Saturday, February 28, 2015

Ujian Allah & Roti Cheese.

4.40am.
Baru habis mengemas - start 12.30am.
Almaklumlah berbulan tak betul-betul stay rumah sendiri. Dok ngan mak je. Selama ni just jadi rumah persinggahan je - ambik & hantar barang harian/mingguan - main letak & tinggal camtu je mane tak bertimbun kerja nak buat sekaligus.

So, now I need to make 1 step forward. Jadi cam parents lain. And not too dependent pada my parents to look after anak-anak aku.

Eventhough am alone all these while.. I knew I can do this :) Kita kena percaya pada kemampuan diri kita & jangan sesekali salahkan takdir Allah whatever the circumstances.

Setiap orang Allah uji dengan cara berbeza. So, jangan terlalu nak compare kate orang lain tak rase apa yang kita rase, jangan kate orang lain tak diuji kuat mana, dan yang seumpamanya. Juga, jangan fikir diri kita malang & orang lain beruntung sebab tak diuji macam kita.

Teruk sangatke ujian yang kita lalui ni berbanding kekasih Allah, Nabi Muhammad SAW? Cuba renungkan sejenak. Tak teruk mane pun, kan? So, better compare diri kita dengan mereka yang menerima ujian yang far worst than us.

Cara kita berfikir yang buat kita positive or negative person. Memang lah nobody perfect. Tapi, kalau all the time nak fikir negative je...tak penat ke? Buat ape kita nak fikir apa yang orang fikir tentang kita? Just make our move. Sebenarnya setiap orang jarang nak fikir pasal orang lain kerana mereka lebih cenderung untuk berfikir tentang diri mereka sendiri. Betul tak?

Habis muhasabah diri ... :)

Sekarang jom jamu mata tengok supper orang yang tengah hypoglycaemic lepas berpenat-lelah ler sangat mengemas rumah.
Bahan-bahan:
1. Sosej Roll Black Pepper
2. Kepingan Cheese Chessdale.

Cara-cara:
- Belah bun di tengah-tengah.
- Carik2 sikit kepingan cheese & letak kat belahan roti.
- Cairkan dalam oven (suhu aku belasah je 170C, 5minit).

Sonang yo. Selamat dah masuk usus kecik aku kot :)

Related topics:
- Positive attitudes & Positive expectations
- Wordless Wednesday 31/12
- Kehebatan sentuhan
- Kenapa ada peminta sedekah?
- Itu adalah Allah
- Be positive
- Kenali & tangani stress
- Si pendosa
- .......hanya kerana kita sakit [Blog FAMF-Tower
- Janji Allah itu pasti ~ Blog Akif Imtiyaz

Friday, February 27, 2015

Trip to Cameron Highland.

Percutian keluarga di Cameron Highlands.
Bersempena Cuti Chinese New Year.
* Berjam-jam nak update entri ni sebab WIFI YES aku macam siput pulang petang di pukul 2-4.30pagi.

Jumaat, 18/2/2015.
11malam.
Bertolak dari rumah kat Seremban - EMS sebagai pak supir. Berhenti rehat kat R&R Rawang - konon sekejap, rupenye membuta sampai Subuh. Alang-alang terus Solat Subuh ikut turn sebab anak tido lagi dalam kete.

Sabtu, 19/2/2015.
7pagi.
Aku sambung drive (PLUS Highway) & exit Tol Simpang Pulai. Trafik berjalan lancar walaupun kereta banyak jugaklah. Lepas tu lalu jalan naik bukit & berselekoh-selekoh. Dalam halfway aku rasa cam tak larat dah so mintak EMS continue drive - lalu Tringkap, then Brinchang. Destinasi ke puncak di Brinchang tercapai. Hoyehh ....

Tempat dilawati -
1. Strawberry Souvenir Centre.
Atas - Pintu masuk.
Bawah kiri - Bermacam-macam pokok bunga yang cantik & menawan hati.
Aku tak beli sebab tak terjaga - nanti mati pulak pokok tu.
Bawah kanan -  Abe bergambar depan rak coklat, jem, teh dll. Sempat grab 1 coklat strawberi je.
2. Taman Rama-Rama / Butterfly Farm
Parking sangat terhad. Biasalah kat Cameron memang kawasannya sempit. Nasib baik EMS dapat parking depan kedai (kereta silver belah kiri tu kete aku). Aku keluar dengan Abe & Ajik. Iri tido dengan pak supir dalam kete. 
1. Ticket Counter - Bayaran ..
Dewasa RM3, Kanak-kanak RM2.
Pintu masuk - ada anak tangga tinggi menurun ke bawah.
2 & 3. Depan kedai :
Aneka jenis kaktus - comel2, eeeee geram tengok.
Bunga (taktau nama) -  ni real tau, bukan plastik.
4. 'Kaktus gemuk' - bak kata Abe.
Bergambar dalam taman / farm.
1. Bunga kekwa yang kembang mekar - sooo colourful.
2. Masuk dalam sangkar rama-rama.
Banyak betul rama-rama berterbangan - cer perati betul2.
AMARAN - Tak boleh tangkap. Tapi, ada je yang buat ni :(
3. Rama-rama semua cantik & jinak-jinak. 'Tak lari' eventhough kita snap pic dekat2.
4. Juga ada macam-macam haiwan & serangga lain dalam kurungan kaca. Cth: - Spider, beetle, mengkarung, ular, landak dll. Suggested place to visit untuk anak-anak yang sukakan flora & fauna.

