Thursday, June 26, 2014

Lelaki vs Perempuan.

Lelaki & wanita menilai dunia yang sama dengan cara yang berbeza (ms. 153).
Kanak-kanak lelaki suka kepada benda, kanak-kanak perempuan suka kepada orang (ms. 153).
Kanak-kanak perempuan mahukan hubungan & kerjasama, manakala kanak-kanak lelaki mahukan kuasa & kedudukan (ms. 154).
Kanak-kanak lelaki bersaing, kanak-kanak perempuan bekerjasama (ms. 156).

Wanita menghargai hubungan,  lelaki menghargai kerja (ms. 161).
- Apabila wanita tidak gembira dalam perhubungannya, dia tidak dapat menumpukan perhatian kepada kerja. Apabila lelaki tidak gembira di tempat kerja,  dia tidak dapat menumpukan perhatian kepada perhubungannya.
- Wanita meninggalkan orang lelaki bukan kerana dia tidak gembira dengan apa yang diperoleh, tetapi kerana kemahuan emosinya tidak dipenuhi (ms.164).

Lelaki menyembunyikan emosi mereka (ms.166).
Lelaki benci pada nasihat (ms.167).
Apabila bercakap perihal hubungan seks, wanita perlukan sebab manakala lelaki hanya perlukan tempat (ms.235).
Wanita mahu melakukan hubungan seks yang kerap dengan lelaki yang dicintai. Lelaki hanya mahu melakukan hubungan seks dengan kerap (ms.244).

Cinta: Mengapa lelaki jatuh cinta & Wanita putuskan cinta? (ms.277).
- Wanita sedar apabila cinta tidak wujud. Inilah sebabnya mereka lebih proaktif dalam mengakhiri perhubungan(ms.278).

* Sumber: Buku Why Men Don't Listen & Women Can't Read Maps.

Wednesday, June 25, 2014

10 kesalahan paling hit ketika Ramadhan.

Salam Ramadhan semua,
Ni dapat dari wassap group BAKAT 6RRD.
Semoga memberi manfaat kepada semua.

1. Tidak sahur.
- puasa org yahudi dan org Islam sama saja, kecuali puasa org Islam ada sahur. Sahur la walau dengan segelas air kosong. 

2. Sahur terlalu awal 
-Makan berat lewat malam dan tidur lalu bangkit selepas azan Subuh. Itu bukan sahur, itu brekpes.

3. Terlebih tidur
- lebih tidur merugikan masa dan menyebabkan badan dan otak lemah.💭Tidur boleh diniatkan sebagai ibadah, tapi kalau over sangat dianggap bedebah.

4. Berbuka secara buffet sampai buncit 
- ada juga yang sambung makan selepas solat Maghrib sehingga lewat malam. Tarawih pun tuang!

5. Membazar hingga membazir.
-lapar mata. Setiap jenis makanan nak diborong. Tak habis, makanan dibuang.

6. Sambut Hari Raya mengalahkan Ramadhan.
-bulan Ramadhan yang dimuliakan Allah, bukan Syawal. Syaitan  dibelenggu pada Ramadan dan dibebaskan pada 1 Syawal 

7. Solat tarawih tapi tak qiamullail pada laylatul qadr 
- Nabi kadang2 meninggalkan tarawih. Tapi Nabi akan struggle pada 10 malam terakhir untuk cari laylatul qadr. Pahala bonus 1000 bulan tu. Wow!

8. Puasa tapi tak solat.
- pahala puasa pending, sebab tak solat. Ayoyo!

9. Sibuk beribadah, lupa cari ilmu.
-bulan Ramadan bulan Ilmu.
Semua ibadah takde guna tanpa ilmu. Ada juga yang larang tazkirah ketika Ramadhan.

10. Gagal upgrade iman selepas lalui Ramadhan.🌜
-ibarat dah harungi sungai yang jernih dan segar , tapi kotoran di badan sengaja tak dibersihkan.
Ramadhan Kareem!
Selamat berpuasa.
Let us make this Ramadhan as the best Ramadan ever!