Monday, October 27, 2014

Salah ubat.

     Korang pernah dengar pasal hypothyroidism & hyperthyroidism tak? Haaa..macam pernah ehhh? Ehh apasal ada hypo & hyper pulak ye? Ingatkan hypos tu untuk kurang gula je ye?
Related topics:-
~ Hyperthyroidism - jangan lupa rawatan.
~ http://drshikinzainal.blogspot.com/search?q=hyperthyroidism

     Okey..digest sikit2 ye. Aku tak berniat nak story in details. Memadai korang tau  yang ubat thyroid ni berbeza untuk 2 keadaan di atas. Rawatan:
- Untuk hyperthyroidism ialah Carbimazole /Camazole.
- Untuk hypothyroidism ialah L-thyroxine.
     Sepanjang rawatan thyroid, patient akan kerap diambil darah untuk ujian hormon thyroid ni. Hormone ni akan naik-turun tau. Tapi, tak bermakna kena interchange antara 2 ubat ni. Ubat masih sama, cuma doc akan buat dosage adjustment je.
     Nak dijadikan cerita, adalah sorang makcik ni -dia hyperthyroidism tapi allergy dengan ubat Camazole. So, dia pi tanya farmasi samada depa ada ubat thyroid lain? She didn't showed medication that she's taking all this while. Pekerja farmasi pulak aku taktau macamane punya cerita..takde pemantauan Pharmacist ke ape..dia pi bagi ubat L-thyroxine kat patient aku. Tindakan 'terlajak bijak'. Bila patient mai klinik, hormon thyroid (T4) dia dah naik sampai dekat 100. OMK!

Sunday, October 26, 2014

Simple breakfast.

     Tak ada ape kat rumah. Then, tak suka keluar rumah pagi2 untuk beli barang. Selalunya kalau nak masak breakfast /lunch, aku prefer beli bahan mentah day before.
     Disebabkan hanya roti yang kat rumah, & Abe pulak suka makan roti telur, so aku pun buatlah roti telur bersalut serdak roti ni. Ajik & Iri x banyak kerenah kalau tang makan. 2 beradik ni sental apa saja. Abe je yang 'memilih'. Bukan main suka dia bila aku buat ni. Siap kol Tok die kat Perak btau roti telur yang mama masak lagi sedap dari Tok.
Roti yang dipotong ->celup telur->gaul serdak roti.
* Nampak tak roti terhangit hitam tu? Hehe..
Hasil gorengan.
     Resipi ni aku dapat dari blogger jugak. Tapi aku lupa siapa sebab ramai sangat bloggers yang rajin & pandai masak.

* Nak tanya, serdak/ serbuk roti tu ada jual ke? Aku nak cepat so xsempat nak tanye sape - terus je aku letak dalam kuali biar garing & lepas tu aku pakai blender kering.

     Ni sedap kalau cicah mayo ni. Tak kesahlah apa2 jenis mayo. 

Access denied!

     Aku ni dah pulak jenis pelupa, lepas tu banyak pulak password nak ingat. Ntah bila aku tukar password Google Account aku ni pun aku x tau. Kenapa aku kene tukar pun aku x hengat. Kalau password M2U tu ye lah kerap bertukar sebab asik kena hack.
     Aku happy sangat sebab semalam SGT aku dah dapat balik lepas sebulan lebih peram kat kedai komputer. Beli tak silap tahun 2011. Pakai 2 tahun batt die kong. Dalam setawun lah simpan kat rumah (2013).
'Kekasih lama aku dah kembali'.
Aku pun plan nak blogwalking lah kengkononnya. Tapi, log-in FAIL!!
Tau kan apa maknanya??
Means....x dapat blogging.
Ohh nooooo..Feeling upset tapi tetap meneruskan perjuangan untuk log-in. * Aku ni dah pulak tak reti tang komputer & yang seangkatan dengannya. Aku godek2 je ikut sukahati aku. At last, menatang ni kluar..
Semua password yang aku pernah pakai aku try,
tapi tetap tak berhasil.
Ada satu step kat tengah ni aku ter'miss' untuk screen capture.

Luckily keluar ni - Account recovery option.
Most importantly ialah tukaq ke current phone number.
(Puas tau aku cari part mana yang aku nak delete phone number lama & replace with new no. Alhamdulillah berjaya:)

Contact lenses pelik.

     Sekarang dah macam-macam jenis  contact lenses terjual kat pasaran kan? Macam-macam warna aku tengok. Tapi, aku tak pernah try & malaslah nak try sebab nak kena jaga betul2 kan. Kalau x hygienic or tak handle betul2 tak pasal-pasal kena keratitis nanti. Adusss...sakitnyee.. Sebab nak cantik, lain hal pula yang jadi.
     Baru ni, aku check sorang budak pompuan 18 tahun kot untuk medical check-up. Kenelah check top-to-toe kan? Masa nak check mata - ape ke lain benar mata dia ni? Nak kata mix macam pure Malay pulak. Hitam semacam je.
CREDIT to Google.
Contact lenses dia yang jenis 'black out' tu.
Hitam legap... 
Kalau macam ni biasalah aku tengok.
Aku: Awak pakai contact lenses ke?
Patient: Ye, Dr.
Aku: OK.
* Menahan gelak dalam hati je.

Bukan hospital.

     Jumaat lepas pihak imaging, HTJS kol klinik aku sebab hantar patient untuk scan tanpa bagi borang. Dah kenapa pulak jadi gitu gamaknye? Lepas tu mulalah cari siapa doktor yang bertanggungjawab. Sebab nak kene menjawab. Bila aku dengar ni..macam aku je orangnye. Sebab aku ada kol sorang makcik ni supaya datang klinik untuk sain consent CT Brain tanda persetujuan melakukan scan kepala ( consent = keizinan pesakit untuk melakukan prosedur). Sekali dengan kene fill-up borang radiography (yang sama macam borang X-Ray tu) & juga 'allergy form'. Borang radiography kene isi in details,  tak sama macam masa isi untuk buat X-Ray. Kalau ketiga-tiga ni tak complete, haruslah direject oleh Radiologist.
     Berbalik pada makcik tadi, aku suspect dia ada Cerebellar disease. Lepas bincang dengan FMS, kene proceed dengan CT Brain. So, aku dah kol mintak makcik tu datang klinik sebelum aku boleh proceed untuk dapatkan appointment date dari HTJS. Tapi, makcik tu ulangkali tanye.... At last, dia kata ok - aku hesitate jugak dia faham ke tak ye?

Perbualan phone:
Makcik Z: Nak pergi bahagian mana? Yang dekat dengan lif tu ke?
Aku: Bukan, makcik. Ni klinik. Takde lif. Makcik datang klinik ye & pergi bahagian X-Ray.

Ermmm..