Sunday, December 8, 2013

Bercuti di kala banjir?

       Sebelum Subuh kami dah bangun. Malam tadi dah tertido sebelum set alarm. Dah nekad nak bangun before 4.30am...seb bek terjage jugak. Nak gi LCCT..bawak budak2 ni jumpe Tok & Tok Wan dorang yang nak gi Terengganu...(dah lame dorang book Air Asia ticket tu). Bangun-bangun terus bersiap-siap. Kejut cik asben suruh die dengar2 budak2 ni sementara aku kat bilik air. Biarlah diorang tido dulu. Aku nak siapkan barang2 diorang cepat2.
      Pukul 5.30am gitu kitorang dah ready nak gerak. Then, Atih (adik laki aku) kol kate nak ikut kitorang same. So, kitorang singgah umah mak untuk ambik die. Rupenye kol 4.30am tu mak, ayah, ancik, acu, shafiq, alang & yana dah gerak....paksu dah datang amek dorang ke LCCT.
      OTW kitorang sesat pulak. Awal2 tak nampak pon signboard LCCT. KLIA adelah. Asben aku pulak seperti biase dengan gaya confident nye. Kalau awal2 cakap dah sesat...senanglah aku on GPS. Disebabkan berpusing2 jalan yang sama...kol 6.30am kot baru kitorang sampai. Mase tu family aku sume dah masuk dalam. Flight kol 7am...(cepat jugak dowrang ni masuk..kire tepat mase lah dorang akan depart). Yang sian budak2 ni... Tak dapat jumpe Tok dorang. Dorang ni very close dgn Tok dorang. Tak jumpe sehari pon boleh meraung... Tapi, alhamdulillah dorang tak menangis tadi.. Maybe sebab diorang takot dengan Mama dorang yang garang ni.
     Takde ape boleh buat...jom balik jelah sayang-sayang mama. Petang karang kite nak keluar lagi, kan? Harap Tok & yang lain-lain tak tersekat dalam banjir.
   

Friday, December 6, 2013

Website AMWAY

Hai...kowrang sume mesti tengah diulit mimpi kan?
Yelah...dah pulak sekarang dah pukul 1 am. Dan sekarang pulak cuaca sejuk je. Sedap nye tido...
Mangsa2 banjir kat negeri lain lah yang kesian.
Harap dorang dapat bantuan secukupnye..dan dalam keadaan sihat
& selamat.
Amiiin.
Hoh...cakap pasal tido tapi aku pulak yang tak tido lagi...
Actually dah tido tadi. Tapi, kemudian terbangun pulak kerana terbau ayam goreng KFC menusuk ke hidung. Alamak...apsal lah mak & adik aku beli KFC?  Kan dah terpaksa bangun makan..heheh...terpaksalah sangat, kan.

Aku ni tetibe teringat pasal membership AMWAY aku. Dah terlepas date untuk renew. Actually aku lupe ID No untuk log-in kat http://www.amway.my .Tu yang tak login sampai sekarang. Bile aku godek-godek purse aku...ade je member card dalam ni. Hek eleh...buat kalut je aku ni,  kan? Sok aku try lah..malam sampai kol 11pm dah tak boleh renew.

Kat atas ni aku nak tunjuk jugak member card tapwe & Anakku yang canteks.
Bawah ni saje tunjuk website AMWAY kot2 u guys berminat. Aku bukan active pon sekarang. Sekadar beli keperluan sendiri. Aku ni kan pemalas.. macamne nak maju, kan? 



[ sigh ]

Erggghhh...
Apo nak di kato an laie?
Masuk ni raso eh dah 7x account den kono block.
Tapi, alhamdulillah hackers tu fail to guess my really-difficult-password.
Takkan buleh punyo sobab password tu takdo kono mongono langsung dongan den..
Guys, u ols pon tau kan banyak kebaikan online banking ni...especially bab2 menjimatkan masa..takyah susah2 nak keluar bile nak bayar loan kereta, loan rumah, credit card, tnb, sains, astro dll.
And, takyah susah2 nak mencari parking (seswai dengan aku yang dah berapa kali kene saman parking..hampeh betul, kan?).
Tapi, yang x best nye...ni lah...asik kene hack je.
Sabar yolah.

