Friday, October 31, 2014

Hadiah dari Australia.

Hadiah dari?
Klik SINI for answer..
     Jeng..jeng..jeng..
Dapat hadiah dari blogger lagi. Tengah senyum sangat lebar sampai ke telinga ni. Nak tau sape yang bagi? Cubelah teka..
Blogger ni baru je balik bercuti dari Australia dengan kawan-kawan nya.
     Haaa...siapa lagi kalau bukan Sal. Sal, saya suka sangat hadiah ni seperti kata pepatah, " Kecil tapak tangan, nyiru saya tadahkan." Ehh betul ke pepatah ni? Sorry kalau salah:)
     Okey, nak tau x isi tulisan yang Sal titipkan kat saya? Taknak tau pun saya tetap nak btau. Hehe..ber'saya2' pulak.

" Assalamualaikum Dr. Shikin,
Thanx a lot coz..
- Follow blog saya
- Selalu jadi top commentator
- Always sharing useful infos & cerita2 yang best kat ur blog

Harap Dr. Shikin suka ole-ole yang biasa2 je ni.
By the way, blog saya dah buat major renovation.
~ Thoughts Inside My Head
blognisalpunya.blogspot.com "

# Saya x kesah apa-apa hadiah yang diberi memang saya terima dengan hati yang berbunga riang. Bukan harga yang saya pentingkan, tapi pemberian yang tulus dari hati. Will always follow you, unless you forget me. Ahaksss..menggedik pulak saya ni. Btw, jangan sedih2 lagi tau. What happened to u memang I took as a good lesson for my ownself jugak. Sebab previously saya pun suka post/ publish entri blog kat FB. Saya ambil iktibar yang non-blogger takkan faham what we're actually writing inside our blog. Mesti ada salah faham punya lah..Betul, tak?

Thursday, October 30, 2014

Kompleks Sukan tepian gelanggang, Paroi.

 Ahad, 26/10/14.

   Satu lagi lokasi riadah yang popular bagi penduduk Seremban ialah di Tepian Gelanggang, Paroi. Kawasan ni terletak di jalan Kuala Pilah-Seremban. Memang nampak dari jalan besar. Ia selamat sebab sekelilingnya berpagar.
     Pengunjung terdiri dari pelbagai peringkat umur, dari budak baru berjalan sampai elderly. Perempuan & lelaki bebas beriadah kat kawasan terbuka ni. Mostly adalah Malays. Yang aku nampak, Chinese & Indians suka pergi SINI ~ Lake Garden, Seremban.
Aku & asben tak suka sangat datang sini sebab not safe for kids.
     Antara aktiviti di TGP ni adalah jogging, bermain bola sepak, main skate board, futsal, & playground yang sederhana besar jugaklah untuk anak-anak. Dalam dewan pulak ada training taekwando untuk schoolchildren. Dibuka dari awal pagi sampai malam. Kalau malam penuh pokok lampu2 yang colorful tu. Siap pasang spotlight lagi. Memang 'happening' lah kalau korang datang sini.
Abe yang selalunya takut2 ni berani pulak panjat gelongsor 2 tingkat tu. Ajik yang berani ni entah kenapa pulak tak nak lalu kat besi yang lubang-lubang tu. Iri pulak first time aku biarkan dia main sini - tak sangka pulak dia berani mengalahkan Ajik.

Adam Hadif 'exam' lagi.

     Dulu masa abe pekse setengah tahun, mama jugak yang 'kecut'. Ni tengah peksa akhir tahun mama masih rasa yang sama. Walhal anak mama baru je 5 tahun. Bukan nak UPSR ke..PMR ke..SPM ke..(3hb Nov dah start SPM tau). Refer SINI ~ Adam Hadif sits for exam. Owh really?

     Kenapa aku nak kecut perut, risau, cuak? Mungkin sebab mengharapkan anak aku dapat buat yang terbaik, sedangkan macam kind of impossible sebab aku sangat jarang luangkan masa untuk ajar dia. Kecuali last minute macam ni baru nak ajar semua. Macam revision jugaklah. Aku tak pernah 'push' dia soh dapat top 3 sebab tadika (PASTI) je pun,kaannn.. Dulu pun aku tak ajar, alhamdulillah dia dapat no.6 dari 30 orang & secara keseluruhan no.15 dari 60 orang (untuk 5 tahun ada 2 kelas). Tapi, dalam hati aku tetap nak anak aku sama atau lebih baik dari aku.
     Dulu masa aku Tadika KEMAS - dapat no.1 secara keseluruhan. And, masa penyampaian hadiah aku bolot semua. Tak sape ajar aku. Ayah aku belajar takat LCE, mak pulak darjah 6. Mak kata, "Mak pandai dulu tau. Tapi, berenti belajar sebab kami orang susah." Mak sambung lagi, " Ayah kau dulu pun masa sekolah omputeh dia nak sambung belajar tapi Atuk x bagi & suruh tolong kerja jual ayam kat pasar. " Sedih aku dengar cerita mak. That's why aku belajar sungguh-sungguh untuk realisasikan impian mak & ayah aku yang tak tercapai :). Tapi, tu lah..anak pun aku nak jadi sama macam perangai aku.
     Entri ni bukan nak berlagak setakat no.1 tadika je pun. Hehe. Tapi, aku nak budak-budak sekolah ni tau, jangan nak salahkan parents kalau depa x ajar korang. Depa pun belajar takat mana? Kalau yang educated sekali pun, banyak masa di luar sebab bekerja. Nak cari duit untuk sape? Korang jugak, kan? Asben pernah cerita anak Kol (sebutan askar -> Kenel. Jangan salah sebut tau:) dia semua pass with flying colors tau. Cth: SPM 10A walaupun dia asben wife busy. Anak-anak dia faham. Harap anak2 aku pun faham kenapa aku kena kerja & tinggalkan depa sepanjang hari.

