Monday, May 25, 2015

Nicotine withdrawal symptoms.

Sambungan dari entri INI.
Maksud 'withdrawal symptoms' ada aku terangkan kat topik Quit smoking / Berhenti merokok.

So, apakah simptom2 yang dikaitkan dengan berhenti merokok?
Ex-smokers biasanya mengalami :

Emotional - Strong cravings to smoke ('sangap'), Mood swing, irritability, insomnia, kurang daya tumpuan, rasa bosan, kegelisahan, kemurungan, dll.
Fizikal - Mudah letih, sakit kepala, batuk, sakit tekak, loya, sembelit, kembung perut, sakit perut, mulut kering, sakit gusi & lidah, rasa dada ketat (chest tightness), selera makan bertambah, berat badan naik

Banyak & teruk kan simptom-simptom berhenti merokok ni? Huhh...memang akan rasa discomfort. Ermmmm ...tunggu. Baca sampai habis dulu ye. Jangan kerana simptom2 kat atas ni buat korang batalkan intention untuk quit smoking tu, okey.

Sebenarnya, simptom2 ni are only short-lived / temporary. Dan, korang bukannya akan dapat semua pun. Allah tu Maha Pengasih & Penyayang kan? Korang tu je yang perlu berlapang dada & fikir akan kasih-sayang Allah tu. Hokey ke aku membebel ni?

What are going to happen during smoking cessation period tu?
Selalunya simptom-simptom 'withdrawal' ni bermula seawal 2-3 jam selepas hisapan rokok yang terakhir. Dan, kemungkinan besar ia akan bertambah teruk dalam beberapa hari pertama. Kemuncaknya (peak) ialah pada hari ke 2-3. Tapi, lama-kelamaan, body dah dapat 'adapt'. So, simptom-simptom 'withdrawal' ni akan mula berkurang. Cuba bertahan ye sebab ada yang alaminya hingga 8-12 minggu . Tapi, menjelang 6 bulan, insyaallah semua simptom ni takkan ada langsung dah.

Macamanapun cara korang cuba untuk quit smoking, kemungkinan untuk dapat 'simptom withdrawal' ni tetap ada. Cuma mild (biasa) atau severe (teruk) je. But, please don't give-up easily ,okey :) Ramai je pakcik2 yang dah stop smoking cakap kat aku, " Alahhh ,doktor... pokok pangkalnya hati . " Tu dorang yang kate tau.

All the best !!

Take home message:
- Nawaitu biar kerana Allah dalam apa jua pun yang kita lakukan.
- Yakin pada Allah. Hanya Allah je yang mampu bantu kita di kala susah.
- Merokok tu haram. Sanggup ke masuk neraka hanya kerana rokok?

Related topics:
- Smoking is a disease.
- Female smoker.
- Merokok dari pelbagai sudut.

Wednesday, May 13, 2015

Anak jagaan: Terseliuh ke patah?

Petang semalam datanglah sorang suami isteri ni dengan beberapa orang kanak-kanak. Yang sakit cuma sorang. Mujurlah yang lain reti duduk diam. Bukan apa, susah doktor nak buat kerja kalau parents tak reti pantau anak - habis semua barang dicuit, dimain dll.

Alkisahnya, budak lelaki yang sakit ni umo 4 tahun. Right wrist dia bengkak & sakit bila disentuh. Nampak cam 'deformed' sikit.

Yang bawak dia ke klinik rupanya babysitter.
Babysitter: Budak ni susah nak mandi doktor. Saya pegang tangan dia tapi dia tarik balik tu yang jadi camni. Risau saya.
Aku: Mak dia dah tau ke?
Babysitter: Taktau lagi.
Aku: Okey, buat XRay dulu.

Lepas XRay....

Aku: Alhamdulillah takde patah. Cuma terseliuh biasa. Nanti letak ais lama-lama insyaallah surut bengkak & hilang sakit. Saya bagi ubat surut bengkak (Papase @ Prolase) & Syrup Paracetamol untuk kurangkan sakit (Ambil bila perlu).

Dx: STI (Soft tissue injury).

