Thursday, March 5, 2015

Sakitnya tuh di sini - Cita Citata.

Lawak betul sebab aku manetau lagu ni dah viral. Patutlah staf aku asik nyanyi lagu ni kat klinik. And patutlah aku asik jumpa ayat ni kat merata-rata.

Aku tv pun jarang tengok. Inikan nak layan YouTube ke Instagram kerr..

Macamanepun, aku tak penah dengar the whole lyric lagi.

Nak jadikan cerita, pagi ni macam biasa aku akan hantar Abe ke PASTI. Seronok sangat sebab timing hari ni 10 minit awal dari semalam.

Kira dah kejayaan besar untuk aku sebab bukan senang tau nak prepare kan anak ke sekolah - nak kejut 1 hal. Baby Iri pulak tukang kejut pepagi, "Be, angun.. Gi cool. " Siap main cak-cak pulak dengan abe dia. Lepas tu mandi 1 hal, nak soh pakai baju sempat pulak pi main ngan adik2. Breakfast 1 hal jugak. Pakai kasut pun bechenta. Rasenya berapa lama dia ambik masa buat sume tu? :D

Okey, time drive macam biasa on Hot fm. Topik pagi cite pasal ' Orang muda suke ke lagu dangdut Sakitnya tuh di sini '. Then, banyak kali sangat DJ kesukaan aku - Farah @ Fafau dan AG keudarakan lagu tu. Apalagi..aku pun layanlah....layanzzzz..

Sampai kat 1 simpang....
.....

" Alamak, kenapa Abe still ada dalam kereta? "

Hohoho....rupenye aku verangan.
Dok melayan ' Sakitnya tuh di sini ' terus terlangsung ke depan & terlepas simpang tadika anak aku. Memang sakitnya tuh di sini pepagi ni ;)

Kualiti rumah sekarang.

Aku nak cerita bad experience aku berkaitan 2 rumah yang aku beli. Aku sebenarnya kesal dengan sikap tak bertanggungjawab pemaju/ kontraktor yang dilantik oleh pemaju rumah berkaitan. Mohon maaf kiranya 'terms' yang aku gunakan 'lari' sikit bila aku describe keadaan kerosakan rumah yang aku alami.

2 rumah yang aku beli :-
1. Di Jati Park, Nilai - Pemaju BBN Development. Aku beli tahun 2008 & aku sewakan.
2. Di Bandar Warisan Puteri, Sikamat - Pemaju Seri Pajam Developement. Aku beli 2012.

Jati Park
Seingat aku sejak aku beli (2008) rumah ni takde masalah serius. Tapi, tiba-tiba adik-adik yang menyewa rumah aku (USIM Students) what's apps gambar ni semalam. Runsing aku dibuatnye. Ye lah, keadaan rumah memang akan menyusut ('wear & tear' - betul ke term ni?) tapi takkanlah hingga begini keadaannya.

 Jubin dinding kawasan luar pintu bilik air yang lekang.
Warisan Puteri
1. Sejak aku duduk rumah ni (2013) memang aku dengar banyak aduan tentang kebocoran di siling. Banyak rumah yang mengalami masalah 'banjir' bila tiba musim hujan. Sampai ada rumah yang silingnya runtuh. Macamana aku tau? Melalui jiran-jiran aku yang mengalami perkara ni, melalui FB Group kitorang (Bandar Warisan Puteri Residence) & pengalaman aku sendiri.

Seluruh ruang tamu aku letak 'plaster ceiling'. Awal-awal aku duduk memang tak jadi apa lagi. Tapi, lama-kelamaan, nampak ada tompokan macam kesan air yang meresap kat plaster ceiling kat ruangan menonton tv. Tingkat atas kawasan tu adalah bilik air bilik utama (master bedroom). Lama-kelamaan tompokan tu membesar sehingga lebihkurang 1m diameter.

Aku report kat bahagian maintenance menggunakan borang yang disediakan. Disebabkan masih dalam warranty, dorang datang baiki. Guess what? Simple je masalahnye ialah dorang tak simen bahagian saluran PVC kat lubang air bilik air aku. Haru !!

With times, memang banyak lagi rungutan yang aku dengar dari kejiranan aku pasal masalah bocor ni. Ramai yang dah tamat tempoh warranty 1 tahun tu..so pemaju memang 'putar belit' & 'putar alam' tak nak take responsibility. Dah terang-terang salah dorang kan :( So, lepas kejiranan aku buat aduan melalui Tribunal Pengguna, baru kes bocor ni dilayan secara lebih serius.

2. Lepas setahun lebih duduk sini, mozek lantai pulak lekang - macam gambar bawah ni. Lekang ni tak jadi sekaligus ,tapi sikit-sikit. Sampai sekarang, memang dah 1 bilik tu lantai dia lekang.

Sekali lagi pemaju tak nak take responsibility sebab tempoh warranty dah tamat. Sakit hati kan??

Tak lama lagi aku rasa benda ni akan 'berjangkit' ke master bedroom. Camne aku tau? Bila aku hentak tumit aku kat mozek, dah mula dengar bunyi 'resonance' (correct term ke ni?). Secara normalnya, takkan hasilkan apa-apa bunyi sebab tiada ruang udara antara mozek sebenar & simen.

Bila aku tanye pendapat adik ipar aku - die kerja sebagai 'pembantu kontraktor' (term sebenar?). Dia kate bahan yang digunakan untuk lekat mozek tu ke simen tak cukup. Secara details aku tak faham. Tapi, aku simpulkan kes-kes ni sebagai kes tipu/ pecah amanah - sebab bahan binaan yang digunakan 'inadequate' (mungkin ada kes seludup keluar dari kawasan binaan!)


Bilik 3 (tingkat atas) - Mozek lantai lekang.
Nak buat apa lepas ni? Can just wait & see yo lah. Nak buek camno laie. Lopeh tu kluar duit poket pogi upah oghang botul an. Zasssssss....

Related topics:
Rumah baru
Tilam & Katil baru
Jahit langsir di Jati Park, Nilai
Belum beli rumah?