Showing posts with label patient. Show all posts
Showing posts with label patient. Show all posts

Saturday, July 5, 2014

Bagaimana vaksin dibuat?

Vaksin di pasaran sekarang ..
Dalam bentuk cairan & debu.

Pembuatan
  • Melalui 1 proses makmal yang agak kompleks.
  •  Terdapat 4 langkah utama (aku story in next entri ok)
  • Ujian demi ujian dilakukan bagi menghasilkan vaksin yang benar-benar selamat ke atas manusia. (Ujian dalam makmal + ke atas binatang + ke atas segelintir manusia & at last barulah disahkan untuk diberi kepada manusia secara keseluruhan)
Bahan-bahan yang digunakan
Adakah dari sumber haram ?
-          Babi/ hasil dari babi.
-          Dari binatang yang diragui kehalalannya.

 Jenis vaksin
– 5 kategori (berdasarkan kaedah pembuatan & mekanisma tindakan)

 1.       Attenuated vaccine (dilemahkan) – Measles (Campak), Mumps (Beguk), Rubella, Varicella   Zoster.
2.       Inactivated/ Killed vaccine (dinyah aktif/ dimatikan) – Hepatitits A, Influenza, Pneumococcal Polysaccharide.
3.       Vaksin dari komponen bakteria dalam bentuk Polisakarida/ Asid Nukleik – Hepatitis B.
4.       Inactivated toxin (Toksin yang telah dinyah-aktifkan) – Tetanus, Diphtheria.
5.       Conjugated DNA (Rekombinan/ Konjugasi DNA) – Pneumococcal, Meningococcal, HiB

 *** Buku bertajuk “ Ubat daripada sumber babi dan pilihan alternatif” –
-          Karangan Abdul Rahman.
-           Keluaran H. Science Solution, Kuala Lumpur, tahun 2010
-          Boleh diperoleh secara online
 Telah menimbulkan kontroversi di kalangan pesakit.
Dalam Bab 7 buku tu ada dinyatakan ubat yang mengandungi bahan2 yang meragukan (termasuk sumber babi).
Cth : Vaksin Attenuvax (keluaran Merck & Co, US) – untuk Measles.
Tapi, KKM tak gunakan vaksin tu.

Kami guna Vaksin Priorix – untuk cegah Measles, Mumps, Rubella.
(Ia bersumberkan dari kultur telur)

 Sekali lagi saya tidak pasti samada mereka yang menentang vaksin di premis kesihatan membaca dengan teliti kandungan buku ini. Setidak-tidaknya bertanya samada premis kesihatan Negara kita menggunakan vaksin Attenuvax atau jenis yang lain. Saya pasti mereka tidak cuba bertanya!
(   Ayat ni aku quote sebijik dari ayat FMS yang buat buku ni. )

 Sumber – Buku “ Vaksin untuk bayi anda – Mitos vs Realiti
 [ Rujuk entri INI. ]

 # Actually, banyak lagi aku nak cite tapi rutin harian tidak mengizinkan.
Banyak sangat perkara yang public kene tau.
Tapi, banyak sangat nak kene type. Hehe.. ( Ni pun kire simplified version aku tau :)
Insyaallah aku cuba next time.
# Tapi, yang geram tu.. nurse kitorang sendiri percaya mitos ni tapi bila aku suruh dia explain pemahaman die, die takmo jawab. Ni lah yang dikatakan ' duri dalam daging '. Aku nasihat dia baca buku ni pun dia takmo.                                    

 

 

Tuesday, July 1, 2014

Banyak penyakit berpunca dari perut.

;) U olzzz agree tak dengan tajuk aku ni?
Papepun..jom bace dulu ea baru rase puas hati nak jawab kan?

1. Kencing manis / Diabetes - Makanan bergula/ tinggi karbohidrat.
2. Darah tinggi/ Hipertensi - Makanan banyak garam/ red meat.
3. Tinggi kolesterol/ Hypercholesterolaemia - Makanan berminyak.
4. Sakit jantung/ coronary heart disease - sama seperti 1,2 &3.
5. Gout - Makanan laut, kekacang, organ dalaman.
6. Resdung / Allergic sinusitis - Makanan laut atau yang gatal2.
7. Allergy kulit/ Skin allergy - sama seperti 6.
8. Semput/ Lelah/ Bronchial asthma - Makanan sejuk.
9. Kanser/ Malignant disease - Makanan berlemak, processed food (contain banyak chemical).
10. Headache - high caffeine intake.
11. Keracunan makanan/ Food poisoning - sah-sah lah dari pemakanan.
12. Chronic cough - banyak sangat makan aiskrim (bagi children), minum air sejuk (both children & adults )

Ada patient tanye, " Doktor, takkan semua tak boleh nak makan?"
Saya jawab..mudah je.." Ade saya kate tak boleh makan? Tak, kaaann? Boleh makan, tapi WASATIAH/ bersederhana. "
* Saya bukan bijak pandai agama, tapi, sekadar berkongsi apa yang saya tahu bahawa kita sememangnya perlu wasatiah dalam semua aspek kehidupan, termasuklah hal pemakanan.

** Masih terdapat faktor2 lain yang juga menyumbang terhadap penyakit2 di atas.

P/S : Hari ni last day Top Commentators Giveaway ye [KLIK SINI].
         Jemput join ramai2.

Wednesday, June 25, 2014

Stigma.

Sure ada antara u olzzz pernah tau ape itu 'stigma', rite?

By definition :
- a mark of disgrace associated with a particular circumstance, quality, or person.
(synonyms:shame, disgrace, dishonour)
ATAU
- severe social disapproval of personal characteristics or beliefs that are against cultural norms.

# Dalam bahasa mudah..lebihkurang.. seseorang tu dah kene 'cop' or kene 'label' disebabkan sesuatu perkara yang dianggap berlawanan dengan budaya kebiasaan.

Dari experience aku, kebiasaannya penyakit yang menjadi stigma ni ialah:
1. Penyakit mental.
2. TB
3. HIV
Pesanan aku, zaman dah berubah.. So, kita jangan berfikiran kolot, okey ke direct je ayat aku?
Just think rationally.. Ade ke orang berdoa mintak dapat penyakit? Tak, kan?  So, u olzzz...depa ni pun x mintak cenggitu. Kecualilah yang buat sex bebas, berkongsi jarum suntikan
...tu memang sah cari penyakit. Tapi, macamane kalau bayi atau isteri yang dapat HIV dari bapa atau suami? Yang dapat sakit mental sebab keturunan? Yang dapat TB dari orang yang die sendiri pun taktau.. ntah sape agaknye yang jangkitkan die..?

