Monday, June 9, 2014

Ayuh Tinggalkan Dia - Encik Mimpi.

Aku ni takdelah fanatic sangat dengan band ke lagu-lagu ni..
Mase skolah dulu pun takdelah nak menghapei sangat lirik-lirik lagu macam kawan lain..
Duniawi je semua tu.
Wehh...nak hapal lagu ade mase meh?
Hapal Quran ade mase tak?
 
Aku nyanyi pun sekadar mengisi keboringan di kala drive ke tempat kerja..
Aku suke layan HOT FM sebab aku minat bangat sama :
FAFAU (Farah Fauzana) & AG
 
<<< klik untuk layanzzz... >>>

 

Mengapa wanita bercakap ketika tertekan?

Apabila tertekan, tegang ataupun marah :

1. Fungsi utama otak LELAKI dalam kebolehan spatial & logical menjadi aktif.
2. Fungsi pertuturan WANITA menjadi aktif.

  • Wanita akan bercakap ,selalunya tanpa henti.
  • Dia berterusan bercakap kepada sesiapa yang mahu mendengar.
  • Dia mampu bercakap perihal masalahnya dengan teman-temannya selama berjam-jam dengan memberikan laporan terperinci.
  • Dia bercakap perihal hal semasa, masalah dahulu, masalah akan datang & masalah yang tiada jalan penyelesaian.
  • Dia tidak mengharapkan cadangan penyelesaian kerana dia hanya mahukan ketenangan & kelegaan ketika dia bercakap.
  • Percakapannya tidak berstruktur.

Bagi orang lelaki :
MENDENGAR SAHAJA wanita bercakap perihal masalahnya adalah kerja yang sukar dilakukan. Ini kerana dia SEPATUTNYA MENYELESAIKAN MASALAH  yang sedang diceritakan. Dia TIDAK MAHU SEKADAR MENDENGAR, dia MAHU BERTINDAK! Kata-kata dari mulut lelaki seperti, “Itu hal kecik je,” akan buat wanita berang. Wanita berasa yang dia tidak dipedulikan kerana temannya itu tidak mahu mendengar.

Bagi teman perempuan lain : 
Mereka mula membuat BEDAH SIASAT ke atas masalah yang dihadapi. Tiada penyelesaian yang dicapai.

Pengajaran berguna bagi setiap lelaki :
Apabila bersama wanita yang sedang marah, jangan cadangkan apa-apa penyelesaian. Wanita hanya mahu didengar. Hanya PERLU TUNJUKKAN YANG DIA MENDENGAR APA YANG DIKATAKAN oleh wanita terebut. Gunakan bunyi-bunyi dan pergerakan yang memberikan tanda dia mendengar. (Konsep ini agak janggal bagi lelaki kerana dia hanya bercakap apabila dia ada perkara yang mahu dicadangkan.)   

Sumber: Buku WHY MEN don’t listen AND WOMEN can’t read maps (m.s 169-170)
** Selepas aku olah.

Sunday, June 8, 2014

KLIHF - Kuala Lumpur International Hijab Fair

13 - 15 Jun 2014
PWTC
# KLIK GAMBAR #

# Klik gambar #
Jom pegi ramai-ramai...
Prof Muhaya pun ade u olzzz.. I LIKE!
(Dulu Prof Muhaya mengajar i mase kat HUKM).

Buat baik dibalas baik.

Salam. Mesti u olzzz dah biasa dengar quote kat atas kan?
      What i mean is...anyone yang rajin bagi komen ikhlas (bukan 'cut&paste' comment) in my blog, sure i buat same thing at your blog tau. Don't worry. So far, rasenye takde yang I x balas/komen . Terlebih komen adelah.hehee... Yang x komen sesikit tu reasonnye sebab u guys tak pernah tinggalkan jejak. Yang Follow blog pun takde Links... Susah hati pulak sebab x dapat Follow balik. So please put blog URL to ease blog tracing. And please add link at your Google account also.
        So, harapan I agar u olzzz sudi bagi banyak2 komen on my entries. Am thinking on doing TOP COMMENTATORS GIVEAWAY pulak later on. Suke sangat buat GA...
# Tapi sedih sebab http://drshikinzainal.blogspot.com/2014/05/setulus-kasih-ibu-contest.html
takde sambutan macam Happy-hour-giveaway dolu (1st GA)

Saturday, June 7, 2014

Aedes makin mengganas.

Snap dari TV.
Kes denggi meningkat lebih 200%.
Nak kate takde promosi kesihatan, rasenye dah banyak kat tv. Tapi, macamanelah penyakit Demam Denggi ni makin bertambah?
Ramai dah tau apa gejala/ simptom Demam Denggi ni tapi tak ramai yang nak datang check kat klinik sebab tak nak doktor ambil darah setiap hari (Daily FBC).
Doktor bukan nak susahkan u olzzz and doctors bukan vampire, k. Kami bukan Along..kami cuma nak tolong (ehh..ni dah melalut jauh aku ni...). U olz, u & me, we have no idea what damage yang berlaku inside your body once we suspect u with DF (dengue fever). That's why clinical examination along with fbc monitoring help. Then, jangan nak mintak antibiotic.. memang x seswai langsung & jangan sesuke hati nak amek antiviral walaupun DF ni adalah a form of viral fever jugak.
Treatment DF hanyalah PROPER HYDRATION...so take ample fluids.
* Ingat denggi...ingat air..air..air.
* Kalau dah kene diagnose DF with WARNING SIGNS pulak..memang kene admit..ok.

Kehebatan Sentuhan

Sentuhan mampu menyelamatkan nyawa.

