Tuesday, July 15, 2014

Anatomy (Medical first year).

~ Autopublish entry ~
Kalau sesape pernah bace tajuk ni..
Fakulti Perubatan (Tahun 1&2) - [tekan SINI
...mesti korang perasan salah 1 modul yang kitorang belajar adalah
ANATOMY (kitorang panggil Anat)

Inilah Atlas Anatomy.

This is the Author, Frank H.Netter
 - sedang melukis.


Inilah topics & subtopics yang meliputi all body parts.

Inilah ketebalannya - till Plate 525.

Ni baru satu part - SKULL.
Sila hapal semua nama-nama tulang kat tengkorak hang ...kui3x.
Kene hapal sampai sekecik2 bone okey..
 
Lagi ...bone parts yang mesti dihapei.


Bahagian otak (hotak) yang kene hapal.
Berpinar mata aku nak hapal ikut arrow tu.

Ni pulak semua cabang2 vessel
kat hotak kite.
Ni belum masuk kat badan lagi ..
Nak kene hapal nama semua bahagian bone,
semua lapisan muscle,
semua cabang nerve (urat saraf),
semua cabang vessel/vasculature (pembuluh darah).
#Kita hanya mampu berusaha,
tetapi Allah yang menentukan kejayaan kita#

Buasir.

~ Autopublish entry ~
       Semalam adalah sorang budak laki ni umo 21 tahun cakap berak darah (PR Bleeding).
Suketi je aku cakap budak kan...
Die ni nampak macam 'ganas' je. Tapi, datang ngan mak. 'Anak mak' gitew. In fact, tiap kali aku tanye soklan..die akan refer back kat mak die. Alolo...comel gitew. Budak baik:)
        Die PR bleeding 4 hari (once a day)..mase time nak buang air besar (BO). Banyak pulak tu..dalam 10mL.Tapi, die xde constipation.. X diarrhea. Perut adelah sakit2 sikit je. Tapi, x specific.
        Aku tanyelah, fresh blood ke? Die kate warna merah gelap. Ade buasir ke(piles/haemorrhoid)? Die kate x sure. Aku, kalau lelaki aku 'lambat' sikit nak buat PR examination ni [klik SINI]. Paham2... At last, kene gak buat sebab nampak cam xde cara lain. Patutnye wat proctoscopy sekali tapi proctoscope xde pulak..ntah mane. Patient ramai pulak..hari Isnin kaan.. Takkan aku nak tawaf cari 1 klinik. Huh. So, mase PR tu mmg rase ade swelling kecik2 dua...betullah piles.
Proctoscope. 
         Ape yang buat aku x risau sangat sebab bagi aku pendarahan tu x serius - sebab bila aku examine blood pressure & pulse rate die normal. Lagipun, mase ambik darah FBC, Hb die 15.5g/dL. Bagi ubat & tulis surat..refer SOPD.

Monday, July 14, 2014

Hidayah Allah.