3. Green Farm

Terletak opposite to Butterfly Farm.
Aku tak nampak pulak farm nye kat mane. Huhu.
Ada pokok-pokok dalam pasu - tapi tak begitu menarik.

Bahagian ni je yang nampak menarik.
Suka sangat si Abe & Ajik. Siap tanya nama pokok setiap satu - erkkk...macamlah mama tau. Yang paling mencuit hati dia - " Ada cili gemuklah, mama. " Pastu die gelak-gelak sebab suka.
Aku tak sempat snap pic sebab awasi anak-anak.
Kedai ni cam tak berapa selamat sebab kalau anak jatuh kat tangga boleh tergolek terus ke jalanraya. 

4. Sorry sangat aku tak ingat name tempat ni.
(Puas Google pun tak jumpa. Ada sesape tau tak?)
Tempat ni penuh dengan bunga2 yang cantik. Sekali lagi nak kena jawab soklan bertubi2 Abe & Ajik. Hehehe.


Yang tak bestnya, toke kedai pi letak mainan token ni. Anak aku tak kesah tak masukkan token, tapi masalahnya dorang asik turun-naik benda tu - aku risaulah ada apa2 injury karang. Huhu.
Nampak nor kebuluran. Ada small bakery dalam kedai.
Gambar last - Nampak tak sebalik jaring tu ada apa? Ada mak & anak-anak itik plastik tengah berenang2 dalam air. Langsung takmo tengok benda lain dok leka mengadap sang itik ;p

5. Kedai souvenir.
(Sebelah kedai no.4)
Penuh pilihan souvenir yang menarik kat sini.
' Aksi ngangkung ' Hehehe...
Macam biasa, mama akan beli anak patung je sebab tahan lama - Angry Birds merah & biru, plus Minion.
Kalau beli mainan lain memang cepat rosak - tak sempat 24jam.
Careful bawak anak-anak sebab banyak barang 'fragile' dalam ni.
Harga dapat 'less'.

6. Hasil tuaian shopping.
Dibeli dari - Night Market/ Pasar Malam di Brinchang , Kedai tepi jalan OTW menurun balik jalan selekoh2.
Night Market :
Sempat beli keychain2 yang comel untuk rakan bloggers - tak sure lagi nak buat GA/Segmen dll.
Fridge magnet banyak tapi kalau beli, nanti kantoi pulak bila guna rate pos biasa (ada yang tak faham ke :p ?)
Tak lupe T-shirt putih (sesuai dipakai time2 panas ni).
T Kanak2 Saiz S & M - RM5, Saiz L & XL - RM8.
T Dewasa - putih  RM10, berwarna RM18 (kalo xsilap).

Kedai hasil rotan & buluh (tepi jalan menurun balik) :
Macam2 ada - nyiru, bakul, bangku, rak bertingkat, alat muzik, perhiasan dll. Made by Orang Asli.
Aku beli 3 pistol kayu - RM10/pc untuk 3 anok jate.
# My new buchuk - Bantal bear pakai topi stoberi.
1 for me, another 1 for someone - sape ea? Tengahari nanti aku akan poskan kat sorang akak blogger tu :)
# Baju tido hitam corak stoberi x6 pasang untuk anak + anak buah.
(Cth baju - macam yang Iri pakai tu).
Sekian sahaja entri kali ni. Ni kali ke-3 aku ke CH. Actually banyak lagi tempat-tempat menarik yang ada kat sini tapi aku sorang memang tak sempat bawak anak2 (kekangan masa & tenaga).

Tiba masa aku drive balik. Highway jem gila. Aku stop kat R&R Tapah untuk mandikan anak-anak dan makan kat Restoran Pak Tam.

Then, stop kat R&R ? (amnesia pulak) untuk solat Jamak Ta'khir Asar&Zuhur. Then, makan kat KFC.
Entri perjalanan pulang kat SINI.