Kajian :
1.      Ke atas bayi 10minggu – 6 bulan -> bayi yang dibelai ibunya jarang diserang selesema, muntah & cirit-birit compared yang tak dibelai.

2.      Ke atas wanita yang mengalami tekanan perasaan –> kadar pemulihan meningkat sejajar kekerapan mereka didakap & berapa lama mereka didakap.

3.      Kajian ke atas pembesaran anak-anak & keganasan  -> masyarakat yang jarang memberi pelukan mesra kepada anak-anak mempunyai kadar kenayah yang tinggi dalam kalangan orang dewasanya (Ahli antropologi, James Prescott).

4.      Ke atas anak tikus -> Anak tikus yang sentiasa dibelai ibunya mempunyai otak yang lebih besar & lebih cerdas compared yang tak dibelai.
5.   Ke atas monyet -> anak-anak monyet yang tidak mendapat belaian ibunya mengalami tekanan, sakit & akhirnya mati. Perkara yang sama juga diperhatikan berlaku ke atas kanak-kanak yang terbiar (Harlow & Zimmerman).

Pengajaran daripada kajian?
      -          Bagi mengambil hati perempuan , usap & belailah mereka tetapi jangan pula sentuh mereka 
              dengan rakus.

-          Dalam membentuk anak-anak supaya membesar dengan mental yang sihat, dakaplah     mereka dengan kerap.

Sumber: Buku WHY MEN don’t listen AND WOMEN can’t read maps (m.s 34-37)
** Selepas aku olah.

Dressing with Septiloc.

Ni bukan cerita tentang baju ea..

Dressing = Cuci luka.
Kalau kat KK, dressing were done by MAs (=PPP) or kalau perempuan yang luka kat private parts nurses will do.
Bahan yang digunakan are limited - Povidon, Flavin, Normal saline & Cmc ointment. Kalau ada ubat mahal nak guna, cth: Solcoceryl gel - untuk tambah daging lepas kaki kene korek (wound debridement) or lepas MVA (eksiden), patient can purchase outside then bring to KK. Mane-mane KK will practice the same. Then, case burn (melecur), ade KK yang ada Jelonet..some takde. Korang jangan tanye aku ape sebab certain KK ade.. Certain KK xde ea..sebab LO tu pharmacist yang buat. Hehe..
From screen 
Complete Wound Healing requires 11 actions.
SEPTILOC will do all.
Comparison with other 5 products showed
it is the best option. 
     Bagi me'laku'kan product,  Drug Company ni akan datang ke KK untuk bagi talk pasal product dorang. So, semalam VENUS Remedies presented about SEPTILOC. Target dorang adalah DFU patients (diabetic foot ulcer). Telah digunakan secara meluas di India & Germany.. ***kat India banyak kes DFU wehh..memang successful rate guna bende alah ni tinggi kat India. Market price ~ RM65. But, not so available at outside pharmacy. Reason? Application Septiloc must first be explained by doctor takut ade misconception by patients. Kalau patients salah faham, maka, dorang takkan beli dah.

Giveaway Jun by Syira Lokman

TAMAT 17JUN
~klik banner~

33 pemenang dicari ^_^

FIRST GIVEAWAY by ASYUASYURA

~klik banner~

PENCARIAN 50 BLOGLIST COFFEELOVER.

TAMAT 6 JULY
~klik banner~

Saya nak jadi bloglist CL..
And dah add CL as bloglist saya..
Anda bile lagi....;)??? 

Friday, June 6, 2014

Jangan menangis, sayang.

     Semalam naluri keibuanku sebak..hiba.
Saat aku sampai kat rumah mak..anak sulungku menangis beria-ia..berlinang air mata. Bukan sebab ape pun..Sebab tak dapat nak keluar rumah. Yang jaga anak aku ialah mak. Mak memang tak berani nak bawak dorang ni keluar dari pintu rumah sebab boys aku ni memang lasak. And, eventhough jalan depan umah mak aku tu kecik..still kete yang lalu laju-laju. So, bahaya kan? Aku ni slalu duduk rumah emak sebab asben jarang balik rumah (kerja). Kawasan rumah aku tu pulak bahaya sebab slalu ada kes pecah rumah...pukau.. Slalunye 3 hari seminggu je aku 'angkut' anak2 dok sane.
     Mase aku sampai rumah tu pun dah dekat 6.30ptg. Aku redakan dia..pujuk..cakap elok-elok. Baru die stop nangis. "Mama solat Asar dulu ye. Lepas tu kita keluar."
Seperti yang dijanjikan bawak laa kluar. Ermm...memang tak ingat dunia dah. Berlari sana-sini. Puas mama nak tempik. "Sayaang..karang jatuh, injured ke bleeding ke macam mane?"  (Lupe pulak nak sebut Nauzubillah. Nasib baik takde ape-ape). Tapi, memang diorang tersangatlah happy macam keluar dari penjara. Yelah..cube korang imagine ...setiap hari dorang terperuk je dalam rumah kan?
     Saat tu mama pun happy...walau penat kerja masih berbekas.
Demi anak-anak kugagahkan diri ini.

"Ya Allah, aku bersyukur kepadamu kerana memberi kegembiraan pada anak2 ku. Kerana...ibu ini gembira tatkala melihat kegembiraan anak2 nya."

Thursday, June 5, 2014

Neurapraxia, Axonotmesis, Neurotmesis.

Tajuk ni adalah lanjutan daripada entri Taksub Gadget Bawa Padah.

