Wednesday, November 5, 2014

PSY.

     October dah berlalu. Hari ni dah masuk hari ke-5 di bulan November pun. Amacam hari ni? Semua ok? Sihat ke? Aku pagi2 harini dah kene jerkah dengan patient. Pakcik tu tak pasal-pasal ngamuk. Mulanya aku persilakan dia duduk kat kerusi tapi entah kenapa tak semena-mena dia marah-marah. Lepas tu mula mengamuk tak tentu pasal. Aku tanya apa pun dia marah. Macam mereng sikit pakcik ni. Mungkin psy (psychiatric) patient yang tak ambil rawatan. Dia marah aku tak henti-henti. Aku tanya kenapa dia marah pun dia takmo jawab tapi cakap benda lain. Entahlah..tak faham. Aku pun mulalah fed-up. Menahan marah sampai tangan aku ketar & jantung berdegup laju. At last....
Memang tak boleh jadi ni...

Aku: Pakcik! Saya taknak tengok pakcik! Pakcik pergi jumpa Dr sebelah.
* Sebelum tu aku dah inform colleague aku, Dr. Azwan.

     Kes ke-2 jadi kat kawan aku tak lama lepas aku kena. Dia dok sorang kat bilik 6 masa tu. Aku pulak dok berdua dengan Dr. Liyana kat bilik 8. Patient pregnant anak first. Alahan mengandung. Asik datang ambik MC. Last week jumpa aku - aku dah cakap urine check up dia normal, she's not dehydrated at all. And BP, PR all normal. Tapi, dia mintak MC 2 hari. Aku cakap dia tak layak pun untuk MC. Tapi, aku tetap akan bagi atas sebab kesian.

Aku: Saya ada 3 anak ok. And everytime saya pregnant saya pun alahan teruk. Tapi saya tak ambik MC pun (maksud aku MC kerajaan. Adalah sekali-sekala ambik MC swasta sebab confirm dapat kan.) Saya ambik cuti tahun & cuti tanpa gaji selama 2 bulan ok.

     Ritu dia mai dengan asben. Rini mai dengan bapak pulak. Bapak dia boleh pulak tengking2 colleague aku yang junior dari aku! Kalau aku perasan tadi memang dah kene 'bahasakan' ni! Sukahati nak marah doktor... Tunggu dia datang lagi sekali taulah aku nak lecture dia & bapak dia skali. Kalau awal-awal lagi tak sanggup, lainkali jangan pregnant..

# Aku & doctors kat sini punyalah berbudi bahasa, tapi patients buat macam ni..
Kalau korang, apa korang rasa?

36 comments:

  1. waaaa..garangnya doktor...takut haih.hihi.

    nanti patient tu mai lagi sila "sekolahkan" dia sekali

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tulah..memang nak sekolahkan.
      Kawan saya siap nangis lepas kena dengan pakcik tu.
      -> Kuang h*j*q

      Delete
  2. laaa// saya ingatkan PSY tu band kpop tu. hahaha...

    psy lain rupanya... ish3, x baik marah2 macam tu. dah kenapa duk minta mc banyak kali. xkan nak ponteng kerja kot. baik berhenti terus... dah la datang dengan orang lain... kalau nak sangat, g mnx kat semua klinik. abes cter..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu,Amy
      Heloooo..orang laen pun 'bawak perut' dengan alahan teruk jugak..okeeyyyy..

      Delete
  3. nadyya pon igt PSY tuu kpop..hoho

    lorrr,, siap bwk bapak.. knun nak bwk bodyguard lewwtew.. nak mintak mc jgk.. aduyai..

    ReplyDelete
  4. kalau saya.. tak tahulah apa saya rasa.
    jangan bagi saya jadi dokter kalau tak tahulah apa pulak perasaan saya.. nasib baik memang takde kelulusan nak jadi dokter..
    huhuhu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kawan saya tu hatinya lembut.
      Saya pulak, luaran lembut.
      Tapi saya 'ganazz'. Hati saya keras.
      Sooo..don't play with my heart
      (Ayat x kena langsung. Haha..)

      Delete
  5. Psy ni kalau x amik ubat, dia boleh act bunuh orang tau.... ishhhh tatottt

    Kalau sha jadi kak shikin.... mungkin depa makan maki..

