Saturday, January 10, 2015

Jangan lupa bayar Cukai Tanah, Cukai Taksiran & Indah Water.

     Awal pagi aku dah on lappy & bentang semua dokumen bayaran berkaitan rumah yang aku perlu buat kat atas lantai. Ada 6 pembayaran semuanya (3 bayaran x 2 rumah). Fenin dibuatnya sebab aku selalu lupa dateline benda alah ni. Alang-alang lappy kusayang dah function well sekarang so bolehlah buat payment dengan pantas. * Selalunya guna smartphone je.

Sebagai ingatan, tarikh bayaran adalah macam kat bawah ni-:
Cukai Taksiran - Sebelum 28 FEBRUARI / 31 OGOS.
Cukai Tanah - Sebelum 31 MEI.

Untuk Bil Pembentungan Indah Water Konsortium pulak:-
- Bil akan sampai kat korang 4 kali setahun, iaitu bil Jan-Mac, bil April-Jun, bil Julai-Sept & bil Oct-Dis.
- Bayaran sebulan hanya RM8. Maka bayaran setiap bil adalah RM24 (RM8 x3bulan).
Ni contoh cukai taksiran aku.
Contoh: Nilai tahunan RM3240.00
Taksiran tahunan = 396.40

Maka, jumlah perlu dibayar adalah RM198.20
(half year).
Kalau nak tahu lebih lanjut tentang cukai-cukai ni boleh refer entries kat bawah. Aku ada terangkan in details kat situ.
P/S: Zumal, Hidayu Ayumie & Cik Balqis belum bagi details untuk pos barang.

Related topics:

DAISO, Japan di Palm Mall, Seremban.

      At last, sampai juga aku ke sini - Daiso, Palm Mall. Aku pergi sensorang je semalam - senang. Sebab aku nak cepat. Bukan nak pi jalan-jalan nyoping tapi sebab cari barang yang tak jumpa-jumpa. Ramai yang tau apa yang aku tercari-cari bagai nak rak tu. Hehe. Boleh refer entri tu kat SINI.
Entrance.
Alamak, ahkak ni terenterprem ler pulak.

 NOW OPEN.
Everything at RM5.
- Kitchen
- Living
- Health & Beauty
- Gift
- Toys & Party
- Stationery
- DIY
- Apparel
- Gardening
- Pets
- Electronic

     Amacam, banyak tak? Mau berpinar mata aku tengok hokey :D Big thanks pada semua rakan bloggers yang tak jemu-jemu bagi info kat mana aku boleh cari magnet rubber sheet ni. 
Sebilangan barang yang buat mata aku juling kejap.
K.Farrah @ FAMF-Tower, saya jumpa Cork Craft jugak macam akak nyer tu tapi saya tak beli sebab mana
reti nak buat board macam akak.
Tapi, saya beli Craft Punch tau - gambar bunga.
Harap tak rosak lah benda tu sebab ada banyak tangan yang menggodeknya semalam :D
     Aku borong 6 keping A4 Magnet Sheet ni tau. Tamak gitew - kalau dah jumpa barang yang aku suka. 1000x LIKES. Aku memang macam tu kalau korang nak tau - 'tomaqun'. Hehe ...malu pulak pi cerita. Kalau boleh, aku nak melompat dah kat Daiso tu sebab terlampau excited jumpa berlian magnet sheet ni, tapi karang tak pasal-pasal aku kene ikat bawak pi Klinik Psikiatri, HTJS pulak. Tak pasal doktor sendiri yang 'masuk dalam' :D.