Nerve Injury diklasifikasikan mengikut Seddon Classification :
1. Neurapraxia - The lowest degree of nerve injury in which the nerve remains intact but signaling ability is damaged.
2. Axonotmesis - The second degree in which the axon is damaged but the surrounding connecting tissue remains intact .
3. Neurotmesis - The last degree in which both the axon and connective tissue are damaged.
Sel saraf

So, rasenye yang mane satu?

Okey, keadaan kebas yang dialami tu dipanggil Neuropraxia.
- Berlaku damage pada myelin sheath tetapi hanya sementara (tak permanent)
- Nerve intact (tak rosak)
- There is a temporary loss of motor and sensory function due to blockage of nerve conduction (nerve impulse).

- Usually lasting an average of 6-8 weeks before full recovery.
- Once nerve conduction pulih, fungsinya akan kembali seperti biasa (berbeza dengan Axonotmesis & Neurotmesis).

Syukur...syukur..syukur Ya Allah.

Kalau kita muhasabah balik, sebenarnya banyak nikmat yang kita peroleh setiap hari. Tapi, kerana terlalu asyik dengan kesibukan dunia..kita jadi alpa..lalai.. Kita lupa Allah sebagai pemberi nikmat & rezeki kepada kita.
Kadang2 kita x sibuk pun..tapi kita suka buang masa dengan perkara lagha (sia-sia) macam lepak kat kedai makan..lepak kat shopping complex dsb.

So, mari kita renungkan hadis di bawah..

Hadis Rasulullah S.A.W:
Maksudnya: Rebutlah 5 peluang sebelum datang 5 perkara:
Masa muda sebelum tua,
Masa sihat sebelum sakit,
Masa lapang sebelum masa sibuk,
Masa kaya sebelum susah,
Dan masa hidup sebelum tiba mati.
(Riwayat Al-Hakim & Al-Baihaqi).

Peringatan ini buat aku juga..

Taksub gadget bawa padah

Gadget yang aku maksudkan adalah smartphone..tablet..ipad..pc tab dll.
Haaaa..mesti korang wonder apelah komplikasi hasil penggunaan gadget ni.
Padah tu aku dan patient aku yang dapat. Amek kau, Shikin!
                          
Pagi semalam...aku rawat seorang pesakit Darah Tinggi (Hypertension).. nama tak ingat. Dia ni ialah Timbalan Pengarah Imigresen yang bertugas di toooot..(mane blh cakap). Kalau korang kenal die ni memanglah sangat baik..low profile. Aku tau die TP pun sbb aku nyebok2 tanye die pangkat ape (aku mmg gediks. Haha.)Dah plk aku bengong.. "Sorry saya ingatkan polis tadi". Padahal kat Rt (right)Shoulder die ada paku imigresen. To make it short, die tanya aku...
TP: Doktor, dalam 2 bulan ni jari saya asik kebas je.
Aku: Semua jari ke? Takkan kencing manis sebab FBS encik normal je.
TP: 1 jari je, doktor. (showing his index finger).
Aku: Ohhh..Encik guna smartphone ke? And encik slalu touchscreen dengan jari telunjuk kan?
TP: Ye, doktor.
** Itu bukan sebab penyakit serius. But is due to frequent use of your finger untuk touchscreen.

How about you all? 

Tuesday, June 3, 2014

Budak 'pailang' kemungkinan hidap Conduct Disorder.

Masalah gangsterism kalau korang tengok..makin hari makin meningkat & 'brutal'. Korang nak ke kalau anak korang jadi mangsa Pailang ni.. Or Kak Long (K.Long lah sangat..kalau aku dapat taulah kau langit tinggi ke rendah. Oopppsss ayat extreme!) or Abang Long. Jadi, mesti tau sebab & bendung bende ni dari awal!

Kalau ikut Buku Child & Adolescent Psychiatry aku..slalunya masalah dorang ialah Conduct Disorder.

Clinical features :
In pre-school period:
- Aggressive behavior kat budak lain.
- Rebellious dengan mak bapak.
And slalu dorang ni overactive.

Later childhood:
- Disobedience.
- Lying.
- Aggressive behavior.
- Problems at school.
- Truanting.
- Stealing.
- Vandalism.
- Disapproved sexual behavior.
- Alcohol & drug abuse.

Selalunya 'Pailang' ni 'lahir' dari keluarga yang problematic - unstable, insecure, and rejecting families living in deprived areas.
Jadi, bile korang dah tau ciri-ciri klinikal & punca wujud 'Pailang' ni..aku harap korang dapat sama-sama tolong nasihat mane-mane keluarga yang problematic tu jangan sampai anak dorang jadi gangster dan jadikan nyawa anak orang lain sebagai taruhan (Aku ni tak boleh tengok budak2 yang tak berdosa kene belasah. Memang menyirap!)

Insulin terukkan kencing manis?

Eh betul ke ni?
Pelbagai reaksi yang doktor terima bila nak start patient on insulin. And rumors tentang ubat itu & ubat ini banyak side effects memang takkan surut sampai bila2. Tetapi komplikasi penyakit kronik yang dihidapi tanpa rawatan ubat tak pernah diambil tau.
Well, kencing manis (DM) ni mula2 kita akan rawat dengan Tab. Metformin (MTF) dulu. Kalau tak okey juga, kita akan topup dengan sulphonylureas (Gliclazide/Glibenclamide). Ni aku cerita praktis kat Govt Clinic kat Malaysia ye. Then, kalau both pun dah maximum dosage..memang kene start with insulin injection.

