Monday, October 20, 2014

Jangan ajar anak makan kicap.

     Haaa ape masalahnye takmo bagi anak makan kicap? Ada bahan merbahaya ke dalam kicap? Rasenye bahan-bahan nya xde masalah. Cuma, harga kicap kan mahal. Aku slalu beli terus botol besar. Yang ada lama dah dalam peti ais. 6 bulan lebih kot. Lama sebelum puasa lagi dah beli. Tak berapa ingat rege..rasenye lebih seplo hengget. Compared tu sos baru RM3.++
     Dulu masa kecik memang aku kuat makan kicap. Tak kisahlah makan lauk apa, memang x sah tanpa kicap. Tapi, semenjak dok asrama penuh dah tak jumpa kicap. Masuk u pun jarang jumpa kicap. So, aku dah terbiasa. Sampai dah kahwin pun aku beli je kira cukup syarat keperluan rumah. And sapa yang biasa singgah sini tau aku dok ngan mak during weekdays - so mak aku lah yang masak. * Aku pun bukan rajin sangat masak masa weekend je pun kalau masak. So, save lagi kicap tu.
Maggie goreng 'campak-campak'.
* Abaikan kecomotan wok Amway aku
(Nak sebut jugak Amway tu..hehe..)
Semua dah lapar ni... senduk je terus dari wok.
     Mesti korang kompius kan kenapa tiba-tiba timbul cite kicap? Haha. Alkisahnya semalam aku masak breakfast maggie goreng (perencah sendiri tau..bukan instant) - and...aku letak kicap. So, aku terbayanglah yang anak-anak sedara aku kalau makan mesti ada kicap. But, thank god anak aku tak perlukan kicap. Haha again xD

Ajik cepat terasa.

     Aku baru share cite ni dengan colleague aku tadi. Slalu pun share dengan dia sebab slalu duduk 1 bilik ngan dia masa treat patient. Setiap kali cite pasal Ajik keluar, dia akan kata Ajik nampak manja. Kadang2 kita x sedar perihal sifat anak kita sendiri kan? Until kita cite kat someone.
     Ajik ni anak ke-2 aku. Dia ni lahir paling besar - 3.7kg. Lahir normal. Bagi aku, dia ni lain sikit dari Abe die (anak 1st) & Iri (si baby). Susah aku nak describe sifat dia. Tapi, secara fizikalnya memang kepala dia besar & 'penyet' sikit kat bahagian belakang kanan - maybe gara2 kepala dia selalu pusing belah kanan masa tido time baby. Abe & Iri nearly sama perangainya.
     Ajik ni sedari lahir paliiiiiingg senang jaga. Tak banyak meragam. Dalam pantang x menangis ape. Tido je. Memang mama pun dapat tido lena. And dia x pernah kene kuning macam most baby lain. Tapi, dia lambat sikit bercakap & berjalan as compared to Abe. Sampai umo 2 tahun lebih dia pandai 'bawak diri' - dia pandai lah..x cerewet macam Abe die yang suka sangat merengek nak itu ini (ni memang Abe slalu kene marah sebab kuat mengada-ngada). Dia kalau dapat apa2,  cth toys ke or food ke dia akan cari Abe dia & share. Abe pulak dari kecik, semua nak 'bolot' dia sorang.
     Cuma sekarang bila dah besar (umo sekarang 3 tahun 2 bulan), dia dah mula ikut perangai Abe. Tu yang aku x larat dah. Dan yang aku susah nak kawal ialah dia suka mencakar & gigit Abe sampai biru bila dia geram. Kadang2 aku x tahan sabar, terpaksalah aku cubit-cubit mulut dia. Sebelum ni pun aku pernah marah gila2 kat Ajik sebab dia gigit telinga Abe sampai berdarah. Benda ni berlaku tak lama lepas insidens Torres tu.
     Nak dijadikan cerita, kan weekend je aku bawak anak aku balik rumah. Hari biasa kitorang dok umah mak aku. So, mase ni lah aku tau dia 'pandai pendam perasaan'. Dia boleh2 takmo balik rumah kitorang. Aku pujuklah macam-macam: nak bawak gi jalan lah, ugut taknak bagi dia main tab lah. Tapi x berkesan langsung. Muka dia 'cembeng' & 'looks down'. Lama baru aku terfikir nak tanye..

Mama: Ajik takmo balik sebab mama marah Ajik ke? (Sambil tu aku hulur tangan nak dukung dia).
Ajik: (Dia terus sambar aku & peluk, sambil meraung. Aku kawal air mata. Mak pun nampaknya dah bergenang air mata). Mama marah Aaajiiiikkk...
Mama: Jomlah...balik ikut mama. Mama janji tak marah Ajik lagi ye. Tapi, Ajik janji tak gigit & cakar Abe lagi tau.