~ Autopublish entry ~
Hidayah
- adalah milik Allah.
- adalah petunjuk Allah S.W.T kepada sesiapa sahaja
yang dikehendaki-Nya sama ada orang baik ataupun yang sebaliknya.
(Cth yang berlaku kepada Saidina Umar r.a,
tetapi tidak kepada Abu Jahal.)
Kita ni ..jangan fikir kita bagus sesangat dah bilamana kita
solat setiap 5 waktu + solat sunat lagi + puasa sunat + tudung labuh & segala bagai ..
Bila kita tengok orang dedah sana-sini kita berpaling & menjauhkan diri ..
Kenapa pulak?
Kan lebih baik tegur ..& doakan moga suatu hari Allah bagi hidayah kat orang tu.
Pengalaman aku sendiri merawat 2 orang stewardess MAS ni..
.. memang cantik giless tahap model.
Tapi, Astaghfirullah datang jumpa aku pun pakai shorts tahap boxer.
Terus-teranglah aku cakap, mase aku nak check kaki die pun..
aku ada terpikir .."Cantiknya kaki die. Kalaulah aku macam die." Haha, bengong jugak aku ni.
Kalau laki tengok ..Erkkk..
Walaupun die macam tu ..tapi die ni so sweet ...lemah-lembut..
berbudi bahasa ..tak sombong...
What else?
Aku hanya mampu berdoa dalam hati moga Allah bagi hidayah kat die.
And Allah tingkatkan keimanan dalam diri aku.
Ingatlah ..Kalau Allah nak tarik balik Hidayah tu dari kita kejap je.
Haa..tak takut ke?
***************
Allah bagi hidayah kat manusia ni dalam pelbagai bentuk, cth nya:
1.Hidayah Gharizah
-naluri semulajadi manusia sejak ia dilahirkan (spt keinginan makan & minum)
2.Hidayah Hawwas
-kuasa deria yang dapat mengenal & membezakan sesuatu (seperti vision & hearing)
3.Hidayah Aqal
-membolehkan manusia berfikir menentukan sikap serta tindakan mengikut hala tujuan yang dipilih.
4.Hidayah Ad-din
-hidayah yang berbentuk pengetahuan & kesedaran agama.
5.Hidayah At-taufiq
-peringkat paling tinggi dalam martabat hidayah.
-siapa yang dapat ni akan mendapat keredhaan & kejayaan di dunia & akhirat.
-Al-Quran adalah hidayah Allah yang teragung kerana ia mempunyai panduan untuk manusia mencapai kebahagiaan di dunia & akhirat.
" Sesungguhnya Dialah Yang Maha Mengetahui akan setiap sesuatu. "


'Suspect' a case of Dengue #1.

;) Dengue is a dynamic disease & presented in 3 phases :
- febrile phase
- critical phase
- recovery phase

SUSPECT a case of Dengue if :

A patient has an acute febrile illness dengan 2 atau lebih dari berikut :

Rash (ruam)
Headache
Myalgia (sakit otot)
Arthralgia (sakit sendi)
Leucopenia (kurang sel darah putih)
Retro-orbital pain (sakit belakang bola mata)
Haemorrhagic manifestations (pendarahan)

 OR

DENGUE endemic/hot spot/outbreak area.
 
Doktor kene make sure  semua 'Suspected Dengue Cases' DI NOTIFIKASI kat IK @ Bilik Gerakan dalam masa 24 Jam dari diagnosis.
- Kalau takut staff x notify, notify lah sendiri ea.
- Jangan sampai kene denda RM500.
- Aku pun pernah nearly kene fine notification x sampai ke PKD within 24hours.
(Kat KK lame tu patutnya MA yang notify tapi dorang terlepas pandang,
but since this is actually tugas MO,
so MO lah yang akan didenda, okey..:)
 
 
*febrile = fever.

Sunday, July 13, 2014

B.Arab - haiwan #4

;) Sessi B.Arab rini is about animals ..
Makin hari nampaknya Adam Hadif makin hapal subject B.Arab.
Hopefully he will do better dalam next test die nanti.
 " Usaha tangga kejayaan "
Betul tak ?
namlun - semut
diikun - ayam
fiilun - elephant
khittun - cat