Jadi, tolong jauhkan stigma ni..sebab u olzzz akan buat patients ni malu untuk ke klinik for the sake of getting further treatment.
Please help them! Please help the medical practitioners!

How u can help us?
By changing your mindset.
Thank you :)

Tuesday, June 24, 2014

Survive a Heart Attack.

Read this:
(Dapat dari wassap group klinik).

1 Let’s say it’s 7.25pm and you’re going home (alone of course) after an unusually hard day o n the job.

2 You’re really tired, upset and frustrated.

3 Suddenly you start experiencing severe pain in your chest that starts to drag out into your arm and up in to your jaw. You are only about five miles from the hospital nearest your home.

4 Unfortunately you don’t know if you’ll be able to make it that far.

5 You have been trained in CPR, but the guy that taught the course did not tell you how to perform it on yourself.

6 HOW TO SURVIVE A HEART ATTACK WHEN ALONE???
Since many people are alone when they suffer a heart attack, without help, the person whose heart is beating improperly and who begins to feel faint, has only
about 10 seconds left before losing consciousness.

7 However, these victims can help themselves by coughing
repeatedly and very vigorously. A deep breath should be taken before each cough, and the cough must be deep and prolonged, as when producing sputum from deep inside the chest.

A breath and a cough must be repeated about every two
seconds without let-up until help arrives, or until the heart is felt to be beating normally again.

8 Deep breaths get oxygen into the lungs and coughing
movements squeeze the heart and keep the blood circulating. The squeezing pressure on the heart also helps it regain normal rhythm. In this way, heart attack victims can get to a hospital.

9 Tell as many other people as possible about this. It could save their lives!!

10 A cardiologist says if everyone who gets this msg,
kindly sends it to 10 people, you can bet that we’ll save at least one life.

11 Rather than sending jokes please... contribute by forwarding this msg which can save a person’s life….

12 If this message comes around you ……more than once….. u please don’t get irritated……U need to be happy that you are being reminded of how to tackle…. Heart Attacks…. AGAIN…
From,
DR.N Sivakadakshm,senior cardiologist

Sunday, June 22, 2014

Wajib admit!!

Sekarang ni kes mental bersepah sana-sini. Bagi yang belum kawin tu be extra careful ea..takut tersalah pilih orang. Tak pasal-pasal kene kerat 10 pulak. Erkkk!

Macam 3 hari lepas, sorang kakak bawak adik lelaki dia umo 46 sebab nampak murung dalam sebulan ni.

Selain tu dia ada simptom:
Changing in behavior - :
>TTS (talking to self)
>Reciting Quran (not doing this before)
>Tearing unnecessarily
>Not interested in daily activities
>Sleep more

Associated with :
>Delusion
>Hallucination
>Impulsiveness
>Aggressive behavior *

No suicidal /homicidal attempt*
Unsure of suicidal ideation*

Impression: TRO Schizophrenia with depressive symptoms.

Prosedur :
Hantar ke Unit Kecemasan Hospital Besar. Then, doktor akan call Pakar Psikiatri. Dan pesakit akan get admitted.
[Kalau ade symptoms yang lain2 tu, tapi xde yang tanda *, doktor kat Klinik kesihatan akan kol doktor di Klinik Pakar Psikiatri untuk dapatkan early appointment. But, no need masuk ward].

Friday, June 20, 2014

PPD - Perkhidmatan Perawatan Domisiliari.

;)Semalam & hari ni ada kursus PPD kat Klinik Kesihatan Seremban.

Memang ada guidelines yang teliti untuk PPD ni, including pemilihan pesakit & caretaker (penjaga).
Perlu sain perjanjian.

PPD ni just untuk pesakit terlantar:
- Stroke.
- Traumatic brain injury (TBI).
- Spinal cord injury.
  (saraf tunjang)
- Cerebtal palsy (CP).
* Caretaker akan diajar oleh nurse & MA sehingga mereka tahu uruskan pesakit sendiri. Setelah 3 bulan, dia akan didiscaj dari PPD.

Skop tugas nurse & MA:
- Inserting nasogastric tube (tiub makan)
- Penjagaan tracheostomy wound
- Colostomy dressing.
- Penjagaan luka - pressure ulcer.
- Changing CBD (tiub kencing)
NG tube (tiub makan).
Stoma
CBD bag (beg kencing).
Tracheostomy tube.
Pressure ulcer

Kami juga kena nilai & skor ADL
(activity of daily living) :
Cth: Cara makan, mandi, buang air, buka & pakai baju,dll.
Lepas tu kene suggest OT (occupational therapy) untuk pesakit.

Huh..banyak benda lagi sebenarnye.
Sebelum ni dengar gitu-gitu je. Because nobody gives proper briefing.
Tapi, biasalah banyak sangat bende dengar dah jadi pening-pening lalat. Tak pasti berapa banyak je yang absorb. Huhu.

Tuesday, June 17, 2014

Bukan mudah nak puaskan hati SEMUA orang.

Slalu jd ni..nak wat camner..redah jer..memang susah nak puaskan hati semua..
Dah bace dialog kartun ni?
Korang faham kan?
Dalam kehidupan harian, kita akan bertemu dengan ramai orang.
Banyak orang..means..banyak ragam..
Aku tau setiap orang pasti akan terkenang sesuatu sekarang ni, kan?
Aku sendiri selalu alami benda ni terutamanya ketika berdepan dengan pesakit di klinik.
 Aku nak korang tutup mata & imagine kejap situasi ni :
HARI PERTAMA :
Ada 2 orang doctor yang duduk di dalam bilik mereka.
(Bilik tu ofkoslah ada pintu & dinding batu ..bukan cermin.)
Sekali-sekala ada jururawat yang masuk ke bilik kerana menghantar kad pesakit.
Kad disusun mengikut No. giliran yang didapatkan oleh pesakit sendiri di Kaunter Pendaftaran di pintu masuk klinik.
Seorang doktor akan menekan No. satu persatu mengikut giliran pesakit.
Tiba2 masuk seorang pakcik umo 70 menjerit & terpekik-pekik kepada doctor kerana katanya telah 1 jam menunggu tetapi doctor tidak memanggil No. nya.
" Kenapa Dr. tak panggil No. saya, 2028 dulu? Tapi panggil no 2017 sedangkan saya dah tunggu lama !! "
Kedua-dua Dr cuba explain in details bagaimana situasi tersebut boleh terjadi tetapi Pakcik tua sikitpun tak mahu terima & terus marah.
*********************
HARI KEDUA :
Selepas kejadian hari sebelumnya, Dr in-charge cuba ubah system.
" Nurse, lepas ni walaupun pesakit datang awal, pastikan dia buat Ujian urin & ECG dulu baru diberi No. Because kita nak avoid delay in treatment bagi pesakit yang tak perlu buat ujian tersebut pada hari ini & seterusnya. "
Doktor pun menjalankan tugas merawat pesakit macam biasa.
Tiba-tiba...
" Dr, doctor tak bolehlah bagi no kemudian - lepas saya buat Ujian urin & ECG.
Saya kan datang awal."
******************************
SO, WHAT SHOULD WE DO ?