Dos bagi 1 biji ubat:
MTF - 500mg
Diamicron - 80mg
Daonil - 5mg

Max dosage :
MTF - 1g bd
Gliclazide (Diamicron) - 160mg bd
Glibenclamide (Daonil) - 10mg bd

Kenapa nak start insulin ni? Tak boleh ke teruskan makan ubat je?
Pada saat aku decide for insulin commencement, bermaksud..hormon insulin dalam badan patient memang dah terlalu 'resistance'. Means, hormone tu dah tak sensitif dan tak berfungsi dengan baik lagi.
Pada awalnye, kita akan start dengan dosage paling rendah (dose berbeza mengikut individu & berat badan). Patients digalakkan untuk memantau bacaan paras gula semasa di rumah (SMBG) so that doktor boleh review bacaan tu semasa temujanji seterusnya & adjust dos insulin. Sememangnya pada masa ni dos insulin tu adalah 'suboptimal'. That's why paras gula dalam darah still high (hyperglycemia). Lepas tu akan jadi glucosuria (kencing ada gula) pula. Glucosuria ni akan sebabkan osmotic diuresis - keadaan di mana patients akan kerap kencing. Maka, akan timbullah persoalan dari patient,  "Dr, makcik rase gula makcik makin tak controllah sejak start insulin ni sebab makcik makin kerap kencing, berbanding masa makcik makan ubat."
Now, u all dah tau jawapannye kan?

SMBG - Sorry 'menyenget' dorang ni photostat.

Giveaway Tunai RM500 by SyuhadaBaharudin.com

TAMAT 30 JUN

* Maaf xde tweeter & IG. 

Monday, June 2, 2014

Show your power... Walaupun kamu 'orang bawah'!

     Kalau sesape tengok aku, memang dorang takkan sangka yang aku boleh marah. Semua orang pun kata aku lemah-lembut gitu. Even patients pun cakap..puji2 aku(especially makcik2..sampai dorang nak ambil jadi menantu.) Tapi korang, ini bukan cerita drama or cerita Cinderella.. kalau ada seseorang dah tahap buat macam kita ni entah ape-ape...nak diam je ke? Kalau tahap 'pijak kepala' nak diam je ke? Sabar..ada tahapnye.
    Kalau korang x buat salah, tapi orang asik nak condemn je. Or korang buat small mistake,  tapi korang dah mintak maaf 2-3 kali tapi dia tu nak hangin tak tentu pasal.. Tak kesahlah die tu pangkat lebih tinggi ke ape (ade aku kesah?)(Aku jenis direct..bos tak bos. Yang bayar gaji aku bukan ko.)... Korang boleh lah ambil langkah bijak macam tanye 'Ape kes?' kat die..Then, kalau die hempuk2 or hentak2 barang depan korang.. Tanyelah, "Ade ape masalah die buat macam tu? "
Dalam kes aku ni..memang die ni tak pernah berperangai 'pelik' pun kat aku. So far so good. Harini pulak nak marah-marah gitu. Aku mintak maaf die buat dono. Aku memang cepat stress kalau orang layan macam toooött. So, aku pun hentak barang-barang aku (macam yang die buat mase tu) & BP set atas meja tu depan die kemudian aku hempas pintu bilik die. Aku ngadu kat colleagues lain..dorang kate die memang macam tu. Kalau marah kat orang lain pun..orang lain kene.
     Tu tengahari tadi. Bile aku masuk kerja pukul 2pm..tibe2 pulak die approach aku dengan suara yang lemah-lembut, " Eh Shikin, nape you duduk sini..tak duduk dalam bilik ke?" Dengan selamba aku jawab, " Saje jeee..ambik angin. Dalam bilik tu panas!" Kebetulan mase tu aircond rosak.

Moral of the story:
-Jangan takut tak bertempat.
-Kalau marah orang lain..jangan lepaskan kat orang lain. Tak baik gitu.


   

Pemenang Kuiz Medical #1

Pemenang:
Suriana Abdul Kadir
http://sueakgogeous.blogspot.com/2014/05/kuiz-medical-1-by-dr-shikin.html

Jawapan Kuiz Medical #1
1. Haemorrhage
2. UPT
3. FBC
4. Metformin
5. Pneumonia
6. Sinusitis

* Based on Oxford Medical Dictionary.

Rujuk SINI untuk details kuiz.
Announcement pemenang akan dibuat before 3 June 2014.

Saturday, May 31, 2014

Cousin's wedding & Hotel Murah.

Tajuk apelah aku type ni.
Nak cerita yang aku pegi kenduri kawen cuzin aku kat Klang rini..

Actually plan nak gi semalam sebab nikah Jumaat - siang hari. (Tapi, asben aku xdpt cuti)... 
Sanding pulak rini - Sabtu 
(Siang rumah perempuan, Malam ni kat dewan -belah lelaki).
So, Jumaat malam kitorang ber 'AGODA'.
Cari nearby hotel. So dapat Hotel Viva.

             
With Hanis (adik aku)
& Izzara Batrisya (gegirl die).
Dengan Wan & Mak Ngah
(sepupu Ayah).

 
With my 3 heroes (3 Adams).













 Klik Hotel Viva for more info.

Standard Room
(Rate biasa RM167.60)
       Then, sementara nak tunggu malam kitorang book Hotel Euro pulak sebab aku tengok anak2 aku macam dah 'belemoih' sangat. Better bawak dorang tukar baju & rest dulu.
Klik Euro Hotel for more info.
Deluxe Queen Room
(Rate biasa RM142.80)
* Aku book ni 10 minutes before check-in.
Bagi yang biasa walk-in hotel..better korang book online tau. Sebab, bagi aku bila book online rate die jauh lebih murah. Macam 2 hotel yang aku check-in ni, payment (termasuk taxes) tak sampai RM90 per night. Murah, kan? Buatpe aku nak cari 5stars hotel. Bukannye percutian keluarga..
(Save your money untuk shopping lagi bagus. Hehe..)



