Friday, May 8, 2015

Harm reduction programme #2 - MMT.

HIV merupakan penyakit yang ditakuti oleh setiap orang. Betul tak? Refer SINI untuk cara penularan HIV.

HIV ni perlu ditangani segera. Kalau tak, makin ramai pulak nanti penghidap HIV kat dunia ni umumnya & Malaysia khususnya. Ubat-ubatan HIV pun bukanlah murah & ada side-effects tertentu.

Jadi, salah 1 inisiatif kerajaan (MOH) dengan kerjasama Malaysian AIDS Council adalah dengan mewujudkan NSEP & MMT.

NSEP aku dah terangkan secara ringkas kat SINI.

MMT
- Methadone Maintenance Therapy.
- Merupakan Terapi Dadah Gantian / Drug Replacement Therapy menggunakan Methadone sebagai satu cara untuk mengurangkan aktiviti menggunakan jarum suntikan.

** Nampak tak? Mula-mula kita perkenalkan NSEP kat IDU ni. Lepas tu slow-slow kita nasihat & educate / bagi pendidikan kesihatan kat dorang tentang keburukan menggunakan jarum suntikan tercemar. Kita tunjukkan peluang yang mereka boleh stop injecting heroin (sejenis dadah opioid) dengan cara bertukar kepada Methadone (sediaan oral/ minum).

Nak stop dadah Heroin, tapi kenapa bagi dadah Methadone?
- Okey u olzzzz...buka hati, buka minda & continue reading.
** Penerangan:
- Logik ke kalau seorang penagih dadah sesenang nak stop ambik dadah? TIDAK, bukan?
Jadi, there must something that is more powerful yang boleh challenge that dadah, bukan?
So, jawapannya adalah Methadone.

Kenapa Methadone?
Sebab Methadone adalah sama dengan Heroin dari segi both adalah dadah jenis AGONIST. Maksudnya, apabila dadah jenis ini melekat pada reseptor saraf, ia akan 'fully activates' reseptor saraf tempat ia melekat tu lalu mendatangkan pelbagai efek. Kalau Heroin yang melekat, akan ada efek seperti 'high' (euphoria), khayal dll. Namun, apabila Methadone masuk dalam badan, ia akan bersaing untuk melekat pada reseptor saraf yang sama. Dan disebabkan Methadone is 'more powerful', Methadone wins. Namun, drug users takkan rasa 'high' dengan pengambilan Methadone.

Bagus kan?

Banyak improvement yang diperolehi oleh drug users hasil mengikuti MMT ni. Antara lain:
- Dorang takkan berbalik dah pada heroin (Sebab dorang dah tak rasa 'kick' bila ambik heroin), melainkan ada HASUTAN dari 'kawan-kawan' lama.

- Hidup dorang dah macam orang normal yang tak ambil dadah (Awal2 masa tengah adjust dose lagi memanglah tak berapa okey. Tapi, makin lama makin okey).
 > Dalam tahap sedar.
 > Tak sangap/ tak gian.

- Mereka ada peluang nak bekerja semula (Mana ada orang nak kerja masa jadi drug addict & mana ada majikan nak ambik bekerja).

- Hidup lebih stabil (surrounding people dah boleh terima).
- Kurang kadar jenayah (takdelah nak mencuri sebab nak dapat supply heroin lagi).
- Dah takde rasa nak inject sebab lagi senang MINUM je Methadone.

Sumber rujukan - www.mac.org.my

TAKE HOME MESSAGE:
Sebenarnya doctors ni macam TokMoh jugak tau - Boleh 'scan' orang :D
Kalau tengok muka masing-masing tu biasanya dah tau sape Drug Addict, sape Sakit Mental, sape CKD / ESRF (pesakit buah pinggang). Sebab dorang ni ada characteristics masing-masing yang membezakan.

