Friday, December 19, 2014

Ho Chi Minh, Vietnam 10/12/14 (Day 1) - part 4.

     Aduhhh..lama dah aku peram cite HCM aku. Jom baca sambungan lepas ~  Ho Chi Minh, Vietnam 10/12/14 (Day 1) - Part 3

10/12/2014 
7.30mlm:
    Kitorang kuar nak pi round Pasar Ben Than kot lah bukak lagi. Pasar Ben Than ni dekat sangat dari bilik hotel aku.Turun je tangga hotel, then turn left terus boleh nampak. Tapi, as expected dah 90% kedai close time ni.
      Misi malam ni bukan membeli. Sekadar survey lokasi kedai yang best2, stuff yang best2 & ofkos compare harga. * Watch out ea..korang kalau first time pergi mana-mana negara, memang aku rasa asik kena tipu je lah macam kitorang. Same thing goes here. Dorang ni licik tau. Barang sama tapi harga jauh beza: 
Contoh:
1. Air mineral.
- Air mineral 1.5L Kedai K = VND 8.000
- Air mineral 500mL penjaja tepi jalan = VND 10.000 (about MYR 1.70).

2. Tudung (jenis & kualiti yang sama)
Samada RM 10/ 20/ 25 dari kedai berlainan.

3. T-shirt Vietnam kanak-kanak (corak, jenis kain - kualiti yang sama)
Samada RM 6/10/16

      Lagi satu, sepanjang kitorang berjalan..akan ada ramai 'anak dara pingitan' suakan mainan (macam kat uptown) tu + demo depan2 anak ko & semacam paksa ko beli. "Murah..murah..sepulo ringget." Tak penah aku jumpa situasi camni kat negara kita. Kalau ajak ko masuk kedai tengok barang tu biasalah kan? Korang buatlah muka seposen pun, dorang tetap follow korang.
    Malam ni kitorang jalan-jalan sampai kat Saigon Square, Taka Plaza & Kedai Sukan Adidas. Saigon Square & Taka Plaza ni memang tempat shopping yang best. Baju-baju 'branded' macam Buerberry memang banyak kat sini. Looks original. Taka Plaza,masuk je terus nampak tali pinggang, handbag, wallet/purse, blouse, shirt, tudung dll. Memang awesome sangat. Akan rambang lah mata korang nanti.

    Ni kat Le Loi Street. Memang banyak sangat kedai beg & kasut kat sini. Harga murah-murah. Yang penting korang pandai bargain sebab harga starting mahal lah jugak. Tapi, aku memang tak plan nak beli kasut. Mengikut ore jate tengok kasut je & sambil jamu mata tengok kasut budak comel-comel. Rugi sebab baru beli sorang sepasang kat Malaysia. 
Geram...gerammm..rasa nak borong semua.
     Penat jalan-jalan, terjumpa pulak Vietnamese yang jual kopi. Ada yang naik moto & ada yang naik basikal. Tengok samada kat peti tu ada mention halal ke tidak. Ada pilihan kopi - Aku pilih kopi susu ais. Harga semua penjual sama - RM3. Sampai tiap malam aku beli satu tau sebab kopi dia sedap sangat, x reti aku nak explain. Aku cuba berborak dengan this guy (aku ni kan terlebih peramah) saja tanya umur dia berapa...bla..bla..bla.. Tapi, sepatah haram bahasa inggeris or melayu pun dia x paham. Dia tau senyum je. So, aku pun senyum ja balik.
     Makin penat, kitorang pun menyusur balik hotel. Sepanjang jalan memang akan jumpa ramai penjaja. Contoh macam dalam gambar yang jual barang colourful tu - tu wishes card tau. Cth: Birthday card.

     Nanti sambung lagi...

Thursday, December 18, 2014

Ho Chi Minh, Vietnam 10/12/14 (Day 1) - part 3.

Autopublish entry.
Sambungan ~ Ho Chi Minh, Vietnam 10/12/14 (Day 1) - part2.

     Makanan halal kat sini mahal. So untuk menjimatkan duit, aku feeding anak-anak aku dengan segala bekalan makanan yang aku bawak ~ beras, canned food (ayam rendang, ayam kari, daging kari, sardin, tuna), biskut, roti, milo 3in1 & coco crunch. Siap beli rice cooker yang 6 pot (berat = 1.4kg). Pinggan plastik Tupperware pun aku bawak sebab pinggan tu nipis & ringan dari pinggan plastik biasa, tapi tak mudah pecah kalau beg aku kena lempar2.
Bekalan makanan 6D5N.
Packing beras -
Nasib baik ada Impulse Sealer yang aku beli
time aku nak packing goodies kawen aku
dulu (tahun 2007).
     Kalau nak tau, iron pun aku bawak (0.7kg), hanger,dll. Aku ni jenis nak semua lengkap. Susah kan? Penimbang kat rumah ayah ni 10kg je. Jenuh aku nak timbang semua barang. Susahlah kalau lebih 20kg. Berat luggage besar je dah 3.5kg. Food 12kg. Baju semua dalam backpack sebab boleh muatkan sampai 7 kg kan.
Ukuran backpack atau trolley bag yang boleh naik atas :
23 x 36 x 56cm.
Boleh tambah dengan either handbag or laptop bag.
     Sebaik sampai kat bilik, aku cepat-cepat kol receptionist soh hantar kettle. Dia lupa kot. Air masak kan takde sebab sume dah kene longgok kat Kastam. Tekak pulak dah haus.
     Kitorang plan kluar merayau kat Pasar Ben Than pukul 7mlm lepas Solat Maghrib. Kat hotel ni takde arah kiblat tau. Korang install je apps compass untuk tentukan arah kiblat. Masa turun ke lobby ni kitorang terus bayar hotel - ayah hulur VND 4, 600.000 tapi ada balance VND75.000. Aii..nampak nya cepat benar bertukar harga. * Kat sini kene hati-hati guna matawang (Ringgit/ Dong) sebab samada kena tipu atau masing-masing silap kira.

TO BE CONTINUED...

Wednesday, December 17, 2014

Ho Chi Minh, Vietnam 10/12/14 (Day 1) - part 2.

Autopublish entry.
Sambungan ~ Ho Chi Minh, Vietnam 10/12/14 (Day 1) - part 1.

    Now, nak pi check-in hotel pulak. So, kitorang discuss tentang transport. Kebetulan ada family chinese dari Kedah menunggu kat seat tepi kitorang. Dia btau pi ambik taxi meter Vinasun. * Refer entri ~ Jari Manis: Travel List: Ho Chi Minh 4D3N - Day 1. Adik ipar aku, Syafiq & ayah aku pi cari kat luar & dapat van. Tak perasan pulak bukan Vinasun taxi. Fare = VND 200.000 (200 ribu Dong). Ikutkan.. Syafiq dah pun clarify tambang untuk 1 van dengan driver yang fasih speaking English tu. Tapi, bila kitorang semua dah naik, rupenye dia kira ikut kepala pulak (5 adult, 3 children, 1 infant) = VND 200.000 x 8 person = VND 1 600.000. Memang kene tipu gila2. 
     Rate tambang sebenar biasanya antara VND 150.000-160.000 (per ride). Tapi, sebab kat negara orang, jadi kitorang tak berani bising. Refer entri ~ Jari Manis: Travel List: Ho Chi Minh again. * Kak JM pun kene tipu sebab meter taxi tu rosak. Kalau ikut yang betul -> Vinasun taxi (saiz Avanza) akan start dengan VND 12.000 (ada tertulis kat pintu taxi Vinasun tu. Tiap kali pintu taxi tu dibuka, meter tu akan keluar 'HELLO', meaning meter tu 'otomatik jalan'. In case korang tahan taxi yang ada penumpang yang nak turun, penumpang tu kena tutup dulu pintu tu. Then, baru korang boleh bukak semula & naik sebab nak 'reset' balik meter tu. Ehhh..paham ke ayat aku ni?
     Jalan kat sini mostly penuh dengan moto. Keta tak berapa banyak. Ayah aku cakap, depa x macam kita yang boleh buat loan keta. Depa just bole beli cash. Okesss..tengok jalan depa seriau betul aku rasa. Sepanjang jalan tu jugak, nampak wire cable kat jalanraya berselirat. Kat semua tempat macam ni. Entah macamanalah technician dia betulkan. Erkkk..
Gerun tak tengok cable dorang? 
     At last, sampai juga kami kat Hotel Song Anh lepas dibawa pusing2 serata alam. Konon nak tunjuk jauhlah tu. Driver tu berenti seberang jalan. Ishhh...x berani kami nak lintas jalan melihat kepada situasi jalanraya sini. Luckily dia u-turn. Dah bayar mahal pun kan. * Make sure korang tunjuk spelling nama tempat-tempat kalau nak pi memana sebab sebutan dorang tak sama tau. Lagipun most driver tak faham English /Malay. Contoh:
> Song Anh disebut Som-An.
> Ben Thanh disebut Ben-Hann.
> Le Loi disebut Lelai.
Alhamdulillah hotel selesa. Adik aku, Dewi yang book. 6D5N = VND 4 592.000/ USD 215/ MYR 750+.
Song Anh Hotel
24 Le Lai St., Ben Thanh ward,
District 1, Ho Chi Minh city,
Vietnam
Web: www.songanhhotel.com
Email: reservation@songanhhotel.com