    ReplyDelete
  6. Macam-macal peel masing2...pening juga bila berurusan dengan ramai orang setiap hari ni kan..hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Selalunya teruk camnepun boleh handle.
      Sometimes je jumpa orang kuang *ja* camni. Memang nak hantar depa pi skolah agama ni..biar elok sikit perangai masing-masing.

      Delete
  7. mungkin sebab anak sulung, tak ada pengalaman
    saya dulu anak no 2 sampai 6 kali masuk wad, dehydration teruk mengandung no 2 tu, malu asyik MC je
    minta company cuti sebulan tanpa gaji

    ReplyDelete
    Replies
    1. YY, kalau dehydration memang patut dapat MC.
      Dehydration ni boleh dikesan dari ujian urin.
      Budak pompuan atas tu urin dia clear memang tak dehydrated langsung.
      Lawan la sikit alahan tu.
      Saya pun alami benda sama hokey..
      Ingat dia sorang je yang boyot?

      Delete
  8. Tgk tajuk terus ingat gangnam style.. Hehe.

    ReplyDelete
  9. sy plg malu nk mtk mc..aritu tgh migrain tahap nk hntk dinding pn still x mtk klo dr x rekemen..pyh btl siap bwk bodyguard bgi.nth ape2

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mila, kalau teruk sangat tu boleh dapat MC.
      Pernah patient masuk terus letak kepala atas meja saya sebab tengah menahan sakit.
      Saya x kesah pun asalkan saya dapat check blood pressure dia.

      Delete
  10. Sabar Dr. Bila kita memberi perkhidmatan memang macam ini. Di tengking tatkala silap, dilupakan tatkala berjaya melakukan sesuatu

    ReplyDelete
  11. Heheheh suke2 je nak marah doktor kan...
    xpe2 nnt akk sekolah kan dia balik kalau dia mai lagi tu

    ReplyDelete
  12. Orang lain pun pregnant jugak kan kak shikin. Memang psy sangat kot kakak tu. dengan family dia pun psy sekali sebab orang macam ni memang tak nak kalah kalo sembang :)

    ReplyDelete
  13. sabar kak. sabar kak.. hari-hari ada macam -macam ragam pesakit yang datang kan... moga dipermudahkan akak menjalankan tugas dengan baik..

    ReplyDelete
  14. orang berbudi..kita kenala berbahasa.. orang maki, kita cerca balik hooho tak dala.huu keep calm. fikir kita ni more civilized dari mereka yang tak reti bahasa..kesian kan..manners tak ada

    ReplyDelete
    Replies
    1. Patutnya kalau orang cakap elok2...
      Ko cakaplah elok2 jugak..
      Nampak sangat pakcik 2 orang ni memang jenis panas baran.
      Sikit lagi je nak makan maki..

      Delete
  15. Nasib baiklah ada doktor2 sabar yang layan pakcik hangin tuh...yg preggy tu pulak, baru mengandung dah hobi kumpul MC. Klu betul2 sakit tak apalah. Setakat tak larat, lepas bersalin, mentara baby tu nak besar lagi tak larat apa....takkan nak cuti sepanjang masa

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kenalah prepare mental n fizikal.
      Mommy-to-be kenalah kuat.
      Tu belum kene tinggal dengan husband masuk hutan & living separate macam saya & others.
      Lombikk bona..

      Delete
  16. Kena banyak sabar ya Shikin..Kadang kadang org ni macam2 peel perangai diaorang ..Nama pon manusia huhuhu.......

    ReplyDelete
  17. Betul tu kalau kita dah cakap elok2 jangan la buat perangai tak elok cakap la baik2 ..pelik sungguh dgn tabiat manusia yang tak berapa nak bertamadun ni huhuhu

    ReplyDelete
  18. ada masalah kot. tu yang sikit2 nak marah. sabar la na dr layan kerenah pesakit psy camni. ^^

    ReplyDelete
  19. susah dpt patient mcm nie..kena juga faham doctor nie

    ReplyDelete
  20. kalau org yg jenis x der budi bahasa ni rasa kecik besar kecik besar je..dorang ni x tahu ke datang nk buat rawatan termasuk dalam kategori nk minta tolong atau bantuan lah..kalau x sakit x kan nk datang klinik or hospital kan..kalau macam tu perangai nya..malas nk tlong..itu kalau sis JM lah

    ReplyDelete
  21. ingtkn psy yg korea tu, heheee
    gurau ye doktor :)

    ReplyDelete

Enjoy your reading.
And please come again next time.
~ Dr. Shikin @ Nazeck ~