Thursday, September 18, 2014

Pedih ulu hati.

     Sapa pernah ada simptom ni? Dah dapat diagnosis ke? Dah terima rawatan? People around ada tak pernah facing situasi ni - samada korang nyer asben, wife, parents or siblings. Apa agaknye diagnosis yang korang terpikir masa tu?

     Asben aku dah beberapa kali alami simptom ni. Sakit macam nak guling-guling. Sampai sekarang belum dapat diagnosis sebab dia takmo amek appointment Pakar. Most lelaki memang macam tu. Perempuan pun ada yang camtu tapi x seramai lelaki. Korang rasa kenapa ea?

     Asben aku ni ada strong risk factors:-
1. Ada family history IHD. Refer SINI ~ Myocardial infarction. 
(MI termasuklah dalam kategori IHD).
2. Dia jugak suka makan jeruk & kerap minum air yang berais batu.
3. Kerja dia pulak sangat stress sebab selalu terima tekanan dari Senior Officer.

So, macam-macam aku fikir. Antaranya:

1. Heart attack - tapi dah banyak kali buat ECG semua normal.
Refer SINI Electrocardiogram (ECG).
2. Peptic ulcer - masa admit tu dah buat CXR (chest X-Ray tapi takde 'air under diaphragm).
3. Panic attack - ni pun boleh jadi tapi tengah2 ok (takde stress) takkan tiba-tiba panic attack.
4. Gallstone - Kalau penyakit ni selalunya sakit ulu hati semasa/lepas makan berat or meal yang berlemak. Aku tanya ada tak check LFT (liver function test)? Dia kata ada check darah tapi x sure untuk apa.
5. Gastritis - Dia kan selalu makan asam - banyak cuka. Tapi, ni kena buat scope baru tau.

     Ingat tak aku pernah cerita dia admit ward masa raya ritu? ~ Kenangan Hari Raya 2014.Sampai la (sekarang) xtau diagnosis.
Ermmm...

Wednesday, September 17, 2014

Liebster Award #7 - Tagged by Azieera TajulRahim.

Ditag oleh: Mamabiha

Soalan-soalan

1. Apakah haiwan peliharaan anda
- Takde pet:)
 
2. Perasaan anda apabila sering didesak?
- Irritated. Rase nak jerit, "Stop it, please!"
 
3. Perkara yang paling menggembirakan hidup anda
- Berjaya dalam pelajaran, sekaligus menjadikan tu hadiah paling berharga buat mak & ayah.
- Dapat kawin dengan asben & dikurniakan anak-anak yang comel2. (ramai suka dia tapi kecundang. Ada yang siap kol aku marah-marah)
 
4. Adakah anda suka memasak?
- Tak suka. Leceh.
Kene ada resipi kat tepi masa memasak.
Tapi, alhamdulillah menjadi setiap kali masak.
Licin je family aku makan.
 
5. 3 Perkara yang anda buat sebelum keluar membeli-belah
- List barang selalunya disiapkan seminggu awal (tapi selalu hilang time nak kluar beli barang).
- Siapkan anak-anak dulu. Aku bersiap paling last.
- Pastikan stuff on-the-go anak-anak dah di refill.
 
6. Bila target anda untuk berkahwin?
- Dah kawen.
 
7. Impian anda nak berapa orang anak?
- Tiga boys ni cukuplah.
 
8. Makna cinta buat anda?
SOALAN NI PALING AKU SUKA.
Aku slalu argue dengan asben tentang maksud CINTA - pendapat kitorang mmg very different. 
- Bagi aku, cinta sejati adalah cinta kepada Allah. So, in terms of nak bahagia kenalah praktikkan cinta yang membawa kita menuju ke syurga.
Cth: solat berjemaah, ajar anak baca Quran, ajar anak adab-adab dalam Islam.
- Cinta memerlukan persefahaman, perkongsian, kerjasama, toleransi, tidak mementingkan diri sendiri sahaja.
Semuanya back to basics.
 
9. Medium sosial mana yang anda sering pakai fb, insta, blog, tweet?
- Blog (FB dah jarang - buang masa je sebab banyak negative setakat yang aku jumpa.)
 
10. Jika ada rakan yang sisihkan anda, apa yang anda akan lakukan?
- Malas nak layan. Lantak pi lah. Apsal tiba-tiba nak isolate pulak.
- Aku x suka orang cari pasal dgn aku sebab aku x suka cari pasal or sibuk hal orang. Jaga hal sendiri sudah.
 
11. Pakaian apa yang anda pakai untuk anda nampak matang dan yakin?
Any attire yang menutup aurat.
Yang penting kene pakai eyeliner even x sempat nak calit eyeshadow. (macam x jawab soklan).
 
Tak sempat nak tag anyone lagi:)