Nikon camera ni dah bertahun aku tak guna.
USB cable dia aku tak jumpa.
* Nasib baiklah gambar lain aku snap dengan smartphone.
* Gambar awal je yang aku snap dengan cam.
Gambar toilet ni sama - terpaksa guna khidmat Google.
TO BE CONTINUED... 

Tuesday, December 16, 2014

Ho Chi Minh, Vietnam 10/12/14 (Day 1) - part 1.

     Kitorang sampai kat Kuala Lumpur International Airport, KLIA2 jam 0500. Jadual penerbangan (departure) adalah pada jam 0800. Kitorang taknak kelam-kabut. Biarlah menunggu lama sikit asalkan everything smooth. Cuma biasalah, bila bawak anak-anak kecik memang dorang cepat bosan. Lebih2 lagi baby adik aku (10 bulan) - dia rimas berpegang sepanjang masa.
     Macam biasa KLIA & KLIA2 ni memang busy gila - crowded. Kene hati2 takut anak kene kidnap pulak nanti. Tapi, aku ada prepare baby harness @ baby keeper - beli yang paling murah secara online. RM17 per piece.
Ajik dah tido.
Aku dah pakaikan baby harness kat dia.
Aku beli pattern Batman. Refer gambar kat related topic bawah ni.
* Orang Vietnam siap mintak jual baby harness ni kat dorang.
     Kat KLIA2 ni memang kawalannya sangat ketat - kaunter check-in, Imegresen, Kastam. Nak pergi luar negara punya pasal - memang banyak pemeriksaan dibuat. Adik aku tak lepas yang kastam - banyak liquid-based (bukan terhad aerosol-based je,k) yang dia bawak tapi dia letak dalam backpack. Patutnya dalam baggage - pi bahagian kargo. Habislah pencuci muka & shampoo yang penuh sebotol dia baru beli. Lighter rokok dia tak ambik pulak. Ermmmm..macam 'something' je.
Travel Itinerary yang UPDATED.
Beza dengan yang lama:-
1. Time balik dah tambahkan baggage lagi 40kg.
(20kg kat ayah, 20kg kat adik aku).
* Setiap 20kg = RM44.

2. Tambah food pegi & balik.
(5 set untuk pergi & 5 set untuk balik)
Invoice yang dah update.
1. Baggage 20kg pergi + 60kg balik
= 4 (baggage 20kg) x RM44
= RM176.

2. Food prices :
- Nasi lemak = RM18
- Macaroni & cheese = RM15
(Ada meetball, kit kat, air kotak ribena).
- Nasi ayam = RM12
Total 10set food kitorang = RM126.
Ni contoh Boarding Pass.
- Lepas check-in akan dapat BP ni.
- Ayah, Dik Wan & anak-anak aku berjaya check-in, kecuali aku & Dewi sebab kitorang dua-dua book dengan infant.
* Adik aku, Dewi guna itinerary lain.
* Aku pulak kena remove infant dari system sebab aku tak jadi bawak Iri.
     Kitorang menunggu di balai berlepas pukul 7.40pg. Boarding pukul 8.00pg. Alhamdulillah everything as scheduled. Penerbangan kitorang makan masa 1j 55min. So, pukul 9.55pg we olzzz safely arrived kat Tan Son Nhat International Airport. Waktu Vietnam sejam awal dari Malaysia. So, mase tu adalah 8.55pg waktu Vietnam. Sekali lagi kitorang diperiksa. Tapi, kat sini 'loose' sikit. Airport ni pun tak besar mana & tak crowded. Takde lah lenguh kaki macam kat KLIA2.
     Masa ni si Abe nak pi toilet pulak. Semua toilet duduk - dia mana suka. Siap tanya kenapa aku bawak dia masuk ladies. Then, as expected memang toilet tu xde paip. Cuma flush je. Kalau toilet yang macam KLCC tu ok sikit. Toilet kat airport ok & bersih.

TO BE CONTINUED...

Related topics :
~ Best ke melancong ke Vietnam?
~ Keunikan Ho Chi Minh, Vietnam vs Malaysia.
~ Buat passport & tukar IC baru.
~ Baby keeper.

Sunday, December 14, 2014

Keunikan HCM,Vietnam vs Malaysia.

     First time aku sampai kat Vietnam ni macam-macam kejutan budaya yang aku nampak. Ada yang melucukan. Ada yang macam, "It's unbelievable."
 
1. Traffic /lalulintas.

- Transport:
    Rata-rata kenderaan kat sini adalah motor kuasa rendah & scooter. Rider perempuan nya memang ramai sangat lebihkurang bilangan rider lelaki juga. Kalau kat traffic light berduyun-duyun. Macam kat Malaysia, bahagian depan selalu dipenuhi dalam paling banyak pun 10 biji motor. Tapi, kat Vietnam dalam 100 biji motor. Kat sini, Vinasun taxi yang banyak - Merata-rata & all the time ada. Caution dengan 'prebet sapu' & trishaw - dorang ni charge sampai 5x ganda tau!
Beca - Ayah naik sensorang kena charge
VND 500.000 (500ribu Dong) ~ RM 80 - 85.
Padahal dekat2 je - setakat round2 bandar.
- Pakaian:
     Yang perempuan, walaupun pakai seluar  3 quarter, depa pakai socks panjang tau. Ada pulak yang pakai cover ala-ala apron atau skirt panjang yang ada velcro kat waist line. Maybe nak reduce sun exposure. Then, most rider akan pakai face mask unik tau. FM ni dorang ada jual kat pasar malam tau. Made of cotton bercorak2. Terkejut bila mula-mula tengok - sebab ada yang pakai tudung continue dengan FM macam purdah pulak (tapi bercorak).
Face mask.
- Jalan raya :
     Kat HCM ni susah nak jumpa traffic light & divider jalan. Garisan pembahagi jalan tu ada tapi, macam 'pelik' je aku tengok - tak tersusun macam kat Malaysia. Roundabout punyalah besaq tapi aku pun x sure mana satu lane die. Yang paling kelakar, Vinasun taxi yang besar Avanza tu boleh U-turn tengah2 jalan & ini adalah perkara biasa (takde sape yang akan marah). Hehe.
     Then, all the time motor, kete, taxi semua akan saling hon-menghon. Itu bukan tanda marah or nak cari gaduh MACAM ORANG MALAYSIA. Itu sebab semua pun bawak laju-laju, so sebab takmo terlanggar among them so kena hon so that everyone mengelak. Haha takut tau cara dorang drive macam nak berlanggar-langgar, but actually not. Takde accident pun. Kenderaan dari semua arah - Omigod.
     Melintas macamana? 'Zebra line' banyak tapi kete laju-laju. Takut gila nak melintas. Haaaa...korang pejam je mata & melintas, confirm sampai seberang jalan dengan selamat. Tak percaya? Walaupun dorang bawak kenderaan laju-laju dari semua arah, dorang tak stop tapi dorang akan decelerate (slow down) & 'menyusup' kot mana boleh & takkan marah ko melintas. Ko lintas je, kalau pandang kiri-kanan kompom ko takut. Aku masa tu melintas tengok kiri takde kete, kanan ada moto laju gila. So, tunggu moto tu untuk lintas. Tiba-tiba terpandang kiri ada Vinasun besar dah hampir nak langgar kitorang. Aaaaaaa...aku dah nak menjerit. Tapi, Vinasun tu stop..jauh je lagi pun. Nasib baik aku tak sakit jantung. Kalau tak, dah kiok kat situ.