arnabun - arnab
samakun - ikan
baqarotun - lembu
asadun - singa

Saturday, July 12, 2014

Omega-3

If u olzzz wanna make comparison…
Among anchovy, mackerel, tuna & salmon...
Salmon fish is the best source of Omega-3
Good effect yang diperoleh daripada pengambilan Omega-3 :
·         Memperbaiki paras kolesterol (¯TG, ­HDL)
·         Blood thinning
·         Modest effect on high blood pressure
·         Anti-inflammatory
·         Help build bone & cartilage
·         High DHE & EPA (good for pregnant mother)
·         Aids in transmission of nerve impulses
·         Support memory function
**   **   **   **   **   **   **   **   **   **   **   **
Penjelasan :
1.
TG = triglyceride
HDL = high-density lipoprotein
Doctors selalu sebut HDL sebagai kolesterol baik, manakala LDL sebagai kolesterol tak baik.
Target kita – tinggi HDL, rendah LDL.
Semakin tinggi LDL -> semakin tinggi risiko untuk kita mendapat sakit jantung.
 2.
Ubat cair darah yang biasa diberi di KK adalah Aspirin .
1 biji aspirin = 300mg
Biasanya kene belah empat ->75mg
Tapi kalau risiko sakit jantung lebih tinggi ->150mg
Semasa serangan jantung ->300mg stat (crushed/ dihancurkan).
Ubat cair darah penting sebab kita nak elakkan thrombus (darah membeku di dinding salur darah.
-          Kehadiran thrombus akan menyempitkan salur darah menyebabkan kurang perfusi ke jantung (sel jantung tak dapat oksigen yang cukup), lalu ada bahagian jantung yang necrosis (sel mati) -> ‘HEART ATTACK’ (@ Myocardial Infarction).
- Kalau thrombus ni dislodge (tercabut) , ia dipanggil embolus.
  Jika embolus ke salur darah otak -> Stroke (@ CVA)
3. Inflammation/ Inflamasi akan diterangkan dalam tajuk yang lain.
    (Inshaallah..)
4. Akan improve pesakit sawan (@ Epilepsy)
-Sorang doctor yang sangat pakar (saya pergi lecture Amway mase tu) telah memantau pemberian Salmon Omega-3 brand Nutrilite (produk Amway - klik SINI) kepada seorang budak yang menghidap epilepsy.
Result – serangan sawan budak tu berkurangan secara drastic.
(from about 10 attacks per hours to less than 10 attacks  per day)
P/S – Semua info ini adalah dari pengalaman sepanjang 7 tahun saya bekerja.
Sebarang kemusykilan boleh tanya ye. TQ.

B.Arab - fruits #3

Jom continue B.Arab lagi ..
Ni boleh ajar anak2 u olzzz kat rumah pulak.
Adam Hadif ni kadang2 sampai kompius between BM,BI & B.Arab

burtuqool - oren
maanju - mango
i'nab - anggur
Anaanaas - nenas

bittiikhun - tembikai
mauzun - pisang
baabaayaa - papaya
tuffaahun - apple

 Cikgu tak bertauliah . Hehehe..

Friday, July 11, 2014

Ageing process #2

Kalau tak tengok betul2 orang tua ni, confirm u olzzz xtau bila dorang ni sakit. Kalau dorang merengek,  nanti ada anak yang ingat dorang mengade-ngade..

Actually,  elderly signs are non-specific & more easily overlook.

-  Just like small babies, we realise something is wrong when they kept crying or refuse to sleep or eat.
-   Each elderly patients will present in their unique way.
-    Only the regular carers will realise that something is not right.

Non-specific warning bells :
-          Reduce conscious state
-          Irritable
-          Poor feeding
-          Incontinence
-          Fever
-          Fast pulse rate
  • Normal range: 60 – 100 per minute,
  • Tapi, slalunya bacaan antara 60-84 je. Kalau dah 90 ke atas tu ..be extra careful ea.
  • Kalau kita baru lepas penat-penat jalan pun PR akan naik 90 ke atas. Bezanya, PR ni akan turun ke paras normal after we take some rest. It won't prolong.
-          Low blood pressure
  • Optimum BP – 120/80 mmHg,
  • Tapi, reading 90/60 mmHg tu still acceptable. (BP aku pun 90/60 jugak. Hehe..)

 Just joking…
“ With age comes new skills.
It’s called multitasking.
I CAN
LAUGH,
CAUGH,
SNEEZE,
& PEE
ALL AT THE SAME TIME. “


Related topics :

Severe NNJ.

U olzz biasa dengar kan baby kena ‘kuning’ ?
Condition ni kita sebut sebagai ‘neonatal jaundice ’ (NNJ).
(Refer tajuk INI jugak)
Ape beza?
Neonate – newborn hingga 1 bulan.
Infant – 1 bulan hingga 1 tahun.
Toddler – 1 tahun hingga 4 tahun.

