplyDelete