Wednesday, October 15, 2014

Waktu operasi klinik kesihatan di Malaysia.

4.45pm:
Semasa sedang merawat seorang pesakit perempuan berumur 84 tahun.

Anak pesakit: Klinik ni tak buka 24 hours ke, doktor?
Aku: (Dengan senyuman manis. Manis ke?? Perasan sendiri..) Tak, pakcik. Kita buka office hour je. Jap lagi pukul 5 dah nak tutup dah.

Penjelasan:
- Waktu operasi klinik kesihatan ni tak sama. KK kami ni dekat je dengan hospital, so tiada doktor atau staff yang diminta bertugas after office hour.
- Bagi klinik yang jauh dari hospital, mereka akan ada oncall team (passive call) yang bertugas. Cth:-
1. KK Palong 4,5&6 di Daerah Jempol.
2. KK Rantau Panjang di Daerah Port Dickson.

Related topic:
Death-in-line (DIL).

Tuesday, October 14, 2014

BP check up.

     Entri ni adalah lanjutan daripada tajuk ni tau ~ Check BP kat tangan kanan ke kiri? Kalau korang tak baca entri ni, confirm korang confuse.
Doktor ni check BP kat tangan kanan patient. Kenapa? 
Kalau dah baca entri sebelum ni mesti korang tau jawapannye :)
Patient ni right-handed.
Dia check BP kat tangan kiri.
Kenapa?
Gambar last ni aku belum explain. 
Ok, yang warna merah tu salur darah kat lengan kita. 
Doktor kena letak stetoskop kat sini sebab nak detect sound yang menentukan bacaan tekanan darah atas & bawah. 

* credit images to Mr. Google. 

Check BP kat tangan kanan ke kiri?

     Ada patient yang pelik kenapa ada doktor check BP (blood pressure) kat lengan kanan & ada yang check belah kiri. Bukan sorang tapi dah beberapa orang dok confuse. Cer korang imagine..kalau patient dok belah kanan doktor, tangan kanan ke tangan kiri yang paling dekat? Mestilah tangan kanan, kan? Kalau nak check BP ni mestilah dalam keadaan selesa. So, doktor akan minta patient bersandar dengan selesa kat kerusi & relax kan tangan yang paling dekat tu atas meja. Takkan nak mintak check tangan kiri.. Tak ke macam bersilang pulak jadinya. Looks awkward, kan? Lainlah kalau patient tu duduk sebelah kiri doktor.
     Walaubagaimanapun, masih ada patient yang tak puas hati dengan explaination kat atas. "Doktor, masa saya check kat farmasi, dia kata check BP mesti kat tangan kiri sebab tangan kiri dekat dengan jantung. Tangan kanan tak boleh." "Haaa..Professor saya tak pernah pulak ajar macam tu. Dalam buku pun tak pernah jumpa teori macam tu." [Dalam hati -> Aku rasa nak ketuk je kepala orang farmasi ke pharmacist yang ajar macam tu kat patient.].
     Aku pun tanya pendapat kawan aku. Tapi, aku taknak bagitau pendapat aku sebab takmo bias. Jawapan dia, "Sepatutnya kena check both sides".
Related topic ~ Sfigmomanometer.

So, mana satu yang betul? 
Refer article bawah ni ye:)
- Better check both side kalau baru first time check BP.
-> Sebab senang nak buat comparison.
-> Selalunya tak jauh beza pun reading kanan & kiri.
- Kalau check sendiri (sensorang) kat rumah,
easier check sebelah tangan yang x dominant.
     In case korang dapati BP korang tu persistently high, don't hesitate untuk jumpa doktor tau. Actually, banyak faktor yang mempengaruhi bacaan BP tu. Antaranya :
1. Saiz cuff - Tak boleh terlalu kecik atau terlalu besar.
Kalau longgar/ ketat sangat - akan sebabkan bacaan tak tepat.
2. Ambil dalam keadaan rehat.
3. Duduk secara selesa & mesti tegak.
4. Ambil beberapa readings.
5. Selalulah biasakan ambil pada masa yang sama setiap hari. 

Busy Monday.

     Dengar tajuk konon2 macam aku busy kat klinik kan? Well, tak lah. Actually aku balik rumah sat sebab nak setelkan semua kerja-kerja yang tertangguh. Banyak pulak tu. Konon nak siap cepat, tapi at last lama jugak masa yang diambil.