Giveaway Cash RM350 by Emas Putih


As-Salam

[Siala nak join sila tekan banner di atas]

Giveaway Cash RM350 by Emas Putih ini di anjurkan oeh Emas Putih dan disponser oleh Emas PutihNasibah KhushairyKasih Lestari Abadi Nor Farihan AyobNannie Isa , dan yangbaik .

** maaf xde IG & Tweeter. 

Friday, May 30, 2014

Kuiz Medical #1 by Dr. Shikin

Sticky post (till 30/5/2014)
TAMAT

Syarat2 :
1. Bloggers yang menetap di Malaysia.
2. Jadi follower blog Nurashikin ZA a.k.a NAZECK.
    - Nyatakan anda FOLLOWER ke berapa (Bagi New Follower - saya check tau :)
3. Buat entri bertajuk ' Kuiz Medical #1 by Dr. Shikin'.
4. Copy banner & backlinkkan ke sini.
5. Letakkan URL di kotak komen.
6. Jawapan pm kat FB Nazeck Zenal ye.. nanti orang lain tau. Hehehe..
*** Penyertaan oleh doctors & medical students akan terbatal secara otomatik (harap jujur ye..)
7. Hanya 1 pemenang dicari.
(Sape yang TERAWAL berjaya jawab semua soalan dengan TEPAT akan dikira pemenang). 

Hadiah :
Cash RM30

Soalan :
1. Medical term bagi pendarahan 
    (11 huruf).
2. Ujian kencing (short form) bagi menentukan samada positif mengandung (3 huruf).
3. Ujian darah (short form) bagi menentukan samada terdapat jangkitan kuman dalam darah
    (3 huruf).
4. First line of treatment bagi pesakit DM type 2 (9 huruf). 
5. Medical term bagi jangkitan kuman paru-paru (9 huruf).
6. Medical term bagi penyakit resdung (9 huruf).

NOTA : [UPDATE !]
- Hanya 1 jawapan diterima bagi setiap soalan.
- Jawapan adalah berdasarkan praktis di Malaysia (yang oversea tak terima).
- Hanya 1 penyertaan per person.

Amacam? Senang ke susah ye?

Tamat 31 Mei ATAU sehingga terdapat pemenang. 

Segmen Mencari Teman Momsavenues.com


TAMAT
28 Mei - 31 Mei 2014, 11.15 malam

Mencari Teman untuk blog momsavenues bagi bulan Jun 2014 di momsavenues.com


 

Segmen 48jam Mini Blogwalking bersama Anis Zahirah

TAMAT ! 
~klik banner~

Segmen : Jom Teka Barang by Dik An

TAMAT !
< KLIK BANNER>
cUBE ea...
Mesti ada hadiah BEAR dalam kotak tu..

Thursday, May 29, 2014

Tips to build confidence.

I feel important to bring out this topic after i read on some entry saying that they have lack of self-confidence.
Okey...but, whatever yang u olzzz will read afterwards are basically from my own experience.. Xde 'cedok-cedok' ok.
Ni opinion aku je...… & am not an expertist, okey.

Actually aku yang dulu [Tegar lah pulak] pun asalnya sorang yang bersifat INFERIOR. And aku slalu cari jalan nak jadi sorang yang CONFIDENT. Mase sekolah x ketara sangat inferior aku ni. Tapi, bila dah start housemanship..aku slalu gugup bila nak jawab soalan pakar tentang pesakit & penyakit kat hospital. Kat hospital banyak kes emergency & aku sangat stress..especially bila aku takde mase untuk tido. Tapi, bila aku dah pindah ke klinik kesihatan,  aku dapat kerja dengan lebih baik & pantas (aku tengok patient sangat cepat..tapi, rapi ok, bukan touch&go). Pengalaman bekerja di hospital sebenarnye banyak mengajar aku and in fact, pengalaman bekerja di 7 buah klinik kesihatan pun banyak memberi pengalaman & pengajaran kat aku. Ape yang aku nak share:

1. To be a confidence person..first you have to be somebody.
2. To be somebody, first you had to have certain level of knowledge & also skill.
3. It's better if you can sharpen your English language.
- Tak payah 'master' pun. Cakap je 'manglish' cam aku. Aku orait je. Orang lain pun 'rojak pasemboq' tau.
4. You have to show off a bit that you are also good during conversation with your colleagues.
5. Cakap banyak. Don't be so timid.
* Ko ingat colleagues ko yang banyak cakap tu banyak ilmu sangat ke? Dorang tu cakap banyak. Ampu bos banyak. Tapi, habuk tarak. Bukan aku nak ajar korang jadi macam diorang tu..It's good if u can be better than them.
6. Appreciate yourself - realize your own values.
7. Jangan malu belajar dengan orang yang lebih pandai dari korang.

Setiap points yang aku bagi ni sepatutnye aku kene elaborate more so that korang akan understand more. Cume aku worry if korang dah boring sebab dah berjela aku membebel ni.

Keje goyang kaki.

Cencus/ Talley sheet aku harini.
Semua doctors mesti fill up details every
patient yang dirawat dalam ni.
Dalam 1 page boleh fill 35 patients. 
     Dengar tajuk tu..mesti korang ingat aku makan gaji buta, kan?
Hehe..bukan macam tu. Actually kalau korang nak tau hakikat sebenar kerja doktor (MO) kat klinik kesihatan (KK)..meh aku cite sikit.