TO BE CONTINUED... 

Akan bercuti.

Autopublish entry
Sticky post till 15/12/14

     First of all aku nak apologize sebab aku akan menjemput cik labah-labah bersarang kat blog aku bermula dari hujung minggu ni ke next 2 weeks. Bukan apa-apa pun, cuma nak merehatkan diri pi bercuti bersama anak-anak.
     Actually aku akan mulakan percutian pada 10/12/14. Tetapi, aku mungkin akan menutup blog lebih awal memandangkan tiada 1 pun persiapan yang aku lakukan lagi. Setakat diri sendiri tak ape. Ni sebab nak bawak 2 anak lagi. Iri terpaksa ditinggalkan kerana risiko keselamatan. Inilah 1st time aku pi tempat yang jauh sikit. Ini pun alhamdulillah adik ajak aku join dia sekeluarga bercuti.
     Harap korang doakan keselamatan kitorang ea. Bagi mereka yang dah biasa coti-coti dengan AA atau MAS pastinya small matter. Tapi aku? Ermmm...tuhan je lah yang tau perasannya. Anak-anak memanglah seronok nak naik kapal terbang sebab dorang x paham ape. Lagi satu, sedih sebenarnya nak tinggalkan Iri sebab hampir setiap malam aku akan bergurau geletek badan dia sampai terkekek2 dia gelak..sampai penat lari sebab aku suka acah2 kejar dia. Alamakk..dah nak nangis. Tahan je ni. Kang tak pasal-pasal banjir pulak blog aku.
     Insyaallah aku akan bersiaran kembali pada 16/12/14. Will be missing u, guys.

Thursday, December 11, 2014

Ustaz Tahfiz sepak budak #Episod 3.

Autopublish entry.
Sambungan dari Ustaz Tahfiz sepak budak #Episod 2
   
     Baiklah, lepas aku ceritakan everything yang aku nampak pagi tu, aku pun cakap mak aku nak balik rumah aku as planned. Nanti aku mai balik. Rupenye masa aku takde tu ustaz S tu kumpulkan semua budak-budak tahfiz tu bawak jumpa mak ayah aku yang tengah dok kat luar sambil bersihkan ayam-ayam yang dah sembelih tu. Dia tak mengaku dia buat semua tu agaknya sebab dia ingat kitorang tak boleh nampak perlakuan buruk dia tu dari rumah kitorang memandangkan keadaan dalam surau tu sedikit suram. Kun fayakun, maka aku dengan mak nampak. Dia mintak depa bersumpah yang dia tak pukul budak. Semua pun menurut je tanpa keluarkan sepatah kata pun. Nampak sangat.... Then, mak aku kata, "Tak ape, Allah nampak. Tadi pun lupa nak ambik gambar atau rakam." Dia senyap je.

* Ustaz tu muda lagi. Darah mudalah katakan. Entah hape2 kan. Sepatutnya seorang ustaz tunjukkan sifat-sifat mahmudah bukan ikut nafsu amarah.
* Lepas ni kalau dia buat lagi, maybe akan jadi viral kat FB.

THE END.

Ustaz Tahfiz sepak budak #Episod 2.

Autopublish entry.
Sambung dari Ustaz Tahfiz sepak budak #Episod 1.

     So, aku pun jalan laju2 ke arah Pakcik R yang tengah berdiri kat rumah nearby surau (* Dari location dia berdiri tu memang takkan nampak kalau budak kena 'dera').

Aku: Assalamualaikum. Pakcik, nak bagitau ni, tadi saya nampak Ustaz S rotan budak teruk. Saya kira sampai dekat 20x. Dengar bunyi dia rotan sampai rumah mak. Pakcik, budak tu kecik, biasalah.. Takkan sampai rotan teruk macam tu & sampai angkat kaki sepak-sepak budak tu. Saya ni dulu sekolah agama! SMAP Kajang. Macamtu ke cara Rasulullah pukul? Tak, kan? Lagipun Rasulullah pukul bukan untuk menyakitkan atau mencederakan. Rasulullah pukul untuk bagi kesan kat hati! Ni bukan sekali dia buat budak-budak tu tau, pakcik. Dah banyak kali mak saya nampak. Saya doktor. Saya kerja kerajaan (Macam xde kaitan lah pulak. Sebenarnya aku nak tekankan badan kerajaan lain very close' dengan kitorang). Sekali lagi saya nampak dia buat macam ni, saya akan terus buat report kat Jabatan Kebajikan. Pakcik tolong bgtau dia ya, " Sekali je lagi saya nampak, saya terus laporkan pada Kebajikan!" Ustaz apa macam ni?! Baik tak payah jadi ustazlah! Assalamualaikum.

     Sebelum tu Pakcik R ada clarify dengan aku samada lelaki yang aku maksudkan tu yang pakai baju hitam? Memang confirm dialah orangnya! * Masa bercakap tadi memang suara aku vibrating sebab tahan marah.
     Masa tu, si S tu (takde maknanya nak panggil ustad) dah nak pi keluar dengan sorang pakcik lain. S tu taklah tua sangat. Entah2 aku lagi tua.
     Lepas tu, aku tunggu je ayah balik sebab nak mengadu. Mak start cakap dengan ayah dulu. Ayah aku senyap je menunjukkan dia tengah berfikir. Tak lama tu ayah kol Hj. Z. Hj. Z ni kira orang yang berpengaruh jugaklah dalam tabligh tu. And he is senior than S. Ayah aku bgtau Hj. Z yang aku nampak S belasah budak. Then, dia pass phone kat aku. Apalagi, aku pun ceritalah from A-Z. Ayat last aku, "Hj, pada pendapat saya, kalau dia nak jadi ustaz tu biarlah ikhlas. Kalau tak, berenti je. Cari kerja lain. Ini saya cakap dari hati saya."
     Actually gang tabligh tu selama ni semua ok je, kecuali S tu. Inilah yang dikatakan, 'Kerana nila setitik, rosak susu sebelanga.'

Cerita ni belum habis lagi.
Tunggu sambungan seterusnya di #Episod 3.
   
Untuk Melaporkan Penderaan Kanak-kanak, boleh rujuk SINI.

Wednesday, December 10, 2014

Ustaz Tahfiz sepak budak #Episod 1.

Autopublish entry.
Sabtu, 6/12/2014.