Kongsi In December ( 2-31 DEC 2013 )

Jom jamu mata lagi...
Syiokkkkkk sangat!

Wednesday, December 4, 2013

Si tukang jahit sakit pinggang.

One young indian guy (from India) came yesterday,  accompanied by his friend sebab die tak pandai cakap bahasa melayu.
Kawan pt : Dr, kawan saya ni sakit belakang dah 2 minggu?
Cara die cakap tu nampak macam serius sangat. Tapi, aku tengok patient tu ok je.
Bile tanye masalah lain...sume takde.
- No fever, no dysuria, no increase in frequency of urination, no haematuria, no history of passing stone during PU, no recent fall, no abdominal pain.
No other associated problems.
O/E : Alert, well. Vital signs normal. Per abdomen NAD. Renal punch negative.
No limbs weakness or numbness. Gait normal.
    
Ix : UFEME clear. (Tak perlu FBC)
Macam pening pulak nak diagnose die ni.
Kawan die nampak very concern dgn sakit pt ni. Tp, pt pulak aku tengok senyum je...x nampak macam in pain pon.
Aku : En, u kerja ape?
Kawan pt : Die tukang jahit, Dr.
Lame2 baru die bgtau...bile pergi kerja baru die sakit. And tiap kali pergi kerja je yang sakit.
Aku : Owh macam tu... U kerja jahit kan duduk tegak je. And lame kan? U menjahit mestilah tak sandar, kan? I pon skit belakang macam u...sebab the whole day i tengok pt tak bersandar dekat kerusi. Basically, tu sakit otot je.
I do mean he's actually having MUSCULOSKELETAL PAIN only.
Bukan sakit buah pinggang or anything serious than that.
Foooohhh...
Term:
Dysuria - sakit semasa PU
PU - passing urine a.k.a kencing
Increased in freqbof urination - kerap kencing
Haematuria - kencing berdarah
NAD - no abnormality detected ( not actually done..hehe...yang ni lawak je)
Musculoskeletal pain - sakit otot rangka

Per rectal examination.

AMARAN KERAS....PADA SESIAPE YANG BELUM SARAPAN OR MINUM PAGI NI...SILA ABAIKAN ENTRI AKU NI UNTIL KOWRANG DAH MENJAMU SELERA  !!!!
Bende ni kotor sikit bagi sesape yang bukan in Medical field. Tapi, among us memang takde ape lah.
Kelmarin, 1 guy ni bawak atuk die jumpe aku. Atuk ni datang.....pakaian kemas, siap dengan kopiah. Nampak cam warak jugak lah. Alih-alih die ngadu...
Pt : Dr, pakcik ni rase sakit lah mase nak buang air besar (BO).
Aku : Pakcik sembelit ke? Mungkin pakcik kurang minum air atau makan sayur & buah?
Pt : Tak, Dr. Air banyak pakcik minum. (tang sayur & buah dia x jawab pulak)
Aku : Ade darah?
Pt : Takde, Dr.
Aku : Pakcik ada penyakit2 lain...macam buasir ke atau lain2?
Pt : Tak ade.
Actually banyak lagi yang aku clarify.. Tapi, nak dipendekkan cerite...
Aku : Pakcik, kene check kat tempat buang air besar ni. Saye kene masuk 1 jari untuk check.
Dalam hati : mintak maap lah pakcik. Saya tau pakcik mesti segan, kan? Tapi, ini tugas saya.
Aku pon buat PR xm.
Perianal & anus (kawasan sekeliling dubur) : no external haemorrhoid, no fissure, no sinus or any other abnormality.
Rectum : no growth/swelling felt inside. Check je lah prostate skali kan...so, tak enlarge.
Yang pasti....memang very hard stool (najis) inside.
Aku kuar jari... Kat glove aku jelas stain from yellow stool, no bleeding (fresh blood ke malaena ke...)
Betullah sangkaan aku yang atuk ni sembelit dari awal tadi.
Tapi, pakcik kate die tak berak keras. Tu yang aku tak paham...nape die cakap camtu ek?
Kowrang paham ke ape aku membebel ni?
Takpelah...yang penting..aku advise die take plenty of water & more fibre.
Then, aku bagi medications to soften the stool.
Harap atuk tu dah ok by today..
Term:
Haemorrhoid - piles/ buasir
Fissure ~ luka merekah
Malaena - black tarry stool (disebabkan oleh UGIB a.k.a pendarahan usus kecil)