Lepas bayi lahir , pihak hospital akan memberi 1 surat berwarna pink (notifikasi kelahiran) yang mana suami/ ahli keluarga terdekat perlu sampaikan kepada klinik terdekat dengan rumah.
Notifikasi ini penting untuk Jururawat Masyarakat (JM) kerana susulan dari itu mereka akan membuat lawatan rumah (LR) untuk check ibu & anak.
 Most husband/ family members hantar notifikasi ni lambat.
(I think kalau u olzzz x dapat sangat nak hantar awal..
at least call klinik terdekat supaya mereka aware yang ibu dah selamat bersalin)
Kalau takde masalah takpe..
Tapi, kalau u olzzz nak tau …banyak kematian ibu & anak dalam tempoh 44 hari berpantang ni  berpunca kerana penyakit tu lambat dikesan.
Cth : NNJ.
Jadi, perlu ada kerjasama orang ramai dengan pihak kesihatan. 
JM tu bukan nak kacau u olzzz..malahan mereka nak tolong.
Nampak macam simple je – just LR – tapi, bila dah jadi kematian, jenuh mereka nak menjawab dalam meeting tau walaupun bukan berpunca dari mereka.
Meeting dengan FMS, Dr. Norasiah.
At PKD (4/7/14, 8.30am)
 Berbalik pada NNJ  …...
Kalau u olzzz Google, memang banyak sangat penyebab NNJ ni..
Bukan semua baby yang jaundice ada penyakit.
In fact, lebih 60% bayi yang normal akan jaundice.
Selalunya physiological jaundice lah …

 Macamane dengan Severe NNJ pulak?
Dalam mesyuarat peringkat Daerah …..toooottt
(Setakat meeting dalam 3 daerah yang aku pernah attend)….
Most of the Severe NNJ are caused by underfeeding – we called this as ‘ Breastfeeding Jaundice ’.
(Breast Milk Jaundice lain pulak tau.)
Apa yang penting, susukan anak secukupnya.
Ideally, secara breastfeeding.
Tapi, kalau dah terdesak tu … top-up lah dengan formula milk.
Tapi, pandai2lah ..jangan sampai ‘nipple confusion’.
Sementara tu boleh EBM (Express breast milk /pam susu)
Apa yang saya cuba tekankan ialah .. Hydration !
(Cukup air dalam badan baby).
Tapi, jangan bagi air kosong pulak ye – sebab tak membantu pun.
 Sekian.

## Semua entri pepagi buta (8.30am) adalah autopublish.
     Tak sompek ..

Segmen : Saya Nak Kad Raya by Wawa.

~ klik banner ~

Thursday, July 10, 2014

Segmen Saya Mahu Kad Raya Dayang Deno.

Tamat : 14 Julai @3pm

klik banner

**10 blogger bertuah akan dapat kad raya LE dayangdeno
**Cara pemilihan pemenang melalui Random.org 

Care your back.

~ Autopublish entry ~

Selalu tak dengar orang mengadu sakit belakang?
Selalunya bila jumpa doktor,  doktor akan bagitau that is just musculoskeletal pain kan?
Kalau kat makcik2 or pakcik2 kita cakap 'sakit urat' atau 'sakit otot'.
Kadang2 ada yang disebabkan 'angin' je. Bila diurut, mulalah bunyi...ekkk...ekkk....
Some patient tanye macamane boleh jadi 'angin'?  
To be honest,  aku just bgtau.. not all illness got its own explaination.
In fact, a lot of disease has no specific cause. Apepun, masalah yang sering timbul di kalangan orang yang work nature die deals with heavy lifting slalu dapat 'prolapse disc' (PID).
Cth: Pekerja buruh & yang bekerja bahagian kargo.
Terpaksa advise mereka ni to look for another job in order to prevent worsening of disease.

Bagi yang lain seboleh2nya please amalkan bende ni:
No high heels
Not wearing sandal yang bertapak nipis
Posture duduk yang betul
Jangan membongkok jika nak ambik barang kat lantai
Ade lagi nak tambah tak?
Komen ikhlas anda will be appreciated.

Ageing process #1

Kita semua ada ibubapa yang semakin hari semakin tua..
And yang penting, kita semua pun pasti akan menempuh hari tua (jika panjang umur).
So, better kita tau serba-sedikit tentang ageing process ni.