     Membara aku tengok drama depan mata pagi tadi. Memang kisah ni bukan rekaan. Aku dengan mak aku yang witness sendiri.
     Alkisahnya, bapak aku nak sembelih ayam-ayam dia. So, anak-anak angkat dia punyalah seronok nak datang menolong. Anak-anak angkat ayah ialah bebudak tahfiz yang 'mengaji' kat surau depan rumah ayah. Lepas everything selesai, bebudak tu pun pi balik surau sambung rutin harian dorang. Entah bila masa Ustaz balik (ustaz yang ajar hafazan kat bebudak ni), tiba-tiba dia kumpulkan budak-budak tu dah nampak dok marah bebudak tahfiz tu sambil tunjuk ke arah reban ayam ayah aku. Actually mak aku dah selalu nampak dia rotan, tunjal & tarik telinga bebudak ni.
     Macam biasa, mak aku memang akan peratikan apa-apa yang dia buat kat dorang. Kalau mak aku tak nak tengok pun tak boleh... Sebab pintu dapur mak aku betul-betul menghadap pintu surau.
    Nak dijadikan cerita, Allah tunjukkan aku apa dia buat hari ni. Die rotan sorang budak ni (umo linkungan 8-9 tahun) hampir 20kali. Piap..piap..dengar sampai rumah mak aku. Aku tahan sabar lagi.. Tapi, bila die angkat kaki sepak budak tu...kiri kanan pulak tu aku memang dah tak boleh tahan!

Aku: Mak, k.ngah nak pegi sound Ustad S tu.
Mak aku cuba tahan aku walaupun dia pun gerammm!

Aku: Ok lah mak, orang pegi jumpa Pakcik R (dorang ni tabligh).
* Pakcik R ni baik mak aku kata. Kalau tengok muka dia pun boleh tau.

Aku: Anchik, ko pergi ambik jubah k.ngah!
* Nasib baik aku ada 1 jubah bergantung kat pintu bilik (Aku mana pakai jubah. Tu jubah solat aku).

Apa kesudahannya?
Nantikan di episod seterusnya..
(cehhh...dah macam drama bersiri pulak).

Tuesday, December 9, 2014

Curang Maxis ~ Berganti Red One.

Autopublish entry

     Sekarang ni kan banyak sangat Telco yang wujud. Macam mushrooms naik lepas hujan (pepatah baru xD. So, inilah pilihan aku ~ Red One. For more info klik SINI.
Dari sekarang, aku tak layak lagi dipanggil ini # I'm a loyal Maxis customer. Haa cik Tipah..sape suruh letak plan mahal-mahal kan customer dah lari.
     Jom tengok plan apa yang ada kat Red One. Firstly, yang ini wajib....
... The LOWEST postpaid plan.
     Available packages - korang tekan SINI baru boleh nampak lebih jelas. So, aku pilih yang 2G** - monthly RM45 je. Kalau call sesama Red One FOC je.
    Satu je aku nak remind - kalau nak ambik plan telefon ni, better korang gi centre sebab apa-apa masalah di kemudian hari senang nak setel. Macam aku, aku register plan ni kat agent time Road Show. Aku kekalkan no Maxis yang lama. Mak oiii punyelah lambat depa nak activate line aku - hari Ahad register, tapi Jumaat baru activated. Internet tak jalan pulak tu - hanya akan diactivate pada tarikh 1hb sahaja. Pulak dahh. Alhamdulillah dah setel problem tu (after about 5x calling2 careline) & setakat ni line call & internet got no problem.

Related topic :
~ Internet - wifi YES

Monday, December 8, 2014

Was blamed.

Autopublish entry
Jumaat, 5/12/14

     Pernah tak korang dipersalahkan? Atau dipersoalkan atas hal yang bukan salah korang? So, apa response korang? Macamana pulak kalau sebenarnye korang kena marah sebab memang korang sendiri yang salah? Korang ada rasa bersalah tak? Mengaku tak kesalahan korang?
     Sepanjang aku berkhidmat as MO since 2009 (Aku start keje as HO Aug/2007) memang tak pernah aku 'takut' atau 'gentar' dengan patient. Tak kiralah kuang ajo macamanepun patient tu. Tapi, harini aku 'tewas'. Juga....takut lepas patient's husband persoalkan management aku. FIRST TIME AKU DIMARAH SEBAB SILAP AKU SENDIRI. Silap apa? Marah apa? Well, actually patient tu melenting sebab wife die dah seminggu sesak nafas. Geram ni! Geram dengan doktor sebelum ni! Sebab doktor dekat kecemasan tu just ambik darah FBC & treat patient as anaemia je (Rujuk SINI) . CXR (X-Ray dada) dia x buat, padahal bila aku check paru-paru dia memang tak normal.
    Malam tadi, patient ni jumpa doktor klinik kesihatan masa extended hours (klinik ni buka 5-9pm), lepas check paru-paru & dapati kaki bengkak air so dia treat patient as Heart Failure (Walaubagaimanapun, ni bukan tahap emergency). Dia bagi ubat & minta patient datang klinik aku hari ni sebab patient ni memang patient kencing manis & darah tinggi kat sini. Dalam surat rujukan tu, dia mintak kitorang arrange for ECHO (scan jantung) appointment dari HTJS. Salah aku sebab aku tak perasan perkataan Echo tu. Actually memang takde hal sangat silap aku tu, sebab ECHO appointment pun memang dapat lambat - makan masa sebulan atau lebih. Silap aku... sebab tak terangkan kat patient pasal procedure ECHO tu. 
     Sebelum buat appointment tu, wajiblah jugak aku buat XRay. Guess apa aku dapat after saw the X-Ray?
- Pneumonia (Rujuk SINI.)
- Pleural effusion both sides (Rujuk SINI.)
- Heart failure.
     Sebelum beredar, suami dia mintak maaf dengan aku sebab bersikap kasar. And for the first time in life as MO aku cakap, ' Tak ape, memang patut pun tindakan encik tu:)'. Sebab aku tau dia dah fed-up disuruh appointment sana-sini oleh doktor2 yang check wife dia, padahal wife dia perlukan rawatan segera. Sobss..

Saturday, December 6, 2014

Majlis Akhir Tahun PASTI.

Sabtu, 23/11/2014
(Entri jeruk asam boi).

     Dalam entri ni # Taman tema & abang sado.
aku ada janji nak cerita something kan? So, inilah cerita tu - MAJLIS AKHIR TAHUN PASTI.
     Seawal pukul 7.30 pagi aku dah bersiap-siap untuk ke tadika anak aku - PASTI. Alhamdulillah dapat bangun awal hari tu. Aku pun mulalah bersiap-siap sebab aku nak sampai awal so that dapatlah aku duduk depan tengok Abe. Abe & Ajik tu takpe lah biar tido dulu.
     Tapi, tetiba baru teringat parents nak kene bawak hadiah bernilai RM20 above untuk lucky draw. Terpaksalah aku drive balik rumah aku untuk cari Tupperware untuk jadikan hadiah (as usual.. Hehe..). Sebelum tu aku singgah beli beg bertali untuk letak Tupperware tu. Kalau nak wrap dengan pembalut hadiah memang makan masa. Nasib baiklah pasaraya nearby rumah aku bukak pukul 7.00pg.
     Bila aku balik semula rumah mak & pi skolah anak aku. Memang parking dah full. Rows kerusi yang depan pun dah full. Maka, aku duduklah kat....?  Nunnnn...jauh kat belakang. Tang ucapan Pengerusi, Pengurus PASTI, Pengarah Jabatan PASTI N.Sembilan. Majlis, tu bolehlah dengar. Tapi, time persembahan tu sayup-sayup je lah dengar.
Jauh tak seat aku? Sobsss..
Ni aku zoom backdrop yang comel tu.
Antara tentatif program ialah:
- Persembahan murid PASTI 4,5 & 6 tahun.
- Persembahan Sajak, Bercerita, Nasyid.
- Penyampaian Anugerah:-
   > Pelajar cemerlang
   > Bintang Ramadhan
   > Kokurikulum
- Penyampaian hadiah untuk semua murid (beg & foto konvokesyen).
Ni Ajik.
Gambar Abe aku tak dapat ambik sebab kitorang
duduk separate.

Thursday, December 4, 2014

Bila Smart TAG semput.

     Korang biasa guna highway? Biasa lalu tol, kan? So, korang lalu lane mana - tunai/ Touch & Go / Smart TAG? Aku dulu biasalah ulang-alik Seremban - PD. Awal-awal guna laluan tunai, but later on guna Smart TAG laa senang sikit aku nak mendesup. Colleague aku mostly pakai Smart Tag (most of them macam aku - stay Seremban). Tiap hari kerjanya berlumba je kat jalan sebab masing-masing dah lambat. Mula-mula ko potong aku, lepas tu aku pulak potong ko. Rutin kitorang lah tu. Biasa aku drive 140-150 je. Selalu je kena potong dengan kawan aku. Hish..memang x boleh jadi. Lama-lama aku pulak mengikut sampai 160 tu dah menjadi kebiasaan. * Tapi,  sekarang tak lagi - sebab jarak rumah dengan workplace aku just 10km je pun.

Berapa harga Smart TAG device ni & mana aku beli?
- Aku pun taktau mana nak beli ni. Adik ipar aku yang belikan dari kawan dia. Harga RM120 (include top-up untuk kad Touch & Go aku - tak hengat pulak berapa..maybe RM10 atau 30).

Kat mana boleh boleh reload/ tambah nilai kad Touch & Go?
Banyak tempat:
- Stesen minyak (biasa aku gi Petronas)
- 7eleven
- Kedai yang ada mesin reload top-up (seyes ni aku baru tau masa belikan top-up untuk husband. Aku pakai postpaid, manelah nak tau)
- Tol (yang ada tulis 'Tambah Nilai' ~ tapi, ada waktu tertentu (setau aku selepas 7pagi).

Macam mana nak tau balance kad?
- Ko tekan je ada button kat tepi Smart TAG tu so akan kluar nilai yang tinggal dalam kad. Tiba-tiba... Masa aku tekan ni keluar bunyi lain pulak...tit..tit..tit.. Lama pulak tu. Guess what?



^
^
^
Low batt daa...

     So, nak pi beli battery tapi taktau jenis mana 1 laa pulak. Setakat yang aku tau, battery AA, AAA, yang besar letak dalam torch light tu, yang kecik letak dalam jam tangan tu. Ni jenis lain pulak. Tinjau kat bawah ni. Taraa...
     Battery 9V - yang Panasonic ni aku beli kat 7eleven, harga RM10.90. Energizer takde jual situ. Battery asal yang kiri atas tu - siap printed 'Not for retail sale'. Taktaulah berapa lama penggunaan bateri ni boleh bertahan. Korang ada idea? Just nak remind kalau dah bunyik2 bising kat Smart TAG korang tu..silalah tukar cepat sebelum terjadinya line panjang kat lorong Smart TAG. Hehe..

Wednesday, December 3, 2014

Salah faham lagi.

     As a doctor memang aku risau betul dengan 'pemikiran songsang' masyarakat kita ni. Aku tak pahamlah macamana depa ni boleh keluarkan macam-macam kenyataan yang berlawanan dengan penerangan doktor. Samada :-
- Dia salah tafsir kenyataan doktor, atau
- Dia suka sebar khabar angin (dah jadi hobby), atau
- Dia baca certain articles tapi x rujuk doctor & anggap die faham sangat apa yang dia baca tu, kemudian spread kat community.

Masyarakat sekeliling yang dengar tu boleh pulak percaya bulat-bulat pandangan mereka yang bukan kerja bahagian kesihatan ni (Well, aku pernah pulak jumpa sorang dua orang kesihatan ni sampaikan maklumat yang salah kat patient). To be safe, better korang rujuk doctor, k. Tahniah pada patients yang tampil bertanya/ mintak doctor explain pasal rumors ni.

Antaranya :
1. Tangan sebelah (unilateral) kebas & sakit - risaukan stroke (CVA).
Penerangan - orang stroke manede rasa sakit. Depa dah langsung tak rasa atau kurang deria sentuhan,k.

2. Sakit tangan kiri bawak ke belakang - risaukan sakit jantung.
Penerangan - Orang yang sakit jantung akan mula rasa sakit kat bahagian tengah dada /kiri dada. Kemudian baru sakit tu start menjalar ke tangan kiri/ rahang kiri. Takpun, rasa sesak sangat tak boleh nafas.

3. Insulin ada unsur babi.
Penerangan - Insulin kat KK/ Hospital kat Malaysia ni takde unsur babi ok. Patient yang on insulin tu silalah baca leaflet ubat kat dalam kotak u olzzz tu. Tak faham, please tanya.

4. Ambik 'ubat pam' asma (Bronchial Asthma) jadi gemuk.
Penerangan - Kalau setakat MDI Ventolin takde side effect gemuk. Kalau steroid (Cth: MDI budesonide) barulah ada side effect gemuk. Pepandai je Cik Limah, Cik Timah nak soh patient aku yang on MDI Ventolin stop treatment. Nasib baik patient ni tanya dulu kat aku.
* MDI a.k.a 'ubat pam'.

5. Nak mintak ubat cuci darah. Dulu doktor pernah bagi.
Penerangan - "Ubat antibiotic ke maksud doktor tu, pakcik? Masa tu pakcik demam kan? And doktor suspect bacterial infection, kan? Sekarang pakcik sihat kan?"
* Ingatkan nak mintak dialisis tadi.

6. Tak boleh makan nasi nanti kencing manis. Saya gantikan dengan mee, bihun, koew tiaw.
Penerangan - Sapa kata patient kencing manis tak boleh makan nasi? Dietitian takde pun cakap macam tu. Boleh makan nasi, tapi ikut suggested proportion lah. Segala jenis mee tu pun dalam kumpulan CHO (karbohidrat) sama macam nasi - So, samalah. Kena take lesser. Bukan semangkuk ye.

7. Saya makan glucosamine tapi lutut saya tak baik-baik pun.
Penerangan - Glucosamine tu supplement, bukan ubat. Nama pun supplement memang kena ambik continuesly. Bukan sebulan terus ok.

UPDATE (14/12/2014):
8. Aku: Makcik kena banyak makan kerang untuk tambah darah (hemoglobin).
Makcik: Tak boleh, makcik ada darah tinggi.
Aku: Makcik, makan kerang untuk 'tambah darah', takkan naikkan tekanan darah.

Banyak lagi salah faham yang timbul. Tapi, ni je yang aku mampu list down. Please spread to our community ye. Takmo ada misconception lagi. Moga beroleh pahala kerana menyampaikan ilmu yang bermanfaat.

UPDATE [4/12/2014]
~ Dapatkan Buku Vaksin Untuk Bayi Anda, Mitos vs Realiti kat SINI.

Tuesday, December 2, 2014

Segmen: Zaman Persekolahan.

Nak jemput korang semua join segmen di blog Cik Balqis.
For details klik SINI.

Psttt..yang sertai segmen ni jangan lupa follow blog aku & jadikan aku bloglist ye.
Thanks to Cik Balqis sebab terima 'lamaran' aku. Hehe..

Quick Flip.

Quick Flip :
Paediatric Danger Signs
Diabetes 
Hypertension
Hyperthyroidism
Asthma
Medication list

* Will be provided to JPL (Jabatan Pesakit Luar).

Celebrity Fitness, Palm Mall.

     Sapa yang pi gym ni? Dr. Shikin ke? Haaa...gelak lah tu. Macam aku taktau. Ish...memang tak seswai lah kalau aku yang pegi. Takkanlah aku nak sado pulak. Gambar ni MA aku yang share kan. Dia rajin pi gym. Siap ada Samsung Gear - seribu tu. Huhu.
     Aku pernah pi Palm Mall ni sekali je dulu. Refer #SINI. Patient aku pun ramai yang pi gym. Badan ketul2 tu. Tapi, kalau berketul sangat pun tak berapa berkenan kat mata aku. Sebab cam pelik je. Tak giteww?
     Kalau kat Celebrity Fitness ni register first RM400 & monthly RM150. Tapi, tempat lain bayaran pun lain, kan? Depends. Sape pernah pi gym? Mehla share dengan aku. Apa aktiviti korang kat sana? Berapa kerap korang pi gym? Berapa lama korang spend masa kat dalam tu? Apa-apa je lah sebab aku memang teringin nak tau.

