Saturday, January 24, 2015

Sakit tumit kaki ~ Osteophyte.

     Pernah dengar tak orang tua-tua selalu mengadu sakit tumit? Kadang-kadang bukan orang tua je. Ikut pengalaman aku, ramai yang umur 40tahun ke atas juga akan alami simptom sakit tumit ni. Selalunya dorang akan alami sakit ni pada awal pagi - sebab masa tu kaki baru nak pijak kat lantai selepas rehat yang panjang (tido). Memang kadangkala ada yang terpaksa jalan berjengket-jengket.

So, selalunya apa doktor diagnose?
- Diagnosis yang selalu dibuat adalah heel spur /calcaneal spur.
- Di mana, ada 'tulang extra' yang tumbuh (osteophyte). Sukar nak explain, tapi itulah explaination paling mudah aku boleh buat.

Macamana spur ni terjadi?
- Bila tulang tumit  terdedah pada stress berterusan, calcium bertindakbalas untuk 'deposit/ menimbun' kat bahagian tumit. Tindakbalas ni mengambil masa beberapa bulan untuk terjadi (bukan dalam masa 2-3 hari).
** Young lady -> please avoid wearing high-heels sebab ni akan tambah stress pada tumit. Masa muda takkan rasa sakit tumit lagi. Bila dah tua nanti akan mula dapat spur.

X-Ray kaki yang normal (lateral view).
Ni X-Ray 1st patient aku.
Aku buat X-Ray ni sebab patient risau ada fracture. 

X-Ray kaki yang ada spur /osteophyte.
Ni X-Ray 2nd patient yang memang aku expect ada spur. 


Take Home Message:

- XRay adalah tidak digalakkan melainkan jika doktor merasakan perlu kerana radiasi berterusan merupakan risiko mendapat kanser.

- Kebanyakkan pesakit yang mengalami sakit tumit didapati mempunyai heel spur/calcaneal spur.

- Kebanyakkan kes patah/fracture boleh di kesan oleh doktor yang berpengalaman walaupun tanpa melakukan X-Ray.
-> Doktor hanya akan lakukan X-ray jika suspek ada fracture sebab nak identify bahagian tulang yang patah. Ini penting untuk menentukan management selanjutnya.
-> Kalau doktor dah cakap tak perlu X-Ray tu, 99.9% selalunya memang bukan kes patah - just STI (soft tissue injury)

- Simptom & tanda yang otot koyak -> significant (ketara) swelling & pain. Kalau kene kat kaki, memang sampai tak boleh berjalan lah.

- X-Ray hanya boleh tunjukkan tulang. Bukan otot /ligamen.

Dinner with my boys #2.

Friday, 9/1/2015....After Maghrib.
Mama & 3 Adams.
At AEON, S2.

Sian kat budak-budak ni - dok termenung dalam rumah sepanjang minggu, tak keluar. Ermmm...memang tak boleh lepas pun sebab suka lari sana-sini kat jalan. Walaupun jalan depan rumah mak sempit, tapi kereta yang lalu-lalang memang laju-laju tau.

So, malam ni kita outing k :)
Adam Ziqri a.k.a Iri @ 1year 8months.
Found way nak bagi dia senyap....
Letak 1 cawan air / 1 piring makanan depan dia
and let him minum/ makan sendiri.
Dah 3x trial memang menjadi.
Walaupun comot, aku dapat menjamu selera dengan tenang.
'Si Kembar' - ni semua orang yang terserempak dengan kitorang kata (tak kira umur & bangsa).
Kiri - Adam Haziq a.k.a Ajik @ 4years.
Kanan - Adam Hadif a.k.a Abe @ 6years.

 
Menu :
Mama - Caribbean style fish fillet.
Abe & Ajik - Share prawn macaroni with cheese.
* Save bajet :D. Tu pun half tak habis.
Iri - semua dia makan. Suap je.
Yogurt drinks - strawberry & orange.


Ambik gambar je ye..takmo bawak balik.
Bear ni kedai punya.
Related Topics:
Dinner with my boys #2.
Belanja mak makan.
Wadihana Foody's Food Galore ~ Bangi Gateway.