Monday, December 22, 2014

Hiasan dinding buat boss.

     Siyes aku x tau nak bagi ole2 apa kat boss. (Buat pengetahuan korang, aku banyak boss. FMS pun kira boss aku jugak). Last2 aku beli hiasan dinding ni. Malu do nak bagi boss. Taste aku...kot2 boss tak berkenan. Tadi baru bagi sebab tak sempat jumpa boss last week.
  Tiba-tiba boss wassap ni. Segan jugak :)

Husband kerap sakit.

     Dalam tahun ni kerap betul husband aku berulang-alik ke Unit Kecemasan HTJS kerana pedih ulu hati. Macam biasa, dia dirawat sebagai 'sakit gastrik'. Awal-awal dulu makan ubat gastrik ok lah. Tapi, sekarang simptom (gejala) penyakit dia dah bertambah severe (teruk). Sampai sesak nafas & sakit dada. Dah macam sakit jantung aku tengok. Tapi, check jantung (ECG) ok je.
     Paling teruk time raya puasa tahun ni - he was admitted at Hospital Tanah Merah that time. Rafer sini ~ Kenangan Hari Raya 2014. Kat wad pun still sakit ulu hati.
     Dan hari ni, asben sakit lagi. 3 kali dia muntah. Dia mintak aku sapu minyak panas kat dada & belakang badan dia. Tangan aku urut tak kuat, so dia mintak aku urut guna siku. Adalah dengar angin keluar sikit. Lepas tu dia tido. Nampak tak larat. Anak-anak pulak bising. Lagi dia pening.
     Ni dah malam alhamdulillah nampak ok. Cuma 1 aku geram - aku nak refer dia for scope tapi dia takmo. Ishh..takut agaknya. Tapi aku tanya dia senyap je. Ermm...