Monday, December 1, 2014

Lovely Readers Nov/14.

     Terima kasih yang tidak terhingga pada para pengomen tegar blog drshikinzainal.blogspot.com. Jasa kalian tak dapat dilupakan. Di kesempatan ni nak bagitau, insyaallah ada sedikit saguhati untuk kalian nanti. Yang tertangguh nak bagi ritu akan diberi bersama nanti. Tapi, tungguuuuu...bulan Jan. Aku akan combine Lovely Readers Nov + Dec. Jadi Combo gitew. Pengomen yang drop 150 comments ke atas akan dapat hadiah special lah sikit. Tak lah mahal, tapi special dari aku. Muah...muah...(untuk perempuan je) untuk u olzzz.

* Nak bersiap pi kerja pulak ni. Hehe..
Related topics:
Lovely Readers Sept/14.
~ Lovely Readers Oct/14.

Sijil Wakaf Al-Quran.

Saya mewakafkan sebahagian Al-Quran ini dengan harga RM20 untuk sekolah tahfiz /rumah anak yatim.

CINTAI PUBLICATION mengucapkan jutaan terima kasih ke atas Tuan/Puan. Semoga Allah memberi ganjaran yang berlipat ganda ke atas Tuan/Puan.

En. Sabri Musbar Bin Musa (013-3044430).

*     Adik-adik yang minta sumbangan ni merupakan orang perantaraan. Kira sukarelawan kot. Macam budak sekolah lagi je aku tengok. Umo dalam 16-18 tahun kot. Dorang bagi 1 resit besar ni untuk sumbangan RM20. Harga 1 Al-Quran Tajwid tu RM200. Terpulang berapa banyak kita nak sumbang, tapi ikut gandaan 20 lah.
*     Sesiapa yang terasa nak sumbang, ambiklah contact no. yang aku bagi tu.

JOM SAMA-SAMA KITA TAMBAH SAHAM AKHIRAT.

Lempang muka nak?


Sunday, November 30, 2014

Malware menyerang Asus Transformer.

     Sedih sungguh lah. Di saat banyak kerja aku nak siapkan hujung-hujung tahun ni, PC Tab Asus Transformer pulak buat hal. Baru je beli ni. Refer sini # Asus Transformer Book.
    Semalam swipe screen Asus tapi ada part yang hang. Certain boleh swipe. Attach & detach keyboard tapi, no changes. Nak scroll pun kejap gerak, kejap tak gerak. So, aku try power off /power on tapi still same. Tak lame tu, power off pulak tak boleh. Kene slide ke bawah kalau nak off - tapi, tetap berjanggut nak tunggu off tu.
     Berapa banyak kali daaa aku on pastu off. Bila dapat on tu cepat2 aku try download segala macam Internet Security yang ada kat internet. Pastu Windows Cleaner macam kat bawah ni keluar. Korang tengoklah betapa 'nazaknya' PC Tab aku - banyak betul tulisan merah. Salah aku jugak, sebab sedari awal tak masukkan antivirus.
SCAN RESULT -
1449 issue are slowing down your computer.
Registry clean - 898 problems.
Windows clean - 2217.16MB junk files.
Privacy clean - 520 problems.
Shortcuts clean - 31 problems.
RAM clean - need optimization.
SPEED LOSS -> BAD!
Patutlah slow gile!!
     Lepas tu yang ni pulak keluar - Upgrade & Fix. Ingatkan ada free trial, rupenye kene purchase. Haaa...nampak tak pilihan bayaran kat bahagian kanan tu?
YOUR CURRENT PC HEALTH STATUS -> DANGEROUS.
(Segala-galanya merah. Sobsss..)
     Rini dah pulak Ahad, memang most kedai tutup pintu arr. Aku cuba nasib kat Senawang - rezeki aku kedai last yang aku lalu buka - INTERPLANETARY ENTERPRISE (Ape ke susah sangat nak menyebutnya?) Kedai Cina ni buka Ahad sampai pukul 3petang. ** Pening kepala mamat Chinese tu tengok perangai anak-anak aku. Siap kata," lain kali you datang sorang lah." Gulp..
Untuk fix kan masalah Malware ni je dah RM90.
Tambah antivirus Quick Heal - RM59.
Total = RM149.
* At first dia nak letak RM???
     Tapi, aku nyaris kene tipu ngan mamat ni tadi. Sebab dia nampak aku ni macam bebodoh je kot. Seb baik aku teliti - aku tanya harga tiap satu tau. Jom tengok apa aku maksudkan..
Kotak MERAH - Quick Heal Anti Virus Pro 2013 RM55.
Kotak BIRU - Quick Heal Internet Security 2013 (1 user) RM80.
Kotak HIJAU - Quick Heal Total Security 2013 (1 user) RM90.
    Harga kat atas aku survey kat internet. Aku pilih yang merah - Reason: Aku jarang online guna ASUS ni & Malware tu aku dapat lepas cucuk pendrive aku kat PC klinik. Korang tau berapa dia nak charge aku? Total = RM219. Yang beza cuma dia suggest aku beli yang kotak hijau tapi harga mark-up gile. Nampak tak permainannya kat situ? Hehe. RM90 yang dia nak charge aku tu pun macam tak logik. Dulu aku pernah je dapat same problem. Masa tu sorang Brother Melayu ni keja kat kedai komputer Terminal 1, Seremban repair laptop aku - Tapi dia tak charge apa-apa pun dari aku. Just charge barang je. Baik kan?
    Selasa Insyaallah Asus aku setel. Sebelum menutup tirai, aku just nak share software internet lain yang korang boleh pilih kat bawah ni.

FotoRus.

     Korang pernah dengar tak apps ni? Selalu orang edit gambar guna Photoshop & Photoscape kan? Please correct me if i am wrong. Aku memang x pernah guna 2 apps ni. Yang aku biasa guna -> PicsArt.
     La ni, bertambah2 happy taktau nak gambarkan camana bila ada apps lain untuk edit gambar cantik-cantik tau. Touching tak? Ke ke menyampah? Sebab over pulak kan...
     Mana aku dapat tau ni? Adik aku, Dewi yang bagitau (Nama sebenar -> Noordewi. She's a physic & Addmath teacher). Nak tengok hasil penggunaan apps ni? Refer sini tau ~ FM-to-be. Actually ini aku edit guna combination PicsArt + FotoRus. Cantik tak?

Footnote :
* Aku sedang berusaha memasukkan semua url blog yang rajin komen ke Bloglist ke-2 aku ~> Adorable Nov. Bagi nama yang belum tersenarai aku mintak maaf. Will update from time to time. Kalau tak hapdet2 jugak tu bolehlah remind aku ea.

FM-to-be.

30/11/2014
(last day for this month).
1.30am:

     Selamat tido semua. Erkkk..cam tak seswai je greeting ni kan? Ermmm..accept je boleh ke? Hehe..Aku je yang tak tido lagi kot. Ker masih ada yang bersengkang mata macam aku? Rini aku tak berapa sempat jalan-jalan blog korang. Nak up new entry pun tak sempat. Banyak pulak aktiviti hari ni yang perlu dibuat. Malam ni pulak aku ada misi lain. Nak tau ke?
     Korang ingat lagi tak entri ni ~ Usaha menempah fridge magnet #2. Then, kalau korang baca entri ni ~ Maaf andai aku tak sempurna, tentu korang tau sape yang aku plan nak bagi FM ni kan? Alhamdulillah sebanyak 10 envelope berisi hadiah /penghargaan dari aku dah pun selamat dipos seminggu awal dari tarikh yang aku janjikan. Terima kasih pada rakan bloggers sekalian sebab susah-susah je up kan entri untuk hadiah yang tak seberapa tu. Harap sudi terima:)
     Tapi, ada janji yang belum tertunai. Perasaan kat footnote entri tersebut ada aku nyatakan, "Lovely Readers yang pernah muncul satu kali di carta pun akan dapat hadiah. Tapi, tu kemudian sikit - tak sempat nak senaraikan kat sini ". Itu janji aku, so aku kena tunaikan. Tapi, ambil masa lama sebab aku nak tempah FM lain pula.