     Kerja/task MO kat KK ni berbeza ikut tempat- tengok whether KK tu jenis yang busy (ramai patient) & samada nearby hospital or not. Secara logic, kalau KK yang busy means lebih banyak task bagi MO & 'kadar' nak goyang kaki atau bersandar di kerusi tu sangat tipis. And, if the clinic is situated far away from hospital, akan ada MO & MA oncall bagi memberikan rawatan kecemasan. Kami di KK ni masuk kerja office hours (8-5). Tapi, ade yang ikut jadual waktu anjal (ikut arahan PKD -pejabat kesihatan daerah) iaitu 7-4 or 7.30-4.30. 
     Once MO dah punch, jangan harap nak keluar dah. Takde minum pagi time, okey. Ko duduklah kat kusi tu mengadap patient sampai kematu (haha..teruknye ayat aku). Kalau staff, lainlah..sorang keluar, sorang cover (but, actually tak boleh ea). Kalau sorang MO kluar, confirm shortage. Then, kalau ada MO yang EL especially sebab anak sakit..tinggallah beberapa orang saje yang akan tengok patient sampai jari & mulut nak cramp sebab nonstop menulis & bercakap. Waktu rehat adalah 1-2...tapi macam semalam kami habis 1.40pm. 2pm dah kene masuk balik tau sebab patients dah menjeling kenape masih takde kelibat sorang doktor pun. (Kitorang baru nak soru & solat time tu).
     Macam semalam aku sorang je dah tengok 70 patients JPL (penuh 2 pages cencus tu). Kalau cukup MO, dalam 40 je. Patients sampai dah tak dengar suara aku sebab dah exhausted tak boleh bercakap. 
Ni bukan nak komplen tau. Dah tugas.. Cume, nak bagitau serba sedikit hakikat keadaan di klinik.
Tapi, rini aku goyang kaki sebab patients NCD dalam buku appointment cume 40 orang divide for 2 doctors. 

SINDIKET- Ingatkan Pak Arab, rupenye Awang Hitam

Aku nak share true story aku so that takde pompuan lain yang terkena. Actually hampir terkena..sipi-sipi.
Aku berkenalan ngan sorang mamat Arab ni kat FB. Die tinggal kat negara omputeh (tak ingat pulak place tu). Gaji sebulan berpuluh ribu.
Korang nak cakap aku gatal ke ape terpulang. Mase tu just suka2 inbox je, isi kekosongan waktu sebab aku sort of stress jugak time tu.
Mula2 die kate just nak kawan, tapi at last die makin serius. Aku pun slalu call die..borak-borak. Bahasa pun initially memang biase, but lame2 die makin 'daring'. U olzz, beware tau..oversea people ni..Xkirelah mat saleh ke, awang hitam ke..dorang punye ayat memang 'terangkat' abes. Dorang pandai flirting. Tak same macam lelaki2 Melayu. Tapi, akal aku masih waras. Weii takkan beribu minah salleh kat sane, aku pulak yang die suke. Absurd kan? Tapi, aku suka je kawan dengan die. And then, bile aku mintak gambar die nak tengok ape die buat mase tu..banyak je excuse die bagi. Aku paksa pun die tak bagi. Nampak sangat die penipu. And then, Friends FB die ciput sangat & all consists of Malaysian. Heh..takkan ko takde friend omputeh kan?
Until 1 day, die kate nak datang Malaysia..ade urusan harta yang perlu diselesaikan segera (katenye dulu bapak die Engineer Petronas..dulu die tinggal Malaysia sampai umo 7y.o because mom is Sarawakian). Satu lagi aku tak percaya sebab b4 this die kate mak die yang dah mati, bapak die ade lagi. (Dah nipu lupe pulak ye?). Tapi aku continue kawan juga because he is so lovely. Bile sampai Malaysia, die nak aku jemput die kat airport..jadi 1st person yang muncul depan mata die. Ek elleh... Pastu, ape cer pulak nak ajak jumpa aku kat hotel? Teman die kat hotel?
So, korang nampak tak trick dorang?

Lepas tu aku cite gak kat asben aku.
At last....terpaksa bocor rahsia.
Asben aku kan Army. Die kate..ini memang dah SINDIKET. Dorang ni ada bermacam MODUS OPERANDI - 1 of it ialah make u fall in love with them.
Bila dah sayang gile..ko akan sanggup buat ape yang die suruh. Lepas tu kene rogol ke..korang jadi bahan video lucah...dorang smuggling korang ke oversea jadi prostitute.. jadi keldai dadah..macam-macam lagi. Nauzubillah.
Tapi,  die dah salah pilih orang. Orang lain bolehlah ko nak tipu!
One day bila die call.. Aku bagi asben dengar. Asben kate tu sore Negro. Tapi aku dengar sore Pak Arab. Aku dah block phone no die, tapi die call gune no lain pulak. Takuuut sangat.
** Semenjak tu..aku terpaksa change hp no yang aku dah pakai since aku belajar di Tahun 3 Medic. Sediih nak tukar no ni sebab banyak kenangan.

Wednesday, May 28, 2014

SEGMEN : SCHOOL HOLIDAY BLOGWALKING WITH DE'MAHABBAH

~ klik sini ~

Kes kutu boleh menang kat court ke?

     Teringat cerita dari colleague aku 2 hari lepas. Mase tu die buat locum. Doktor2 ni ramai yang rajin buat locum & extended hours. Aku je yang malas. Bukan ape, setakat ni alhamdulillah rezeki aku cukup.
     Private clinic ni mostly adalah panel untuk syarikat tertentu macam MAS, ING, TNB dll. Patients panel clinic ni ada yang banyak songeh. Hehe..
Okey, macam ni..1 hari mase Dr. S ni buat locum..datang 1 family - ayah+anak2+mak tiri. Si anak perempuan ada banyak kutu.
 