Apakah proses penuaan ?
Proses semulajadi di mana berlakunya perubahan :

  • Fizikal – kulit, pancaindera, organ, tulang.
  • Psikologi - sel otak berkurangan, personaliti, minda, emosi.
  • Sosial – kehilangan status/ pasangan hidup, perubahan peranan/ kedudukan dalam keluarga/ masyarakat.
( Actually, ada banyak lagi contoh…)

Tidak semestinya dikaitkan dengan penyakit.
Proses sepanjang hayat yang berlaku dari ketika seseorang insan dilahirkan.

Apakah umur warga emas?
WHO – 65tahun.
Malaysia – 60 tahun.

Penjagaan warga tua yang baik hendaklah mengambil kira:
Kehormatan
Maruah & martabat diri
Perasaan
Keselamatan
Kepercayaan / amalan keagamaan
Kebebasan memilih & membuat keputusan
Kebolehan berdikari
Komitmen & penglibatan diri
Perhatian & kesabaran
Persekitaran yang sesuai & selesa
KEIKHLASAN !!

Level jaundis.

Aku taktau samada parents tau tak kalau peratikan dari badan baby sebenarnye dah boleh agak jaundis baby tu teruk or tak teruk.

Baiklah..
Jaundis ni turun dari atas ke bawah tau.
(Cephalocaudal). 
Kalau nampak kat muka je memang baru sikit lah.
Kalau dah sampai perut tu dah kire sederhana - kene jaga2.
Kalau dah kat tapak tangan & tapak kaki tu memang dah teruk sangat (severe NNJ) - ni dah paras kene ET, exchange transfusion (tukar darah).
Azab ooo houseman yang nak buat ET tu - kene buat manually. Ko mengadap lah baby tu ea. Hehe..
 
Penilaian jaundis pada bayi (Peraturan Kramer)
Kepala & leher -: 68-135 micromol/L OR 4-8 mg/dL
Bahagian tubuh atas pusat -: 85-204 OR 5-12
Bahagian tubuh & peha (bawah pusat) -: 136-272 OR 8-16
Lengan & bhgn bawah kaki -: 187-306 OR 11-18
Tapak tangan & kaki -: >306 OR >18
 
Whatever it is, jangan percaya sangat dengan mata u olzzz. Tu hanya estimation saja. Sebab, bila kite amek TSB kadang2 x sama. " Pandangan mata selalu menipu. "

Wednesday, July 9, 2014

It's July Giveaway.

 TAMAT 20 JULAI 2014

http://vidolaaa.blogspot.com/2014/07/its-july-giveaway.html

Klik banner untuk join!
** Sorry xde tweeter.
 
Antara hadiah yang disediakan :
Cash RM50 x1
Foot Care 4 in 1 set x1
Pretzel Cookies 50 pcs x1
Pretzel Cookies 30 pcs x1
Blouse & skirt x1
Shawl Capsule Cut x3
Luhan Tshirt x1
Shawl x1
Bedak Tanaka x1
Anda mungkin orang yang bertuah itu! Mehh join :D

Bayi & Jaundis.

Sekarang terlalu ramai baby kene jaundis :(
Ape sebenarnye jaundis ?
Kalau nampak mata & kulit baby kuning tu means jaundis lah tu.

 
Apa yang sebabkan jaundis ni ?
Okey.. Setiap masa badan kita ni akan hasilkan darah baru &hapuskan darah lama.
Bilirubin akan terhasil dari pemecahan sel darah merah.
Kuning tu disebabkan oleh warna bilirubin.
Ada 2 jenis bilirubin –
Bilirubin tak terkonjugasi akan ditukar kepada bilirubin terkonjugasi di dalam hati.
Lepas tu, bilirubin terkonjugasi ni akan dibuang melalui najis & urin.

 
 But then, hati baby kan tak berapa mature lagi.
Kalau kilang kecik …means, nak proses pun lambat arr sikit kan …
Jadi, bilirubin tak terkonjugasi tu boleh tinggi dalam badan.
Then, bilirubin tu deposited (melekat) kat kulit & mata.
That’s explain right ?
 