Hasil malam ni.
Taraaaaaa.....

** Harap korang sabar menunggu sebab aku mungkin bagi bulan Januari nanti. Initially aku nak bagi once masuk bulan Dec ni. Tapi, disebabkan aku nak pi berjalan-jalan (cuti panjang tuu..) bulan Dec ni & aku plan nak combine Top Commentators Nov + Dec macam yang aku combine Aug + Sept + Oct. So, announcement nya selepas 31 DEC 2014. Tungguuuu...

Saturday, November 29, 2014

Jangkitan kuman paru-paru.

     Selalu kan dok dengar orang sebut pasal jangkitan kuman paru-paru? Tapi, tau ke macamana rupa benda alah ni? Jom usha gambar kat bawah ni.
     Camne cara nak tengok X-Ray? Nampak tak huruf 'R' on top of the X-Ray? Itu menandakan bahagian kanan badan. Then, nampak tak area yang aku buat circle kat chest X-Ray tu? Opacity (putih yang nampak tebal tu) over Right MZ & LZ (middle & lower zone paru-paru kanan). Itulah kawasan paru-paru yang ada kuman.
     Pesakit aku ni lelaki umo 40 plus. Dia ni single, non-smoker & got no high risk behavior (cth: cucuk dadah, main perempuan). Macam OKU sikit sebab dia 'loading' sikit - ni bukan ngutuk, just describe. Datang pulak sorang-sorang (well, adik dia just drop dia kat klinik). Banyak kali aku explain condition dia & our plan for him pun dia still x faham.
     Masalah utama dia ialah, dah 4 bulan dia batuk berkahak kuning tebal (thick yellowish sputum). Ritu dah get admitted kat HTJS for 2 weeks. Completed 3 course of antibiotics. Tapi, after 6/52 (6 weeks) treatment & jumpa aku, batuk dia still x improved + SOB (sesak nafas). CXR pulak still teruk (gambar atas). Bunyi paru-paru dia memang tak bagus lah.
     Aku consult FMS, boss aku. Plan is to refer Chest Clinic. Impression: UNRESOLVED PNEUMONIA. 

Thursday, November 27, 2014

Simulasi kes Ebola.

     Jangan salah faham ye. Malaysia still free from Ebola k. Ni just simulasi. From time to time kami para doktor & staff kesihatan sedang giat diberi taklimat tentang steps to be taken andaikata ada patient yang kita suspect Ebola muncul kat klinik. Nauzubillah. Tengoklah gambar kat bawah ni, dah macam nak pi angkasa lepas dah doktor tu.
Dari wassap group klinik aku.
    Pun begitu, belum tentu sesiapa yang attend patient ni terjamin tak exposed dengan virus Ebola ni. Everything yang digunakan untuk pemeriksaan pesakit ni mesti dilupuskan. Takut betul aku. Mana taknye, virus ni memang highly contagious - boleh spread dengan apa cara sekalipun, hinggakan tempat yang dia pernah sentuh kemudian kita pulak tersentuh pun boleh jangkit ok.
     We aren't expecting such cases. Tapi, still kena jaga2 sebab Krismas dah dekat! Apa kaitan mehh? Sebab orang Africa kat sini ada yang akan balik negara dorang & later on come back here. So, what can happen? Please pray for everyone tak kene virus maut ni.

RRT - bencana tanah runtuh di Panchor, Seremban.

     Awal-awal pagi around pukul 10, YM inform kat aku ada kes tanah runtuh kat area Panchor. 6 rumah yang sederet kat situ terlibat. Tanah runtuh tu dari kawasan lereng bukit belakang rumah penduduk Panchor ni. Aku rasa mungkin disebabkan tanah tu lembut ekoran musim hujan yang berlanjutan kat area Seremban ni.
     So, apa kena-mengena kes ni dengan pihak kesihatan? Okey.. Kami ada Rapid Response Team yang akan memberi bantuan kecemasan untuk kes bencana (disaster) macam ni. Dulu masa bertugas kat PD, aku terlibat RRT untuk kes wabak measles & EBV untuk Pelatih PULAPOL. Tapi, sekarang aku kat Seremban. Difahamkan dulu ada RRT ni tapi dah 'terbubar' sebab tak pernah ada kes kot. Team lama pun aku xtau sape involved sebab aku tak wujud kat sini lagi kan. Kiranya aku volunteer jadi 'bidan terjun' lah for today.
     Alhamdulillah tiada kemalangan jiwa. Rumah terlibat selamat - tiada penimbunan tanah runtuh. Cuma sipi je lagi nak kena..omputeh kate 'approaching'. Banyak pihak/ pasukan yang dah ready kat sana - Bomba, Polis, Jabatan Kebajikan, Ketua Kampung dll. Masih menanti pihak NGO datang. RTM 1 baru sampai masa team aku dok memeriksa 2 orang penduduk. Rata-rata yang tinggal kat sini adalah warga tua. Alhamdulillah tiada ibu mengandung & ibu dalam pantang.
     Team kami bertumpu pada 2 orang warga emas. Sorang penghidap stroke & parkinson, while the other one pesakit buah pinggang yang memerlukan rawatan dialisis. Lama juga kami attend dorang sebab nak pastikan dorang stable & at the same time kami kena pikirkan penempatan yang sesuai untuk dorang - samada di rumah PPRT seperti yang sedang diusahakan oleh pihak JKM atau ditempatkan kat hospital. Banyak isu berbangkit. Biasalah.. Sebab keadaan mendesak.
     Petangnya ada meeting disaster di Pejabat Daerah Seremban di S2, di bawah Jawatankuasa Bencana Alam Daerah. Masa ni juga baru aku dengar tentang Majlis Keselamatan Negara. Huhu. Patutnya aku kena attend. So, aku nak heret MA Tom skali. Tapi, disebabkan aku kena pi rumah patient buat Perkhidmatan Dormisilari, so bos aku kat PKD arahkan aku pi Dormi, Tom sorang pi meeting. Selamaaatt aku.
Perhatikan kawasan tanah runtuh adalah di lereng
bukit di kawasan belakang rumah. 

A good start for a healthy heart.

Nak highlightkan 2 susu yang akan
dijadikan besfren lepas ni.
     Okey, nampak kan 2 susu kat atas? Untuk siapa? Ermmm...sape lagi, tuan empunya blog ni ler. Nama je doktor, tapi kolesterol tinggi. Jangan tak percaya, kolesterol si kerempeng ni lebih 7 hokey. Dulu pun pernah macam ni, tapi reduce banyak lepas amalkan product Amway ~> Nutrilite (CH Balance & Salmon Omega3). Kenapa tak continue same? Biasalah aku ni jenis cepat bosan dengan product yang sama. That's why aku nak try susu ni pulak.
     Ada seorang kenalan ni, BMI dia kategori overweight. Tapi, macam tak percaya yang kolesterol level dia semua cantik /undercontrol. Rupanya dia amalkan susu Omega ni. So, semalam aku pun gigihlah pergi Family Store nearby rumah aku untuk membeli. Harga susu Omega Plus 600gm = RM25.50, 1kg = RM40+. Mahallah dari susu anak-anak aku. Ermmm..nak sihat kan, kenelah usaha sikit. Rasa pulak x berapa 'mengancam'. Tapi, still boleh telan cam biasa - aku ok jer.

Related topics :
~ Omega-3.
~ Apa nak jadi dengan aku?
~ Anda nak kurus tak?
~ Kurangkan lemak.

1st Anniversary Giveaway Mind Meld.

Jemput join GA by Mind Meld @ Iola.
Jom ramai-ramai.... 
Klik SINI untuk join. 

Wednesday, November 26, 2014

Hari AIDS Sedunia.

Jom datang Seremban.
Sambutan Hari AIDS Sedunia.

