Tuesday, August 23, 2016

Doktor merangkap tukang cat.

Haa..u olzzz jgn ingat ahkak takleh mengecat ye. Kalau tak percaya, cubalah tengok hasilnya :)

Hallway - sebelum dicat.
Keserabutan rumah semasa proses mengecat.
Hallway - siap cat.
Different colour dari ruang makan.

Peralatan mengecat memang dah ada dalam rumah. Cuma cat je tak de masa nak beli. Hajat hati nak guna Dunlop atau Jotun ~ biar mahal asalkan tahan lama. Tapi malas pulak nak pergi beli sampai kat pekan Seremban atau Seremban 2 tu...buang masa je.

So, beli je kat kedai cat nearby rumah. Cat yang boleh dikatakan murah. Cat Sankora 7L satu tong baru ~RM37 (aku beli warna Isabella & Blue Moon kalau xsilap). Warna ala-ala biru nila ialah cat Sissons 7L RM50+. Cat Sankora tu memang cantik sangat 'tepek' kat dinding. Cuma Sissons (tak tunjuk kat sini) tu nampak 'bertampuk' sikit ~ maybe sebab orang tak professional mengecat warna yang pekat (dark colour).

Why painting myself?
1. Tak berani nak bawak masuk orang tak kenal dok lama2 dalam rumah (aku kan sensorang).
2. Dah plan nak upah staf tapi orangnya busy 24hours.
At last cat lah sendiri.

Capai tangga...panjat...roll lah berus kat wall sorang-sorang kan..
Alhamdulillah hasil memuaskan hati sendiri.

*Anak minta cat bilik dia pulak. Entah bila nak sambung mengecat taktahulah.
*Tangan pedih & melecet sikit. Almaklumlah tangan pompuan kan..

Huhu..okey.
Nak sambung rehat ye. Bubbye u olzzz. 

Aplikasi myTNB.

Taktau u olzzz aware tak pasal apps myTNB ni? App ni boleh dapat kat Play Store.




Dalam 2 bulan lepas my neighbors ada What's App pasal benda ni disebabkan ramai yang pelik bil TNB tak sampai2 rumah. Last bil aku dapat was in June.

Disebabkan risau banyak tunggakan so aku bayar je ikut purata biasa bil bulanan pada 17/8/2016 yang lepas. Esoknye, 18/8/2016 dapat bil dalam mailbox. Mak oiiii tokojot aku nengok RM264... Nasib baiklah untuk tempoh 50hari. Tapi, kira lebih dari purata bil yang biasa.

Rupa-rupanya jiran-jiran aku lagi banyak ~ ada yang RM400..ada yang RM540.

Cepat-cepat je aku download apps ni senang nak tengok atau semak bil in the future.