Lepas cakap macam tu baru dia nak ikut balik.....ermmmmm:(

Sunday, October 19, 2014

Mengidam mesin jahit tepi SINGER.

     Alkisahnya petang tadi aku drive ke Rahang, Seremban sebab nak pi kedai Singer. Masa Abe tanye, "Mama nak buat apa pegi kedai Singer?" Aku cakap nak beli 3 ekor anak singa supaya jaga Abe, Ajik & Iri sorang satu. Biar u olzzz behave sikit. Memang dia tak percayalah. Haaa...asik bagi soklan bertubi-tubi. Mama pun bagi jawapan cenggitu. Hahaha..

5 pm:
Lokasi - Depan kedai Singer.

     Haaa... tutup? Ape cepat sangat tutup? Ermmm..dah banyak untung lah tu (melawak je :) Next destination? Courts Mammoth - tempat beli Mesin jahit TOYOTA  sebelum ni. Tapi, hampa jugak sebab depa manede jual mesin jahit tepi :( Dari awal 2013 aku nak beli ni tapi sayang duit. Korang tau kan mesin jahit tepi regenye lagi mahal dari mesin jahit lurus? That's why aku cari kedai besar2 sebab aku nak buat credit card installment (as usual..). Kedai Singer bersepah je kat Seremban ni aku rase..tapi, kedai Singer kecik ni tak terima kad kredit, apatah lagi dengan ansuran).
     Kenapa sampai nak beli mesin jait tepi? Usah ditanya? Heheh... Perangai aku yang satu ni memang pelik...sejak dari azali. Walaupun bagi orang lain benda tu bukan keperluan, tapi aku ni...kalau aku nak, aku akan dapatkan jugak walaupun makan masa. Dan aku bukan jenis orang yang suka survey masuk kedai sana-sini (that's why aku selalu 'terkena' harga lebih tinggi, & ditimpa lain2 masalah yang x sepatutnya. Padan muka aku. Hehe..)

Sedut internet.

     Korang kalau pakai wifi kan ada password. Pernah tak selalu guna wifi tu laju je..tapi at times halajunya decelerate pulak? Macam hangin jugak lah, kan? Korang rasa, kenapa?
      Pernah dengar tak orang 'sedut internet'? Kira macam 'hack' jugaklah, kan? Pernah kena, tak? Korang tau x macamana nak change password? Ehhh..kalau change password pun still boleh hack jugak kott. Haaa..korang tau x macamana nak block other user from using wifi korang? Kalau tau, please lah ajar aku. Macamana nak make 'not visible to others ea'? Sape hack aku? Ermmm..asben aku ler. Well, tak kesah korang nak kate ape. Aku kalau tang internet ni memang kedekut tahap gaban ok. Sebab aku kan selalu guna banyak. Dulu pakai 5G pun terbabas..(Tapi, sekarang xde lah sebanyak dulu). So, aku memang x bagi password. Jahat, kan? ** Tapi, adik aku..aku kasi. Cuma dah pesan jangan pepandai bagi password kat memember yang datang umah mak.
     Camne aku tau asben hack? Dia ada cakap dia guna wifi aku. Aku peliklah - sebab aku x penah bagi password kat dia. Pastu, aku tanyalah.."Abang hack wifi ayang ke?" So, turn up - dia ngaku 'tanpa rasa was-was gitew'. Kenapa aku boleh tanya soklan gitu? Sebab... sebab dia pernah hack semua message + email + FB message aku. Katanya ada software khas kalau x silap. Sekian.

Patah sayap bertongkat dagu.

     12am:
     Selesai mengangkat 3 hero ni ke tingkat atas. Mencungap jugak lah. Masing-masing bukan 'halus' lagi. Yang paling kecik tu pun dah debab. Inilah kisah setiap hujung minggu. Hari biasa aku tido umah mak je..depan tv sebab xde bilik khas.
Ajik tido tak mandi.
Cepat pulak dia tido - sejurus selepas makan malam
(makan awal rini..).
* Petang tadi keluar beli barang rumah & barang anak yang dah habis.
     Suami pulak diarahkan untuk PNWB with crutches (partial non-weight bearing) sebab tulang betis dia kan patah. Ermmm..takpe lah, lagipun aku dah biasa angkat anak-anak ke atas sebab asben aku sebelum ni pun jarang balik rumah (dok kat Wardieburn Camp, Setapak). Jadi, aku dah terbiasa jugak lah. Alhamdulillah Allah beri kekuatan. Orang lain lagi lah....