Bapa: Dr, tolong tuliskan surat yang anak saya ni mengidap kutu. Saya nak bawak ke mahkamah.
[Anak2 die dijaga oleh bekas isteri. So...korang boleh agak kan, tujuan dia mintak surat tu?]

Dr. S: Saya boleh tulis surat tu, tapi saya tak rasa membantu dalam kes mahkamah encik pun. Sebab, kanak-kanak memang mudah dapat jangkitan kutu.

Mak tiri: Dr tak payah nak tinggi-tinggikan suara kat saya. Tulis jelah surat tu!

Dr. S: (Bila masa pulak aku tinggikan suara?). By the way,  kita boleh treat jangkitan kutu anak encik ni (tanpa melihat mak tiri yang nak marah-marah tu).

Mereka keluar dari klinik dengan perasaan tak puas hati.
# Yang tak paham tu nape mak tiri pulak yang lebih2 kat sini. Macam ade agenda je nape die nak sangat budak tu kan? Kalau jenis penyayang & baik hati takpelah. Ni garang semacam.
# Banyak orang..banyak ragam.
Kadang-kadang lucu pun ada.

Tuesday, May 27, 2014

Makan ubat..rosak buah pinggang!

Seringkali doktor dihujani dengan soalan ini..especially dari kalangan diabetic patients.
"Betul ke makan ubat kencing manis ni rosakkan buah pinggang?"
Ade pula yang buat decision sendiri, "Doktor,  saya taknak lah makan ubat kencing manis ni.. Nanti rosak buah pinggang saya!"
Well..well..well..
Memang selalunya customers always right!
Tapi, dalam hal ni..saya perlu betulkan semula pemahaman salah para pesakit yang sangat cepat menular di kalangan masyarakat Malaysia ini.

Isu yang timbul:
1. Kalau sudah menghidap penyakit, sudah tentu perlu makan ubat (tapi, jangan lupa berdoa pada Allah juga ye. Kerana segala penyakit datang dari Allah,  dan Allah jualah yang menyembuhkannya.)
2. Memang semua ubat ada side effect masing-masing. Tidak terkecuali ubat di farmasi, sensei, tabib atau apa sahaja jenis ubat yang ada di pasaran.
3. Kebanyakkan ubat akan dikumuhkan melalui buah pinggang. Maka, perlu minum air yang cukup untuk melancarkan perkumuhannya. Kalau tak..."Lu pikirlah sendiri" -pinjam lawak Nabil, Raja Lawak.
4. Setiap penyakit mempunyai komplikasinya yang boleh memudaratkan jika tidak menerima rawatan secara berkala, dan apa yang ditakuti kalau sampai bawa maut.
Cth: Sakit kencing manis (diabetes) itu sendiri pun boleh rosakkan buah pinggang sampai tahap perlu dialisis.

Alhamdulillah, setakat 7tahun saya kerja ni..saya perhatikan, pesakit yang makan ubat mengikut arahan doktor tak pulak sampai kene dialisis. Yang selalu tak makan ubat tu yang kene dialisis, heart attack, strok dan sebagainya.

Jadi, renung-renungkanlah
(macam Prof Ezi pulak..)

Segmen Blogwalking by Izzati Amira


Assalamualaikum w.b.t

[ tekan banner untuk join ]

Aktiviti : Happy Blogwalking

Pemenang.
1st & 2nd Top Referral : Washi Tape 1x ( sorang satu  atau sorang dua maybe?? heee. )
4x Random :  '19Capri' button badge 1x

Tamat : 17 Jun 2014

Selamat join !


Developmental milestone

Bagi yang dah ade anak, u olsss tau ke ape maksud developmental milestone ni?
U olzzz realize tak nurses & doctors di KKIA ade assess bende ni everytime kite bagi appointment pada anak u?

Okey..ini adalah assessment untuk tengok whether perkembangan anak u normal ke tidak.
Ade 4 perkara yang kita assses:
1. Gross motor
2. Fine motor
3. Speech, language & hearing
4. Social development

Cth:
Untuk gross motor - kita nak tengok bila anak u mula meniarap, merangkak, duduk tanpa bantuan, berdiri, berjalan, berlari, kalau2 perkembangannya terlalu lambat (developmental delay) dari kanak-kanak lain yang normal.
Tapi, bukan sesenang je kita nak label budak tu ade developmental delay tau.

Cth:
Pada umo 15bulan, kalau ade anak2 yg not yet walking unsupported mungkin tiada underlying problem. Tapi, pada umo 18bulan hampir 100% anak2 will be walking independently. Kalau ade juga yang xboleh jalan, mungkin juga normal (late walkers), tapi sebahagian besarnye will have an underlying medical problem; seperti
- CP (cerebral palsy)
- Primary muscle disorder, atau
- Global developmental delay
So, kami kene carefully examine dorang.

Harap figure di bawah dapat bagi rough ideas untuk semua parents.

Gross Motor
Development
(median ages)
Fine Motor & Vision
(median ages)

Speech, Language
& Hearing
Social, Emotional
& Behaviour
(median ages)


SEGMEN : blogwalking CUTI SEKOLAH bersama ayuinsyirah

Klik Banner 
Jom sama2 blogwalking.. 

Sunday, May 25, 2014

Mama need to be strong & brave.

