Wednesday, July 8, 2015

3 Skirt D.I.Y & Garment steamer MORGAN.

Baru ni aku ada cite tentang Mesin Jahit Tepi SINGER & Mesin Jahit TOYOTA aku kan..
So, kat sini aku nak share skirts yang aku dah jahit menggunakan mesin2 jahit kesayangan aku ni.
Kiri: Skirt chiffon hitam-merah.
Kanan atas: Skirt chiffon hijau-oren-hitam.
Kanan bawah: Skirt hijau ber'kaki' (kain biasa).
Kalau nak buat tempahan dah boleh ni (hehe..melawak je).

Yang ni pulak garment steamer MORGAN - RM180. Murah kan? Jenama lain mahal, antara RM4++ - 5++. Yang ni pun dah kira okey, senang aku nak iron pakaian dari chiffon material especially skirt aku tu & tudung layer aku. * Psstt..sekarang dah jarang sangat pakai shawl pi klinik, sebab malas dah aku nak lilit2.

Tuesday, July 7, 2015

MGTT - untuk semua ibu mengandung.

MGTT atau Modified Glucose Tolerance Test merupakan ujian untuk mengesan paras gula dalam darah. 

Cara:
- Patient perlu berpuasa malam.
- 'Darah puasa' akan diambil keesokkan pagi.
- Then, ibu mengandung akan diberi minum air gula (ikut sukatan standard). * Mesti habiskan. Tahan, jangan termuntah nanti ujian x valid.
- Darah akan diambil semula 2 jam dari waktu habis minum air gula.

Rujuk surat kat bawah... 
Arahan dari Dr. Krishna, HOD O&G, HTJS.

Semua ibu mengandung yang berdaftar di semua KKIA di N.Sembilan diWAJIBkan melakukan ujian saringan MGTT pada :
1. Tempoh awal kandungan, dan
2. Pada usia 28 minggu kandungan.
* Berkuatkuasa 1 Ogos 2015.