Monday, June 1, 2015

Langsir raya 2015 ~ siap.

Alhamdulillah at last siap juga jahit langsir raya. Siap pasang dah x tunggu raya. Entri lama ukuran langsir boleh refer SINI.

Actually langsir lama dah 2 tahun x berganti (oooppppsss pecah rahsia..). Tu yang jahit baru ni. Memang aku minat menjahit (walaupun skill x berapa mantop) + boleh jimat duit upah.

Gambar langsir hall yang lama ada kat SINI.
Langsir baru... siappp :)
Ring untuk pasang kat railing.
* Untuk ladies yang nak bubuh benda ni, u olzzz kena bukak dulu skru kat hujung railing tu (screwdriver entah mana..pakai pisau pun boleh). Harga ring tu sebiji 15sen.

Gambar langsir lama bilik anak-anak.

Langsir baru bilik anak-anak ~ corak Doraemon.


Related topics:
~ Mesin jahit TOYOTA.
~ Jahit langsir di Jati Park, Nilai.
~ Pouch smartphone.
~ Taman tema & abang sado.

Bacterial infection.

2 minggu sebelum cuti sekolah ialah minggu pekse Abe. Tapi, die xhadir ke sekolah pun sepanjang 1 minggu tu sebab demam panas. Tiap 4 jam bagi Syrup PCM tapi tetap panas - suhu antara 38-40 C.

Day 4 fever -
Aku bawak Abe ambik darah FBC (full blood count). Result macam kat bawah ni.
Nasib baik bukan denggi. Tapi, ada bacterial infection /jangkitan bakteria pulak. I started him with Syrup Augmentin - alhamdulillah lepas 36jam suhu makin turun.

Kenapa aku kata bacterial infection?
1. Sebab WBC lebih 14 (kanak-kanak).
2. NEUT mengatasi LYM.
(Neutrophils predominant).

Related topics:
Aedes makin mengganas.
'Suspect' case of dengue #1.
Dengue fever - when to refer for admission?
Iri oh Iri... Viral fever lagi.
Thalassemia screening.

Wednesday, May 27, 2015

CME: Management of Diabetes during Ramadhan.

Puasa Ramadhan dah makin dekat. So, 1 perkara yang doctors tak boleh lupa ialah educate DM (diabetic) patients macamana/berapa dos ubat yang perlu dorang adjust sepanjang fasting month ni. Tak boleh ambik dos sama ye, nanti dapat 'hypos' @ hypoglycaemia.

Bawah ni talk yang certain doctors kene attend so that doctors boleh bagi proper counseling kat patients.

Boleh refer topic ni untuk maklumat lanjut ~ Guidelines for fasting diabetics.

Langsir raya 2015 ~ in process.

Dah 2 kali raya (Dalam jangkamasa 1 tahun lebih dok rumah sekarang ni), nilah 1st time nak tukar langsir. Bukan x teringin nak tukar last year (memandangkan takde langsir ganti kalau basuh langsir yang tengah pakai sekarang), tapi xde masa nak pi survey jauh kat Nilai tu.

Kenapa Nilai? Refer SINI.
- Sebab banyak pilihan kedai langsir kat sana.
- And dekat je kalau aku nak drive guna LEKAS Highway.

Tukar plan - Ahad baru ni aku pegi Nagoya. Aku dah kira ukuran langsir hall aku - untuk 4 panel tingkap aku kena beli dalam 11m kain bidang 60.
*tinggi standard 2.5m.

Sampai sana, aku berkenan dengan langsir ni (dalam gambar) yang bidangnya 120 (if not mistaken). So, ukuran kena ikut lebar tingkap, bukan tinggi. Orang kedai A tu bgtau aku perlukan 6m untuk 4 panel tingkap. 
Semak sungguh bilik tidur aku.. Hehe..
Bawah ni pulak kain langsir Doraemon yang aku nak jait untuk bilik anak aku. Aku tak ukur jugak sebab last minute plan. Orang kedai B bgtau aku perlukan 3m untuk 2 panel tingkap. Soooo, ngam.
Aku tanya skali ukuran kalau nak nak buat cadar.
Jawapan :- Queen size 2.5m, Single size 1.5m.

:) Time untuk menjahit pulak..

Monday, May 25, 2015

Nicotine withdrawal symptoms.

Sambungan dari entri INI.
Maksud 'withdrawal symptoms' ada aku terangkan kat topik Quit smoking / Berhenti merokok.

So, apakah simptom2 yang dikaitkan dengan berhenti merokok?
Ex-smokers biasanya mengalami :

Emotional - Strong cravings to smoke ('sangap'), Mood swing, irritability, insomnia, kurang daya tumpuan, rasa bosan, kegelisahan, kemurungan, dll.
Fizikal - Mudah letih, sakit kepala, batuk, sakit tekak, loya, sembelit, kembung perut, sakit perut, mulut kering, sakit gusi & lidah, rasa dada ketat (chest tightness), selera makan bertambah, berat badan naik

Banyak & teruk kan simptom-simptom berhenti merokok ni? Huhh...memang akan rasa discomfort. Ermmmm ...tunggu. Baca sampai habis dulu ye. Jangan kerana simptom2 kat atas ni buat korang batalkan intention untuk quit smoking tu, okey.

Sebenarnya, simptom2 ni are only short-lived / temporary. Dan, korang bukannya akan dapat semua pun. Allah tu Maha Pengasih & Penyayang kan? Korang tu je yang perlu berlapang dada & fikir akan kasih-sayang Allah tu. Hokey ke aku membebel ni?

What are going to happen during smoking cessation period tu?
Selalunya simptom-simptom 'withdrawal' ni bermula seawal 2-3 jam selepas hisapan rokok yang terakhir. Dan, kemungkinan besar ia akan bertambah teruk dalam beberapa hari pertama. Kemuncaknya (peak) ialah pada hari ke 2-3. Tapi, lama-kelamaan, body dah dapat 'adapt'. So, simptom-simptom 'withdrawal' ni akan mula berkurang. Cuba bertahan ye sebab ada yang alaminya hingga 8-12 minggu . Tapi, menjelang 6 bulan, insyaallah semua simptom ni takkan ada langsung dah.

Macamanapun cara korang cuba untuk quit smoking, kemungkinan untuk dapat 'simptom withdrawal' ni tetap ada. Cuma mild (biasa) atau severe (teruk) je. But, please don't give-up easily ,okey :) Ramai je pakcik2 yang dah stop smoking cakap kat aku, " Alahhh ,doktor... pokok pangkalnya hati . " Tu dorang yang kate tau.

All the best !!

Take home message:
- Nawaitu biar kerana Allah dalam apa jua pun yang kita lakukan.
- Yakin pada Allah. Hanya Allah je yang mampu bantu kita di kala susah.
- Merokok tu haram. Sanggup ke masuk neraka hanya kerana rokok?

Related topics:
- Smoking is a disease.
- Female smoker.
- Merokok dari pelbagai sudut.