Tuesday, December 3, 2013

I'm a loyal MAXIS customer..

Loyal sangat ke awak ni, Shikin?
Tanyeku pada diri sendiri..
Dah lame pakai no maxis ni (012) - dari zaman students sampailah dah anak 3. Yang sulung pun dah 4 tawun lebey.

The main reason aku takkan terminate line phone 012 ni ialah.....kerana....no nilah yang menemukan JODOH aku ngan cik asben. Yang mane aku start cintan-cintun dengan die dari aku 4th year Medical student UKM. Mase tu aku kire dalam Clinical year lah.
Aku dok dalam. Kat KTDI... kolej tun dr ismail. Kolej aku yang nearby Taman Tasik Permaisuri kat Cheras tu.
Sebelum tu 1st & 2nd year ( preclinical year) dok KTSN - kolej tun syed nasir....nearby Istana Budaya, Pusat Darah Negara & Tasik Titiwangsa. Asik dok tepi tasik je...best tau...senang beriadah...(beriadah sangat ler).

Dengan no nilah kitorang dok ' bergayut ' je. Mujur pass exam. Kalau tak, kempunan lah aku nak letak ' Dr. ' kat pangkal name aku, tak gitu?

Aku pakai postpaid ni dah lame. Tapi aku tak pakai packet data pon. Phone pon tak smart...i mean...i'm not using smartphone. So, ape2 promosi online dari stor maxis memang aku malas nak ambek kesah. Sekadar bace2 gitu..
Tapi, for those yang berminat dengan promosi gadget offered by Maxis...and kowrang willing nak buat contract 12 / 24 bulan - depends T&C....
Baik kowrang grab this chance. Yelah, kalau compare harga promosi & harga runcit memang beza lebih RM1k...betul tak pendapat aku ni ek? Aku rase betul dah.





 Tengok sini. Memang WOW , kan?
Oppsss ....mulut tu jangan nganga besar sangat ye. Karang masuk lalat pulak...

Hyperactive child..

