Saturday, January 24, 2015

Lori bakso Indonesia.

      Dalam sebulan ada lah beberapa kali van lori bakso ni lalu depan umah mak. Dia lalu waktu malam. Kalau boleh nak elakkan makan tengah malam. Bukan takut badan naik. Takut kolesterol yang naik. And takut juga lama-lama boleh kena kencing manis. Ni betul ye korang, bukan omongan kosong. Better dinner awal - before 8pm. And avoid supper tak penting pun.
Apa adik aku order tu?
Adik order ...but actually atas arahan kakak. Hehe.
4 mangkuk polisterene bakso & 2 cawan jagung manis.
Total = Rm21
Ada 4 biji bebola daging dalam mangkuk.

Sakit tumit kaki ~ Osteophyte.

     Pernah dengar tak orang tua-tua selalu mengadu sakit tumit? Kadang-kadang bukan orang tua je. Ikut pengalaman aku, ramai yang umur 40tahun ke atas juga akan alami simptom sakit tumit ni. Selalunya dorang akan alami sakit ni pada awal pagi - sebab masa tu kaki baru nak pijak kat lantai selepas rehat yang panjang (tido). Memang kadangkala ada yang terpaksa jalan berjengket-jengket.

So, selalunya apa doktor diagnose?
- Diagnosis yang selalu dibuat adalah heel spur /calcaneal spur.
- Di mana, ada 'tulang extra' yang tumbuh (osteophyte). Sukar nak explain, tapi itulah explaination paling mudah aku boleh buat.

Macamana spur ni terjadi?
- Bila tulang tumit  terdedah pada stress berterusan, calcium bertindakbalas untuk 'deposit/ menimbun' kat bahagian tumit. Tindakbalas ni mengambil masa beberapa bulan untuk terjadi (bukan dalam masa 2-3 hari).
** Young lady -> please avoid wearing high-heels sebab ni akan tambah stress pada tumit. Masa muda takkan rasa sakit tumit lagi. Bila dah tua nanti akan mula dapat spur.

X-Ray kaki yang normal (lateral view).
Ni X-Ray 1st patient aku.
Aku buat X-Ray ni sebab patient risau ada fracture. 

X-Ray kaki yang ada spur /osteophyte.
Ni X-Ray 2nd patient yang memang aku expect ada spur. 


Take Home Message:

- XRay adalah tidak digalakkan melainkan jika doktor merasakan perlu kerana radiasi berterusan merupakan risiko mendapat kanser.

- Kebanyakkan pesakit yang mengalami sakit tumit didapati mempunyai heel spur/calcaneal spur.

- Kebanyakkan kes patah/fracture boleh di kesan oleh doktor yang berpengalaman walaupun tanpa melakukan X-Ray.
-> Doktor hanya akan lakukan X-ray jika suspek ada fracture sebab nak identify bahagian tulang yang patah. Ini penting untuk menentukan management selanjutnya.
-> Kalau doktor dah cakap tak perlu X-Ray tu, 99.9% selalunya memang bukan kes patah - just STI (soft tissue injury)

- Simptom & tanda yang otot koyak -> significant (ketara) swelling & pain. Kalau kene kat kaki, memang sampai tak boleh berjalan lah.

- X-Ray hanya boleh tunjukkan tulang. Bukan otot /ligamen.