Contoh: Aku nampak dah muka sorang pakcik ni macam ada CKD (Chronic Kidney Disease), tapi jenuh nak pujuk dia check darah RP (Renal Profile). Bila berjaya ambik, memang CKD pun. Tapi, patient selalu 'denial' ...takmo percaya cakap doktor & takmo jaga kesihatan. Bila dah ESRF, kenalah dialisis cuci buah pinggang.

35 comments:

  1. Salam, Shikin. Rindunya nak baca entri2 Shikin. Akak pernah dgr tentang metadhone ni. Mahal tak? Klu orang tu overdose main teguk je bahaya tak?

    ReplyDelete
    Replies
    1. W'salam, kak Farah.
      Tak sempat sangat nak jenguk blog skrg ni.
      Kerja makin teruk. Balik je dah penat.

      Delete
    2. Yup, bahaya klu overdose.
      Methadone ni ada kat private clinic, tapi mmg mahal.

      Delete
    3. Ohhh. Harm reduction programme ni tak ada kat klinik&hospital kerajaanlah ye.

      Delete
    4. Ada juga kat certain klinik kerajaan & hospital kerajaan. Kerajaan bagi free. Tapi, kene follow program.

      Delete
    5. Hihihi swasta dah tentu2 ada,arz. Siapkan RM yg cukup je :)

      Delete
  2. gantikan dgn yg lain.. penagih dadah akan selamannya bergantung pada Methadone tu ka Kak? Ke lama2 akan hilang ketagihan tu?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Doktor akan taper down dosage Methadone ni slowly sehingga ke dos paling rendah yang badan dia boleh terima.

      Delete
  3. Nice share.. lma tak jngah blog dr.shikin ni..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kak Maria saya pun sama lama tak singgah sini

      Delete
  4. tudia.. seram kan bila dah terjebak.. tabah doc2 semua nak bantu..
    kalo ada kesedaran nak ngubah bagus.. ni yang x reti2 nak insaf..

    ReplyDelete
  5. dari dadah kurang power ke dadah lebih power?siapa yang supply methadone ni atau dapat kat pusat pemulihan je?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ada di Klinik Methadone, di klinik kesihatan seluruh Malaysia, tapi bukan semua klinik terlibat dengan program ni.

      Delete
    2. Owh maknanya kena bawa pesakit ini dulu ke hospital?

      Delete
  6. Semua penyakit ada penawarnya kecuali mati.. kesian pada orang yg ketagihan ini baik kerana sendiri cari fasal atau menjadi mangsa.. selalunya sokonganlah yg menguatkan azam utk mereka berubah. Tapi selalu kes berlaku bila mereka dipinggir oleh masyarakat, bahkan keluarga sendiri sehingga putus asa utk berubat.. Hurmm..

    ReplyDelete
  7. hasutan kwn2 tu laa yg plgsukar utk ditggl kn

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul banyak yang kembali disebabkan hasutan

      Delete
  8. Semoga ia membantu kepada pesakit tersebut,

    ReplyDelete
  9. banyak info baru yang wana dapat di sini..thanx dr shikin atas penerangan ni.. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul saya juga rasa banyak dh tahu sedikit sebanyak mengenai kesihatan

      Delete
  10. hihi doc pon mcm tok bomoh gak.. cuma xda ayat2 nk kena baca ja

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau baca tak panggil doc panggil bomoh la ZF

      Delete
  11. Hai Dr shikin saya singgah lagi. Baru tahu mengenai methadone.

    ReplyDelete
  12. baru tau pasal rawatan nih.. swasta pun ada juga ye..

    ReplyDelete
  13. "takmo percaya cakap doktor & takmo jaga kesihatan"..klaau part ni x nk buat sakit tanggung lah sindiri kan

    ReplyDelete
  14. Moga dengan adanya program ni dapat mengekang masalah ketagihan mereka

    ReplyDelete

Enjoy your reading.
And please come again next time.
~ Dr. Shikin @ Nazeck ~