Babysitter: Boleh tak kalau saya nak bawak balik XRay ni tunjuk kat mak dia?
Aku: Oh, x boleh. Kalau mak dia nak tengoj, kene datang klinik pada waktu lain & daftar. Kita akan trace semula XRay ni di Unit XRay & show to her.

Friday, May 8, 2015

Harm reduction programme #2 - MMT.

HIV merupakan penyakit yang ditakuti oleh setiap orang. Betul tak? Refer SINI untuk cara penularan HIV.

HIV ni perlu ditangani segera. Kalau tak, makin ramai pulak nanti penghidap HIV kat dunia ni umumnya & Malaysia khususnya. Ubat-ubatan HIV pun bukanlah murah & ada side-effects tertentu.

Jadi, salah 1 inisiatif kerajaan (MOH) dengan kerjasama Malaysian AIDS Council adalah dengan mewujudkan NSEP & MMT.

NSEP aku dah terangkan secara ringkas kat SINI.

MMT
- Methadone Maintenance Therapy.
- Merupakan Terapi Dadah Gantian / Drug Replacement Therapy menggunakan Methadone sebagai satu cara untuk mengurangkan aktiviti menggunakan jarum suntikan.

** Nampak tak? Mula-mula kita perkenalkan NSEP kat IDU ni. Lepas tu slow-slow kita nasihat & educate / bagi pendidikan kesihatan kat dorang tentang keburukan menggunakan jarum suntikan tercemar. Kita tunjukkan peluang yang mereka boleh stop injecting heroin (sejenis dadah opioid) dengan cara bertukar kepada Methadone (sediaan oral/ minum).

Nak stop dadah Heroin, tapi kenapa bagi dadah Methadone?
- Okey u olzzzz...buka hati, buka minda & continue reading.
** Penerangan:
- Logik ke kalau seorang penagih dadah sesenang nak stop ambik dadah? TIDAK, bukan?
Jadi, there must something that is more powerful yang boleh challenge that dadah, bukan?
So, jawapannya adalah Methadone.

Kenapa Methadone?
Sebab Methadone adalah sama dengan Heroin dari segi both adalah dadah jenis AGONIST. Maksudnya, apabila dadah jenis ini melekat pada reseptor saraf, ia akan 'fully activates' reseptor saraf tempat ia melekat tu lalu mendatangkan pelbagai efek. Kalau Heroin yang melekat, akan ada efek seperti 'high' (euphoria), khayal dll. Namun, apabila Methadone masuk dalam badan, ia akan bersaing untuk melekat pada reseptor saraf yang sama. Dan disebabkan Methadone is 'more powerful', Methadone wins. Namun, drug users takkan rasa 'high' dengan pengambilan Methadone.

Bagus kan?

Banyak improvement yang diperolehi oleh drug users hasil mengikuti MMT ni. Antara lain:
- Dorang takkan berbalik dah pada heroin (Sebab dorang dah tak rasa 'kick' bila ambik heroin), melainkan ada HASUTAN dari 'kawan-kawan' lama.

- Hidup dorang dah macam orang normal yang tak ambil dadah (Awal2 masa tengah adjust dose lagi memanglah tak berapa okey. Tapi, makin lama makin okey).
 > Dalam tahap sedar.
 > Tak sangap/ tak gian.

- Mereka ada peluang nak bekerja semula (Mana ada orang nak kerja masa jadi drug addict & mana ada majikan nak ambik bekerja).

- Hidup lebih stabil (surrounding people dah boleh terima).
- Kurang kadar jenayah (takdelah nak mencuri sebab nak dapat supply heroin lagi).
- Dah takde rasa nak inject sebab lagi senang MINUM je Methadone.

Sumber rujukan - www.mac.org.my

TAKE HOME MESSAGE:
Sebenarnya doctors ni macam TokMoh jugak tau - Boleh 'scan' orang :D
Kalau tengok muka masing-masing tu biasanya dah tau sape Drug Addict, sape Sakit Mental, sape CKD / ESRF (pesakit buah pinggang). Sebab dorang ni ada characteristics masing-masing yang membezakan.