Monday, June 16, 2014

May Allah Bless You & Me.

As usual, Monday adalah the most busy day of the week.
Walaupun begitu, kepuasan pelanggan adalah diutamakan
(asalkan tau hormat-menghormati di kedua-dua belah pihak).
Namun, kadang2 tu kita pun tak perasan samada dalam nak cepat treat pesakit tu ...
adakah suara tetiba tertinggi kan?
Selalunya kalau dengar sore doctor terjerit2 dalam bilik tu bukan sebab marahkan pesakit ea.
Tu sebab bercakap dengan pakcik/makcik yang tua -
dorang mintak tinggikan sore sebab ada hearing impairment.
Macam hari ni , seperti biasa memang kalut sikit.
Tapi Alhamdulillah takde sebarang masalah.
Semua pesakit dirawat sama rata - takde double standard ye.
Nak buat cerita, adalah sorang pakcik ni masuk.
Die mengadu kerap sakit kepala.
Macam2 soklan aku Tanya sebab nak make diagnosis kan.
Pakcik tetap menjawab dengan sabar walaupun aku dah ...
huhhhh...
takde diagnosis pakcik ni sebab die cuma headache tapi takde symptom lain2.
Kecuali mata nya rabun dekat tapi die tak buat  cermin mata.
Aku bagi beberapa advise pada dia &
mintak dia datang semula kalau still ada problem.
Die ucapkan terima kasih.
And surprisingly, sambil  tu perlahan dia ucapkan...
" Saya doakan Doktor dipanjangkan umur,
sihat tubuh badan,
& dimurahkan rezeki.
Die ucap dengan nada penuh tulus ikhlas.
"Terima Kasih, pakcik."
[Alhamdulillah]
# Some people ..they are like angel from Heaven.
And he is 1 of them. #


Thursday, June 5, 2014

Taksub gadget bawa padah

Gadget yang aku maksudkan adalah smartphone..tablet..ipad..pc tab dll.
Haaaa..mesti korang wonder apelah komplikasi hasil penggunaan gadget ni.
Padah tu aku dan patient aku yang dapat. Amek kau, Shikin!
                          
Pagi semalam...aku rawat seorang pesakit Darah Tinggi (Hypertension).. nama tak ingat. Dia ni ialah Timbalan Pengarah Imigresen yang bertugas di toooot..(mane blh cakap). Kalau korang kenal die ni memanglah sangat baik..low profile. Aku tau die TP pun sbb aku nyebok2 tanye die pangkat ape (aku mmg gediks. Haha.)Dah plk aku bengong.. "Sorry saya ingatkan polis tadi". Padahal kat Rt (right)Shoulder die ada paku imigresen. To make it short, die tanya aku...
TP: Doktor, dalam 2 bulan ni jari saya asik kebas je.
Aku: Semua jari ke? Takkan kencing manis sebab FBS encik normal je.
TP: 1 jari je, doktor. (showing his index finger).
Aku: Ohhh..Encik guna smartphone ke? And encik slalu touchscreen dengan jari telunjuk kan?
TP: Ye, doktor.
** Itu bukan sebab penyakit serius. But is due to frequent use of your finger untuk touchscreen.

How about you all? 

Wednesday, December 4, 2013

Si tukang jahit sakit pinggang.

One young indian guy (from India) came yesterday,  accompanied by his friend sebab die tak pandai cakap bahasa melayu.
Kawan pt : Dr, kawan saya ni sakit belakang dah 2 minggu?
Cara die cakap tu nampak macam serius sangat. Tapi, aku tengok patient tu ok je.
Bile tanye masalah lain...sume takde.
- No fever, no dysuria, no increase in frequency of urination, no haematuria, no history of passing stone during PU, no recent fall, no abdominal pain.
No other associated problems.
O/E : Alert, well. Vital signs normal. Per abdomen NAD. Renal punch negative.
No limbs weakness or numbness. Gait normal.
    
Ix : UFEME clear. (Tak perlu FBC)
Macam pening pulak nak diagnose die ni.
Kawan die nampak very concern dgn sakit pt ni. Tp, pt pulak aku tengok senyum je...x nampak macam in pain pon.
Aku : En, u kerja ape?
Kawan pt : Die tukang jahit, Dr.
Lame2 baru die bgtau...bile pergi kerja baru die sakit. And tiap kali pergi kerja je yang sakit.
Aku : Owh macam tu... U kerja jahit kan duduk tegak je. And lame kan? U menjahit mestilah tak sandar, kan? I pon skit belakang macam u...sebab the whole day i tengok pt tak bersandar dekat kerusi. Basically, tu sakit otot je.
I do mean he's actually having MUSCULOSKELETAL PAIN only.
Bukan sakit buah pinggang or anything serious than that.
Foooohhh...
Term:
Dysuria - sakit semasa PU
PU - passing urine a.k.a kencing
Increased in freqbof urination - kerap kencing
Haematuria - kencing berdarah
NAD - no abnormality detected ( not actually done..hehe...yang ni lawak je)
Musculoskeletal pain - sakit otot rangka

Friday, November 29, 2013

TRO Retinal Detachment.

Amek ko...Heh..ape pulak kan? Amek aku ler....
Tulah...pagi2 dah yoyo o gelak gitu..
Dapat URGENT CASE dah!

Pn. R (ramai pulak pt name mula R harini, ken?), umo 72.
Known case DM, HPT & dyslipidaemia - on Rx & f/up under KK PD.

She C/O reduced vision over Lt eye over few months, but worsening over this 2 weeks time.
Associated with floaters & curtain falling.
On examination : Is able to see flashes of light only (even finger movement pon dah x nampak).
Fundoscopy : unable to visualize fundus due to mature cataract.
I straight away called MO Oncall Ophthal Clinic, HTJS - S/T Dr. Punitha.. & she asked patient to go stat (ASAP) to their clinic for further assessment. If RD - for admission.