 
Bahaya tak jaundis ni ?
Kalau bilirubin tinggi dalam badan boleh sebabkan :
  • Pekak (SNHL)
  • Kecederaan otak – boleh sebabkan cacat ye u olzzz…
  • (CP -Cerebral Palsy& intelektual impairment)
  • Kematian bayi

 
*** Beware dengan jaundis ni ye sebab mase kami buat Bengkel LINUS (budak2 sekolah yang slow learner) we all dapati most of budak yang ketinggalan dalam pelajaran ni pernah ada masalah jaundis yang teruk jugaklah mase dorang baby.

Kajian Pengetahuan HIV / AIDS.

Petang Jumaat, 4/7/14 aku attend meeting ni–
Kajian Pengetahuan HIV/ AIDS di kalangan remaja 16 – 20 tahun di sekolah-sekolah di Daerah …….tooootttt..
(Saje censored sebab benda-benda kecik macam ni pun karang jadi issue)

But then … tujuan aku up entri ialah sebab aku nak share topic ni dengan u guys jugak sebab aku tau masih banyak kekompiusan yang berlegar-legar dalam minda u olzzz regarding HIV/ AIDS ni. Right?

 First of all, u olzzz mesti tau difference between HIV & AIDS.

HIV – Adalah nama sejenis RNA virus yang menyebabkan tahap ketahanan badan terhadap penyakit menurun.
Image Google. 
AIDS – Adalah apabila seseorang yang dah dijangkiti HIV mendapat opportunistic diseases [klik SINI]
( Ni adalah ringkasan sahaja ..bukan formal definition pun..just nak bagi brief idea kat u olzz.)

Cara jangkitan :
  • Melalui darah – Awas kalau ada luka kat kulit ye.
  • Melalui sexual – homosex & heterosexual.
  •     (sebab ia merebak melalui air mani & cecair faraj)
  • Sharing needles di kalangan IVDU.
  • Mother to child transmission.
 Jangkitan HIV tak berlaku melalui :
  • Sentuhan
  • Berkongsi makanan & peralatan seperti pinggan-mangkuk.
  • Berkongsi bilik
  • Gigitan nyamuk
*****          *****          *****          *****          *****
Penjelasan :

1.
Kat Malaysia ni, kalau dulu-dulu….
Cara sebaran melalui sharing needles adalah sangat tinggi compared to sexual transmission.
Tapi, sekarang dah terbalik ye … sexual transmission is more than secara sharing needles.
Pendapat aku mungkin sebab ‘ woman sex worker’ & MSM dah makin berleluasa .
And, when u have multiple sexual partners..lagi tinggilah risiko jangkitan HIV terhadap u.
** Sekarang dah tak guna istilah ‘prostitutes’ ye u olzzz (dah upgrade ..pffft)

 2.
Penggunaan condom boleh kurangkan risiko jangkitan.
Eventhough patient dah on OCP or IUCD, still kene guna condom.

3.
Around year 2009, kerajaan dah introduce program NSEP di kalangan IVDU.
Program ni bukan nak galakkan orang menagih dadah, tapi 1 method untuk kurangkan jangkitan HIV di kalangan IVDU.

 4.
Jangkitan ibu kepada anak boleh berlaku melalui 3 cara:
  • Semasa mengandung.
  • Semasa melahirkan.
  • Melalui pemberian susu ibu.
 5.
Orang yang dijangkiti HIV boleh kelihatan sihat.
-          Sebab masa tu virus masih dalam tempoh pengeraman (incubation period) & antibody (CD4) masih di paras normal. Sebarang ujian terhadap HIV yang dibuat pada masa ini selalunya akan menunjukkan keputusan FALSE NEGATIVE. So, kene repeat semula dalam tempoh 6 minggu – 3 bulan bermula dari exposure (pendedahan).

6.
AIDS adalah peringkat akhir jangkitan HIV.

** MSM - m.an having sex with man
     IVDU - intravenous drug user (suntikan)
     NSEP - needle syringe exchange programme

Related topic:  Stigma.

Harap membantu.

Vertigo.