Peringkat:
Hospital Tuanku Jaafar Seremban. 
Tarikh & Masa:
Ahad, 30/11/2014. 
11pg - 4ptg.
Tempat:
Mydin Mall Seremban 2.

Orang ramai dijemput hadir.

Follow-up Kapt. Enche Mohd Salmi.

     Kesian pulak aku tengok asben aku ni. Dah macam ayam berak kapur dok kat umah. Sebelum ni, he used to be like a very busy man in the world. Handphone non-stop bunyi (ayat x logik, takkanlah non-stop kan. Hehe..) asik sana-sini kol cari dia.
     Sekarang dah hampir 2 bulan dia 'menternak badan' kat umah. Nasib berat taklah naik sangat maybe sebab dia banyak guna tenaga untuk berjalan dengan tongkat/ crutches. Mesti non-weight-bearing okey :) 29/11/14 hari tu dah pi temujanji kat Klinik Orthopedic, HTJS sampai silap-silap haribulan. Refer entri ni ~ Suda tukar ka?
    Masa XOA (X-Ray on arrival) tu memang tulang baru (callus) tak berapa nampak pun. So, tak boleh off backslab lagi. Walaupun asben aku cam patient lain yang degil sebab takmo ikut aku pi dressing kat klinik (aku x suka nak dressing dia sebab kalau aku buat dia asik kata sakit), tapi 1 perkara yang aku puji dia sebab dia betul-betul tak step atas lantai + tak bukak backslab dia + sanggup terhencut-hencut guna crutches kesana-kemari. Kalau patient memang selalu tak compliance tang ni.
    So, today is the 2nd appointment kat klinik pakar. Taktaulah apa nasib asben aku rini. Harap everything ok. Korang,  doakan asben aku ea:) Thanx.

* Hari ni aku kena bawak baby pi cucuk setahun setengah jugak. Mula-mula aku ingat nak amik timeslip pagi je time bawak follow-up asben. And hari lain ambik off petang untuk anak. Tapi, YM btau better aku bawak asben kat spital pagi, and anak ke kkia petang. Ermmm...sayangnye rugi 1 hari cuti. Lagipun ramai MO yang dah ambik cuti panjang bulan ni until next month. So, maybe better kalau sehari je aku takde di klinik dari half day x 2kali. Sobss..
~> Nampak tak tugas seorang ibu adalah lebih berat dari seorang bapa? Bukan aku sorang je yang macam ni, okey. Ibu-ibu lain pun sama. Seorang bapa just kena kerja je. Tapi, ibu kena kerja & uruskan anak-anak & also keperluan isi rumah. Well, aku tau not all of you guys yang macam ni. U are great if you are not that typical man.

e-latihan.

     Sebenarnya dari awal bulan YM aku dah remind supaya completekan e-latihan & SKT (HRMIS). SKT tu takde problem -sebab kitorang dah start online mulai 2013. Sebelum tu isi kat kertas SKT kan tapi sekarang sume paperless. Masa tu aku kat PD. Tapi, e-latihan ni yang aku kompius. Selama ni aku just fill-up semua kursus, seminar, cme dll kat MyCPD (at MOH Portal). Tak pernah pulak aku buat e-latihan ni. Buat pengetahuan korang, aku kat Seremban dah ni bukan PD lagi. Kadang-kadang ada perkara yang x seragam walaupun under 1 JKN (Jabatan Kesihatan Negeri).
     Memandangkan semalam PT dah remind aku ini last day, so aku pun buka lappy balik untuk retry. Aku btau PT aku dah cari bahagian e-latihan tu kat HRMIS tapi tak jumpa. So, dia cakap aku kena bukak website JKN, bukan HRMIS (walhal colleague aku kata bukak HRMIS) and klik 'Intranet'. Dorang sume buat kat rumah. Mane sempat nak buat kat klinik. Patient sentiasa ramai. So, semalaman aku buat benda ni tapi aku pelik nape 'page cannot be displayed'. Banyak kali aku refresh page tapi bahagian 'Intranet' tu tak keluar-keluar jugak. Line internet aku ok je. Tak blinking pun.
Intranet yang no.6 tu.
     So, Subuh lagi aku wassap YM aku btau problem. Katenye aku tak boleh bukak kalau guna Internet Explorer.Kena guna Mozilla. Suudaaahhh... Aku dah pulak takda Mozilla. Maka, bermulalah sessi meng'download'. Aku try download lamaaaa...baaru keluar box bawah ni. Lame sehhh. Nampak tak berjanggut macam Tok Janggut dah ni? FYI jugak, bab-bab IT ni memang aku fail. Huhu.
An attempt to download Mozilla Firefox. 
    Doakan kejayaan aku. Cehh..macam nak sambung Master pulak ayat aku.

Musim PLKN.

     Hoyehhh..nampaknya ramai adik-adik kita yang seronok & tak sabar-sabar nak pi kem ni. Tapi, jangan tak tau, ramai juga yang menolak taknak pi sana atas pelbagai alasan. Sometimes tak masuk akal. And most of them tak pernah pun datang KK so kita taktau whether they actually got the problems yang mengecualikan dorang dari pi PLKN or not. Tiba-tiba datang klinik kesihatan sebab nak doktor write down dorang tak layak. Ada ke patut? Such a nuisance jugaklah.

Senarai kem PLKN @ Negeri Sembilan :
1. Kem PLKN De Bana, Bandar Seri Jempol.
2. Kem PLKN Ulu Pari Aqua Village, Rembau.
3. Kem PLKN PDS Resort, Pasir Panjang.
4. Kem PLKN Karisma, Juasseh.
5. Kem PLKN Sri Perkasa, Mantin.

     Actually adik-adik kita ni mesti dah dapat briefing kat skolah yang dorang boleh terus pi kem PLKN & no need to go to klinik kesihatan for check-up. Unless dorang ada masalah atau tak pasti ada masalah ke tidak. Sendiri punya sakit pun tak pasti tu yang pelik. Cth: Ada sakit jantung - ADA/ TIDAK/ TIDAK PASTI? Kalau tak pasti tu, tanyalah parents. Berat sangat mulut tu nak tanya kan? Ish..ish..ish..Some more, all kengkawan dah pi kem PLKN tu..boleh pulak dia kata tak tau apa2..tak dapat briefing segala bagai. Maybe kes absence or tak pay attention masa cikgu briefing ni. Ermmm..
     So, walaupun adik-adik ni tiada masalah, tapi dah ter'rajin datang klinik, kami check jugaklah. Kalau patient ramai, aku reject jugak sebab dah memang sepatutnya dia takyah datang KK. Pelatih PLKN ni ramai tau - memang tak terlayan. Better aku utamakan orang lain yang tengah sakit. Nasib baik KKM @ MOH dah come out with this guidelines :

Garis Panduan Tatacara Pengendalian Pemeriksaan Perubatan Pelatih PLKN
oleh Pegawai Perubatan & Pakar Perubatan.

Carta Alir Pemeriksaan Perubatan Peserta PLKN.
Doktor kena isi diagnosis jika Pelatih PLKN Tangguh / Tak Layak.
So, kalau korang sebenarnya takde penyakit,
tapi sengaja mencari alas an untuk taknak join PLKN,
tolong jangan jumpa aku sebab kau akan peningkan kepala aku.
Ada paham ??
This is the last part dalam Borang Pemeriksaan Perubatan yang doctor kena isi -
Layak/ Tak Layak/ Tangguh.
Basically, ada 3 kriteria je yang akan sebabkan ko tak layak :-
1. Pelatih mengalami kecacatan fizikal yang menyebabkan dia tidak berupaya menjalani PLKN.
2. Pelatih mengalami penyakit yang membawa maut.
3. Pelatih menghidapi penyakit berjangkit di bawah Akta Pencegahan & Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988.
     Ada masalah boleh rujuk kaunter di KK berhampiran. Janganlah terus rushing ambik no. giliran. Harap info ni membantu.