Wednesday, October 29, 2014

Suda tukar ka?

28/10/14
8.00am

Refer entri ni kalau nak tau apa jadi kat asben aku 7/10 yang lepas..Husband accident ~ Deep L/W over Right Foot.
Hampir seminggu jugaklah aku jaga dia kat ward. Kenapa lama sangat? Sebab dia sustained open fracture, so kene bagi IV antibiotic (antibiotik ikut air) plus kene op (operate). Kira minggu ni dah PT 3/52 (post trauma 3 weeks). So, dah 'due' untuk TCA (appointment) dia.
      Dengan confidentnya aku btau in-charge yang asben aku appointment rini. Semalam aku dah snap gambar appointment card send wassap kat dia. Aku memang jenis camtu walaupun takde sape pernah mintak sebab aku tak suka sesape ingat aku tipu or ambik kesempatan. Aku suka bagi/mintak 'black & white'.
Appointment card - front & back.
Disebabkan TCA sebenar adalah 29/10/14 tapi kitorang dah ada kat kawasan Klinik Pakar ni,
apalagi..aku snap jugak gambar husband aku & wassap kat klinik bukti aku dah sampai HTJS.
Bukti mesti ada so that boleh protect myself.
Sampai camtu sekali strictnye kitorang tau.
     So, pukul 7.30am aku dah kluar rumah. Sampai kat HTJS aku pun drop husband kat entrance Klinik Pakar. Kat situ memang ada sorang PPK yang akan membantu kalau kita mintak tolong. Ada banyak wheelchair juga. Selesai drop, aku pun pi parking bertingkat (baru siap ni). Lepas parking, aku pun jalan semula arah Klinik Pakar. HTJS ni berbukit tau. Kalau lambat datang, alamatnye mendaki lah dari bawah. Memang mengah. Shuttle ada disediakan. Tapi, aku x sure jadual depa. Aku ni jenis x suka tunggu. Nak cepat je. So, kalau aku parking bawah pun, aku akan naik jalan kaki.

Sesampainya aku kat husband.....
Asben: Ayang..29.
Aku: Aaaaa...ape yang 29?
Asben: Appointment abang 29.
Aku: Laaa yeke?
** Macamana boleh x perasan pulak? Aku siap send wassap kat in-charge semalam tapi x perasan 29/10 tu the next day - bukan rini.

Ter'on-call'.

24/10/14
     Kat klinik aku memang takda orang yang oncall after office hour. Kalau setakat oncall lunch time tu ade lah. Tapi, memandangkan ada segelintir patient yang walaupun dah teruk tetap takmo datang klinik tapi tunggu keadaan yang sangat-sangat teruk baru lah nak datang klinik...and, kalau datang tu pun mesti time dah hujung-hujung..maka aku n Haji (MA aku yang superb best) ter'on-callah' hingga pukul 5.40ptg.
     Actually macam ni, En. F ni umo 45tahun, menghidap darah tinggi. Masa dia datang jumpa aku katenye mata dia dah 4 hari blur, tak berapa nampak. Di hari ke-4 rini, memang dah sangat-sangat blur. Tapi, dia siap boleh memandu dari Nilai ke Seremban untuk lawat anak dia yang dok asrama sini. Bahaya kan?
     So, apa korang tengah fikir? Mesti sama cam aku, kan? Aku terus ambik manual BP set dan pump sampai 200mmHg. Aku release pump tu, tapi aku tak dapat reading. Kenapa ek aku pump sampai 200? Aku try sekali lagi..tapi kali ni sampai 220 pulak. Tetap tak dapat reading. So, aku mintak change tangan. Tetap sama. Tapi, aku dengar sayup-sayup bunyi tu di takat 80 & 50, which makes the reading 80/50mmHg. Repeat 2 times - reading same. Ambil darah FBC - everything ok except platelet 85. Tapi, dia tak demam pun & hematocrit normal. So bukan denggi. Put on IV drip ('gantung air') & call ambulance dari hospital. Hopefully everything ok.

Related topics :
~ Sfigmomanometer.
~ Check BP kat tangan kanan ke tangan kiri?
~ BP check-up.