Pt    : Makcik pegi esok boleh x, Dr?
Aku : Makcik,  esok klinik pakar tutup. Makcik pegi hari ni lah ye. Tadi datang naik bas ke orang hantar?
Pt    : Anak makcik hantar naik kereta.
Aku  : Kalau camtu boleh lah pegi ye. Tapi jangan sampai pukul 12pm...dah dekat nak tutup klinik. Kalau betul RD, boleh sebabkan buta tau, makcik..

Pesanan untuk semua...kalau mata tiba2 terus tak nampak atau nampak cahaya je...jangan lambat2 gi klinik ye..bahaya tau..

Tuesday, November 26, 2013

Don't simply increase your patient's medications dosage - PART2

Ramai patients DM yang datang klinik akan puasa semasa datang hari appointment. Betul tak? Ini tak perlu. Unless doktor atau nurse dah pesan minta u puasa bila datang next visit. makan je macam biasa sebab kita nak assess whether u are overeating based on your reflo/ dextrostix on that day. I kept telling patient to answer my every questions dengan jujur because kalau die tipu/ adjust jawapan dia..kesan tu akan terkena pada dia & bukan doktor. We are here to help you - so please cooperate.

Bagi MO pula jangan terus naikkan dose OHA/ insulin patient sebelum you find the ROOT CAUSE why is the patient's reflo on that day / or FBS week earlier tinggi..

Soalan penting kene tanye:-

1. Compliance - pt makan ubat ke tak?
2. Pengambilan ubat (betul ke dos yang die ambil) - berapa biji makan? berapa kali sehari? makan sebelum ke selepas ke or tunggu 20-30 minit ke? berapa unit insulin yang die inject? Die inject sebelum makan or lepas makan or sebelum tidur?
3. Tolerating medications or not - tanye die ade experience side effects from medications yang die ambil tak? Then assess whether tu memang effects dari ubat or something else. kalau pt tak boleh tolerate ubat..die takkan makan ubat tu..so sugar control die memang akan teruk.
4. Hypoglycaemic attack - ade tak die kene hypo - kalau ye berapa kali..pukul berapa slalu kene? adakah die hypo sebab tak makan or dah makan pon hypo?
5. Assess simptom hyperglycaemia - nocturia etc dah kurang ke ..
6. Diet - diet die macam mane? ada missed meal ke ? regular meal intake ke?
7. Assess depressive simptom.
8. Get to know their social background - macam dok serumah ramai ke..dengan cucu ke?
9. Cara inject insulin - kawasan cucuk..jarum berapa kali guna? takut dah tumpul..
10.Assess patient's awareness regarding their illness..& how to improve their sugar control.

Banyak lagi Qs nak tanye tapi lupe pulak..Ni semua dari experience aku jerrr. Sape ade lebih..tak salah kita share. Pt makin hari makin ramai..tapi kalau dah biasa tanye..memang cepat jerr..

Ape yang aku try nak emphasize kat sini..jangan nampak je sugar high terus nak salahkan patient ..or terus nak increase ubat. Educate pt jugak - pt ni bile nak makan banyak2 ubat dorang dah kompius (imagine korang yang jadi patient..). Ada patient yang educated - yang ni senang jer..korang tak payah explain banyak2..suruh je die cite macam mane die control sugar die. Penat jugak kan kalau sume pt nak kene tanye? Hehe.. Lepas sorang ..sorang masuk. Non-stop.. Slalu jugak aku dapat headache sebab PRESSURE-OF-TALK.

Tu jelah kot. Harap you all dapat benefit.

Don't simply increase your patient's medications dosage - PART1

Penyakit diabetes Type II bukan asing lagi bagi kita semua bukan?
Penyakit ini disebabkan oleh pelbagai faktor (faktor boleh ubah & tak boleh ubah).

Ramai pesakit menyalahkan faktor keturunan sebagai penyebab mereka menghidap Diabetes Type II sedangkan faktor gaya hidup tidak sihat yang mereka amalkan merupakan penyumbang lebih besar.
Gaya hidup tak sihat tu tak lain adalah pemakanan tidak sihat (tinggi gula tinggi carbohydrate)..tidak aktif (Actually patut bersenam 30 min sehari 3 hari seminggu. Tapi bagi yang nak kurus kene 5 hari seminggu.)..merokok..consume alcohol. Stressful lifestyle pon same k.

Camne faktor2 ni menyumbang kepada DM Type II?

1. Basically..pengambilan gula yang tinggi dalam makanan dalam masa yang panjang akan menyebabkan glucose intoxicity yang seterusnya akan damage your beta-cells in your pancreas to produce your insulin hormones. Hormone insulin ni bertanggungjawab menukarkan gula kepada energy..so kalau insulin yang diperlukan tak cukup..gula tak ditukar ke energy..so you akan dapati your sugar remains high dalam darah and you mudah penat coz tak cukup energy.

2. Apa2 pemakanan tak sihat..smoking..alcohol..stress..pollution pula akan menghasilkan free radicals in your body & menyebabkan your healthy cells tak stable dan mudah damage. Same thing happened to your hormone (all hormones in the body actually). Kalau hormon u dah rosak camne die nak function well kan?

3. Then kalau u banyak fat (at your tummy buttock or elsewhere)..fat ni akan sebabkan your insulin hormone (and other hormones also) resistance. Dalam bahasa mudah resistance tu bermaksud insulin u dah kurang response.

Camne doktor diagnose u dah kene DM Type II ?

Diagnosa DM Type II perlukan pengambilan darah & bukan urin.
Bacaan yang reliable (paling diguna pakai) adalah dari FBS + venous blood.
** Sila rujuk doktor di klinik berdekatan untuk maklumat lanjut. Complicated sket nak cite...
Diagnosa bergantung whether u ada simptom or not & mungkin memerlukan REPEAT FBS / OGTT.

Walaubagaimanapun kalau pesakit DAH MAKAN (means TAK PUASA) + CAPILLARY BLOOD
(diambil di jari selepas 2 jam waktu makan) dah berbelas2 + ADA SIMPTOM2 HYPERGLYCAEMIA - u memang dah jelas boleh didiagnos DM. And I akan straight away start OHA /ODA for you.

Some pt we advise on lifestyle modifications & tak straight away start on treatment. Then kite review back about 3 months later.

*** TREATMENT MUST BE INDIVIDUALISED...because each and one patient memang tak same. So how can u treat different patients with different background dengan cara yang sama?

OHA - Oral hyperglycaemic agent.
ODA - Oral diabetic agent.
Dua2 ni ubat makan kencing manis (tablet).