Hari ni aku nak share tentang masalah anak-anak yang hyperactive.
Because this morning ada seorang nenek yang bawa cucu die, umo 6 tahun dan risau dengan cucunya yang terlalu aktif.
Sekali pandang memang tak hyperactive pun...dua kali pandang pon tak nampak hyperactive.
So, aku tanye.. " Sebenarnye ape membuatkan makcik fikir cucu ni hyperactive?  Boleh ceritakan pada saya? "
Caretaker, " Die ni tak boleh duduk diam sampai atuk die risau. "
Aku tanye symptom lain macam kat bawah ni..tapi takde pun.
Aku, " Makcik, macam ni...kemungkinan besar cucu makcik ni hanya terlebih aktif dari kanak-kanak lain...tapi saya tak boleh cakap (tak diagnose) die sebagai ADHD (means bukan satu disorder.) Kerana pada peringkat umur ni memang kanak-kanak sedang aktif. Dari assessment saya, dia adalah seperti kanak-kanak lain yang normal. Jadi, makcik jangan risau ye."
Semasa dalam bilik doktor, this child memang boleh duduk diam, tak nampak gelisah, attentive to question walaupun die malu nak jawab sebab doktor ni kira stranger kan bagi die. Good eye contact jugak. Tak impulsive.
Tapi, memang it is a good action for caretaker for bringing this child to clinic for assessment...so that if any problem memang kita boleh identify early....and treat early. Sebab kalau dah lambat...takut banyak problems lain will arise seperti masalah pembelajaran, masalah social, masalah kegelisahan & depression, serta masalah sukar tidur.
Walaubagaimanapun, kalau masalah ni dikesan semasa child dah bersekolah...yang perlu merujuk adalah guru di sekolah. Kerana, ada beberapa assessment yang perlu dilakukan di peringkat sekolah (Instrumen Disleksia & LINUS). Dan guru yang merujuk perlu membawa semua dokumen yang perlu BERPANDUKAN SENARAI SEMAK yang disediakan oleh JABATAN PELAJARAN.
Okey guys...
Kat bawah ni adalah basically senarai simptom Hyperactive Disorder.
Do reads:-)
1. Inattentiveness
The main symptoms of inattentiveness are:
- a short attention span
- being easily distracted
- making careless mistakes, for example in schoolwork appearing forgetful or losing things
- being unable to stick at tasks that are tedious or time consuming
- being unable to listen to or carry out instructions
- being unable to concentrate
- constantly changing activity or task
- having difficulty organising tasks
2. Hyperactivity
The main symptoms of hyperactivity are:
- being unable to sit still, especially in calm or quiet surroundings
- constantly fidgeting
- being unable to settle to tasks
- excessive physical movement
- excessive talking
3. Impulsiveness
The main symptoms of impulsiveness are:
- being unable to wait for a turn
- acting without thinking
- interrupting conversations
- little or no sense of danger

Monday, December 2, 2013

Kene santau.

Kowrang penah jumpe orang kene santau ke?
Aku memang tak penah lagi... Harap2 takkan jumpe lah kan...
Kalau tengok dalam drama tu biaselah kan...
Bukan tak boleh percaya benda-bende camni. Ni salah satu cara orang nak buat khianat dengan manusia lain menggunakann perantaraan SYAITAN!
Tapi, tengok jugaklah.
Mesti ikhtiar jugak lah - dari segi perubatan ISLAM, dan moden/sains.
Nak berubat dua-dua sekali pun ape salahnye, kan?
Ni ada yang berubat dengan Tok Moh yang siap pesan kalau berubat tak boleh campur. Nanti tak mujarab lah...ntah nape tah. Pelik!
Tapi, kowrang kene ingat...walau apa cara kowrang berubat....kowrang mesti BERGANTUNG HARAP PADA ALLAH...bukan pada ubat..atau pada yang lain.
Satu kes ni...colleague aku yang dapat last week.
Si anak, bawak mak die yang keluar darah dari mulut begitu banyak..sampai dah bertakung...sukar bernafas. Katenye muntah darah. GCS makcik tu more than 8/15...so sedo lagi..tak perlu intubate. Just suction + oxygen with high-flow mask. Alhamdulillah SpO2 pick-up. Colleague aku tanye...makcik ade ape-ape penyakit tak before this? Anak die kate takde. " Mak saya kene SANTAU ni! " Lepas tu doktor tu dah maleh nak tanye lelebih coz anak die macam tak boleh nak story ape2 & sounds tak logic. So, patient get admitted.
Inward, mase pt dah stable...baru dapat tau die tu pesakit TB dah on treatment.
Rupenye die batuk darah (haemoptysis)...& bukan muntah darah (haematemesis).
And ni bukan diklasifikasikan sebagai santau ye kowrang.
And lagi satu, aku taktau kenape orang panggil PTB tu batuk kering?
Please take note, ramai yang anggap kalau berkahak tu bukan TB...padahal ia adalah sebaliknye.
Then, kalau ada gejala kerap demam, banyak berpeluh (profuse sweating), hilang selera makan, turun berat badan...cepat2lah datang klinik untuk check sputum for AFB, FBC & ESR.
Untuk PTB CONTACT, kite buat -:
Dewasa - CXR
Children - Mantoux/ Tubercullin test
PTB - pulmonary tuberculosis
AFB - acid fast bacilli
FBC - full blood count
ESR - erythrocyte sedimentation rate
CXR - chest x-ray
Jangan salah diagnose ye pembaca sekalian.