Eventhough i look small in front of others..
i may look big in front of you, my kids.
Kamu masih tak faham, sayang..
Mama kene jadi kuat walaupun mama sebenarnye tak kuat mane.
Sebab kalau mama tunjuk yang mama lemah,  kamu tentu akan jadi lebih lemah & takut.
Bile papa kerja tak balik2 rumah n mama terpaksa beranikan diri drive kamu balik rumah.
And mama dukung kamu sorang demi sorang keluar dari kereta masuk rumah bila kamu semua dah tertido sebab hari dah malam.
Di saat tu, mama cuma tawakkal takut macamane kalau tibe2 ada perompak datang dengan pisau atau penculik tangkap anak mama.
Mama bukan ada tenaga nak melawan pun.
Seni pertahanan diri pun xde.
Dah pulak kawasan rumah kite banyak kes pukau & pecah rumah.
Bile sume dah masuk dalam rumah..dan keadaan sunyi, macam-macam bunyi pulak terdengar.
Kamu dan mama pun pernah ternampak kelibat hitam dalam rumah.
Ni kan kawasan perumahan baru, ade beberapa jiran yang penah cerita ada cik 'han'.
Tapi nak wat ape kite pun dah usaha berubat.
Dan lagi....
Bile bunyi guruh berdentum, kamu cari siapa?
Bile kamu takut dalam gelap kamu cari siape?
Bile kamu sakit kamu merengek pada siapa?
Bila kamu jatuh kamu sebut nama siapa?
Walaupun mama x brani mana..x sekuat mana..dan mama berjaga sepanjang siang & malam untuk jaga kamu, mama janji akan kuat & berani untuk kamu semua..anak2 mama.
Satu yang mama pinta, jika diberi pilihan kamu akan pilih mama.
Because I CAN'T BEAR LIVING WITHOUT YOU SAYANG.

I may not be the best mom in the world.

Am not the best mom in world.
Ofkoslah kan?
But i always want to share whatever I am good at.
1 thing when i teach my child.. I like them to know the reason why they should do such thing.
Or when am doing things myself i will tell them why i did so.
Example 1 :
Mase mama sapu rumah...[sambil menyapu mulut pot pet]... kat anak2.
"Rumah kite banyak habuk & taik cicak sebab jarang balik.
So, mama kene sapu cepat sebelum baby bangun.
Nanti die merayap makan habuk&taik cicak tu.
Lagipun, nanti abe boleh dapat bersin2 & allergy".
Byk mesej dlm ayat yg pjg ni.
-Ade 'reasoning' part yang penting untuk menggalakkan COGNITIVE FUNCTION dalam otak anak.
-Mengajar anak supaya INTERESTED wat keje rumah. Budak2 suka tau main penyapu, mop, vacuum etc. Biar je die buat...tapi observe.
Kalau asik larang, anak2 akan fed-up & rasa xdihargai.
-Macam anak i die dah faham sikit2 untuk kesian kat mama sebab penat non-stop buat keje rumah.

Cth 2:
"Kenape tumpahkan air atas lantai? Nah ambil kain buruk ni lap macam ni. Kalau tak lap nanti jatuh. Kaki patah ke terhantuk kepala ke..lepas tu mama hantar duduk hospital sorang2. "
Tu, kalau dah penat sangat..korang blajalah wat sendiri pulak. Kalau x ajar dari kecik, tu yang bile dah besar pemalas,sume harap mak. Dah kawin, harap wife.
Alhamdulillah budak2 ni umo belum sampai 5 & 3 tahun dah pandai tolong mama..tapi ikut mood dorg. Hehe. Name pun budak kan?
Yang besar tu mase umo 4 tahun dah pandai lipat baju baby tau. Sekarang die lipat dah cantik. Practice makes perfect.
 And surprisingly,  dorg boleh recall whatever yg mama advise or pesan n btau nenek dorg.
I believe that other parents also have their own ways in raising their children.
Please share with us by giving your URL in the comment box.

I love it most when...

- I kiss your cheeks, your nose & your forehead when i went to work early morning
- All of you standing at the door calling mama..mama...once i came back from work
-And you start pushing each other because u want to help me with whatever i carry in hand
(while the youngest stare clueless at the corner of the living room looking what la his abang2 are busy at OR maybe he was thinking that one day he can join them). Ahhaaaa...
- U busy asking mama which attire you have to wear when we plan for outings
(eventhough there are not much shirt or pants in the closet)
- I cuddled & you stopped crying
- U lean against my arm when u watching cartoons
- U sleep on my lap when u feel tired
- U having conversations with me
- U busy telling story but I couldn't understand your words & just nodding because that will satisfy you
- U ask me everything on earth you don't know..[like i know the answer]..hehe..but u feel happy when i respond well
- U mess the room with your books, coloring utensils or even 'sketch'
- U laugh when I tickled you or when I make jokes [ but i myself was thinking.. It's not really a joke, actually]. But u keep laughing
- U growing up healthy & happy in front of my eyes..

As years goes by..u will grow bigger & u won't do the same things u did now..
But I will still miss those days that we spent together. 

Giveaway Cantik Bersama HESTA Facial Treatment

 TAMAT
klik banner dia atas untuk peluang memenangi 
HESTA Facial Treatment Set Ajaib

RM 169.90 250 450(Semenanjung) & RM199 (Sabah/Sarawak)
 http://hesta1.blogspot.com
 http://hesta1stopbeauty.com
♥ Facebook : HESTA1STOPBeautyCenter
♥ Call/ Whatsapp/ SMS : 012-3384991
3384991

GIVEAWAY "KE KOREA DAH KITA..."

~klik sini~
TAMAT 1 Jun

Giveaway Cuti Penggal 2 2014 by Wani

~ Klik Banner ~
TAMAT 12 Jun

Friday, May 23, 2014