Hai u olzzz, tau x ape maksud vertigo tu ?
Vertigo -> rase pening sampai nampak bilik cam berpusing-pusing.
VS
Giddy -> rase diri pening (tapi, bukan bilik yang pusing2)
** Please Google untuk full definition.
 Dulu …lame dah..
Pernah lah aku rase vertigo ni. Pastu ok sendiri.
Awal bulan lepas ade jadi lagi. Kali ni teruk sangat.
Lebih 3 hari …
Mula2 cam kompius why jadi camni – aku ingat BPPV.

At last, tau jugak punca.
Sebab lama sangat mengadap PC Tab – cahaya too bright kan..
Aku btau pakar, so die prescribe ubat ni ..
Alhamdulillah ok lepas tu..
** Tu jadi mase addicted blogging. Haha..
Ingatkan aku sorang je jadi macam ni.
Rupenye ade sorang patient aku ni hidap masalah sama.
Betahistine 24mg bd.

Antioxidant & Free Radical #1

Do you all knows most diseases yang kita hidap hari ni are actually related dengan Free Radical?
Jangan ambil ringan ye.
 
 
Antioksidan
Definisi : Bahan yang menentang karat besi & segala proses yang melibatkan pengoksidaan.
   Terdiri daripada :
·         Vitamin
·         Trace mineral
·         Sebatian tumbuhan
·         Juga dihasilkan secara semulajadi dalam tubuh manusia.
 
 
Radikal bebas
 Definisi : Molekul tidak stabil bercas negative.
 Terbentuk daripada tindak balas oksigen dengan molekul tersebut.
Juga dikenali sebagai ‘ zarah oksidan ‘.
**************

Apa yang akan terjadi ?
 
 Akan menyebabkan rantaian tindak balas kimia dalam sel-sel yang tidak seimbang ,
 yang akhirnya akan merosakkan sel-sel.
Then, ia ‘mengganas’ dalam sel.
At last, ia akan merosakkan bahan genetic & DNA, molekul lemak & protein.

         Kesan :
  • Kesan penuaan pada kulit
  • Penyakit degenerative yang kronik
  • Kanser
Dari mana datangnye Radikal Bebas ni?
will be continue in next entry >>>>

  
Pernah dengar tak joke ni?
We may want everything that are free on earth,
But
We may not want free radicals .”
Hindari Kanser Dengan Antioksidan
 Sumber : Buku Hindari Kanser Dengan Antioksidan.
(selepas diolah olehku..)
To be continue …..

Tuesday, July 8, 2014

Blog search results.

               
Kowrang.. Cube tengok sini..
Search results yang first tu kire ok lagi.
- Oxygen Cell Nina skincare review.
Maybe sebab aku letak post " Skin Care ". [klik SINI]

Cer tengok yang kotak bawah..
- Arab bodi besar.
Dah knape cari yang tu? 
Erkk..takut aku.
Tu maybe related dengan topic [INI]
" Sindiket - Ingatkan Pak Arab, rupenye Awang Hitam "

Dah boleh diharap.

;)
Abe tengah lipat baju Iri.


U olzzz, nampak kan kain yang 3 longgok tu?
Nampak tak sape yang tengah melipat kain tu?
Tulah anak sulungku Enche Adam Hadif bin Enche Mohd Salmi.
November 2014 ni genap 5 tahun umo die.
Alhamdulillah dah boleh harap tang lipat kain.
Slalu dia volunteer sendiri untuk lipat.
Tapi, kalau dia tengah main, aku tak panggil pun sebab nanti melambatkan ‘proses’
aku nak lipat kain. Hehe ..(tu yang tak betulnye..)
Tak boleh sekat2 budak2 ni kalau depa nak tolong (eventhough kadang2 die lipat dah jadi
cam roti canai), sebab kalau asik sekat ti die fedap & malas sampai ke besar.

Ni kat umah Tok (nenek dia a.k.a mak aku)
Aku kalau lipat kain slalu skali banyak2..
Lepas tu aku suke divide (dari kecik aku wat camni) :-
Selonggok baju ayah,
Selonggok baju mak,
Selonggok baju aku …..bla..bla..bla..

Cubelah u olzz. Guaranteed cepat siap !

Daaaaaaaaa…
# Salam Ramadhan #