Sunday, September 28, 2014

Burn.

     Baru ni sorang guy umo awal 20-an melecur seluruh tangan kanan akibat minyak panas untuk goreng pisang tiba-tiba meletup. Dia ni penjual pisang goreng. Masa dia jumpa aku memang dah sapu SSD cream. Aku nak tanye lelebih mechanism of injury tak dapat sebab dia tengah mengerang kesakitan. Dah nampak blister (gelembung air) besar timbul. Injury ni kita panggil 'burn'.
     Nak tau sikit pasal burn tak? Best kalau tau lebih sikit kan?

Kategori burn
(ikut kedalaman kulit yang terbakar):

1. Superficial /First degree burns
- libatkan permukaan dasar kulit je.
- blister takde (kalau ada blister, kira dah second-degree burn)

2. Partial-thickness /second-degree burn.
- libatkan permukaan kulit yang lebih dalam + timbul blister.

3. Full-thickness /third-degree burn
- libatkan semua lapisan kulit.

4. Fourth-degree burn
- sehingga libatkan tissue bawah kulit, otot & tulang. Paling teruk!

     Selain kedalaman kulit, berapa luas kawasan kulit yang terbakar pun kene tau ye. Imej bawah ni menggambarkan "Rules of 9".
     "Rules of 9" digunakan untuk assess peratus kawasan kulit (TBSA ~ total body surface area) yang terbakar (burn) bagi orang dewasa. Kalau kanak-kanak lain pulak formulanya (sebab ratio kawasan kepala+leher kanak-kanak jika dibandingkan dengan kawasan anggota tangan+kaki adalah lebih besar berbanding orang dewasa).

Kenapa nak kene tau kedalaman kulit yang terlibat & kawasan kulit yang terbakar ni?
- Sebab management dia berbeza. 
#Minor burns - boleh manage kat rumah (lepas amek ubat kat klinik).
#Moderate burns - Slalunya managed di hospital.
#Major burns - managed by a burn center (perlukan rawatan yang lebih lama)
Kawasan terbakar menurut "Rules of 9" merupakan
salah satu kriteria untuk mengklasifikasikan burn tu samada:
Minor/Moderate/Major.
     Pening ke? Harap x. Lama tau aku ambik masa nak simplify entry ni. Aku up entry ni sebab aku rase tajuk burn ni pun penting untuk share.

Google Analytics.

     Aku terbaca tentang Google Analytics ni kat blog Azhafizah ~ Overview audience blog Sihatimerahjambu. Rasa cam best. So, aku pun try lah. Nak jugak tengok kategori audience aku kan. So, bawah ni results nye. Nak tengok tak?
Korang perasan tak ada something wrong kat sini? Ape maksud aku? I realized that all my results sejibik cam Azhafizah. Ermmm..tak caye? Aku buat betul dah.
Cuba tengok kat atas belah kanan -
kan nama aku.
Ermmm...ada sape lain dah try ni?
Kalau dah try t share dengan aku ea.