FBS - Fasting Blood sugar /darah puasa
OGTT - Oral glucose tolerance test.
             (puasa malam->ambil darah pagi->lepas tu nurse beri minum air gula-> ambil    
             semula darah lepas 2 jam minum air gula).
Venous blood      - darah yang kebiasaannya di ambil di lengan (antecubital fossa).
Reflo/ Dextrostix - darah yang diambil di kapilari (ambil di hujung jari). 

Tuesday, November 12, 2013

Lady doctor.

Ermmm...slalu sangat patient make request.
Selagi boleh layan memang kite akan layan.
Tapi, kalau dah berderet2 no dekat2...1028...1031..1033....(padahal ada 5 bilik yang bukak...memang x patut. 1 of the reason jadi cmni sebab ramai female patient request jumpe female doc)...

Macam semalam got 1 lady complaint having fever, cough, runny nose.
Ok lah..bile examine..just URTI.
Lepas tu she just kept quiet..
Aku : Auntie, ade ape problem lain?
Pt : ...(just geleng kepala)...
Aku : So, kenapa auntie minta jumpe doc perempuan ?
 Pt : [ silent ]
Aku : Auntie, next time kalau takde masalah privacy/ masalah perempuan... u boleh jumpe any doctor.  Doctor lelaki pon boleh. [sigh].

AMOK

Aku dah ngantuk ni..tapi tak kira..nak update blog jugak.
Even secoet pon aku nak lepaskan jugak apa yang terbuku di hati..
Sekarang ni..macam2 perasaan bercampur-baur..mixed feeling - geram ada..sedih..marah..terkilan dengan sikap patient yang tak bertimbang-rasa..terancam pon ada.

Actually dah lama tak jadi peristiwa macam malam ni kat aku..Rupenye terjadi lagi.

Macam ni..malam ni actually Dr. Shazwan yang buat Extended Hours. Tapi die x dapat..coz anak dia fever. So dia jual kat aku. Extended Hours ni start 5-9 pm. Tapi should be 8.30pm dah tutup kaunter. Kalau tak...pukul 9pm tu tak habis lah lagi ...betul tak? Tapi ikut budi bicara..kalau patient tak ramai..kita terima jer. Kitorang pihak kesihatan ni bukanlah kejam sangat. Kadang2 kol 9pm tu pun
( patut time dah tutup kaunter) ada lagi yang doktor terima.

Tapi hari ni..sebelum solat Maghrib ..baru ada around 10 pt jerr..
Lepas 7.30pm seperti biasa ..menderu2 pt datang. Dorang ni macam tak tahu doktor malam sorang je (yang datang tu pun 'regular customer'..takkan tak tau....). Paling tak paham tu..tengah azan maghrib ni..yang si Muslim ni terlenggang-lenggok berjalan..-NO COMMENT. Sila paham sendiri. Dah pulak bawak anak kecik..waktu2 syaitan (@set**) tengah berkeliaran kan...

Tepat 8.30pm :

Aku (bersuara lantang) : K. Raja ..tutup kaunter sekarang! Saya balik pukul 9. Sekarang pon dah ramai patient. Pukul berapa nak balik ?
Mase tu ada satu family (seramai 5 orang) yang sakit tengah tunggu nak daftar. So K.Raja accept je lah. Atas meja aku pulak ada 17 kad pt yang belum terima consultation. Aku OK jer mase tu. Ape nak buat..tengok pelan2 lah kan? Takkan nak tengok pt dengan rushing kan? Tapi...adelah satu makcik ni..

Makcik & anak : Doktor..tak boleh ke terima 1 lagi kes ? (Memang muka tak pueh hati gile)
Aku : Memang tak boleh..Cube tengok ade berapa kad atas meja saya ni! Semua ni belum tengok lagi. Saya balik pukul 9pm ( Dalam hati aku..makcik..kau x nampak ke berapa ramai patient kat Ruangan Menunggu tu? Janganlah nak pentingkan diri sendiri je! KAU INGAT KAU SORANG JE ADE ANAK ? AKU TAKDE ANAK KE? KALAU WAKTU KEJE AKU SAMPAI PUKUL 9..MEANS PUKUL 9 LAH. NI PON BELUM TENTU PUKUL 9 AKU BOLEH HABIS TREAT PT.) So die just go..Nak cakap ape lagi kan..Aku pon dah x larat. Pt non-stop.

# FYI .. MASE AKU KLUAR KERJA 6.30 AM...ANAK2 AKU TENGAH TIDO LAGI..NI AKU SAMPAI RUMAH KOL 10.30MLM..DORANG SEMUA DAH TIDO..ESOK SEBELUM GI KEJE BELUM TENTU AKU DAPAT JUMPE DORANG LAGI!

Total patient yang aku tengok 60 ORANG.
( Just imagine...5.00-7.30 pm = 10 orang....7.30-9.30 pm = 50 orang).

Okey..lepas makcik tu...datanglah sorang Indian guy ni...lingkungan 40 tahun lebih.
Aku : Ye kenape? (Yang dok tercegat depan pintu tu kenape? dah takde kerusi nak duduk ke kan?)
Bapak budak (Indian guy) : ***** (ntah ape die cakap..Yang aku dengar..anak & accident)
Aku : Kalau accident terus pergi hospital. Kita malam2 takde XRay.
Bapak budak : Ape accident? Demam lah ...(dengan nada yang sangat kurang ajar) . (eh..tadi sape suruh kau mumbling..manelah aku nak dengar. Suara pt kat luar tu pun dah cukup kuat). Tak boleh ke terima satu pt lagi?
Aku : (sekali lagi aku tunjuk kad yang berlambak2 atas meja...& ni lah sorang lagi pt yang mmg nak kene buat Vision Test). Saya balik pukul 9..sekarang pon ramai lagi pt belum tengok. U boleh pergi hospital..sane bukak 24hours.
Bapak budak : (die mmg still x puas hati. siap menuding2 kat aku...sambil cakap) . Ape ni...kate mesra rakyat...(sambil memblah kan dirinya).
Aku : OK...kalau saya tengok...u kene bayar saya lebih!
Bapak budak : Boleh...(mase tu dia dah jauh..tapi kitorang masing2 jerit tinggikan sore)
Aku : Berapa u nak bayar?
Bapak budak : Terus blah sambil bla...bla..bla...(entah ape die membebel)

Kat belakang die...ade 4 FAMILY LAGI YANG NAK MINTAK DAFTAR...TAPI SUME MEMBLAHKAN DIRI LEPAS TENGOK DOKTOR MENJERIT DALAM KLINIK.