Hujan.

Hai korang!
Ade yang dah tido ke? Sejuk-sejuk ni sedap je kalau landing baik-baik atas katil...sambil kelubung dalam selimut. Betul tak?
Tang dah balik rumah...tu yang best.
Tang nak drive gi keje pagi tu yang liat.....Betul tak?
Hari ni the whole day hujan.
Even dari malam tadi...mase nak lelap mata pon dah start hujan...
Sampai lerrr pagi tadi mase nak pi keje...
Sampai malam ni mase nak tutup mate balik pon hujan tak renti-renti...
Kalau pepagi dah start hujan...alamatnye jam lah jalan. Pasal jalan kan licin..beranilah nak drive lelaju. Tak pasal2 terbabas pulak. Kalau terbabas sorang tu takpelah.. Tapi, jangan sampai melibatkan nyawa orang lain melayang.
Pandu Cermat..Jiwa Selamat
Ikut Rasa....Binasa!
Ikut Hati.....Mati!
Ingatlah Orang Yang Tersayang.
Ermmm...banyak lagi signboard peringatan yang lain, kan?
Lagi satu, pandangan mata kan dah kelabu...Sekelabu cermin kete time hujan lebat..mane nak nampak jalan kan...Wiper dah halaju maximum pon still tak jelas kan.
Ada kete buka double signal...hazard..Boleh ke tak? Boleh kan? Aku rase boleh. Kadang2 aku pon buka..pasal tak nak orang lain langgar kete aku. Pemandangan waktu hujan lebat kan limited. Camnelah agaknye orang2 yang dah tua drive? Sian dorang kan?
Aku mase kat highway slalu lari 130 time hujan memang takde hal. Ntah knape last week aku drive 80 pon kete aku dah kekiri-kekanan. Dah to the left...to the left...dah. Maybe sebab banyak air bertakung kat highway...Seb bek umo aku panjang lagi..And seb bek takde kete dekat2 aku time tu. Kalau tak, alamatnye.....gedegang!
Hari ni pulak...memang tak larat sangat nak drive. Sebab tak cukup tido. Dari kol 3am kot baby dah bangun. Sampailer ke pagi. Memang tak tido dah pastu.. Tension gak. Alang-alang dah tak boleh tido..aku iron lah baju....stok seminggu. Tinggal tudung je yang tak iron pasal aku tumpang umah mak..x cukup space nak letak.
Ni nak type pon tangan dah weak sesangat tau. Tadi mase sampai keje..orang tanye pon 2-3x aku tanye balik...pasal aku tak blh concentrate. Seb bek tak terlelap mase drive datang & balik keje. Alhamdulillah ALLAH masih beri kekuatan....
Ni saje nak tunjuk aku baru keluar dari simpang umah mak aku
&  tengah Q tunggu traffic light nun jauh kat depan tu. Cantik kan view ni?
 Ni pulak pic traffic light yang aku maksudkan tadi dari jarak dekat. 
Kalau aku dah jauh gile kat belakang tadi..memang tak sempat lerr nak kejar lampu hijau.

Kalau aku dari umah aku..aku akan muncul dari belah kiri...dari arah kem askar.

 Ni pulak Q depan sekolah SKSK (sekolah rendah aku dulu..).
Slalu before 7am kete aku dah terpacak kat sini. Janganler lambat sikit..kompom polis trafik tu jage lalulintas sampai lagi lambat jadi nye.
Kalau polis tu dah berdiri tengah2 jalan tu..aku memang kompom aku akan punch lepas kol 8am.
 Of all the pictures...ni baru gambar sebenar yang amek rini. 
Mase ni renyai-renyai. Aku tengah lepak kat parking sambil dengar radio.
Cantik kan KK PD?

Okesss..Selamat Malam semua.

Ermmmm...macam lah aku dah nak tido kan?
Ni haa nak melayan si baby ni asik meragam je..