Thursday, January 8, 2015

Program Kesihatan Bersama Panel Penasihat.

Dapat surat ni petang tadi.
Tarikh: Sabtu, 10/1/2015.
Masa: 8pg - 12t/hari.
Tempat: Dirahsiakan atas faktor keselamatan. 

Pengerusi Panel Penasihat KK aku:
Dato' Dermataksiah. 
(Harap Dato' maafkan saya if got wrong spelling).

Tajuk ceramah: 
- Ceramah Kanser Serviks.
- Ceramah HIV.

** yang diwassap kat aku ceramah 'seks luar nikah' jugak. Ermmm...macam tak seswai je kan korang? Kalau Ahli Agama lebih sesuai.. Cth: Ustazah. Takkanlah aku pulak nak cover topic tu.

     Actually nya aku jadi penceramah gantikan kawan aku. Yang tak bestnya ialah sebab hari Sabtu. Huhu. Mula-mula aku refuse, tapi, sian pulak YM aku cari doktor semua pun xmo. At last aku accept jugak sebab YM aku pun pegi sama. Lagipun boleh masuk point kat myCPD & boleh claim hours. Entah2 dapat duit jugak. Haha..(Sila abaikan yang ni. Mata duitan sungguh kau ni Shikin oii. Memang tak patut). Taklah, tak fikir pasal tu sangat..bagi ilmu kat orang kan boleh tambah pahala - jom kumpulkan saham akhirat. Bayangkan juga berapa ramai yang dapat benefits kalau dorang amalkan apa yang kita sampaikan?
     Aku tak kesah je jadi penceramah, sebab aku suka bercakap pasal kesihatan - especially bahagian promosi kesihatan. Aku takut orang boring je dengar sebab kalau aku dah dapat mikrofon, korang kene tadah telinga lama-lama sebab aku pun tak pernah pakai jam tangan so aku main cakap je sampai terlebih masa. Sama macam masa aku bagi ceramah kesihatan kat budak sekolah rendah yang aku in-charge. 1 more thing yang penting, aku dapat gilap communication skills aku, betul x? Mana tau nanti kena jemput ceramah bersama Dato' Fadzillah Kamsah ke, Dato' Fazli, UKE - okey, abaikan angan-angan Mat Jenin aku ni jugak ye.
     So, apalagi? Kalau nak ceramah kenalah up-to-date sikit. Jom buat revision. Ehhh..xde yang nak join? Takpelah, aku buat revision sorang-sorang je lah.

Take home message:
- Look things in a positive way. Eventhough u may lose something, u maybe gain a lots more.
- Jangan terlalu fikirkan yang anda tidak boleh. Setiap orang ada kebolehan tersendiri - Cuba kenalpasti.
- Make others rely on you! How? Fikir-fikirkan ye:)

Related topics:
~ Motivator... seswai ke??
~ Wordless Wednesday #31/12.

Batu Karang - Kidney, ureter, bladder stone? Mana satu?

Masih ingat cerita Jumaat lepas - Cerita pakcik yang bacaan darahnya (kidney function test) tak bagus (Creat 723) & aku send dia ke hospital untuk buat urgent USG KUB (ultrasound/scan). Refer SINI for full story. Alhamdulillah pakcik tu akhirnya menjalani scan. INI SEMUA PUN BERKAT DOA KALIAN. TERIMA KASIH BANYAK-BANYAK.

Okey, petang tu memang tak sempat dah nak jumpa pakcik semula. Lagipun aku postcall.

Isnin, 5/1/15:
Pakcik datang bawak results USG KUB. Mashaallah patutlah teruk sangat results darah dia. Kiri kanan ada batu dalam ureter (rujuk gambar) yang sebabkan obstruction /sumbatan lah. Aku consult FMS semula - so, pakcik need admission.

Selasa, 6/1/15:
Pakcik 'menyerah diri' kat hospital.
KANAN - Aku buat surat rujukan nak admit pakcik.
KIRI - Results ultrasound. 
Rabu, 7/1/15:
Pakcik dibawa dengan ambulans ke Hospital Selayang untuk rawatan selanjutnya. Maybe laser.

Doakan condition pakcik ok & fungsi buah pinggang dia back to normal ye korang.
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
K.Farrah buatkan ni untuk aku.
Ni HSB pulak yang buatkan.
     Thanx to k.Farrah & HSB. Meh cini nak peluk ketat-ketat. Hehe. And muah..muah jugak sebab sudi buatkan ni untuk kite. Comel sangat..kita suka tau (terus gediksss tukar jadi 'kite' pulak dah). Okey, jom terjah dorang berdua kat SINI & SINI.