Sunday, October 26, 2014

Simple breakfast.

     Tak ada ape kat rumah. Then, tak suka keluar rumah pagi2 untuk beli barang. Selalunya kalau nak masak breakfast /lunch, aku prefer beli bahan mentah day before.
     Disebabkan hanya roti yang kat rumah, & Abe pulak suka makan roti telur, so aku pun buatlah roti telur bersalut serdak roti ni. Ajik & Iri x banyak kerenah kalau tang makan. 2 beradik ni sental apa saja. Abe je yang 'memilih'. Bukan main suka dia bila aku buat ni. Siap kol Tok die kat Perak btau roti telur yang mama masak lagi sedap dari Tok.
Roti yang dipotong ->celup telur->gaul serdak roti.
* Nampak tak roti terhangit hitam tu? Hehe..
Hasil gorengan.
     Resipi ni aku dapat dari blogger jugak. Tapi aku lupa siapa sebab ramai sangat bloggers yang rajin & pandai masak.

* Nak tanya, serdak/ serbuk roti tu ada jual ke? Aku nak cepat so xsempat nak tanye sape - terus je aku letak dalam kuali biar garing & lepas tu aku pakai blender kering.

     Ni sedap kalau cicah mayo ni. Tak kesahlah apa2 jenis mayo. 

Access denied!

     Aku ni dah pulak jenis pelupa, lepas tu banyak pulak password nak ingat. Ntah bila aku tukar password Google Account aku ni pun aku x tau. Kenapa aku kene tukar pun aku x hengat. Kalau password M2U tu ye lah kerap bertukar sebab asik kena hack.
     Aku happy sangat sebab semalam SGT aku dah dapat balik lepas sebulan lebih peram kat kedai komputer. Beli tak silap tahun 2011. Pakai 2 tahun batt die kong. Dalam setawun lah simpan kat rumah (2013).
'Kekasih lama aku dah kembali'.
Aku pun plan nak blogwalking lah kengkononnya. Tapi, log-in FAIL!!
Tau kan apa maknanya??
Means....x dapat blogging.
Ohh nooooo..Feeling upset tapi tetap meneruskan perjuangan untuk log-in. * Aku ni dah pulak tak reti tang komputer & yang seangkatan dengannya. Aku godek2 je ikut sukahati aku. At last, menatang ni kluar..
Semua password yang aku pernah pakai aku try,
tapi tetap tak berhasil.
Ada satu step kat tengah ni aku ter'miss' untuk screen capture.

Luckily keluar ni - Account recovery option.
Most importantly ialah tukaq ke current phone number.
(Puas tau aku cari part mana yang aku nak delete phone number lama & replace with new no. Alhamdulillah berjaya:)

Contact lenses pelik.

     Sekarang dah macam-macam jenis  contact lenses terjual kat pasaran kan? Macam-macam warna aku tengok. Tapi, aku tak pernah try & malaslah nak try sebab nak kena jaga betul2 kan. Kalau x hygienic or tak handle betul2 tak pasal-pasal kena keratitis nanti. Adusss...sakitnyee.. Sebab nak cantik, lain hal pula yang jadi.
     Baru ni, aku check sorang budak pompuan 18 tahun kot untuk medical check-up. Kenelah check top-to-toe kan? Masa nak check mata - ape ke lain benar mata dia ni? Nak kata mix macam pure Malay pulak. Hitam semacam je.
CREDIT to Google.
Contact lenses dia yang jenis 'black out' tu.
Hitam legap... 
Kalau macam ni biasalah aku tengok.
Aku: Awak pakai contact lenses ke?
Patient: Ye, Dr.
Aku: OK.
* Menahan gelak dalam hati je.

Bukan hospital.

     Jumaat lepas pihak imaging, HTJS kol klinik aku sebab hantar patient untuk scan tanpa bagi borang. Dah kenapa pulak jadi gitu gamaknye? Lepas tu mulalah cari siapa doktor yang bertanggungjawab. Sebab nak kene menjawab. Bila aku dengar ni..macam aku je orangnye. Sebab aku ada kol sorang makcik ni supaya datang klinik untuk sain consent CT Brain tanda persetujuan melakukan scan kepala ( consent = keizinan pesakit untuk melakukan prosedur). Sekali dengan kene fill-up borang radiography (yang sama macam borang X-Ray tu) & juga 'allergy form'. Borang radiography kene isi in details,  tak sama macam masa isi untuk buat X-Ray. Kalau ketiga-tiga ni tak complete, haruslah direject oleh Radiologist.
     Berbalik pada makcik tadi, aku suspect dia ada Cerebellar disease. Lepas bincang dengan FMS, kene proceed dengan CT Brain. So, aku dah kol mintak makcik tu datang klinik sebelum aku boleh proceed untuk dapatkan appointment date dari HTJS. Tapi, makcik tu ulangkali tanye.... At last, dia kata ok - aku hesitate jugak dia faham ke tak ye?

Perbualan phone:
Makcik Z: Nak pergi bahagian mana? Yang dekat dengan lif tu ke?
Aku: Bukan, makcik. Ni klinik. Takde lif. Makcik datang klinik ye & pergi bahagian X-Ray.

Ermmm..

Saturday, October 25, 2014

School refusal.

     For me, school refusal  is actually a big issue whereby u all kene dig & dig further from anak korang once the problem arise. Kalau malas tu lain lah. Tapi, cuba tengok muka budak-budak tu..macam dull ke? low mood ke? Unhappy ke? Kalau any of this ada, means there's something they are hiding from you. Jangan terus marah kalau anak kata takmo pi skolah, k.
     Contoh 1 patient aku ni, budak lelaki form 4. Die slalu datang klinik sensorang   atas pelbagai alasan. Everything is because of MCs. Budak ni memang budak baik, aku tau. Badan kecik2 je. Terbaru pasal cirit-birit, tapi history dia tu tak talley langsung dengan examination. *Beware tau u olzzz,  we as experience doctors can always detect whether you are really ill or making up stories :p. And by right, budak bawah umur kene hadir ke klinik dengan parents juga.
      So, aku pun plan untuk test stress level dia dengan ujian DASS.
Related topic ~ Stress -> Panic Attack.
Results memang as expected:
- Stress teruk.
- Anxiety sangat teruk.
- Kemurungan teruk.
Can u olzzz see? He is actually hiding something big from me. Lepas dapat results ni pun dia still nak sorok. Tapi, no..no..no..Dr. Shikin takkan stop until dia dapat sort out the root problems.

Aku: AW (nama pesakit), awak ni ada masalah sebab tu awak ponteng sekolah, kan?
AW: (Die jawab something tapi dengar x dengar je.)
Aku: Saya tanya sekali lagi, betul tak ada kawan buli awak kat skolah?

    Afterwards baru dia cerita semua. Puas aku nak korek. Sepatah aku tanya, sepatah dia jawab. Kesian this boy tau. Dia belajar dalam top class & pernah dapat no.1 which mean he is an intelligent boy. Memang sayang kalau keadaan ni berlarutan. For school bullies, kalau anak yang kene buli tu anak aku.." Mu tunggu aku datang. "
Related topics :-
~ Conduct Disorder.
~ Buli di tadika.