     Apa yang aku buat busy sangat tu?
1. First of all,  aku update myCPD online aku yang tak pernah update since awal tahun. Tahun2 lepas memang aku sentiasa update myCPD aku tapi tahun ni hancus. Aku ni kalau sekali dah ada 'gangguan' yang buat aku tak boleh focus pada certain things tu memang payah lah nak 'tune balik'. Aktiviti harian macam kerja memang buat cam biasa. Tapi, yang nak update2 ni yang interrupted. Jenuhlah aku godek2 rak buku cari semua sijil kursus & bengkel untuk fill-up.

2. Lepas tu dah lama tak semak transaction history kat m2u aku. Setiap bulan memang banyak gile komitmen aku. Especially credit card - semua keperluan rumah, keperluan anak-anak & minyak kete memang aku pakai credit card. Syiok sbb boleh redeem. Kadang2 lupa nak bayar sampai bank kol. Aku ni jenis tak suka buat standing instruction.

3. Update documentation untuk kes LINUS aku...kes budak-budak 'slow learner'. Kalau ikutkan, benda boleh setel cepat. Tapi, biasalah depa ni sokmo taknak ikut prosedur yang ditetapkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia & Kementerian Pendidikan Malaysia itself, tu yang banyak benda 'tergantung' tengah jalan. Susah aku nak buat diagnosis tau. Dah pulak LINUS ni libatkan borang OKU skali. Berat ni..

4. Update semua cuti, EL & MC aku. EL kene isi borang pink (dulu merah). Dah pulak tak ingat mana aku catit cuti segala bagai. Macam aku cakap kt point no.1 kat atas, nilah yang jadi kalau aku hilang fokus. Kalau ikutkan, aku ni jarang cuti, except raya. Selalunya EL sebab jaga anak sakit. MC pulak..aku amek kat private. Meaning, MC aku setahun x banyak mana pun (Kalau MC Govt max 90 hari, kan?)

Kenapa doktor amek MC luar?
     Well, kalau korang nak tau, doktor Govt lah umat paling susah nak dapat MC, tapi, paling banyak keluarkan MC!!! Selalu jugak geram ngan patient - migrain nak MC, selsema nak MC, batuk keceh-keceh sikit nak MC, morning sickness nak MC, sakit badan sebab travel kerja nak MC.... and macam-macam lagi. Buat pengetahuan patients yang sikit2 nak MC, kami pun lalui perkara yang sama macam anda. In fact, aku dah pernah rasa semua penyakit yang aku sebut kat atas..tapi aku & doctors yang lain TAKKAN DAPAT MC UNTUK PENYAKIT2 TU, okey. Time slip pun x dapat!  Ni patient, aku bagi ubat lepas tu baik hati bagi time slip 4 jam pun dorang tetap x puas hati. Bersyukurlah...
Ada yang datang gelak2 tapi mengadu sakit itu-ini. Pernah je aku tanya, ni sakit betul2 ke buat2 sebab nak MC ni? Haaa..direct gitu.

Monday, October 13, 2014

Malaena.

     Pernah dengar tak pasal najis warna hitam? Tau tak bukan semua najis warna hitam tu disebabkan penyakit? Means, bukan semua yang bahaya. Macamana nak tau/ confirmkan? Haaa..kenelah baca entri ni ok:)

Jenis yang bahaya dipanggil 'malaena'.

Apa itu malaena?
- By definition is black, "tarry" stool.
- Maksudnya, najis tu hitam lembik macam tar jalan. Najis ni nampak berkilat tau.
- Ia bertukar warna hitam sebab hemoglobin dalam sel darah mengalami 'digestion'/'enzymatic breakdown' oleh bakteria usus.
- Related topic ~ Anaemia.
- So, kalau najis hitam tapi keras, or najis tu lembik tapi x berkilat, tu x bahaya sebab bukan malaena.

Apa penyebab malaena?
- Penyebab malaena ialah upper gastrointestinal bleeding (UGIB).
*Gastrointestinal merangkumi perut & usus (usus kecil & usus besar).
*Upper GI -> perut & usus kecil.
*vs Lower GI -> usus besar.

- Most common cause of UGIB ialah
 -> peptic ulcer disease (PUD)
(Boleh jadi gastric ulcer/ duodenal ulcer
 -> GU or DU).

Apakah penyebab lain najis berwarna hitam?
- Constipation: najis dah keras & terlalu lama dalam usus sebab BO tak lawas. Refer SINI ~ PU & BO.
- Pengambilan iron tablet: biasanya najis warna hitam-kekelabuan...  tak shining.

Macamana nak confirm tu PUD ke tidak?
- Buat scope.
- Scope yang dimaksudkan ialah upper endoscopy @ OGDS.
- Related topic ~ Unexplained weight loss - Part2.