Sunday, February 8, 2015

Hadiah bakal dipos 13/2/15.

Alhamdulillah semua hadiah telah masuk envelope masing-masing. Pemenang pun dah bagi details. Terima kasih atas kerjasama & sokongan para bloggers kepada aku.
Hadiah yang diikat getah belum dituntut oleh tuannya.
Hadiah akan dipos pada 13/2/2015 seperti yang dijanjikan. Rujuk entri di bawah.
~ My Birthday Giveaway by Dr Shikin
~ Segmen Berkenalan by Dr. Shikin
# Harap bagi details segera pada yang belum. Jika tidak... Entahlah...taktau nak buat apa kat hadiah tu. Huhu..tak sudi ke?

Ada juga hadiah yang aku pernah sponsor akan dipos sama. Kelewatan untuk pos 4 hadiah sponsor (1 dari GA Iola & 3 dari GA Cik Balqis) amat dikesali kerana aku terlepas pandang beberapa perkara tertentu.

Tidak lupa juga hadiah untuk Aisya Ibrahim. Maaf lambat betul akak tak pos2 lagi. Jangan ambik hati ye. 

Ganjaran berbakti pada ibubapa.

Salam Ahad.
Semoga sahabat-sahabat sekalian dirahmati Allah hendaknya.

Alhamdulillah, pagi ni aku masih dipanjangkan usia oleh Allah untuk dinikmati bersama keluarga tersayang.

Aku tengah makan nasi lemak dengan anak-anak sambil dengar radio IKIM. Macam yang aku cerita kat SINI.... Memang mak lah yang bukak radio.

Aku taktau tajuk yang Ustazah cerita. Tapi, aku tertarik bila ustazah mintak kita bezakan, " Apa bezanya bilamana anak doakan ibubapa & ibubapa doakan anak-anak? Tentunya si ibu berdoa bersungguh2 sambil berlinangan air mata. Sedang si anak, just doa cukup syarat je. Air mata sedikit pun tak menitis. "

Ustazah kongsikan 1 kisah:
(Jalan penceritaan sedikit berbeza)
Ada seorang ibu yang sakit. Di kalangan anak-anaknya, si bongsu menawarkan untuk menjaganya. Si bongsu siap berenti kerja supaya dapat jaga si ibu sepenuh masa.

Alhamdulillah hidupnya sangat berkat - itu yang dilihat & dikatakan oleh adik-beradiknya. Anak2nya berjaya dalam pelajaran (Tak perlu pergi kelas tambahan pun dapat straight A's. Lagipun mana dia mampu sebab tak bekerja). Anak-anak nya juga taat pada ibubapa, solat 5 waktu & rajin ke masjid.

Mashaallah. Sungguh benar janji Allah, " Redha Allah terletak pada redha kedua ibubapa, & murka Allah terletak pada murka kedua-duanya "
(Ridhallah hu fi ridhaail-waalidayn)

************************************
Pssttt..tak sempat lagi habiskan BW sebab seharian outings semalam.