Monday, July 28, 2014

Perjalanan balik kampung.

Akhirnya, tibalah hari nak balik kampung.
Orang paling tak sabar semestinye asben aku sebab nak balik kampung die. Eventhough mak&ayah sebenar die dah meninggal dunia, die still ada Umi (mak tiri) & die sangat rindukan kampung halaman dia.
Kami singgah umah mak aku & lepas tu mulakan perjalanan dalam pukul 2.30petang. Tapi, oops singgah kat The Store jap sebab ada lagi keperluan yang tak cukup. Sempat lagi aku beli luggage besaq Polo RM99 je...sebab kitorang x cukup beg.
And at last...
Baca doa - moga kami selamat tiba ke destinasi.
Area KL lagi ni..
Alhamdulillah budak kecik ni tido.
Buleh Mama rehat.
Papa dah jatuhkan seat tengah & bentang
2 lapis toto so that budak-budak boleh
baring.
Mama pulak dah siapkan toys seplastik.
Jangan gaduh-gaduh sudah.
Mama pun berselfie macam biasa.
Mase ni baby kat seat belakang.
Baby dah pandai memanjat ke belakang...
tapi yang tak larat tu dia suka ulang-alik depan-belakang.
Dalam pukul 5.40ptg sampai Bentong.
2 masjid yang tersergam indah di Bentong. 
Kami teruskan perjalanan & nampak ni..
- Nangka Madu.
Asben kate best. Ermm..no comment sebab
aku memang tak suka nangka.
Bau pun dah pening. 
Dalam pukul 6.30 kot..kami stop kat sini..
- Pusat Perhentian Benta.
Nak beli juadah berbuka puasa.
Dengan selamba badak..kami tumpang makan
dalam kedai ni. Tapi, setelah minta izin.
Tapi, yang aku geram..anak-anak aku ni..
gi rumah orang ke..kedai orang ke..depa sukahati buat
macam rumah depa. Erkk..puas mama ajar supaya
jaga adab.
Ini adalah keadaan biasa kalau kitorang balik
kampung awal. Alhamdulillah tak jadi kali ni sebab
kitorang balik lambat dari orang lain.
(Memandangkan asben aku duty. Hari Ahad
baru balik umah.)
Okeylah, lepas Maghrib kami sambung perjalanan. Oopppsss.... actually after bersihkan anak aku yang BO. Time ni tiga-tiga boys ni BO serentak. Macam kembar.

Alhamdulillah.. pukul 2pagi kami sampai di Tanah Merah, kampung asbenku yang terchenta.

Friday, July 25, 2014

Pemenang Ucapan & Cabutan Bertuah Setulus Kasih Ibu Contest.

' Penebusan hadiah tamat '
Rujuk No. Penyertaan anda di SINI.

Hadiah Ucapan Hari Ibu x2:
No. 10 & 13.
(Boleh pilih sendiri pilihan Tupperware sebelum 6pg esok. Selepas 6pg, pilihan Tupperware adalah keputusan penganjur)

Hadiah Tupperware x7:
No. 72, 15, 47, 4, 23, 71, 6

Hadiah Keychain x4:
No. 48, 26, 50, 22.

Hadiah collagen x20:
No. 54, 56, 32, 5, 64, 28, 69, 14, 18, 62, 43, 33, 7, 61, 30, 52, 9, 40, 11, 57.

Cash RM10 x7:
No. 55, 13, 70, 53, 29, 25, 67.

Cash RM20 x2:
No. 34 (salah link) & 12.
No. 8 (Pemenang baru)

Tahniah kepada semua pemenang. 
Sila wassap details sebelum Jam 23:59 30/7/14 (017-TAMAT).
- Full name
- Full address
- Kod Contest & No. Penyertaan
  Cth: SKIC 10.
- Jenis hadiah
- Account no. (jika berkenaan)