Sunday, January 4, 2015

Mr. DIY, Tesco Seremban 2.

Sabtu, 3/1/2015.
Mr. DIY, Tesco Seremban 2.

     Mula-mula pi Kedai Gambar H.P.T kat Jalan Tuanku Munawir, Seremban dulu. Nak cuci gambar 4R untuk dibuat fridge magnet. Kalau cuci sekeping gambar saiz 4R- RM1. Semalam aku cuci 10 keping = RM6 (save RM4). * Kedai yang nearby rumah tak terima cuci gambar yang diedit sebab katanya mesin dorang kecik, nanti gambar yang aku edit boleh terpotong.
ATAS: Gambar 4R yang siap dicuci.
BAWAH: Gambar yang siap dipotong. Tinggal nak lekat kat magnet rubber sheet.

     Destinasi seterusnya - Mr. DIY kat Tesco S2. Kedainya besarlah jugak. Ruang nak jalan selesa. Tapi, masa aku datang tu tengah nak extend kedai. Jadi, banyak barang yang berselerak. Pekerja-pekerjanya okeylah - ada few yang tolong aku cari magnetic sheet walaupun dorang tak berapa familiar  dengan benda alah tu. Jenuh juga aku try nak carik. Siap pusing 1 kedai tapi tak rezeki. Magnet sheet yang aku jumpa ritu mahal pulak. Takmo dah beli kat sana. # Refer entri INI . Ikutkan kata Scdha Sein & K.Farrah FAMF-Tower, kalau kat Daiso cuma RM5. Kat Seremban ni macam takde Daiso je aku rasa.
3 anok jate - memang lebih suka dok dalam trolley dari berjalan di atas kaki sendiri. Katenye penat kalau berjalan.
Mama & Ajik,si pemalu.
Saje dia buat muka macam tu.
Antara hasil yang 'berjaya' dibawak balik:
- Suit cover = RM3.90
- Washing bag = RM1.20
- Bekas plastik berpenutup = RM2.30
- Bekas tin = RM1.30““““““““““““““““`“````
Iri dok atas washing bag.
- Senang nak basuh tudung & baju sulam/bermanik dalam washing machine.
So, dapat minimize kerosakan.
Bekas plastik pulak senang untuk bawak travel.
- Boleh jadikan container sudu/garpu atau toothbrush/toothpaste.
Boleh jugak jadikan bekas pen.

Saturday, January 3, 2015

Muda jelita dengan Safi Rania Diamond.

     Perempuan & penjagaan kecantikan memang tak dapat dipisahkan, betul tak? Mana ada perempuan yang taknak kelihatan cantik. So, straight forward je aku nak share produk baru yang aku pakai...

Macamana aku boleh start cuba SRD ni?         Actually staff aku yang muda-muda kat klinik tu advise aku pakai sun block. Almaklumlah makcik ni dah tua kan, nanti senang naik jeragat kat muka.
     Aku ni mana pernah pakai sun block bagai tu lah agaknya hasil kulit wajah aku ni tak berapa memberansangkan. Huhu..So, aku pi tanya nyonya kat supermarket apa sunblock yang ada, aku nak beli.
Taraaaa...
AGE DEFYING CREAM SPF27++.
KRIM ANTIPENUAAN SPF27++.
Haaaa...hambek kau..krim ni yang dia bagi aku.
Nampak kerepot dah ke kulit muka aku.
Almaklumlah dah 3-series.
Sila klik SINI untuk ke official website. 
Kak Ziana Zain rupanya duta SRD ni..
Mmg I LIKE!!! 

So, any positive results? 
     Yup, ofkoslah. Pakai tak sampai seminggu dah nampak muka berseri-seri. Kakak nurses kat klinik dok kata Dr. Shikin cant** lepas aku pakai krim ni. Fefeeling kejap. Tapi, taktau betul ke tidak ke saja nak jaga hati. He3. Cubelah korang. Harga kalau tak silap RM40.

Related topics:
* Sorry tak dapat buat review Ephyra sebab tak habis consume.