U ols...paham tak kat sini..selagi doktor belum berambus dari klinik..selagi tu sorang demi sorang pt datang tanya..." DOKTOR...TAK BOLEH TERIMA 1 PATIENT LAGI KE?"
# BAGI U OLS MMG LAH 1..TAPI..KALAU 10 ORANG YANG TANYE THAT SAME Q.. 1 X 10 BUKAN KE 10? UNDERSTAND OR NOT?

Then ...kalau u ols kene balik keje pukul 5 or 6 pm..U ols nak volunteer balik sejam lepas tu ke? Dalam 100 pekerja..takkan ade sampai 10 orang berani jawab YA. Unless kalau kerja atas meja x siap..tu lain cerita lah kan?

And kalau u ols nak tau..malam ni I went back at 9.46pm (time aku punch)... Sebab 3 pt yang last2 amek neb..so aku kene review balik. So..esok jangan sape ade buat hal..sebab sekarang pon aku tak tido lagi..baby aku tgh meragam..Becoz as usual PASTI AKU AKAN BAD TEMPERED THE NEXT DAY...

Tapi...yang aku happy sangat..asben aku datang kol 6 pm bawak mee goreng mamak kat aku yang tak lunch hari ni. We had dinner sesame. Lepas tu die balik ofis sambung keje. Then kol 9pm die datang balik teman aku kat klinik. Sampai terlelap2 kat kusi. I LOVE YOU FOREVER..HOPEFULLY KASIH SAYANG KITA YANG TELAH BERTAUT SEMULA NI AKAN KEKAL & TAK DAPAT DILERAIKAN OLEH SESIAPEPON KECUALI DENGAN TAKDIR ALLAH.

Thursday, November 7, 2013

Surat chenta..

          Haa...banyak tak referral letter yang aku tulis? Bukan surat cinta...saje main2. Tengah bersemangat waja ni..so, baik tulis terus. Kalau dah malas...seminggu (hari Jumaat) baru aku tulis tau..AMPUN MAAF ye di atas kelewatan.
         Under Daerah Port Dickson ni ada few Klinik Kesihatan - KKPD, KK Lukut, KK Bukit Pelanduk, KK Pasir Panjang & KK Linggi. KK Lukut tu yang paling baru dibina. Sekarang kan dah makin banyak kemudahan KK kat sesebuah kawasan sebab kerajaan nak memudahkan rakyat. Kesianlah kalau yang duduk jauh - takde transports sendiri, kene naik bas..bertukar2 bas pulak tu, ade yang kene naik taxi...sbb bas tak lalu kawasan rumah dorg..so tambang mmg kene tekan lah kan, ade pulak yang slalu defaulter sbb nak datang tu ikut date appointment jiran. Tapi yang aku tak pahamnye..ramai jugak pt yang dok area lain (means..under coverage KK lain)..nak jugak datang KK kitorang. Alasannya..susah nak panjat KK Lukut tu atas bukit lah (kalau orang tua tu acceptable lagi...ni yang muda badan kerempeng pon bagi alasan x logik ni... ), takde doktor lah, takde Pakar lah, dah biasa datang KK PD lah.. Macam2 alasan. Kalau kat KK kami xcukup MO..memang matilah.
         OK...back to crite surat rujukan tu..
Kalau tulis awal-awal pon or lambat seminggu pun tak de beza u ols. Dolu2 nak senang...terus tulis surat depan patient..then, bagi kat tangan dorang terus so that dorang sendiri pergi hospital untuk dapatkan date. ...(aku lerr yang suke wat camni..sbb senang bile patient terus tau date appt dorg. Takdelah die datang klinik banyak kali asking about about their suppose-to-be appt). Tapi, sekarang memang hosp dah x bagi wat cenggitu. Kami kat KK ni akan kumpul surat tu & despatch ke hospital. Then, hosp bagi date. Dapat date...kitorang tak terus call pt...dalam 2 minggu before appointmet baru PPK call pt. Bukan ape..kalau bagi awal2 confirm byk surat yang hilang sebab biasalah manusia kan cepat lupa. ..(mmg dah banyak jadi tau..). Appt kat hosp ni pulak mmg lambat sgt. Cth: appt jumpe Skin specialist..paling awal Feb/ 2014.  Mmg ramai sangat pt yg mintak refer govt hosp, (Klinik under PD yang nak merefer pun byk kan..)so HARAP BERSABAR menunggu turn anda. Pakar district hospital tu pon x ramai..ada yang visiting specialist je. And yang lawaknye, ada penyakit patient yang dah sembuh sendiri sebelum dapat tarikh appt. Yag paling susah kalau nak refer Medical. Even bukan acute case pon kene S/T Medical MO. Dorang akan bagi certain plan seperti blood investigations atau USG, etc sebelum jumpe patient. Then, dorang sendiri yag akan bagi date. (Memang patut camni pon.)
           Dulu, district hosp tak banyak, kan? So, semua pon refer GH (HTJS). Sekarang... MO beranilah refer GH. ... kalau nak kene marah ngan Pakar sane. Pt yg insist nak gi GH jugak...aku memang tanak amek risiko...so aku tulis je..PATIENT REQUEST TO...whatever yang dorang request.  Tapi kalau walk-in case boleh gi HTJS - contoh, corneal ulcer, ruptured TM, non-healing OM, etc.Yang tak boleh tahan..kalau dah ada date appt tp patient nak earlier appt. Memang tak lah. Ape kitorang boleh buat, kan? Bukan kitorang yang bagi date,  ye tak.. Hal macam ni mmg beyond our control ok.. So, pt kene amek surat dorag bawak sendiri kt hosp & request date on their own.. Mase tu u ols boleh ler tinjau2 buku appt klinik pakar tu samada FULL ke tak..(in case u ols x percaya...).

Tadi igt nak type sikit je..rupenye dah pnjg berjela. Nampaknye...memang banyak isu regarding rujukan ke Klinik Pakar ni.
# TM - tympanic membrane/ ear drum
    OM- otitis media
    S/T - spoken to

Wednesday, November 6, 2013

Stress ->Panic Attack.

