Saturday, November 15, 2014

Amalan dapat anak soleh.

    Semalam Allah temukan aku dengan seorang makcik yang baik hati. Raut wajahnya tenang & lembut, susun katanya teratur, tuturnya penuh nasihat & berhikmah. Kelihatannya seorang ibu yang pengasih & penyayang. Umur lingkungan 60-an.
     Awalnya kedatangan makcik ni hanyalah kerana masalah batuk. Entah macamana kami boleh berbicara hal keluarga - bertanyakan anak cucu berapa orang, perihal nakal atau tidak, dll. Sampailah kepada makcik ni cakap sesuatu yang menusuk ke kalbu aku.

" Doktor, kalau nak dapat anak-anak yang baik-baik & soleh, kena rajin bangun malam & solat. " - Very deep.

" Jangan marah anak-anak bila dia buat salah. Tapi, peluklah dia. Sebab ia boleh rangsang saraf kasih sayang."

Tambahnya lagi, " Amalkan doa-doa amalan untuk dapatkan anak soleh. Makcik lupa ni. Tapi, makcik tulis dalam buku. Makcik selalu dengar dari ceramah Ustaz Kazim."
- Yang last ni aku ada banyak jumpa tapi x compile pulak. Ermmmm...
     

Hari dinanti Abe dah tiba.

14/11/14.

     Hari-hari dok countdown tau. Nasib baik pandai kira. Buatnye short satu hari, tak ke parah? Mama lah yang akan di'salak'nye. Bila sampai hari Khamis (semalam), bukan main syok lagi.
     Macam biasa, budak kalau nak pi sekolah memang liat nak bangun kan. Especially sebab lepas tu nak kene mandi - sejuk ke tulang sumsum rasenye. Macam biasa, Tok dia yang kejutkan. Kejut sekali tak bangun, 2x pun tak bangun. Padahal malam tadi dah janji yang pagi ni kena keluar awal dari biasa sebab senang mama nak angkut barang-barang. Berat tau. Sebab ada 70 air kotak. Tang kek tu nak extra careful. Kot kelam-kabut.. Tersadung pulak...alahai.. X dapat nak imagine muka sedih Abe. Lagipun memang kena awal sebab PASTI ni kan kat kawasan perumahan. Kereta orang taman akan lalu-lalang kan. Tambah kereta parents yang nak anta anak lagi. Mesti sampai arond 7.10am. Kalau 7.20 tu dah ramai anta anak sebab cikgu minta datang awal untuk Solat Subuh (sebagai latihan - bukan Subuh Dinosaur tau) & juga Solat Dhuha.
     Selesai hantar semua persiapan aku terus shoot pi kerja. Lupa pulak mintak tolong cikgu snap & wassap gambar. Tapi, nasib baik cikgu buatkan juga. Thanx Cikgu Fadzilah [guru kelas Abe].

Related topics:
~ Persiapan birthday party Abe.
~ Sambutan birthday budak tadika.