Contoh: Aku nampak dah muka sorang pakcik ni macam ada CKD (Chronic Kidney Disease), tapi jenuh nak pujuk dia check darah RP (Renal Profile). Bila berjaya ambik, memang CKD pun. Tapi, patient selalu 'denial' ...takmo percaya cakap doktor & takmo jaga kesihatan. Bila dah ESRF, kenalah dialisis cuci buah pinggang.

Harm reduction programme #1 - NSEP.

HIV merupakan penyakit yang ditakuti oleh setiap orang. Betul tak? Refer SINI untuk cara penularan HIV.

HIV ni perlu ditangani segera. Kalau tak, makin ramai pulak nanti penghidap HIV kat dunia ni umumnya & Malaysia khususnya. Ubat-ubatan HIV pun bukanlah murah & ada side-effects tertentu.

Jadi, salah 1 inisiatif kerajaan (MOH) dengan kerjasama Malaysian AIDS Council adalah dengan mewujudkan NSEP & MMT.

NSEP
- Needle Syringe Exchange Programme.
- Merupakan pendekatan untuk pengurangan risiko HIV & penyakit berjangkit yang lain di kalangan penagih dadah yang menggunakan jarum suntikan (IDU - Injecting drug user).
- Pemberian NSEP kits -> mengandungi jarum & picagari yang steril.

- Antara lain-lain aktiviti NSEP di Malaysia:

* ' Safe disposal ' untuk peralatan suntikan yang telah digunakan.
* ' Reaching out ' & memberi pendidikan berkaitan HIV/AIDS & isu kesihatan yang berkaitan kepada PWID (people who inject drugs).
* Menyediakan PWID dengan tempat rujukan, rehabilitasi, agensi kesihatan & agensi kebajikan.
* Memberi pendidikan tentang kaedah seks selamat + pemberian kondom.

TAKE HOME MESSAGE:
- Program NSEP ni bukanlah untuk menggalakkan penyalahgunaan dadah.
* Kajian yang dibuat menunjukkan tiada bukti yang NSEP menyumbsng kepada pertambahan bilangan penagih dadah di Malaysia.
* Yang sebenarnya NSEP telah mengurangkan kadar pengguna dadah jenis jarum suntikan kerana wujudnya perkhidmatan rujukan untuk mereka.
- Semua sedia maklum bahawa golongan penagih dadah adalah sukar didekati, maka alhamdulillah program seumpama ini telah merapatkan jurang antara pihak kesihatan dengan mereka dalam mendapatkan bantuan sepatutnya.

Sumber rujukan - www.mac.org.my

Related topics:
- Kajian pengetahuan HIV / AIDS
Stigma.
- Saya memang dah tahu.

Wednesday, April 22, 2015

Saya memang dah tahu (HIV) - Part 2.

Pernah baca tak entri kat SINI?

Okey .....
Setelah sekian lama barulah aku dapat feedback from that particular patient. Punyelah lama, ingatkan he tried to escape or anything.

That man came to see me with his fiancee last month.

Dipendekkan cerita, memang the lady knows everything (upon 1:1 counselling session). She is actually a social worker in which by nature her heart memang mudah kesian & ada perasaan ingin membantu yang menebal dalam diri dia (sorrylah ayat aku dramatik sikit sebab it's really hard for me to cut short this story).

Why end up with marriage?
Mereka asalnya sahabat (Part macamana boleh bersahabat tu tak perlu ceritalah ea.). Lama-kelamaan masing-masing dah rasa saling memahami antara 1 sama lain & so on & so forth.

How about sex?
They know the risk & they said won't go that far. That lady just want a partner in his life who can accompany her anywhere she goes so that she will feel secure. Dia jugak nak bagi peluang for that patient untuk rasa /alami alam perkahwinan since that man memang tak pernah kawen. Soon after marriage the will still stay separately in view the children tak boleh terima 'ayah baru' lagi.

TAKE HOME MESSAGE:
There are actually so much issues yang aku tau she tried to hide but it's ok as long as I already did my job as part of preventive measures in HIV / AIDS.

Related topics:
- Ujian HIV.
- Pre & Post-test counselling HIV / AIDS.
- Unexplained weight loss in adults.