Pernah tak rase sakit dada and/or susah nafas?
Padahal anda bukanlah pesakit bronchial asthma (BA), sakit jantung (IHD),  atau hyperthyroidism....
Then, simptom/ gejala ni anda slalu rase bila anda alami stress...
Ini bermaksud anda dah kene Anxiety (kegelisahan) atau Panic attack.
Ada yang lagi teruk sampai tremor (tangan mengeletar) & palpitation (pt aware pada degupan jantung yang laju)...
Kalau nak confirm betul tak anda kene Panic Attack,  boleh lah datang klinik kesihatan dan jawab soalan tertentu supaya kami boleh buat DASS (Depression,  anxiety, Stress scale)..Pada masa yang sama kite memang akan periksa vital signs (BP, PR, temperature), examine paru-paru, kardiovaskular (CVS) & sistem lain jika perlu. Dan mungkin perlu lakukan ECG & blood investigations (especially TFT -thyroid function test).
Penting untuk anda tahu status kesihatan anda, samada physical symptom yang anda alami tu is a manifestation of physical illness or mental illness..becoz the intervention is different.


Saringan Minda Sihat.
Soal Selidik DASS.
Kat box ni kami akan tulis skor Stres /Anzieti / Kemurungan anda samada - normal/ ringan/ sederhana/ teruk/ sangat teruk. Kalau dPt 2 skor last tu ...confirm kami akan refer stat to FMS or Psychiatrist HPD.

           Bulan lepas adelah sorang student Politeknik PD ni jumpe aku. Muka memang nampak tak tenang..gelisah je. Dia mengadu susah nafas & sakit dada hampir setiap hari, selama 2 minggu. Kadang2 jantung berdegup laju. Sebelum ni dia memang takde apa2 penyakit - NKMI (no known medical illness). 
           Futher history & physical examination memang not suggestive of any physical illness. Bagi aku, tak perlu pun buat ECG. TFT pun nampak tak perlu. Aku tanya samada dia stress of anything tapi die takmo jawab. " Takpelah, you pegi buat DASS dulu. Then  I will review your score. And later on baru I decide on what to proceed".
           Student tu pon pegilah Bilik Intervensi...jawab soalan2 DASS. Skor Anxiety dia ialah - Sangat teruk. Rupenye, setelah dicungkil oleh SN Sham, die mengaku tonton video " Tentang Kematian"..Then, die bagitau yang tanda2 kematian tu dah ada pada die & sekarang die sedang menghitung hari dia akan mati. Sudah 2 minggu berlalu & kini tinggal 2 minggu lagi untuk dia hidup. Sekarang pon dia dah ada visual hallucination -di mana dia ada nmpk lelaki berjubah putih melintas laju depan die & kemudian hilang.
So far, takde suicidal ideation /attempt.
Nasib baik....fooooooohhhh..

Dalam kes ni, memang kene refer Pakar cepat. So, aku jumpa FMS to discuss case. FMS mmg bagi early appointment kat die. Taktau ape khabar budak tu sekarang. Mase 'sakit' tu die tgh seat exam kat Poli. Nanti FMS balik aku tanye...(sekarang FMS tgh cuti panjang sebab mak die sakit)...


***Lagi satu ... kalau the same patient datang your clinic with C/O (complaint of) Headache...memanjang headache jerr gitu.. Then u dah ruled out Hypertension /migraine/ or whatever...tp sume pon didn't suit Dx utk your pt...please don't forget TRO stress. Becoz nowadays lots of people facing macam2 stress..dari budak sekolah - sampailah orang dah pencen. Order lah DASS for this kind of pt. Kalau u dpt tackle the stressor..confirm tak yah susah2 nak order CT Brain or MRI ke hape...They just want you to listen to their problem & help them accordingly. So please please & please REMEMBER DASS when you face this kind of problems. (others ade yang datang dengan Generalised Bodyache..and/or Headache). Still you need to order DASS for them. THANK YOU.

***Aku memang slalu alami Panic Attack sebab aku ni kan cepat stress.

Friday, November 1, 2013

"Pegi privatelah !!"

Bile baca topic ni..mesti korang ingat aku or other doctors yang cakap mcm ni kt pt kan?
Guys...it actually happened the other way round.

Sebelum aku cite...aku nak gelak dgn terbahak2 dulu....Hahahaaaaaaaa..
One day, about a year ago..got 1 elderly chinese lady masuk bilik aku.
Aku : Ye auntie [nama]..ape sakit hari ni ?
** Instead of asking like that..actually better/should ask this way.. Encik/Puan, ape boleh saya bantu? Or what can I do for you today? Tapi, pt often looking back at me..with weird stare when I did asked like that. So, I was just thought that may not be a proper way in asking about their illness. So, Dr. Shikin..just forget it ! Yeah..forget it! (But, to some extent mmg kene ask that way..becoz some of the patients come not only during illness. Nowadays, they are more aware on doing CVD screening ..or they do come for Medical Check-up, for review blood results or sputum AFB, C&S results. Some only come to seek for opinion/ sugesstion on supplement they should take..)

Panjang pulak membebel..
Ok, back to the story..
Once dah tanya cenggitu...berjela-jelalah masalah yang keluar. Dari hujung rambut sampai hujung kaki.. Pulak tu, cerita tu diulang lagi..dan lagi..dan lagi...Alamak, bile auntie ni nak stop ni? Kad patient dah makin bertimbun dalam bilik aku. Aku try stop kan byk kali..tp, x berjaya. Aku dh explain pykt die ...bla..bla..bla...bla....
And at last...

Aku : Auntie, you ada apa masalah lagi mau beritau saya ke? Itu pt dekat luar sudah ramai ma..sudah lama tunggu.. Nanti, diorang masuk...diorang confirm marah saya ma..bukan you..

Auntie : Bising2 pegi privatelah !!

Aku : Errkkk... (Alolo...sedap betul die cakap camtu. Rase2 nye sape yg kene gi private kat sini?)
You all..dekat private hospital tu janganlah berani cakap lame2..every air liur doktor yang kluar tu you all kene bayar tau..(consultation).

- See...now u ols tau kan..knape lame sgt doktor tu tgk sensorang patient. Kalau sehari jumpe 3 orang camni pon dah boleh ruin the doctor's day tau..especially yang low stress threshold cam aku ni. Tapi, x dinafikan, mmg ade certain patient yang mmg kene tengok in details. It depends...
- Paling x boleh tahan..patient yang suke ajak berborak.. " Doktor org mane? Tggal mane? Dah kawin? Anak berapa? Dulu grad mane? Suami keje ape? " ... and so on & so forth.....Kalau pt x ramai tu ok lagi. Tapi, mase2 ni lah kitorg nak buat surat rujukan lah, medical report, discuss case dgn FMS through phone (jgn igt kitorg tgh berborak kt phone ek..X penahnye wat camtu.. Bergayut ngan Pakar @ FMS adelah)
For Sputum AFB x3, FBC,  ESR.

