Tuesday, November 4, 2014

Road tax kereta NCW aku.

3/11/14

     Ini adalah continuation daripada kisah kat sini ~ Renew insurans kereta - pengalaman & cabaran.
Alhamdulillah hal insurans kereta tu dapat setel kat Etiqa tempohari. Tapi, road tax yang masih x setel. So, ingat hari ni nak mintak ayah tolong bayarkan kat jpj ke pejabat pos ke. Tapi rupanya kene guna geran asal/ original. Memang takde lah. Ermmmm..

8.00pg:
Kat klinik.
     Borak-borak lah dengan K.Ros kantin & Dr. Hasry. Depa kata boleh je pi ambil geran kereta tu di Maybank tempat kita buat loan tu. Cakap je nak ambil + tunjuk IC. Tapi, owner kereta je yang boleh ambil geran. Tak boleh wakilkan orang lain. Tiba-tiba Dr. Farah pulak datang. Rupanya dia pun buat pinjaman kereta kat Maybank. Selama ni dia tak face any problem pun. Dia just call bank & mintak depa setelkan both insurance & road tax,  then depa akan call bila siap. Memang sekejap je boleh siap.
1.15 tgh hari:
     Aku pun pi Maybank Rahang. Alhamdulillah senang je rupanya nak mintak geran asal. Pegawai tu tak tanya banyak pun. Siap boleh buatkan road tax macam yang kawan aku, Dr. Farah tu cerita. Pegawai bank ni pun confuse bilamasa dia confinement pulak & kenapa staf Maybank2 lain tu suruh aku pergi sana-sini. In addition, dia kata hal pinjaman kereta memang Maybank Rahang yang akan setelkan, bukan 3 lagi Maybank macam yang aku mention sebelum ni. Erghhh...fenin aku. Takpe lah, jadikan sebagai pedoman di masa depan je lah. Esok dah boleh datang ambik road tax & geran ni.

Take home message :
1. Masa nak renew road tax (in case berlainan tempat dengan renew insurance), jangan lupa bawa sijil /certificate insurans yang baru tu.
2. Better call bank yang korang buat loan tu je untuk renew both insurance kereta & road tax. Korang just kene bayar RM10 je untuk runner.
3. Jangan lupa simpan resit (untuk elakkan saman)- sekarang JPJ tengah sibuk buat road block sana-sini.

33 comments:

  1. road tax si kancil tue pon nk hbis tengah bulan nie..lupa nk bg taw..nnt jenuh kena saman plak..

    ReplyDelete
  2. Kita pun guna etika Doc..dulu kita pun selalu suruh dia orang aje buatkan semua...renew insurance & road tax sekali. But now kita dah ambil geran. So i did it myself...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Owh, nape Etiqa sini soh saya buat sendiri? Insurance lain pun depa buat skali dua2 kan?

      Delete
  3. Kalau loan kereta kat Mayban memang cam tu. Kita cuma pergi beritau nombor kereta dan mereka akan print insuran dan road tax immedietly. Lepas loan settle bayar 100% baru mereka kembalikan geran dan lepas itu kalau nak renew kenalah urus sendiri dengan insuran dan JPJ (Pejabat Pos pun boleh juga)...

    ReplyDelete
  4. Alhamdulillah..selesai jgak no...:-)

    ReplyDelete
  5. Roadtax zumal betul2 mati hujung tahun, lesen lak awal tahun. Alahai...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sedia duit je lah, Zumal.
      Pokai..pokai..banyak betul nak bayar.

      Delete
  6. sy buat insurance n roadtax xde plak guna geran asal..elok je pakai geran copy.huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Boleh pulak ek, Mila?
      Lain tempat lain yang depa deman,kan?
      Tak standardized... Huh.

      Delete
  7. doc, for the next time, terus pergi branch insuran, dapat diskaun lagi! sekejap je

    ReplyDelete
  8. Cikna guna yg copy je then g kat kdi insurans yg de myeg 5mnit siap roadtax.... skunk ni guna takaful ikhlas klu xclaim dia akan pulang rebat 15%

    ReplyDelete
  9. geran asal sekarang dah boleh simpan sendiri. Buat surat ke bank. undang-undang baru keta masih dalam pinjaman bank boleh mintak geran asal. tapi saya sendiri pun tak buat just simpan geran photostat.

    Tapi renew bagi perodua ja buat senang

    ReplyDelete
  10. saya bab ni kurang ambil tahu
    main drive aje...hehe

    ReplyDelete
  11. Alhamdulillah dipermudahkan segalanya..

    ReplyDelete
  12. Alhamdulillah setelah mengharungi pelbagai cabaran..akak renew insurans ngan roadtax keta sendiri tahun nih.. alhamdulillah dipermudahkan segalanya..tak susah sangat, sebab just contact pegawai bank yg kenal dengan husband untuk renew insurans..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu..pegawai bank Rahang tu dah bagi hp no dia terus.

      Delete
  13. Akak...buat road tax kat myeg kan lagi senang...kejap je dia hantar terus kt akak di hospital atau rumah ke if ada orang

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehe..
      http://drshikinzainal.blogspot.com/2014/10/renew-insurance-pengalaman-cabaran.html

      Delete
  14. Case closed. Alhamdulillah dipermudahkan urusan kak :)

    ReplyDelete
  15. dah selesai :) moga membantu mereka yang nak tahu tentang ni jugak...

    ReplyDelete
  16. x pe..itu semua pengalaman..betul lah tu kereta yg belum habis bayar..jika buat loan bank...bank yg pegang geran nya..nampaknya thn depan dh x facing prob camni lagi kan

    ReplyDelete
  17. standby je lah duit, bila nk sampai due... rasa mcm berat je nk kuar tuh... huhuuu, nak tak nak kena byr jugak... klau tak, tak bergeraklah jwbnya...

    ReplyDelete

Enjoy your reading.
And please come again next time.
~ Dr. Shikin @ Nazeck ~