Wednesday, November 19, 2014

Unexpected delivery.

      Tengah treat patient petang tadi, tiba-tiba staff aku, M hantar envelope besar. Aku memang xde beli apa-apa pun setakat ni. And takde menang apa-apa GA rasenye. Bila aku turn envelope tu ke belakang, ada nama k. Farrah,  dari Blog FAMF Tower. Tapi, aku dok pikir ada apa dengan cinta ya? Ehhh..tu tajuk cerita Endon xD. Tak sabar nak tunggu balik. So, mama pun unwrap (macam x seswai pulak word ni). Jeng..jeng.. jeng....
    So ada macam-macam inside the envelopes:-
- Coloring + sticker book.
- Buku sambung titik-titik.
- Birthday card hand-made by k.Farrah sendiri & ada special wishes.
- Small square card.

     Thanks a lot k.Farrah sebab susah-susah buat ni untuk Abe. Ni dia tengah busy dengan buku hadiah k.Farrah tu. Buku colour tu saya nak photostat 1 set untuk Ajik pulak. So, saya akan release 1 by 1 je kat dia. Ajik ni bukan boleh bagi sebuah buku memang habis dikoyaknye. Dah berapa banyak coloring book saya beli kat dia. Tahan sehari je, lepas tu just tinggal cover. Ermmm...

Warga asing /pelarian - tapi demand bukan main.

     Seorang patient lelaki Myanmar dari UNHCR datang klinik aku mintak enough supply untuk ubat-ubatan dia. Nak tau ubat apa? Semestinya ubat darah tinggi, kolesterol, cair darah dll yang kosnya memang tinggi jika dibeli sendiri. Tapi, kalau kat Klinik Kesihatan memang free lah. So, please appreciate ubat korang. Just kena bayar untuk pendaftaran je:
1. Orang Malaysia = RM1.
2. Warga asing = RM15.
3. UNHCR = RM7.50.

     Berbalik pada patients ni, dia sebenarnya under follow-up Klinik Kesihatan berhampiran. Aku tau ni lepas dia tunjuk photocopy slip ubat dari klinik berkenaan. Hamboi...hamboi... Guys, FYI...ubat-ubatan jenis di atas hanya akan diberi untuk tempoh 5 hari je untuk Non-Malaysian ok. Yang selebihnya kena beli sendiri kat farmasi luar. Kalau appointment 5 bulan, means 5 bulan lah kena beli ubat-ubatan tu. Aku pun explain apa yang patut, tapi dia siap cakap, " Saya mana ada duit mau beli luar. " Hamboi.. Hamboii lagi.. Teruklah kami as tax payer ni. Sekarang sebulan pun bayar cukai dah beratus-ratus, takkan nak kene bayar lebih lagi kottt. Dah pulak depa ni dah terlajak ramai kat Malaysia ni.

Rujuk entri Daddy Ziyyad ni jugak ye ~ Warga asing perlu bayar caj rawatan.