Saturday, March 28, 2015

Homemade lasagna.

Semalam lepas Maghrib, terus masuk dapur...
...dengan matlamat yang satu.

Nak buat lasagna sendiri.

Beli x puas sebab x boleh makan ulang-ulang. And kena habiskan all at a time. Aku ni jenis makan sikit tapi banyak kali :)

Rehat tengahari Jumaat panjang. So pi beli barang kat Giant Hypermarket Senawang.

Aku suka share bajet barang. So, boleh tgk bwh ni ea :)
- San Remo Instant Lasagna 250g RM5.29
- Sos Prego Bolognaise traditional 300g (1 pek x 3 tin) RM10.49
- Tepung gandum cap sauh 1kg RM2.39
- Azmy daging ayam kisar RM8.49
- Mozzarella cheese 200g RM16.49
- Parmesan wedge cheese RM21.79
- Butterlite butter 250g RM3.99
- Sosej ayam Ayamas RM3.29
- Dutch Lady low fat milk RM4.99
- Oregano ground Mccormick RM9.99

Resipi aku jumpa kat SINI. Credit to Sis Nannie. Aku akan simplify resipi tu kat entri aku ni. Nak detail bahan-bahan refer SANA tau :)

Resipi Sos Bolognaise :
Abaikan gambar Pemanggang Ajaib yang 'rentung' kat belakang tu - malas nak alihkan :)
- Panaskan 2 sudu minyak (aku guna minyak masak biasa je, bukan minyak zaitun).
- Then, aku tumis bawang yang aku dah kisar dengan Turbo Chopper merah aku yang comel tu.
- Pastu, masak 2 peket daging cincang... Diikuti sosej (rasenye aku guna 7pcs arr.. X kire sangat) yang dah dipotong nipis. Tunggu dah kecut barulah...

 - Masukkan 2 tin Sos Prego Bolognaise - kacau sampai mesra semua rasa.
* Aku lupe letak oregano ground :(
* Aku x letak garam. Boleh tambah jika nak.

Resipi Sos Bachamel (Sos putih) :
* Lupa snap gambar :(
- Cairkan 2 sudu butter (Aku belasah je. Bukan sukat betul-betul pun.)
- Lepas tu masukkan 3 sudu tepung gandum, & masak hingga kekuningan.
- Lepas tu masukkan 1L fresh milk & kacau sebati. Sambil2 tu aku parut cheese terus ke dalam periuk & kacau.
- Biarkan mendidih.
- Kacau hingga pekat & Kemudian bolehlah tutup api.
Gambar butter, cheese Mozzarella, Parmesan cheese.
Nampak tak peeler warna biru tu? Aku guna untuk parut cheese tu, instead of grater. Aku x suka guna grater sebab cheese akan melekat-lekat kat sana. Tapi, ok je kalau guna grater sebab parutan cheese tu lebih sekata & comey :)

Cara susun dalam loyang :
1. Kepingan lasagna.
2. Sos Bolognaise.
3. Sos Bechamel.
4. Parutan cheese.

Ulang susunan ni sampai semua bahan habis. Masak dalam oven suhu 170 darjah selama 45minit, atau hingga lasagna masak.

Ini hasilnya (1st trial):
Suka betul anak-anak maqon :)
* Next time nak biar nampak kerak atas lebih kuning keemasan.

Tuesday, March 24, 2015

Rim Vossen 17.

Dah lama aku teringin nak tukar rim standard kepada sport rim tapi aku tak pandai nak survey2 ni. Duit simpan dah lama tapi nak cari kedai yang okey & tak 'tekan harga'... tu yang penting.

1 more thing, memang nak kene tukar tayar yang dah botak. Selambe je aku layak masa pegi Cameron Highland ritu, without proper checking dulu.

At last after riki kat orang-orang lelaki kat sekeliling, aku ikut cakap adik ipar aku, Syaffiq supaya pergi kedai chinese kat Rahang Kecil, Seremban.

So, here I go...
Kedai ni depan BH Petrol.
Alang-alang, check apa yang patut...
Cina tu suggest aku rim 18 ni, tapi aku x minat. 
Yang aku minat?
Rim Vossen 17 ni..(sorry gambar x jelas).
Korang Google baru clear image nye
- Bentuk bintang.
Ni gambar kat Puteri Harbour, Johor.
Bagi yang nak tau overall budget:
Tayar Good Year RM280 x 4 biji.
Harga beli sekali ngan rim = RM2300.
Harga nat (kalau xsilap..) 1 set = RM80.

Syaffiq suggest tayar Yokohama tapi takde stok. Die kata jangan beli Dunlop & Silverstone sebab ape tah..nipis sikit kot. Die pakai Toyo..tayar mahal :D

So, bolehlah menyimpan dari sekarang :)

** Masalah absorber belum selesai. Huhu.. Refer SINI.