Dah 2 Jumaat aku dok dalam Bilik 12 ni. Pakar aku cuti..mak die sakit. So aku lego jelah bilik die..Bukan ape..senang aku nak assess bebudak slow learner tu.. (kene melompat2 ngan bebudak ni tau tak mase assess tu..berdiri sebelah kaki sambil tutup mata etc)

Thursday, October 31, 2013

Patient2 aku nangis...

Awal2 pagi datang aku terus kemas meja. Cantik x? (kalau x cantik pon..cakap jelah cantik. hihihi..). Kalau hari lain..nauzubillah..Pt pon nak pengsan kalau tgk.
Side table pon aku kemas. Mcm2 harta karun ada atas ni..termasuklah xray pt yg x berenvelope. And whatever kertas berconteng sume sepuk kt sini. Calling machine tu slalu atas meja besar tp saje ubah atas ni.

Ni Xray form. Dah nil atas meja..so, aku amek & fold sendiri. Kt JPL, KKPD ni kitorg cume ada 1 assistant utk 5 bilik MO. So, we kind of always doing everything on our own becoz we want everything to be settled asap.
Alkisah harini...
Aku bertolak 7.05am dari rumah mak. Drive 170km/hr. Sampai klinik dpt punch 7.47am.(Tu dah laju tu..kalau slow, confirm kol 8am pon x sampai lagi).
Harini pt x ramai. Asik goyang kaki je..tp, situasi yg best camni is only once in a blue moon.

Tibe2 Pakcik Y ketuk bilik aku & masuk. Len mcm je aku tgk pakcik ni.

Aku: Pakcik..lame x jumpe. Ape khabar? Makcik mane ?

PY: Makcik kau dah meninggal....(perlahan & sayu sore PY. Pastu air mate die terus berjurai.. Alamak...aku pon dh rase nak nangis ni..Pakcik jgnlah nangis...).

Aku: Innalillahhiwainnailaihirajiuun..(aku x nak tanye lebih2 nnti PY nangis lagi...Rupenye arwah mengidap kanser..x sempat habiskan radioterapi pon. Kesian PY & arwah..dorg ni antara pt yg sgt baik dgn aku. And x cerewet. Dorg slalu jgk seek treatment @ KPJ  & other private clinics & hospitals krn byk masalah kesihatan yg lain.)

..Crite punye crite..rupenye PY pon sakit mase jage arwah kt spital. PY haematuria & got problem with urination..tp die x hirau diri die sendiri sbb nk jage arwah. Lps makcik dh x de, die jumpe doctor & disahkan kene prostate cancer. Pulak dah.. Skali lg die nangis..Aku mmg terkejut sgt. Kenapelah begitu berat dugaan yg pakcik terima. Dalam hati..aku doakan PY tabah dgn ujian demi ujian. Sebelum ni pon mmg byk pykt yg dorg hidap...whereby dorg kene dtg byk appointments.

Arwah sms hidup dpt DFU (extensive)..byk kali WD (Wound debridement) ...had to come clinic daily for dressing.  Just imagine..dua org yg tua umo 70 plus yg terpaksa help each other. Bdn arwah plk obese..so pakcik kene tolak die sane-sini dgn wheelchair. Tiring tau..dgn kudrat tua plk tu..
Dorg ni slalu dtg jumpe aku kt klinik eventhough dorg dirawat oleh doktor yg lain.
PY ade neurogenic bowel..slalu ade sensation nk BO (buang air besar) tp najis x blh kluar..So, everytime nk BO..die akan cucuk dgn enema. Kesian sgt...

Dulu, aku bkn niat nk jadi doctor pon. But now I really appreciate for who I am now..coz aku belajar normal physiology & aku jugak belajar pathology...so i am able to explain kt orang lain ...kalau korang dah tue nanti...korang akan alami this & that...or...kalau korang tdo lmbat..or take certain food korang akan dapat pykit mcm ni..and many more..Thanx to Allah for giving me chance to educate other people to be aware of their health status.


* *Tak lame lps tu..masuk makcik N plak ... Defaulter hypertension for 6/12 (6months).
MN ni pt CVA (Stroke). Living alone. Husband dah passed-away. Anak sorg je..bujang.. & is staying at Putrajaya. X dapat dtg klinik sbb xde org nk bawak.
MN pon nangis depan aku..(Alamak..makcik jangan lah nangis..Ni nak kene makan ubat ni sbb SBP dah 227..takut kene CVA lagi. Nauzubillah..)
Hari yg menyedihkan...
Ape blh buat..aku hanya dapat mendengar je..

** Aku yang kurus kering ni plk mengidap Dyslipidaemia ( x kering sgt lah..berat dah naik 43kg,tapi tggi 153cm jer ..)- But i do take supplements & i know what & how to monitor.
Thanx to Allah again..

Saturday, April 21, 2012

Penyakit 3 serangkai.

Semakin hari, klinik NCD kami dibanjiri dengan lebih ramai pesakit - Pesakit Diabes Mellitus, Hypertension & Heart Disease. Dulu, kebanyakkan mereka adalah dari golongan tua. Tetapi zaman dah berubah...kerana dh ramai orang lingkungan umur 20-an menghidap penyakit tersebut.

The cause is none other than bad lifestyle practice:
- Makanan manis, masin, byk perisa atau pewarna tambahan, fastfood, tinggi karbohidrat kompleks, tinggi kandungan lemak,kurang serat (dari sayuran & buah).
- Minuman bergas, byk caffein, manis, minuman keras.
- Merokok ( Perokok pasif pula menjadi mangsa keadaan..Then, makin ramai perempuan yg smoking).
- Malas melakukan aktiviti fizikal /senaman (each has different meaning).
- Overweight & Obesity.

Semua ini mengambil masa beberapa tahun sebelum anda didiagnos. Jadi, jangan ingat hari ni makan/minum manis anda dah dapat diabetes. Perlu diketahui juga, pada masa anda didiagnos, tidak mustahil anda telah mendapat beberapa komplikasi seperti Diabetic Retinopathy (rabun,dll), Diabetic Nephropathy (masalah buah pinggang), & Diabetic Neuropathy (kebas2, sakit2 urat, dll). Ramai yg x ambil pusing perkara ni coz belum terkena pada batang hidung sendiri. Tapi..once dh kene baru nak regret..that is useless coz u cannot reverse whatever damage that had taken place inside your body. But, whatever it is anda tetap perlu mendengar nasihat para doktor kerana penyakit2 sebegini sememangnya boleh di kawal. It's not the end of your life.

Pesanan saya for those yang masih sihat : From now onwards..change before it's too late.
                                        ..change for a better life later on.
                         Even if not for yourself.. Think of your beloved one!